You are on page 1of 6

RAHSIA

DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN NEGERI SEMBILAN


KERTAS MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
Bil. ( ) dalam .JPBD.N1(R)/36/6373/15

Kertas Mesyuarat No.......

(MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN PADA: .............................)


PERSETUJUAN PERLANJUTAN TEMPOH PERANCANGAN
RANCANGAN TEMPATAN (RT) DAERAH SEREMBAN 2010 2015, RANCANGAN
TEMPATAN (RT) DAERAH JEMPOL 2002 2015 DAN RANCANGAN TEMPATAN
(RT) DAERAH JELEBU 2002 2015
TUJUAN
1.

Kertas ini disediakan untuk pertimbangan dan persetujuan Majlis Mesyuarat

Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan ke atas cadangan perlanjutan tempoh perancangan


bagi Rancangan Tempatan (RT) Daerah Seremban 2010 2015, Rancangan Tempatan
(RT) Daerah Jempol 2002 2015 dan Rancangan Tempatan (RT) Daerah Jelebu 2002
2015.
LATAR BELAKANG RANCANGAN TEMPATAN
2.

Rancangan Tempatan (RT) Daerah Seremban 2010 2015


2.1

Rancangan Tempatan (RT) Daerah Seremban 2010 2015 telah


disediakan oleh Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran
Nilai selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa
1976 (Akta 172) dan Kaedah Rancangan Pemajuan (Rancangan Stuktur
dan

Rancangan

Tempatan)

1986

dengan

kerjasama

Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Pejabat Projek


Zon Selatan dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Sembilan.

RAHSIA

RAHSIA

2.2

RT Daerah Seremban 2015 telah disediakan pada tahun 2008 dan


diwartakan pada 28 Oktober 2010. RT Daerah Seremban ini disediakan
untuk keseluruhan kawasan Daerah Seremban iaitu seluas 95, 189.36
hektar yang meliputi 9 mukim.

2.3

Daerah Seremban terbahagi kepada 3 kawasan Pihak Berkuasa


Perancang

Tempatan

(PBPT)

iaitu

kawasan

Majlis

Perbandaran

Seremban seluas 14,355.32 hektar (15.08%), Majlis Perbandaran Nilai


seluas 23,383.23 hektar (24.56%) dan kawasan Pengarah Jabatan
Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan seluas 57, 450.81
hektar (60.36%) selaku PBPT selaras dengan Subseksyen 5(2) Akta
Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).
3.

Rancangan Tempatan (RT) Daerah Jempol 2002-2015


3.1

RT Daerah Jempol

2002 2015 disediakan berdasarkan Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Kaedah Rancangan
Pemajuan (Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan) 1986. RT
Daerah Jempol telah diwartakan pada 16 Ogos 2007.
3.2

Kawasan RT Daerah Jempol 2002 2015 meliputi keseluruhan Daerah


Jempol seluas 148,277.21 hektar yang melibatkan 5 mukim. Daerah
Jempol dibahagikan kepada dua PBPT iaitu Majlis Daerah Jempol seluas
27, 091 hektar (18%) dan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Negeri Sembilan seluas 121, 186.63 hektar (72%) selaku PBPT.

3.3

RT Daerah Jempol 2002 2015 ( Pengubahan 1 2014) merupakan


pindaan sebahagian zoning guna tanah dan pernyataan bertulis dalam RT
Daerah Jempol 2002-2015 yang telah diwartakan pada 16 Ogos 2007.

RAHSIA

RAHSIA

3.4

RT Daerah Jempol 2002-2015 (Pengubahan 1 -2014) telah mendapat


kelulusan Pihak Berkuasa Negeri pada 15 Disember 2014 dan telah
diwartakan pada 1 Januari 2015.

4.

Rancangan Tempatan (RT) Daerah Jelebu 2002-2015


4.1

Penyediaan RT Daerah Jelebu 2002-2015 telah disediakan oleh Majlis


Daerah Jelebu selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan
Desa 1976 (Akta 172) dan Kaedah Rancangan Pemajuan (Rancangan
Stuktur dan Rancangan Tempatan) 1986 dengan kerjasama Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dan Jabatan
Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan. RT Daerah Jelebu telah
diwartakan pada 16 Ogos 2007.

4.2

RT Daerah Jelebu 2002-2015 disediakan meliputi keseluruhan Daerah


Jelebu seluas 134,989.72 hektar. Daerah Jelebu terbahagi kepada 2
PBPT iaitu kawasan Majlis Daerah Jelebu seluas 13,758.31 hektar
(10.19%) dan kawasan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan
Desa Negeri Sembilan seluas 121,231.41 hektar (89.81%).

ASAS PERTIMBANGAN
5.

RT merupakan suatu dokumen perancangan terperinci yang mengandungi peta

cadangan serta pernyataan bertulis bagi suatu kawasan mengenai pembangunan


seluruh kawasan yang berkenaan.
6.

RT juga sering digunapakai semasa membuat penilaian projek Rancangan

Malaysia Lima Tahun di peringkat persekutuan dan negeri serta dokumen utama yang
dirujuk dalam sesuatu permohonan Kebenaran Merancang (KM).
7.

Memandangkan RT Daerah Seremban, RT Daerah Jempol dan RT Daerah

Jelebu akan melepasi tempoh perancangan iaitu tahun 2015 maka terdapat keperluan

RAHSIA

RAHSIA

mendesak bagi penggantian RT tersebut. Proses penggantian RT tersebut akan


menggubal dasar pembangunan daerah tersebut selaras dengan dasar Rancangan
Struktur Negeri Sembilan 2045 dan dasar-dasar sektoral negeri sebagai panduan
pembangunan gunatanah pada masa akan datang.
8.

Penggantian ketiga tiga RT ini adalah untuk menyemak dan mengkaji dasar

dan strategi zoning guna tanah. Selain itu, bagi menyemak dan mengkaji program dan
projek yang berdaya laksana serta kesesuaian projek yang disenaraikan untuk
dilaksanakan pada masa akan datang.
9.

Keperluan penggantian ini dibuat berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar

dan Desa 1976 (Akta 172) seperti berikut:

10.1

Subseksyen 16(1)

: Pihak Berkuasa Perancang Tempatan boleh pada

bila bila masa, membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan,


atau penggantian sesebuah Rancangan Tempatan.
10.2

Subseksyen 16(2)

: Pihak Berkuasa Perancang Tempatan hendaklah

menyediakan cadangan pengubahan Rancangan Tempatan jika diarahkan


oleh Jawatankuasa Perancang Negeri.
10.3

Subseksyen 16(3)

Tatacara

pengubahan,

pembatalan

atau

penggantian sesebuah Rancangan Tempatan hendaklah mematuhi


Seksyen 12, 13, 14, dan 15 Akta 172 iaitu sebagaimana langkah
langkah penyediaan Draf Rancangan Tempatan.
10.

Penggantian ketiga tiga RT ini akan dijalankan pada tahun 2016 dengan

peruntukan Kerajaan Negeri selaras dengan keputusan Jawatankuasa Perancang


Negeri Bil. 4/2014 pada 22 April 2014.

RAHSIA

RAHSIA

11.

Perlanjutan tempoh perancangan ketiga tiga RT ini telah mendapat kelulusan

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 8/2015 pada 19 Oktober 2015 selaras
dengan Subseksyen 15(1A) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).
12.

Secara dasarnya JPN telah bersetuju dengan perlanjutan tempoh perancangan

RT Daerah Seremban 2010-2015, RT Daerah Jempol 2002-2015, dan RT Daerah


Jelebu 2002-2015 sehingga RT penggantian diwartakan.
13.

JPN juga telah bersetuju bahawa RT sedia ada adalah terpakai sehingga RT

Penggantian diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk persetujuan


penguatkuasaan dan seterusnya diwartakan.
ULASAN JABATAN
Y. B. Penasihat Undang-Undang Negeri
[ Rujukan:

15.
Y. B. Pegawai Kewangan Negeri
[Rujukan:

16.
Unit Perancang Ekonomi Negeri
[Rujukan:

17.
Unit Kerajaan Tempatan
[Rujukan:

18.

RAHSIA

RAHSIA

SYOR
19.

MMK yang bersidang pada hari ini adalah dipohon untuk mempertimbang dan

seterusnya meluluskan syor-syor berikut:


19.1

Bersetuju ke atas perlanjutan tempoh perancangan bagi RT Daerah


Seremban 2010-2015, RT Daerah Jempol 2002-2015, dan RT Daerah
Jelebu 2002-2015 sehingga RT Penggantian diwartakan.

19.2

Bersetuju bahawa RT sedia ada adalah terpakai sehingga RT Penggantian


diwartakan.

PENUTUP
20.

Kertas ini dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri Sembilan.


........................................................

.......................................................

(HASNAN BIN IBERAHIM)

(MOHD AMIN BIN LUDIN)

Pengarah

Setiausaha

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri Sembilan Darul Khusus

Negeri Sembilan Darul Khusus.

RAHSIA

You might also like