You are on page 1of 11

Pembentukan Masyarakat Malaysia Ke Arah Perpaduan

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang
berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara
kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita
seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh
duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada
perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan
semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat
khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal
kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada
masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat
hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai
ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum
boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.

Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana
keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan
pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara
manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor
pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih
ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan
memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana
sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang
melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada
dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka
peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan
kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk.
1

Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam


mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah
membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan
antarabangsa.

Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam


mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita
sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita
kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang
berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian,
walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak
menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan
keharmonian yang telah terbina sekian lama.

Dasar-dasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan dan


Integrasi di Malaysia
Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi
mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang
aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya.
Sesungguhnya negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan
dan kejayaan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.
Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan utama dalam usaha
memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia selain menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang
telah berlaku pada 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan antara kaum di negara
kita yang telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan
harta benda yang telah merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku adalah akibat
daripada tidak wujudnya semangat perpaduan dan integrasi nasional.
Sesungguhnya mereka berjumpa tetapi tidak wujud komunikasi antara mereka.
Sesungguhnya, pihak kerajaan menyedari betapa pentingnya pemupukan
perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Pihak kerajaan telah menjalankan
usaha-usaha dan langkah-langkah dengan memperkenalkan dasar-dasar dan pelan
tindakan untuk melaksanakan agenda ini.
Perpaduan bermaksud telah benar-benar bersatu dan integrasi pula membawa
maksud penggabungan dua atau beberapa unsur seperti penggabungan antara
kaum yang menjadi satu kesatuan yang kukuh dan kuat[1].
Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha
memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia ialah dengan menubuhkan Jabatan
2

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya
lebih dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan ini merupakan sebuah
agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
(KPKKW).
Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk memelihara,
meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras
dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara. JPNIN juga mempunyai visi untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang
unggul dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan
berdaya maju. Misi
jabatan ini pula ialah untuk memupuk kefahaman dan
semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan
Bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional. Moto bagi jabatan ini
pula ialah Bersatu Kita maju.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga berperanan untuk
mengukuhkan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, menerapkan nilai-nilai
kewarganegaraan ke arah pembentukan suatu bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Selain itu, JPNIN juga berfungsi untuk mencegah konflik antara kaum, masyarakat
dan wilayah serta memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum
dan masyarakat. Peranan lain yang turut dijalankan oleh JPNIN ialah menyelaraskan
program dan aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihakpihak lain, dan yang paling utama adalah berusaha merapatkan masyarakat
daripada semua negeri di Malaysia khususnya di antara Semenanjung Malaysia
dengan Sabah dan Sarawak.

Sesungguhnya, kebijaksanaan pihak kerajaan dalam usaha melicinkan


matlamatnya untuk memupuk perpaduan dan integrasi dalam negara kita dengan
menubuhkan sebuah jabatan khas untuk menguruskan usaha ini adalah merupakan
suatu langkah yang terbaik. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional ternyata telah berjaya memainkan peranannya dan membawa impak yang
positif kepada kita semua.
Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan satu
program pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu dengan melancarkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah untuk membentuk
perpaduan negara.
Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang
pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada
semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki
dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang
3

dan setarusnya
ekonomi[2].

menghapuskan

pengenalan

kaum

mengikut

fungsi-fungsi

Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama


berlakunya peristawa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidak
tegasan melaksanakan apa yang telah termaktub dalam kontrak sosial[3] terutama
sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera
dalam semua bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi juga turut
mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi ekonomi dan taraf pendidikan serta
jurang perbezaan ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan
Bumiputera dengan Bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan
jumlah kemiskinan dan pengangguran di desa semakin bertambah sehingga
memaksa anak-anak muda Melayu berhijrah ke kota mencari pekerjaan.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu
dari tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa
itu iaitu Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara
orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi semua bidang. Dasar
Ekonomi Baru (DEB) telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-2, RMK2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan
utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari
segi ekonomi tanpa mengira kaum serta mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei
1969[4].
Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun
adalah untuk meningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat
berhad kerana peratusan kaum bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei
1969 hingga semasa dasar ini baru diperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud
jurang yang sangat besar di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera
dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah pada tahun 1990, peratusan
penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapat
ditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus
pada tahun1990. Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai
sebanyak 23.7 peratus penanaman modal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40
peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing yang menguasai sebanyak 62.1 peratus
pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30 peratus sahaja apabila
cukup tempoh 20 tahun[5].
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan ini sebenarnya telah
membawa Malaysia untuk mengorak langkah ke hadapan untuk menuju ke arah
negara maju melalui Wawasan 2020 dengan usaha menghapuskan kemiskinan
secara mutlak seperti yang pernah diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri kita,
Tun Dr. Mahathir b. Mohamad Daripada,serampang dua mata Dasar Ekonomi
Baru(DEB), tiada sesiapa pun yang menentang pembasmian kemiskinan secara
mutlak tanpa mengira kaum dan kedudukan geografi. Semua rakyat Malaysia, sama
4

ada mereka yang tinggal di kawasan bandar atau luar bandar, sama ada mereka di
selatan, utara, timur atau barat, mesti dinaikkan daripada garis kemiskinan
mutlak[6].
Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, ianya secara tidak langsung
telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di
Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara
pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan,
pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam
dasar-dasar dan program-program tertentu.
Seterusnya, pihak kerajaan juga menyedari bahawa adalah lebih afdal dan lebih
sesuai jika semangat perpaduan dan intagrasi ini dipupuk serta disemai sejak dari
awal lagi dalam jiwa rakyat Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan merasakan adalah
lebih baik jika semangat ini diserap ke dalam jiwa rakyatnya sejak kecil lagi dan
tumpuan sudah tentulah diberikan kepada golongan pelajar-pelajar sekolah dan
institusi-institusi pendidikan yang lain. Oleh itu, kerajaan telah menggunakan sistem
pendidikan sebagai wadah untuk menerapkan semangat perpaduan dalam
kalangan para pelajar. Adalah lebih baik proses
penyemaian nilai murni ini
dimulakan sejak mereka kecil lagi kerana pada usia beginilah mereka lebih mudah
menerima pelajaran bak kata pepatah jika mahu melentur buluh,biarlah dari
rebungnya. Untuk masa yang ke hadapan, merekalah yang akan mewarisi
pentadbiran Negara dan jika mereka didedahkan dengan semangat perpaduan,
adalah tidak mustahil negara kita nanti akan menjadi huru-hara dan kacau-bilau.
Melalui sistem pendidikan, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa program
yang realistik dan bersesuaian dalam usaha untuk mencapai matlamat mewujudkan
semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan para pelajar. Antara program
yang telah dijalankan ialah perlaksanaan Sekolah Wawasan.
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersamasama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah
konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan sekolah akan mempunyai
bangunan yang bersambung antara satu sama. Matlamat penubuhan sekolah ini
adalah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi di antara murid yang berlainan
etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat tolenrasi dan persefahaman yang
tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimum antara semua pelajar melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Sekolah wawasan ini
tidak langung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah
mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan
kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing.
Melalui Sekolah Wawasan ini, pelajar-pelajar yang berlainan etnik akan
menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan
perhimpunan, gelanggang permainan dan padang secara bersama-sama. Apabila
5

kemudahan ini digunakan secara bersama, sudah tentulah mereka akan berjumpa
dan bertemu antara satu sama lain yang seterusnya akan mewujudkan interaksi di
kalangan mereka dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan.
Konsep sekolah wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk
melahirkan anak bangsa Malaysia yang mempunyai semangat dan bersifat cintakan
negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini
disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat
negara. Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah
cina dan tamil. Sekolah wawasan bolah dicernakan sebagai pertembungan etnik
dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan
etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai
etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dangan cepat dan berkesan.
Konsep Sekolah Wawasan ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar yang
berasal dari pelbagai bangsa walaupun berlainan aliran persekolahan.
Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian pendidikan
yang juga dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik
yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan
agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam
pendidikan sama ada mereka yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.
Kemudahan yang sama bermaksud seperti reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina
adalah sama, alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam
di semua sekolah. Dengan ini tidak akan timbul perbezaan antara sekolah sama ada
yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana
sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah mengikut pilihan masingmasing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan yang
sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan, tetapi
sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.
Kumpulan-kumpulan etnik lain juga berhak untuk mempelajari bahasa dan
kebudayaan kumpulan etnik masing-masing dan patut dihormati dan diberi
perlindungan yang sewajarnya. Melalui kebebasan seperti ini, adalah diharapkan
agar pendemokrasian pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.
Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi
dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang pesat
telah menyebabkan keadaan mobility masyarakat terus berubah. Dalam masa yang
sama, kita harus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang telah diasaskan
sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang yang terpenting bagi menjadi
alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan sahaja, rakyat Malaysia
yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat perpaduan dan integrasi sejak
dari kecil lagi hinggalah dewasa. Oleh itu, segala dasar dalam pendidikan yang
dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong oleh setiap rakyat
6

Malaysia. Sesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat
penting bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan
politik dan perkembangan ekonomi yantg pesat. Tugas ini tidak seharusnya
dipertanggungjawabkan hanya kepada pihak kerajaan sahaja, tetapi semua lapisan
masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagi merealisasikan impian murni ini.
Memetik ucapan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
dalam perutusan Kemerdekaan Negara Ke-51, beliau mengingatkan rakyat bahawa
perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan
keutuhan daya saing ekonomi negara[7]. Oleh yang demikian, kita semua haruslah
bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat
perpaduan dan integrasi ini dan kita mestilah menyayanginya bak kata pepatah
bercerai kasih bertalak tidak,bagaikan rambut bersimpul mati,inginku mati di
hujung kuku,ingin ku kubur di tapak tangan.

Cadangan Program untuk Perpaduan

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang


memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu
antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang
tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat
terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu
masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat
perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus
dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak
7

untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat


dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik
bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring
dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun
berlainan bangsa mahupun agama. Sebagai langkah pertama dalam membentuk
perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.
Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai
perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh
biar dari rebungnya.

Cadangan pertama ialah mengadakan satu jenis sistem persekolahan sahaja.


Hapuskan sekolah-sekolah vernakular. Jangan pisahkan anak-anak muda kita
dengan sekolah cina, tamil, agama dan pondok. Biarlah mereka belajar dan bergaul
di sekolah kebangsaan sahaja. Biarlah guru-guru, kerani-kerani, pembantu makmal
dan tukang kebun juga terdiri daripada semua bangsa. Alangkah indahnya jika kita
dapat melihat guru india mengajar bahasa melayu di kelas yang berbilang bangsa.
Di luar tingkap kelas, si pembantu makmal cina saling bergosip bersama dengan
kerani melayu. Guru-guru turun minum pagi bersama rakan sejawatnya yang
berbangsa lain. Ini barulah dikatakan perpaduan asli. Bukan perpaduan dibuat-buat
yang terpampang di iklan zoom Malaysia.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan
sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan
kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim
antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan
Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas
merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu
kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan
kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan


semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah
yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam
konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam
melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan
sambutan-sambutan majlis di sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan
kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi
8

dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum
sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh
mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagungagungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata,
pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat
perpaduan di peringkat sekolah.

Sedarlah, perpaduan hanya boleh wujud apabia tiadanya rasa prejudis antara satu
sama lain. Prejudis pula hanya dapat dihapuskan dengan saling mengenali. Dan di
sekolahlah proses mengenali ini sangat diperlukan dan amat penting. Anak-anak
kecil yang masih putih pemikirannya perlu diberi pendidikan di suasana sekolah
yang berbilang bangsa. Sekolah bukan kilang menghasilkan pelajar yang berpuluhpuluh A. Sekolah adalah tempat untuk mengenali dan memahami antara satu sama
lain. Sekolah merupakan tempat untuk memupuk perpaduan. Bukan PLKN. Bukan
Rumah Terbuka.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai
bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda.
Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi
dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai
perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak
awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan
sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan
semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah
yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam
konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam
melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan
sambutan-sambutan majlis di sekolah.
Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara
agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk
mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Langkah tersebut diharapkan dapat
menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam
sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda
dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan

keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah
tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan
yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan
bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isuisu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan
perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk
mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti
ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka
ruang dan peluang komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.

Rumusan
Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam
mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita
sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita
kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang
berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian,
walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak
menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan
keharmonian yang telah terbina sekian lama.
Kesimpulannya, kita haruslah
menyahut seruan Perdana Menteri untuk hidup bersatu padu. Hal ini dikatakan
demikian kerana semangat bersatu padu amat penting untuk membina negara
yang harmoni dan kukuh. Oleh sebab itu, tanpa rakyat tiadalah negara. Rakyat
haruslah berpegang teguh pada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
demi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu. Malaysia Boleh!

10

Rujukan

Ibrahim Saad, (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia, DewanBahasa dan


Pustaka, Kuala Lumpur.

Khoo Kay Kim & Jazamuddin Baharuddin (eds.)(1982). Malaysia: Sejarah dan Proses
Pembangunan, Kuala Lumpur:

Sanusi Osman, (1980). Pola Hubungan Etnik Di Mukim Labu, Negeri Sembilan,
Akademika, Jan. Bil. 16: 35-56.

Wan Halim Othman, (1982). Perhubungan Kaum dan Perpaduan Negara di


Malaysia, dalam Zuraina Majid.

Zainal Abidin Abd. Wahid (ed.) Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ting Chew Peh (1987) Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur :
Pustaka Dimensi.

11

You might also like