You are on page 1of 3

Adnan bin Saidi.

Adnan bin Saidi Atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan Saidi, dilahirkan di
Kg Sungei Ramai, Kajang, Selangor pada 1915. Merupakan anak sulung dalam
keluarganya. Direkodkan adik adinkya juga merupakan anggota tentera ( seorang
meninggal akibat kapal dibom Tentera Jepun, 1939 dan seorang lagi terselamat
dari peperangan dan kini bersara )
Ketika berusia 18thn, Adnan memasuki Rejimen Askar Melayu ( Malay Regiment )
dan di lantik ke pangkat Sarjan pada tahun 1936. Tidak lama kemudian dinaikkan
pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major.
Kemudian dihantar pula ke Singapura untuk menjalani kursus latihan pegawai
yang membawa kepada pangkat Leftenan Muda. Setelah tamat kursus, beliau
dilantik sebagai Ketua Platun ke-7, Kompeni C.
Lt. Adnan Saidi berkahwin dgn seorang guru agama dikampungnya, Puan Sophia
Pakih Muda (meninggal dunia pada 1949 ) dan dikurniakan tiga orang anak ( dua
lelaki ; seorang perempuan ) - bayi perempuannya meninggal dunia selepas
kejatuhan Singapura.
Kronologi Ringkas Pertempuran Permatang Pasir Panjang.

Pada tahun 1941 Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang, Singapura dan
ketika Perang Dunia II semakin hampir, merupakan kali terakhir beliau bersama
anak anak dan isterinya ( ketika ini sedang sarat mengandung anak ke 3 mereka )
Pada 13 Feb 1942, peprangan bermula dan Lt. Adnan Saidi bersama Kompeni C
memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Tentera Jepun berundur.
Pada tengah malam 14 Feb 1942 pula Lt Adnan dan Kompeni C diarahkan untuk
ke Pt. 226 Bukit Candu. Pada petang 14 Feb, Lt. Adnan Saidi dan tenteranya
berjaya menumpaskan sekitar 20 orang musuh dan ini memaksa sekali lagi
tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serang besar besaran dalam
bilangan tentera yang ramai. Serangan tersebut telah menumpaskan Lt. Adnan
Saidi, 27, Ketua Platoon No. 7 dan Kompeni C, Briged 1 Malaya . Dengan bilangan
yang lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Melayu bertempur sehingga ke
titisan darah terakhir dan dilaporkan lebih daripada 800 orang askar musuh telah
ditewaskan oleh Lt. Adnan Saidi dan regimennya.

( Leftenan ) Adnan bin Saidi


1915 - 1942

You might also like