You are on page 1of 2

Pencapaian Malaysia : Ekonomi

Hits: 18098
Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh
dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan
sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan
adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai
contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik
tapak perlombongan dan sebagainya.
Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu
untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi
akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual,
hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain
yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan
ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan
memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata
wang yang banyak.
Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah
British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi
tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat
mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan
dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam
sektor perdagangan dan perlombongan.
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan berubah
daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan
sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar
Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada
eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia
merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan
dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya
meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport
tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat
tersebut.
Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi
dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing
yang sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi
mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997.
Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan
kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan
dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif

You might also like