You are on page 1of 4

BAB

iv- SURUHANJAYA

Pengenalan
Terdapat lima suruhanjaya perkhidmatan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Antaranya
ialah:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan;

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang;

Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Majlis Angkatan Tentera

Suruhanjaya Pilihanraya

3.1

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu
pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam NegeriNegeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1)
Perlembagaan Persekutuan1
Fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1)
Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi-Fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara berikut:

Melantik
Mengesahkan Dalam Perkhidmatan
Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen
Menaikkan Pangkat
Menukar
Menjalankan Kawalan Tatatertib
1

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan
Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh
Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan
berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota
bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."

80

3.2

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

Ditubuhkan untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara


melalui pilihan raya yang adil dan saksama
Suruhanjaya Pilihan Raya ialah badan yang bebas daripada kawalan politik
Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang
Timbalan Pengerusi dan tiga orang anggota yang lain
Anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas
nasihat Majlis Raja-raja

Tugas-Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya

Menyelia dan menyemak daftar pemilih ;i)


Warganegara Malaysia yang genap umur 21 tahun layak untuk mendaftar
namanya dalam daftar pemilih
ii)
Pemilih bagi kawasan Parlimen dan Kawasan Dewan Undangan Negeri
mestilah dalam daftar pemilih yang sama
iii)
Pemilih mesti bermastautin di sesuatu kawasan pilihan raya yang tertentu
iv)
Memastikan pemilih yang sah sahaja layak untuk mengundi, orang yang tidak
sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara hilang kelayakkan
untuk mengundi
Menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri untuk
mengisi kekosongan kerusi wakil rakyat
Menyampaikan keputusan pilihan raya kawasan Parlimen kepada Yang di-Pertuan
Agong dan keputusan pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri kepada Sultan
atau Yang Dipertua Negeri
Mengkaji hal-hal tentang persempadan kawasan pilihan raya sekurang-kurangnya sekali
dalam 8-10 tahun (dilakukan dengan majoriti 2/3 Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri)
Mendaftarkan dan memastikan calon-calon yang bertanding memenuhi syarat-syarat
kelayakkan yang ditetapkan
Menerima rayuan-rayuan tentang perjalanan sesuatu pilihanraya
Menguruskan pengundian melalui pos bagi kakitangan perkhidmatan awam yang
berkhidmat untuk Suruhanjaya Pilihan Raya, anggota tentera, Polis, Pegawai Kedutaan
dan Pelajar di luar negara serta isteri mereka.
Memastikan setiap calon yang bertanding menyerahkan akaun perbelanjaan kempennya
dalam masa 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.

Syarat-syarat anggota SPR:

Tidak melebihi 65 tahun


Bukan seorang muflis
Bukan ahli politik (Parlimen/DUN)
Tidak memegang apa-apa jawatan bergaji
Boleh dipecat oleh YDPA melalui tribunal jika melanggar syarat-syarat kelayakan

3.3 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)

81

Ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1974, Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
Anggota:

Seorang pengerusi, Timbalan Pengerusi,


4 hingga 8 ahli yang lain.
Dilantik oleh YDPA (atas nasihat PM setelah berunding dengan Majlis Raja-raja)

Matlamat:

beri perkhdmatan yang adil;


melahirkan guru-guru atau anggota-anggota Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan
matlamat Dasar Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Peranan:

Membuat perlantikan guru dalam perkhidmatan pendidikan


Taraf pencen bagi mereka yang pilih taraf pencen
Pengesahan jawatan guru
Pertukaran guru
Kawalan tatatertib dalam perkhidmatan pendidikan
Rayuan kenaikan pangkat (selepas tiap-tiap Masyuarat Suruhanjaya)

3.4 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN UNDANG-UNDANG

Ditubuhkan dalam tahun 1957 di bawah perkara 138 Perlembagaan Persekutuan.


Dianggotai oleh Peguam Negara, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan seorang atau bebrapa ahli kehakiman dan undangundang. Ahli-ahli Suruhanjaya Kehakiman dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat
Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung) Peranan Suruhanjaya Kehakiman ialah membuat
pelantikan dalam perkhidmatan kehakiman dan undang-undang dan menempatkan ahli
kehakiman dan undang-undang dalam kategori tertentu.
Tujuan:

Ahli:

Untuk mengawal tatatertib ahli-ahli dalam Perkhidmatan Undang-undang

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


Pendakwaraya atau Peguam Negara
Setiausaha SPA
Beberapa orang ahli atau bekas hakim dalam bidang kehakiman

Fungsi:

Cadang perlantikan/pertukaran ahli-ahli kehakiman dan undang-undang


Kawal tatatertib pegawai bidang kehakiman dan undang-undang

3.5 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN POLIS DAN MAJLIS ANGKATAN NEGARA

82

Ditubuhkan dibawah perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Mempunyai bidang kuasa ke


atas semua anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia. Dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri,
Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Dalam Negeri (Pasukan Polis). Seorang dari ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong dan dua hingga
enam ahli yang lain. Fungsinya ialah membuat pelantikan dalam perkhidmatan polis dan
menempatkan anggota polis dalam kategori tertentu.
Ditubuhkan di bawah perkara 137 Perlembagaan Persekutuan. Mempunyai bidang kuasa ke
atas semua anggota Angkatan Tentera. Dianggotai oleh Menteri Pertahanan, seorang wakil
Yang DiPertuan Agong (dilantik oleh Majlis Raja-Raja), Ketua Turus Angkatan Tentera
(dilantik oleh Yang DiPertuan Agong), Dua orang Pegawai Kanan Angkatan Tentera
Persekutuan (dilantik oleh Yang di Pertuan Agong), Seorang pegawai kanan Tentera Laut
dan Tentera Udara (dilantik oleh Yang DiPertuan Agong) dan dua orang ahli lain (dilantik oleh
Yang DiPertuan Agong).
Ahli:

Pengerusi: Menteri dalam Negeri


Pegawai Polis pemerintah umum pasukan Polis
Ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri
Wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
2 6 ahli lain

Tugas:

Cadang perlantikan, kenaikan pangkat dan pertukaran ahli-ahli pasukan polis


Pengesahan jawatan pegawai polis ke jawatan tetap
Mengawasi pentadbiran angkatan tentera dan mengawal tatatertib anggota-anggota
angkatan tentera.
Kawal tatatertib

3.6 SURUHANJAYA KHAS (TIDAK TETAP)


Suruhanjaya ini bersifat sementara, diwujudkan untuk tujuan-tujuan khas seperti:
menyiasat salah guna kuasa;
malapetaka alam; dan
penyelewengan
Untuk mengatasi masalah yang timbul ekoran sesuatu isu yang sensitif. Contoh-contoh
suruhanjaya khas ialah Suruhanjaya Gaji Aziz, Suruhanjaya Gaji Harun, Suruhanjaya DiRaja
1968, Suruhanjaya Di Raja 1973.

83

You might also like