You are on page 1of 5

KPF6014: Falsafah Pendidikan

Tugasan 6: Aliran Falsafah Pendidikan Barat

ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Aliran Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada empat aliran iaitu


esensialisme, perenialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme.
Keempat- empat aliran ini terbentuk hasil daripada satu gabungan
daripada falsafah-falsafah umum yang terdiri daripada idealisme,
realisme, pragmatisme. Justeru, perincian mengenai aliran falsafah
pendidikan barat adalah seperti berikut.

1.0

ESENSIALISME

Aliran esensialisme merupakan hasil terbitan berdasarkan cabang falsafah


umum Idealisme dan Realisme. Ianya tergolong dalam kategori falsafah
tradisional atau konservatif. Terdapat beberapa perincian penting
mengenai aliran ini yang akan dibincangkan secara ringkas. Antaranya
adalah tujuan pendidikan, pegangan atau fahaman aliran esensialisme
terhadap pendidikan dan beberapa contoh yang berkaitan dengannya.
Terdapat dua tujuan yang dipersetujui oleh kesemua ahli
esensialisme termasuklah William C. Bagley, Thomas Briggs, Frederick
Breed dan Isaac L. Kandel mengenai tujuan pendidikan. Mereka
berpendapat bahawa pendidikan seharusnya menumpukan kepada usahauasaha untuk mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan
kedalam kurikulum sekolah, membezakan diantara program-program
sekolah yang dianggap penting dan kurang penting dan membentuk
semul autoriti guru di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, mereka juga
berpendapat bahawa pendidikan seharusnya mengekalkan ciri-ciri tradisi
dan
ketamadunan
sesuatu
masyarakat
serta
menggalakkan
perkembangan intelektual pelajar.
Ahli falsafah aliran ini mengatakan proses pendidikan merupakan
proses untuk menyerap perkara-perkara yang telah ditetapkan. Pendapat
ini adalah selari dengan ahli-ahli realisme yang mengatakan bahawa
kehidupan manusia adalah ditentukan melalui cara menjalani kehidupan
berdasarkan alam kebendaan dan sosial manusia yang sedia ada. Hal ini
adalah kerana, ahli-ahli esensialisme menganggap bahawa pendidikan
mestilah membolehkan pelajar menyedari potensi dan kemampuannya
dalam keadaan yang tidak menyalahi undang-undang bagi sesuatu
perkara tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak yang dihantar ke sekolah
adalah bertujuan untuk di didik supaya mereka dapat menjalani
kehidupan berlandaskan peraturan dan undang-undang yang sedia ada di
alam ini agar mereka tidak berbuat sesuka hati.
Seterusnya, ahli-ahli esensialisme juga berpendapat bahawa
pendidikan boleh diperolehi daripada pengetahuan semasa dan
pengetahuan yang lalu. Mereka ini sangat berpegang kepada pendekatan
1

KPF6014: Falsafah Pendidikan

Tugasan 6: Aliran Falsafah Pendidikan Barat

tradisional dalam pendidikan yang berkaitan dengan 3M iaitu pendekatan


menulis, membaca dan mengira. Ianya merupakan kesinambungan
kepada matlamat utama pendidikan yang menumpukan kepada perkara
yang benar-benar penting terlebih dahulu. Menurut ahli falsafah aliran ini,
perkara yang benar-benar penting tersebut adalah merujuk kepada
pembacaan, penulisan, percakapan, ejaan dan ilmu kira-kira bagi standard
sekolah rendah. Manakala bagi standard sekolah menengah pula, perkara
yang benar-benar penting itu merujuk kepada yang dipentingkan pada
peringkat sekolah rendah dan ianya diperkembangkan lagi ilmu tersebut
seperti ilmu kira-kira dikembangkan menjadi algebra, kalkulus dan
trigonometri.
Berikutnya, ahli falsafah aliran esensialisme juga menginginkan nilainilai masyarakat seperti nilai-nilai sosial, kebudayaan golongan atasan,
nilai-nilai politik dan nilai-nilai cendekiawan negara diajar dalam kurikulum
persekolahan. Hal ini adalah kerana mereka menganggap guru sebagai
model, seorang yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan dalam
kebudayaan bangsa serta nilai-nilai tradisional masyarakat. Ahli-ahli
esensialisme juga menggambarkan ciri-ciri seorang guru yang baik
seharusnya mempunyai pendidikan liberal, berpengetahuan dalam
pembelajaran, seorang yang memahami dengan mendalam psikologi
kanak-kanak, seorang yang berupaya menyampaikan fakta kepada
generasi muda, seorang yang menggunakan asas-asas falsafah
pendidikan dan merupakan seorang yang tekun melaksanakan tugasnya.
Aspek terakhir yang ditekankan dalam aliran ini mengenai
pendidikan adalah kepentingan disiplin- kendiri. Aspek ini merupakan
unsur yang penting untuk diterapkan oleh guru kepada para pelajar di
sekolah. Ianya adalah berkisarkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk
menguasai sesuatu perkara yang dipelajari. Hal ini adalah mungkin
terdapat pelajar yang tidak meminati akan sesuatu pelajaran, tetapi
dengan adanya usaha bersungguh-sungguh untuk menguasi ilmu
tersebut, minat terhadapnya akan datang dengan sendirinya. Oleh yang
demikian, peranan guru di sekolah amatlah penting dari segi teknik dan
strategi
untuk
menjadikan
pelajar
bersungguh-sungguh
untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut.

2.0

PERENIALISME

Aliran falsafah ini muncul adalah hasil daripada falsafah Idealisme yang
membawa pandangan pendidikan yang tradisional. Ahli falsafah aliran ini
menekankan aspek keintelektualan manusia melalui pendidikan yang
bertujuan untuk membentuk manusia menjadi rasional dengan cara
mendisiplinkan akal. Selain itu, ahli perenialisme juga menganggap tujuan
pendidikan adalah untuk mencari dan menyebarkan kebenaran yang
bersifat sejagat dan tetap. Oleh yang demikian, manusia seharusnya
2

KPF6014: Falsafah Pendidikan

Tugasan 6: Aliran Falsafah Pendidikan Barat

berusaha untuk menyesuaikan kehidupan dengan kebenaran. Hal ini


adalah kerana, penyesuaian kepada kebenaran merupakan matlamat
pendidikan bagi ahli perenialisme. Justeru, pembinaan kurikulum
persekolahan sewajarnya memasukkan elemen kognitif , moral, estetika,
dan prinsip-prinsip agama agar dapat melahirkan insan berintelek secara
menyeluruh.
Seterusnya, ahli perenialisme juga mencadangkan kaedah
pengajaran yang dirasakan bersesuaian bagi mencapai matmalat
pendidikan. Kaedah ingatan, pembacaan, penulisan, latih tubi dan
ulangkaji kerana ianya dapat menggalakkan perkembangan individu untuk
memiliki kuasa berfikir secara rasional. Kebanyakan ahli falsafah dalam
bidang ini berpendapat bahawa, pelajar yang pandai akan diberi
pendidikan lanjutan manakala pelajar yang lemah, diberi latihan
vokasional.
Berikutnya, golongan ini mengatakan bahawa pelajar mestilah diajar
akan perkara-perkara asas tertentu agar dapat membantu menyesuaikan
diri dengan alam sekeliling. Oleh yang demikian, mereka berpendapat
bahawa pelajar tidak semestinya mempelajari bidang ilmu yang diminati
dan dirasakan mustahak sahaja bagi dirinya. Tetapi, pelajar juga mestilah
berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari subjek yang dapat
mendisiplinkan kuasa rasional serta memperkembangkan intelek para
pelajar melalui subjek seperti bahasa, sejarah, matematik sains semula
jadi, falsafah dan seni halus.
Disamping itu, ahli perenialisme juga menyarankan agar para
pelajar mengkaji dan mempelajari hasil usaha yang telah menunjukkan
aspirasi dan pencapaian tertinggi seperti hasil karya orang ternama dalam
bidang kesusasteraan, falsafah, sejarah dan sains pada masa lampau.

3.0

PROGRESIVISME

Aliran falsafah pendidikan progresivisme merupakan aliran falsafah


yang berada pada zaman era pertengahan iaitu medieval age. Aliran ini
wujud hasil perkembangan sains moden dan kemerosotan kuasa gereja
ortodoks Roman Katolik pada abad ke 17. Pada era progresivisme
tumpuan ahli falsafah telah beralih daripada metafizik kepada
epistimologi. Dalam aspek pendidikan ahli-ahli falsafah menegaskan
bahawa ilmu bersifat tentatif dan relatif iaitu berubah mengikut
kesesuaian semasa dan pengalaman. Ahli falsafah mazhab ini
berpendapat
bahawa
pihak
sekolah
bertanggungjawab
dalam
menyediakan
pelajar
untuk
menerima
perubahan
dan
dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Selain itu, pandangan ahli
falsafah mazhab progresivisme sangat berbeza dengan ahli falsafah bagi
mazhab perenialisme yang menganggap guru bertanggungjawab secara
3

KPF6014: Falsafah Pendidikan

Tugasan 6: Aliran Falsafah Pendidikan Barat

autoriti dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam aliran falsafah


progresivisme guru bertindak sebagai pembimbing atau penasihat pelajar
dalam mengenali masalah yang mereka hadapi dalam persekitaran yang
sentiasa berubah. Justeru pada era ini guru tanggungjawab guru lebih
fokus kepada kaedah untuk membentuk kemahiran penyelesaian masalah
dalam kalangan pelajar. Selain itu, ahli-ahli falsafah ini juga lebih fokus
kepada proses pembelajaran dan menganggap buku sebagai alat bukan
sumber ilmu. Setiap manusia digambarkan baik pada dasarnya oleh ahli
falsafah. Oleh itu, manusia yang baik akan memilih tindakan ke arah
kebaikan. Begitu juga dengan pelajar yang akan memilih opsyen yang
akan mendatang kebaikan buat dirinya iaitu berdasarkan minat. Namun
begitu kebebasan untuk memilih opsyen mengikut minat masih
mempunyai hadnya iaitu ahli falsafah pada era ini mencadangkan agar
kandungan pelajaran perlu disusun mengikut kesesuaian minat. Pada era
ini ilmu diperoleh melalui pengalaman pelajar itu sendiri sama ada melalui
aktiviti eksperimen, kajian, projek dan sebagainya. Pihak sekolah juga
perlu menerapkan nilai demokrasi dan hubungan sosial kerana ahli
falsafah pada zaman ini mengetengahkan aspek kepentingan bersama
iaitu pembangunan masyarakat yang lebih baik dan bukan bersifat
individualistik. Pihak sekolah juga digalakkan untuk memupuk nilai
bekerjasama bersaing secara sihat dengan memberi kebebasan kepada
pelajar untuk berbincang dan bergiat aktif dalam aktiviti pendidikan.
Kesimpulannya, falsafah pendidikan pada era progresivisme sangat
mementingkan nilai perhubungan sosial dan menggalakkan pelajar untuk
lebih berani meneroka dengan memberi kebebasan kepada mereka untuk
memilih dengan panduan dan bimbingan oleh guru dan pihak sekolah
iaitu pendidikan berpusatkan pelajar.

4.0

REKONSTRUKSIONISME

Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan


daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah
sendiri. Pelopor utama aliran fahaman rekonstruktivisme ialah George S.
Counts (1899 1974) dan Harold O. Rugg (1886 1960), kedua-duanya
adalah penyokong pragmatism John Dewey.
Ada beberapa persamaan di antara falsafah rekonstruksionisme dan
progresivisme iaitu kedua-duanya bersetuju kepada kepercayaan bahawa
nilai adalah hasil ciptaan manusia dan relatif mengikut kepercayaan, masa
dan tempat. Selain itu, kedua-duanya juga bersetuju bahawa pengalaman
manusia
menimbulkan
nilai-nilai
asas.
Akan
tetapi
dalam
rekonstruksionisme, terutamanya yang diutarakan oleh Theodore
Bremald, lebih memberi perhatiankepada matlamat selain daripada cara.

KPF6014: Falsafah Pendidikan

Tugasan 6: Aliran Falsafah Pendidikan Barat

Ahli-ahli
rekonstruksionisme
mempercayai
bahawa
sekolah
memainkan peranan untuk membenyuk masyarakat baru yang lebih baik.
Di sebalik mengajar maklumat-maklumat yang sudah ketinggalan zaman,
sekolah mestilah bersedia untuk menyediakan pelajar kepada perubahan,
dan lebih daripada itu untuk membentuk semula semula masyarakat
supaya dapat disesuaikan dengan keadaan-keadaan yang berubah.
Mereka menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada penemuan-penemuan
hasil kajian sains tingkah laku. Mereka mempercayai bahawa
pengetahuan tersebut dapat digunakan sebagai asas untuk mencipta
suatu masyarakat di mana individu-individunya dapat mencapai potensipotensi persendirian mereka sepenuhnya.
Peranan guru bukanlah untuk meyampaikan pengetahuan, tetapi
berperanan untuk menimbulkan isu-isu sosial yang dianggap penting. Di
samping itu, guru perlu menerang dan mencadangkan kepada pelajarpelajarnya bentuk masyarakat demokrasi yang merupakan suatu
persekitaran yang baik di mana manusia digalakkkan untuk membentuk
bakat yang ada pada diri mereka. Ini merupakan penekanan ke atas
pembelajaran yang aktif dan juga penyelesaian masalah. Aktiviti-aktiviti
pembelajaran cuba menolong para pelajar mengenalpasti bentuk
masyarakat yang unggul dan juga mencadangkan kepada mereka
pendekatan yang praktikal ke arah menggerakkan masyarakat tulen.
Guru tidak seharusnya takut untuk memberi komitmen dalam
membina masyarakat baru. Mereka harus berperanan sebagai ajun
perubahan dan reformasi. Mereka juga membantu murid supaya sedar
tentang masalah yang dihadapi oleh manusia sejagat.

You might also like