You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal

: Ke- 2

Minggu Praktikum

: 2

Tarikh Persitiwa/ Kejadian

21/7/2014 hingga 25/7/2014

Tajuk Jurnal

Masalah PdP

Sepanjang waktu praktikum pada minggu kedua, saya telah gagal


menghadapi beberapa masalah PdP dalam kelas. Antara masalah yang
dimaksudkan ialah pengurusan bilik darjah. Pengajaran saya di kelas tidak dapat
menarik perhatian pelajar. Berdasarkan model Disiplin Asertif Canter, saya sebagai
seorang guru seharusnya bergaul dengan pelajar-pelajar untuk mewujudkan
suasana komunikasi yang baik. Komunikasi yang berterusan akan mengeratkan
hubungan antara guru dengan murid dan juga memberi peluang untuk cikgu untuk
mengenali tahap penguasaan, cara belajar murid tersebut dan tindakan yang sesuai
untuk dilaksanakan dalam kelas.
Selain itu, berdasarkan pendapat mentor selepas pemantauan, saya juga
mendapati bahawa pengiktirafan positif juga amat berguna untuk memberikan
semangat dan minat bagi pelajar untuk meneruskan PdP sedangkan pendapat guru
sentiasa diingati dan dipatuhi oleh pelajar. Dengan ini jelaslah dengan peranan guru
sebagai seorang pembimbing dan juga seorang teman.
Di samping itu, saya juga mendapati saya tidak dapat memberikan arahan
yang jelas semasa saya menjalankan aktiviti kumpulan. Keadaan ini timbul dalam
PdP saya bagi subjek Pendidikan Jasmani dan juga Bahasa Cina. Sebelum aktiviti
dijalankan, arahan adalah penting bagi murid untuk mengetahui apakah tindakan
yang perlu mereka lakukan dan apakah topik, apakah peraturan yang hendak
dipatuhi. Keadaan PdP akan menjadi huru-hara jika pelajar tidak mendengar arahan,
justeru, arahan guru hendaklah jelas dan tepat serta berulang-ulang. ( Pedagogi
Dalam Pendidikan, Promizi Resources.com). Walaubagaimanapun, murid-murid
saya telah berusaha menyiapkan tugasan yang diagihkan dengan kefahaman
sendiri.

Berdasarkan cadangan cara membaiki kelemahan dalam Pedagogi


Pendidikan telah mengingati saya bahawa saya boleh memberikan demonstrasi
atau menyuruh murid mengulangi arahan supaya menarik perhatian pelajar,
menuliskan isi penting dalam arahan yang diberikan dan juga memastikan pelajar
mengambil perhatian dalam proses PdP saya.
Secara keseluruhnya, sesi praktikum ini amat penting bagi saya untuk
meneroka cara mengajar yang tertentu dan berbeza berdasarkan keadaan atau
tahap murid saya yang sedia ada. Oleh itu, saya hendaklah menghargai sesi PdP
saya supaya dapat mendapatkan pengalaman yang banyak supaya membuat
persediaan sebelum bertugas sebagai seorang guru yang sebenar.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan: ..

Tandatangan: ..

Nama

: ..

Nama

Tarikh

: ...

Tarikh

: ..
: ..

RUJUKAN
Pedagogi dalam Pendidikan, Pomizi Resources.Com. (n/a). Memberi Arahan. Dipetik
pada 13 April 2014 daripada
http://pomizipedagogy.wordpress.com/kaedah/memberi-arahan/

Puan Norzilah Mazahar (n/a). Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah. Dipetik
pada 13 April 2014 daripada
http://www.oocities.org/athens/atlantis/4917/norzila1.html

Rusli Bin Osman. (n/a). Komunikasi Berkesan. Dipetik pada 13 April 2014 daripada
http://hkbatas.moh.gov.my/v2/uploads/PekelilingHKB/KOMUNIKASI
%20BERKESAN.pdf

Tan Kok Teng (2011). Refleksi RPH. Dipetik pada 13 April 2014 daripada
http://teng042253siswaupsiedumy.blogspot.com/p/refleksi-rph.html

You might also like