Pandu Puteri Tunas Merupakan Pasukan Pertama Yang Ditubuhkan Di Malaya Iaitu Pada Tahun 1920

You might also like

You are on page 1of 4

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu

pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie.
Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984,
Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk
menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras
dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada
gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula
tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah
yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula
bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat
rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI
mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang
sempurna.
T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan

P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas


U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa
Ahli Pandu Puteri Tunas
Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanakkanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan

berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri


Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu
Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui
Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujianujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
perkembangan
diri.
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang
dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu
sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Persetiaan
Pandu
Puteri
Tunas
Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya
kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undangundang Pandu Puteri Tunas.
Undang-Undang Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.
Cogan Kata Pandu Puteri Tunas
'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas
selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat
Besar.
Kumpulan Pandu Puteri Tunas
Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan,
Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.
Melur

Melur
taat
Berusaha setiap masa

Siantan

Siantan
datang
Berani macam pahlawan

dan

setia
berkawan

Teratai

Teratai
Bekerja setiap hari

Kesidang

Kami
Menolong pagi petang

Cempaka

Cempaka
Menolong orang duka

Kenanga

Kami
Berjasa bertenaga

Pakaian Pandu Puteri Tunas


1. Kemeja hijau berlengan panjang
2. Seluar panjang biru tua
3. Skaf (berwarna coklat)
4. Lambang kumpulan
5. Lambang Negeri
6. Woggle
7. Lencana dunia
8. `Shoulder Flashes'
9. Stoking hitam
10. Kasut hitam
11. Tudung hitam

nama

kami

Kesidang

datang

bersuka
bernama

ria
Kenanga

You might also like