You are on page 1of 20

PERKARA

M/S

PENDAHULUAN

DEFINISI ROKOK

2-4

PENERANGAN MENGENAI TABIAT MEROKOK

4-5

PANDANGAN AGAMA TERHADAP ROKOK

6-11

KESAN TERHADAP PEMBENTUKAN MODAL INSAN


BERKUALITI

11

4.1 TERHADAP KESIHATAN

11-12

4.2 TERHADAP EKONOMI

13-14

4.3 TERHADAP SOSIAL

14-15

4.4 TERHADAP PEMBELAJARAN

16-17

KESIMPULAN

18

PENDAHULUAN
Merokok merupakan satu tabiat yang kian menular dikalangan masyarakat di
Malaysia. Statistik menunjukkan bahawa bilangan perokok telah kian meningkat dengan
mendadaknya terutama daripada kalangan pelajar-pelajar universiti. Tanpa disedari rokok
telah menjadi satu budaya dikalangan masyarakat Malaysia dan kini berada pada tahap
yang kritikal. Didalam aspek pembangunan diri, tanpa disedari bahawa rokok telah
menjadi punca kepada keruntuhan kualiti modal insan bagi setiap aspek individu yang
bergelar perokok. Untuk membincangkan dengan lebih lanjut lagi tentang kesan rokok
didalam pembentukan modal insan , tugasan ini akan memberikan penerangan yang lebih
terperinci mengenainya. Didalam tugasan ini, kami telah membincangkan mengenai
maksud tabiat merokok yang perlu difahami dengan lebih jelas lagi. Terdapat juga
pengisian yang mengaitkan pandangan agama terhadap rokok dari segi hukum-hukum
serta dalil-dalil yang bernas mengenai hujah tersebut. Apabila menyentuh mengenai
kesan merokok terhadap pembentukan modal insan yang berkualiti pula, kami telah
memberikan contoh-contoh kesan terhadap perokok dari segi kesihatan, sosial,
pembelajaran dan ekonomi. Empat aspek ini sebenarnya telah menunjukkan bahawa
merokok telah menjadikan seorang individu itu tidak mempunyai pembentukan modal
insan yang berkualiti. Akhir sekali kami mengharapkan bahawa tugasan ini mampu

memberikan penerangan yang berguna kepada semua dan boleh menjadikannya sebagai
panduan mengenai konsep pembentukan modal insan yang seiring dengan perlaksanaan
kempen yang dijalankan oleh kerajaan mengenain pembentukan modal insan berkualiti
ini.

1.0 DEFINISI ROKOK


1

Rokok adalah kertas yang berbentuk silinder berukuran lebih kurang 70 hingga

120 milimeter (mm) yang berdiameter antara 10mm. Didalam silinder tersebut diisi
dengan daun tembakau yang telah diricik halus. Rokok terbahagi kepada dua iaitu rokok
yang berfilter dan rokok yang tidak berfilter. Filter ini diperbuat daripada bahan seperti
kapas dan ia diletakkan pada rokok dengan tujuan untuk menapis nikotin daripada terus
masuk kedalam mulut dan juga organ dalaman. Antara contoh rokok yang berfilter ialah
Samporna, Pall Mall, dan lain-lain lagi. Contoh bagi rokok yang tidak berfilter pula ialah
cerut.

Terdapat tiga jenis racun yang paling penting dalam sebatang rokok. Racun-racun
tersebut ialah tar, nikotin dan karbon monoksida. Kesemua racun itu dicampurkan
bersama-sama daun tembakau. Menurut kajian tar mengandungi sekurang-kurangnya 43
1
2

Sumber daripada wikipedia


Picture 1 Pokok tembakau

jenis bahan kimia yang merbahaya dan boleh mengundang penyakit kanser (karsinogen).
Antara bahan kimia tersebut ialah benzopyrene. Benzopyrene ialah sejenis policyclic
aromatic hydrocarbon (PAH), yang mana bahan ini telah disahkan sebagai penyebab
penyakit kanser pada suatu masa dahulu.

Nikotin3 adalah sebab kepada penagihan. Ini kerana nikotin bertindak balas
dalam otak manusia yang memberi kesan kepada sistem mesolimbik sama seperti tindak
balas bagi heroin, amfetamin4, dan kokain5. Dunia perubatan telah mengiktiraf bahawa
nikotin juga adalah sejenis dadah. Selain menyebabkan ketagihan nikotin juga menjadi
punca utama diserang penyakit jantung dan juga strok.

Seperti yang sudah diketahui ramai, karbon monoksida keluar dari ekzos
kenderaan. Gas karbon monoksida ini dapat menjejaskan udara atau oksigen yang akan
dibekalkan kepada tisu-tisu badan hingga boleh mencacati dan boleh menyebabkan
kematian apabila paras karbon monoksida yang berada dalam badan melebihi 60%.

Terdapat tiga6 kategori rokok pertama ialah mild atau juga dikenali sebagai light,
jenis yang kedua pula ialah menthol dan akhir sekali ialah cerut. Rokok jenis mild
dikatakan mengandungi kandungan tar dan nikotin yang paling rendah berbanding rokok
jenis light dan rokok jenis cerot. Rokok jenis ini mengandungi kira-kira 14 hingga 15
miligram (mg) tar dan 5mg nikotin.

Nikotin merupakan sejenis racun saraf yang digunakan dalam racun serangga.
Amfetamin ialah dadah sintetik yang dihasilkan sebagai pembantut selera.
5
Kokain ialah peransang yang dihasilkan secara semulajadi.
6
Sumber daripada wikipedia.
4

Bagi sebatang rokok menthol pula ia mengandungi 20 miligram (mg) tar dan 4
hingga 5 miligram (mg) nikotin. Rokok cerut pula selalunya berbentuk seperti sebuah
torpedo, ukurannya lebih panjang dan lebih besar daripada rokok light atau mild dan
rokok kretek. Beza antara cerut dengan rokok lain ialah cara menbuatnya. Untuk rokok
light dan kretek daun tembakaunya diracik halus tetapi bagi cerut pula daun tembakaunya
tidak diracik, malah ia hanya menggulungkan daun tembakau itu sahaja hingga
menbentuk sebuah silinder yang agak besar. Oleh kerana saiznya yang lebih besar
daripada rokok lain maka kandungan tar dan nikotinnya pun lebih banyak. Oleh itu rokok
jenis ini lebih merbahaya daripada rokok yang lain.

2.0 PENERANGAN MENGENAI TABIAT MEROKOK


Tabiat merupakan suatu kurniaan yang baik yang telah dicipta oleh Allah yang
Maha Kuasa.Ia mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu tampa perlu dalam
keadaan sedar dan tidak perlu memaksa diri untuk melakukan sesuatu perkara.Biasanya,
tabiat merupakan perkara yang disukai oleh seseoorang sehingga apa yang dilakukan itu
dilakukan dalam keadaan tidak sedar.
Tabiat sekiranya digunakan ke jalan yang diredai akan membawa kepada
kebaikan dan sebalikya jika digunakan kejalan yang tidak sepatutnya.Sebagai contoh, kita
boleh menggunakan kelebihan tabiat ini dalam megerjakan suruhan Allah seperti selalu

berdoa apabila menghadapi kesusahan dan sekiranya kita melalukannya berulang kali
tanpa memaksa diri kita untuk melakukannya,kita akan terbiasa melakukan perkara
ini.Inilah yang dinamakan tabiat.
Mengikut Kamus Bahasa Malaysia7, tabiat bermaksud sifat batin seseorang yang
mempengaruhi fikiran atau perbuatannya.Selain itu,tabiat juga bermaksud perbuatan yang
selalu yang dilakukan. Merokok pula bermaksud menghisap rokok.Oleh itu,tabiat
merokok bolehlah diertikan sebagai sifat batin seseorang yang mempengaruhi fikiran
atau perbuatannya untuk menghisap rokok dan perbuatan seseorang yang selalu
menghisap rokok.
Mengikut Kamus Fajar Rumi-Jawi8 pula mendifenisikan tabiat sebagai sifat
semulajadi seseorang,yang mengawal pemikiran.Merokok pula diertikan sebagai
menghisap rokok.Jadi maksud tabiat merokok ialah sifat seseorang yang mengawal
pemikirannya untuk menghisap rokok.
Selain daripada itu, mengikut Kamus Dewan 9, tabiat merupakan perangai,budi
pekerti dan watak.Merokok pula merupakan menghisap rokok.Maka maksud tabiat
merokok dapat dispesifikasikan sebagai perangai seseorang yang suka menghisap rokok.

Kamus Bahasa Malaysia(Edisi pelajar).Dewan Bahasa dan Pustaka,1985.


Yunus Maris(1984).Kamus Fajar Rumi-Jawi,Fajar Bakti.
9
Kamus Dewan(Edisi Baru).Dewan Bahasa dan Pustaka,1993.
8

3.0 PANDANGAN AGAMA TERHADAP ROKOK

Rokok adalah terbukti mengandungi berbagai-bagai jenis bahan kimia yang


berbahaya, diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli kimia, telah jelas
dibuktikan bahawa nikotin yang terdapat dalam setiap batang rokok pada daun tembakau
adalah ternyata sejenis bahan kimia yang memabukkan. Ia diistilahkan sebagai candu.
Dalam syara, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau
disuntik pada seseorang maka ia dikategorikan sebagai candu atau dadah kerana
pengertian atau istilah candu adalah suatu bahan yang dikenalpasti memabukkan atau
mengandungi elemen yang memabukkan.
Dalam mengklasifikasikan hukum candu atau bahan yang memabukan, Jumhur
ulama fikah yang berpegang kepada syara menghukumkan atau menfatwakannya sebagai
benda haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau ditinggalkan.
Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan kepada hujah-hujah atau nas-nas dari
syara sebagaimana hadis yang berikut
setiap yang memabukkan itu adalah haram 10
Hadith ini dengan jelas menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang memabukkan
adalah dihukum haram. Kalimah kullu di dalam hadith ini bererti setiap . Ia
membawa maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa sahaja yang memabukkan
adalah haram hukumnya.Hadith ini dikuatkan lagi dengan hadith dibawah ini:
10

Hadis Riwayat Muslim

setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram11
Hadis di atas ini menyatakan dengan jelas bahawa setiap apa saja yang
memabukkan adalah haram hukumnya. Pada hadith ini juga Nabi Muhammad s.a.w
menggunakan kalimah kullu() iaitu setiap apa saja ,sama ada berbentuk cecair
,padat,serbuk atau gas. Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas diatas ini kerana
beralasan atau menyangka bahawa rokok itu hukumnya hanya makruh, bukannya haram
sebab rokok tidak memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak
mengandungi candu dan jika adapun kandungan candu dalam rokok hanya sedikit.Begitu
juga dengan alasan yang lain ,menghisap sebatang rokok tidak akan terasa memabukkan
langsung.Alasan atau sangkaan seperti ini boleh diselesaikan dengan berpandukan
kepada hadith di bawah ini: Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada
sedikitnya juga adalah

haram.12

Berpandukan hadith di atas dikuatkan lagi dengan kenyataan ini iaitu


kalaulah meneguk segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan,
maka walaupun setitis arak juga hukum pengharamnnya tetap sama dengan segelas arak
tersebut.Begitu juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum
haram.Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah dipersetujui oleh
ulama-ulama Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda yang dihukumkan
haram untuk dimakan, diminum, dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan
terpaksa. Di dalam sepotong hadis sahih yang diriwayatkan oleh Iman Muslim, Nabi
Munammad s.a.w telah mengkategorikan setiap yang memabukkan itu sebagai sama
hukumnya dengan hukum arak. Hadith yang mengkategorikan setiap yang memabukkan

11
12

Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud


Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah

ialah:

Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah

haram13
Dalam perkara ini ada yang mengatakan bahawa rokok tidak sama dengan arak.
Mereka beralasan bahawa rokok atau tembakau adalah dari jenis lain dan arak pula dari
jenis lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok.Memanglah rokok dan arak tidak
sama pada ejaan dan rupanya, tetapi dari hukum kesan bahan yang memabukkan yang
terkandung di dalam rokok dan arak tidak berbeza dari segi syara.Ini kerana kedua-dua
benda ini tetap mengandungi bahan yang memabukkan dan memberi kesan yang
memabukkan kepada pengguna atau penagihnya.Tidak kira sedikit atau banyak
kandungan yang terdapat atau yang digunakan, , sama ada dari jenis cecair,
pepejal,serbuk atau gas apabila nyata memabukkan.Yang menjadi perbincangan hukum
ialah benda yang boleh memabukkan sama ada kuantitinya banyak atau sedikit maka
hukumnya tetap sama, iaitu haram sebagaimana keterangan hadith sahih di atas.
Dalam hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa akan ada
di

kalangan umatku yang akan menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan

dengan menukar nama dan istilahnya untuk menghalalkan penggunaan benda-benda


tersebut.
Pasti akan berlaku dikalangan manusia-manusia dari umatku,
meneguk(minum/hisap/sedut,suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan
nama yang lain.14
Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan melalui hadith-hadith baginda di atas
bahawa setiap yang boleh memabukkan apabila dimakan,diminum atau digunakan tanpa

13
14

Hadis Riwayat Muslim


Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

ada sebab-sebab keperluan atau terpaksa, maka ia dihukumkan sebagai benda haram dan
ia dianggap sejenis dengan arak.Penghisapan dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok
bukanlah sesuatu yang wajib atau terpaksa dilakukan dalam penggunaan dadah kerana
adanya sebab-sebab tertentu seperti desakan semasa menjalani rawatan atau
sebagainya.Sebaliknya penghisapan rokok dimulakan hanya kerana tabiat ingin sukasuka yang akibatnya menjadi suatu ketagihan yang memaksa penagih melayani kehendak
nafsunya. Dalam pada itu, tanpa menyedari, ia telah membeli penyakit dan menambah
masalah, mengundang kematian dan secara tidak langsung ia telah melakukan kezaliman
terhadap diri sendiri di samping mengamalkan pembaziran yang amat ditegah oleh syara.
Dadah telah disamakan hukumnya dengan arak oleh Nabi Muhammad s.a.w
disebabkan kedua-duanya benda ini boleh memberi kesan mabuk dan ketgihan yang
serupa kepada penggunanya.Melalui kaedah yang diambil dari hadith Nabi diatas,
dapatlah kita kategorikan dadah jenis nikotin yang terdapat di dalam rokok, hukumnya
adalah sama dengan arak dan semua jenis dadah yang lain.
Apabila pengambilan rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan adalah
haram kerana nyata ia dikategorikan sejenis dengan arak oleh Nabi Muhammad s.a.w,
maka di dalam hadith dan al-Quran juga terdapat amaran keras dari Allah dan Rasulnya.
Dari Abu musa berkata
Rasulullah s.a.w bersabda : Tiga orang tidak masuk syurga. Penagih arak,
orang yang membenarkan sihir dan pemutus silaturrahim.15
Firman Allah:

15

Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban

mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa
pada keduanya itu dosa yang besar.16

Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak, judi, berhala dan bertenung
itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah kamu
meninggalkanya semoga kamu beroleh kejayaan, Maidah:90
Hadith di atas Nabi Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan bahawa penagih arak
tidak masuk dan dalam ayat di atas pula, Allah mengkategorikan arak sejajar dengan
berhala dan bertenung sebagai perbuatan keji yang wajib dijauhi oleh akal yang sihat.
Perkataan rijs ini tidak digunakan dalam al-Quran kecuali terhadap perkara-perkara
yang sememangnya kotor dan jelek.Perbuatan yang buruk, kotor, buruk dan jelek ini
tidak lain dan tidak bukan mesti berasal daripada syaitan yang sangat gemar melakukan
kemungkaran sebagaimana amaran Allah selanjutnya yang menekankan bahawa:
Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di
antara kamu lantaran khamar dan judi itu menghalangi kamu dari mengingati Allah dan
sembahyang.Apakah kamu tidak mahu berhenti? 17
Justeru dengan itu Allah menyeru supaya berhenti daripada perbuatan itu dengan
ungkapan yang tajam: Apakah kamu tidak mahu berhenti?
Kesimpulanya, Rokok atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi dadah
nikotin adalah haram pengambilanya kerana nikotin sudah ternyata adalah sejenis dadah

16
17

Al Baqarah:219
Al Maidah:91

10

yang boleh membawa kesan mabuk atau mmemabukkan apabila digunakan oleh manusia.
Malah dadah ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah menganggu kesihatan seseorang
penggunanya sehingga penderitaan akibat penyakit yang berpunca dari rokok tersebut
yang mengakibatkan kematian.Rokok pastinya menambah racun toksin yang terkumpul
di dalaqm tubuh badan sehingga menyebabkan sel-sel dalam tubuh seseorang itu
mengalami kerosakkan dan memggangunya daripada berfungsi dengan baik dan
membuka kepada serangan kuman dan bara

4.0 KESAN TERHADAP PEMBENTUKAN MODAL INSAN BERKUALITI


Tabiat merokok merupakan gejala yang kini sering diamalkan oleh pelajar.
Perkara ini amat membimbangkan negara kita sekarang kerana pelajar merupakan
pemangkin kepada Negara pada masa akan datang. Pelajar boleh dikatakan modal insan
berkualiti.Kesan merokok ke atas modal insan berkualiti, boleh terbahagi kepada
beberapa bahagian. Diantaranya ialah dalam ekonomi, sosial, kesihatan dan
pembelajaran.

4.1 TERHADAP KESIHATAN


Rokok mengandungi pelbagai racun yang berbahaya. Perokok dan bukan
perokok yang terdedah kepada asap terpakai atau asap jaluran sisi akan menghadapi
risiko mendapat beberapa penyakit. Kerana didalam rokok18 mengandungi nikotin,karbon
monoksida, tar dan fenol. Secara jelas menunjukkan merokok membawa kesan buruk
kepada tubuh badan. Merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser,
18

Di ambil dari Pusat Racun Negara, USM Official Website.

11

jantung, paru-paru dan sebagainya. Kajian sains telah membuktikan bahawa setiap batang
rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu
sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium
-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia),
ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun
(hydrogencyanide) yang digunakan di `kamar gas maut' bagi pesalah yang menjalani
hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar,
nikotin dan karbon monoksida yang kita ketahui amat bahaya kesannya terhadap
manusia.
Menurut Pertubuhan Kesihatan 19 Sedunia (WHO), bilangan kematian tahunan
akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah daripada 1 juta dalam pertengahan
tahun 1960an kepada 3 juta sekarang. Jumlah ini dianggarkan meningkat lagi kepada 10
juta setahun menjelang tahun 2020. Jumlah kematian yang dianggarkan ini hampir
menyamai

jumlah

kematian

orang

awam

dalam

Perang

Dunia

Pertama.

Statistik telah menunjukkan dan membuktikan bahawa tabiat merokok


mengakibatkan 90% dari kesemua kes kanser paru-paru, 75% kes kerosakan paru-paru
(choronic bronchitis & emphysema) serta 25% kes sakit jantung di kalangan lelaki
berumur di bawah 65 tahun. Beberapa lagi jenis kanser selain kanser paru-paru dan juga
komplikasi dalam sistem pernafasan kanak-kanak, turut dikaitkan dengan merokok di
kalangan

19

ahli

keluarga.

Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website.

12

Segala pernyataan yang berada di atas, kita dapat merumuskan tabiat merokok
hanya mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Di dalam linkungan modal insan
berkualiti merokok akan mengurangkan lagi modal insan seseorang itu. Contohnya
apabila kita merokok, pelbagai penyakit yang melanda pada tubuh badan kita.
Diantaranya kanser paru-paru yang boleh membawa maut.
Oleh yang demikian bagaimana seorang pelajar itu dapat meningkatkan lagi
kualiti modal insannya sekiranya mereka menghidap penyakit seperti yang telah
dibincangkan tadi?. Perkara ini juga akan memepengaruhi proses pembelajaran mereka
dan secara tidak langsung juga akan menjejaskan prestasi akademiknya.
Maka, objektif pelaksanaan misi dan visi di Kuittho akan tidak tercapai
sepenuhnya oleh para mahasiswa di kolej universiti ini kerana proses pembentukan
modal insan berkualiti tidak berjalan dengan lancar sekali.

4.2 TERHADAP EKONOMI


Insan berkualiti di dalam perbincangan ini, kami lebih tumpukan kearah pelajar-pelajar.
Kesan merokok yang pertama ialah ekonomi. Sebagai seorang pelajar, sudah tentulah
segala pembelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa ataupun biasiswa dan
pinjaman. Sebagai seorang pelajar, mereka sepatutnya menggunakan wang yang diberi
untuk belajar. Namun terdapat juga segelintir pelajar yang menyalahgunakan wang
tersebut ke arah yang tidak berfaedah. Contoh yang mudah dalam perbincangan ini
adalah rokok.

13

Dari sudut ekonomi, merokok adalah suatu amalan pembaziran. 20 Setiap individu
yang menghisap rokok melampaui 20 batang sehari yang berharga RM 5 keatas untuk
sekotak rokok. Dianggarkan selama sebulan wang yang dibelanjakan adalah diantara RM
150 keatas dan RM1,800 setahun dan sejumlah RM18,000 bagi sepuluh tahun.
Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 1986, para perokok
di semenanjung Malaysia membakar sekurang-kurangnya RM 3 juta sehari untuk
membeli rokok.
Wang sebanyak ini tentu sekali boleh dimanfaatkan ke arah yang lebih
menguntungkan dan berfaedah kepada diri perokok dan keluarganya. Contoh yang
terdekat adalah seorang pelajar seharusnya menggunakan wang untuk kegunaan belajar
seperti buku, dan komputer demi meningkatkan lagi kualiti modal insannya.
Dengan itu, kita dapat melihat bahawa merokok adalah suatu amalan yang
membazirkan wang anda. Oleh yang demikian, dalam konteks modal insan berkualiti,kita
seharusnya tidak mempunyai tabiat yang negatif ini kerana ia banyak memberi kesan
buruk terhadap diri sendiri, masyarakat, bangsa dan Negara.

4.3 TERHADAP SOSIAL


Daripada pemantauan yang dilakukan, didapati kebanyakan pelajar-pelajar di
KUiTTHO ini di dapati hampir 60 peratus adalah sebagai seorang perokok. Manakala
yang selebihnya adalah bukan perokok. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak beliau menyatakan bahawa dari kaji selidik yang
dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996, kadar keseluruhan

20

Diambil dari ucapan Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak sempena Pelancaran Kempen Nafas Baru
Bermula Ramadhan 1425H dan Pelancaran Berhenti Merokok Di Parlimen.

14

merokok di negara ini ialah 24.8% manakala prevalen bagi lelaki ialah 49.2% dan untuk
wanita 3.5%21.
Selain itu juga, kesan lain terhadap mereka juga adalah dari segi kesihatan,
dimana kesihatan mereka akan terjejas. Mereka akan mudah dapat penyakit seperti
demam, batuk, selesema dam sebagainya. Apabila kesihatan mereka tidak stabil mereka
tidak akan dapat memberi tumpuan di dalam kelas semasa pensyarah memberikan kuliah.
Didapati juga kebanyakan pelajar-pelajar KUiTTHO juga mereka berjinak-jinak
ke kancah merokok ini bermula dari bangku persekolahan lagi. Dari sini kita boleh lihat
bahawa modal insan bagi pelajar yang merokok adalah rendah. Mereka telah mula
merokok dari zaman persekolahan lagi. Mungkin mereka telah merokok hampir lima
hingga enam tahun. Apabila seseorang itu telah ketagih kepada rokok susah untuk
membuat mereka berhenti daripada terus merokok.
Selain daripada itu, bagi rakan-rakan yang tidak merokok dan berkawan dengan
mereka yang merokok didapati bau nafas dan juga bau pakaian mereka yang merokok
boleh mengganggu kehidupan mereka yang tidak merokok sama sekali. Dengan ini,
boleh menjejaskan perhubungan sillaturrahim antara mereka. Mereka juga yang tidak
merokok akan rasa tidak selesa dengan bau rokok itu serta akan akan merasa malu
dengan mempunyai rakan yang menghisap rokok.
Oleh kerana hubungan perokok dengan rakan-rakannya tidak baik, bagi perokok
tersebut mereka juga mungkin akan disingkirkan atau tidak diambil tahu oleh rakan-rakan
lain yang tidak menghisap rokok. Di sini menunjukkan salah satu langkah untuk
membuat perokok tersebut untuk berhenti daripada menghisap rokok.
21

Petikan ini diambil semasa Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak menghadiri pelancaran kempen nafas
baru bermula Ramadhan 1425H dan pelancaran berhenti merokok yang bertempat di dewan makan
bangunan parlimen Malaysia iaitu pada 27 September 2006.

15

Seperti yang kita sedia maklum juga, tabiat merokok yang menular kini diterima
sebagai suatu perkara kebiasaan dan simbol status dalam masyrakat KUiTTHO.
Walaupun papan tanda dipasang dimerata tempat, namun bagi pihak yang tidak
bertanggungjawab mereka langsung tidak menghiraukan amaran-amaran yang dinyatakan
dalam papan tanda tersebut. Jelas di sini menunujukkan bahawa rokok diibaratkan
sebagai teman bagi setiap perokok. Walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk
memastikan KUiTTHO kita ini bebas daripada rokok namun mereka (perokok) tetap
degil dan tidak mengendahkan kepada kempen-kempen tersebut.
Akhir sekali, kesan lain yang terdapat pada seseorang perokok itu adalah
persenoliti mereka akan terjejas. Mereka akan nampak lebih serabut22 dan kehidupan
mereka tidak terurus dengan baik. Kebanyakan wanita, mereka tidak suka pada lelaki
yang merokok dan kemas. Jesteru itu, disarankan bahawa bagi lelaki yang ingin memiliki
wanita idamannya berhentilah daripada merokok. Kebanyakan wanita juga, mereka tidak
tahan dengan asap rokok. Apabila mereka terrhidu asap rokok mereka akan rasa tidak
selesa seperti sesak nafas, loya dan sebagainya.

4.4 TERHADAP PEMBELAJARAN


Kuittho merupakan salah satu tempat lanjutan untuk para pelajar mencari ilmu
pengetahuan dan juga memiliki ramai pelajar yang mempunyai tabiat merokok.
Walaupun hukum merokok telah jelas, namun mereka masih mengabaikannya dan
mengambil ringan akan hukum tersebut.23 Tanpa mereka sedari, merokok itu mempunyai
banyak kesan yang akan merugikan mereka suatu hari nanti. Kesan merokok bukan
22

Apa yang dikatakan serabut di sini adalah menggambarkan bahawa kehidupan pelajar itu sememangnya
selekeh dan compang-camping.
23
http://www.darulkautsar.com/pemurniansyariat/hukumrokok.htm

16

hanya terhad kepada aspek kesihatan sahaja, tetapi merokok itu juga mempengaruhi
pembelajaran seseorang pelajar itu.24 Masa depan para pelajar bergantung kepada
pembelajaran mereka di universiti dan akan termusnah impian itu jika amalan merokok
itu tidak dihentikan.

Ini kerana apabila seseorang itu merokok, mereka akan mula ketagih dan akan
mengganggu waktu pembelajaran mereka. Waktu yang ditetapkan untuk belajar telah di
habiskan dengan menghisap rokok sahaja. Tabiat ini akan akan menyukarkan pelajar
belajar mengikut jadual yang disediakan. Ini kerana apabila mereka hendak merokok,
mereka akan memikirkan cara-cara dan tempat yang boleh mereka pergi untuk merokok.
Secara tidak langsung, pelajaran mereka akan terganggu dan berkemungkinan boleh
mendatangkan masaalah sehingga ke tahap ponteng daripada menghadiri kuliah.

Di KUiTTHO, terdapat sebilangan besar pelajar yang mendapat pinjaman 25 dan


biasiswa dari agensi-agensi kerajaan dan swasta. Pertolongan wang yang diberikan ini
bertujuan menampung perbelanjaan mereka di unuversiti termasuk yuran pengajian.
Tetapi bagi pelajar yang menghisap rokok, wang yang diberikan telah diabiskan untuk
membeli rokok sahaja. Dari itu timbul pula masaalah yang lain seperti perjalanan proses
pembelajaran mereka terganggu dan terpaksa melaui kesukaran dalam pelajaran mereka.
Contohnya mereka tidak dapat membeli buku-buku rujukan, membuat projek dan
sebagainya.

24
25

http://afiat3000.tripod.com/kesan_merokok.htm
Pinjaman PTPTN

17

Dari itu, timbullah perasaan gusar di hati mereka dan bimbang tidak dapat
menyambung pelajaran mereka. Perasaan ini akan membuatkan pelajar berasa tertekan
dan tidak dapat lagi menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran.26 Apabila keadaan
semakin tertekan, mereka akan mula bertindak melakukan sesuatu yang di larang seperti
mencuri dan sebagainya. Tindakan yang dilakukan ini akhirnya akan menyusahkan diri
sendiri kerana di khuatiri akan di buang daripada pengajian. Sudah tentu perkara ini akan
merugikan pelajar kerana peluang mereka untuk kembali sambung pengajian begitu
sukar.
Oleh itu, perbuatan merokok itu amat merugikan para pelajar di dalam proses
pembelajaran mereka. Tabiat ini akan mempengaruhi pembelajaran dan sedikit sebanyak
akan merosakkan minda pelajar. Pembelajaran yang bagus datang daripada badan yang
sihat. Untuk memilikinya, tabiat merokok perlu di jauhkan dan ditinggalkan serta merta
sebelum ianya memusnahkan pembelajaran kita.

5.0 KESIMPULAN
Merokok merupakan satu gejala yang merugikan semua pihak samaada pada diri
sendiri, masyarakat dan negara. Rokok itu sama sekali dianggapkan sebagai senjata atau
musuh yang membunuh secara perlahan demi perlahan .Didalam konteks pembentukan
modal insan berkualiti, merokok dengan jelasnya telah menjadi punca kepada penurunan
modal insan berkualiti seseeorang individu itu buktinya kita dapat perhatikan dari sudut
kesihatan seorang perokok itu, ekonomi seorang perokok itu,proses bersosialisasi pelajar
itu dan akhirnya proses pembelajaran pelajar tersebut.oleh itu, sebagai bakal pemimpin
26

http://www.brunet.bn/news/pelita/31mei/menjana.htm

18

pada masa akan datang, maka bermulalah dari sekarang untuk tidak merokok yang
sememangnya banyak memberi kesan kepada diri sendiri apatah lagi kesannya terhadap
pewaris-pewaris kita di masa akan datang.

19

You might also like