You are on page 1of 36

PEMARKAHAN

KRL 3043
LATIHAN ILMIAH

TAJUK

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN KANAK-KANAK SINDROM


DOWN : KOMUNIKASI VERBAL
KUMPULAN
UPSI 180(A141 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO ID

NO TELEFON

RAFIDAH BINTI ABU


BAKAR

D20102042699

013 5185228

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ABDUL RAHIM B RAZALLI


TARIKH SERAH: 18 OKTOBER 2014

SEKAPUR SIRIH
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan usaha
yang berterusan serta bantuan daripada semua pihak tugasan untuk KRL 3043 Latihan Ilmiah
Bab 1,2 dan 3 ini dapat dihasilkan. Saya berharap agar ianya dapat sedikit sebanyak membantu
saya dalam mendalami ilmu pendidikan khas. Ia juga diharapkan dapat memperbaiki kualiti
amalan guru selain sebagai rangka penilaian bagi diri sendiri untuk meningkatkan kepelbagaian
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Untuk itu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak
khasnya kepada :

Pensyarah, Dr Abdul Rahim Razalli

Pihak pengurusan sekolah khususnya En. Mohd Kamal bin Wahidin,Guru Besar SK Sri
Kinjang yang memberi ruang yang selesa untuk pelajar PJJ.

Guru-guru Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah.

Rakan-rakan sekelas Program Pendidikan Khas, UPSI.

Murid-murid pendidikan khas dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama
sepenuhnya.

Tidak lupa juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
serta bekerjasama sehingga membolehkan tugasan ini disempurnakan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan.

ISI KANDUNGAN
BAB 1: PENGENALAN
Pendahuluan
Latar Belakang Kajian
Pernyataan Masalah
Kerangka Konseptual
Objektif Kajian
Soalan Kajian
Kepentingan Kajian
Batasan Kajian
Definisi Pembolehubah
Rumusan

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR


Pendahuluan
Teori Dan Konsep Berkaitan
Kajian-kajian Lepas
Rumusan

BAB 3 : METODOLOGI
Pendahuluan
Rekabentuk Kajian
Persampelan
Instrumen Kajian
Analisis Data
Rumusan

Rujukan
Lampiran

TAJUK:
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI
KALANGAN KANAK-KANAK SINDROM
DOWN : KOMUNIKASI VERBAL
BAB 1
PENGENALAN
1.0

PENDAHULUAN
Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu
ciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi
golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran,
penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya.
Mereka yang dikenali sebagai berkeperluan khas ini tidak bermakna mereka tidak
boleh menjadi penyumbang kepada masyarakat dan negara. Mereka tidak wajar
dipinggirkan, malah perlu diberi pendidikan. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri
istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka agak
berbeza dan ia digelar sebagai Pendidikan Khas.
Pendidikan Khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau
kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah,
hospital atau institusi. Pendidikan khas juga boleh didefinisikan sebagai:
Special education means education by special methods appropriate to the
requirements of pupils whose physical, intellectual, emotional or social
developments cannot in the opinion of education authority be adequately
promoted by ordinary means.

Manakala Slavin (1997) pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang


program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang
bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun
penambahan kepada pembelajaran biasa di dalam kelas. Kesimpulannya, dapat
dikatakan bahawa pendidikan khas merupakan satu program pendidikan yang
ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta
sosialnya tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal
Dalam menghadapi pelajar-pelajar yang memerlukan pendidikan khas ini,
terdapat ciri-ciri tertentu yang mesti dipatuhi oleh guru-guru pendidikan khas.
Ciri-ciri tersebut ialah ,
a) Guru terlatih Guru-guru terlatih khas merupakan komponen penting dalam
pendidikan khas. Guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar luar biasa ini
memerlukan latihan tertentu yang khusus digunakan untuk mengendalikan
program-program yang disediakan untuk pelajar-pelajar tersebut. Setiap guru
terlatih khas haruslah mempunyai kelayakan perguruan yang asas untuk mengajar
pelajar-pelajar
perkembangan

normal

supaya

mereka

mengetahui

pertumbuhan

dan

normal pelajar-pelajar. Guru pendidikan khas juga perlu

mempunyai sifat kesabaran, kerajinan, sentiasa berikhtiar untuk memperoleh


sesuatu, perlu kreatif, mempunyai hubungan mesra dengan pelajar, perancangan
yang berkesan dan sentiasa bekerjasama dengan guru besar dan rakan sejawat.
b)Kombinasi kepakaran Selain daripada guru-guru terlatih, pendidikan khas
juga memerlukan perkhidmatan pakar dari bidang-bidang lain. Antara pakarpakar yang diperlukan ialah pakar psikologi pendidikan, pediatrik, pakar mata,
pakar telinga, hidung dan tekak, ahli fisioterapi atau terapi pertuturan dan lainlain. Pakar-pakar ini memainkan peranan masing-masing dalam mendiagnosis,
menilai, melatih dan memberi rawatan perubatan kepada pelajar-pelajar terbabit.
c) Kurikulum Khas Pendidikan khas turut menyediakan satu kurikulum khas
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada kurikulum untuk pelajar

normal. Pada amnya, pelajar-pelajar luar biasa akan mengikuti kurikulum sekolah
biasa yang telah diubah suai untuk memenuhi keperluan-keperluan khas.
d) Objektif Pengajaran Khas Objektif-objektif pengajaran pendidikan khas
haruslah objektif yang nyata dan menekankan dua komponen utama iaitu tingkah
laku yang dapat diperhatikan dan kriteria-kriteria untuk kejayaan berdasarkan
bilangan atau peratusan gerak balas yang betul (Chua, 1992). Penulisan objektifobjektif pengajaran jangka pendek selalunya diabaikan oleh guru-guru pendidikan
biasa, tetapi dalam pendidikan khas objektif pengajaran jangka pendek ini amat
penting. Objektif-objektif yang dianggap berkesan mempunyai ciri-ciri seperti
pengkhususan, menjelaskan pencapaian utama yang diingini, perubahan tingkah
laku yang dapat diperhatikan, kriteria pencapaian yang jelas serta berorientasikan
pelajar dan bukan berorientasikan guru.
e) Penglibatan aktif pelajar Pendidikan khas menghendaki penglibatan pelajar
yang aktif. Kebayakan pelajar-pelajar normal, belajar dengan mendengar ucapan
atau pelajaran diberi oleh guru biasa, tetapi pelajar-pelajar luar biasa perlu
dilibatkan secara aktif untuk membantu mereka menguasai sesuatu tugasan atau
konsep tertentu. Bahan-bahan konkrit perlu digunakan untuk memberi gambaran
kepada pelajar-pelajar buta dengan membuat sentuhan, dan secara tidak langsung
pelajar-pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
f) Kaedah pengajaran khas Terdapat dua kaedah pengajaran dalam pendidikan
khas iaitu model latihan kebolehan dan model latihan kemahiran. Kaedah ini
menentukan kelemahan pelajar terlebih dahulu, dan kemudian mengajar apa yang
sesuai dengan keperluannya. Model latihan kebolehan menekankan pemulihan
proses yang mengakibatkan fungsi-fungsi yang kurang dari segi persepsi
penglihatan, persepsi pendengaran atau persepsi motor. Sementara itu, model
latihan kemahiran bertujuan untuk mengenal pasti gerak balas tertentu yang lemah
atau salah dan kemudian memperkuatkan gerak balas tersebut (Chua, 1992).

1.0.1 Sindrom Down


Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh
kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Istilah sindrom bermaksud
tanda atau ciri dan down iaitu diambil sempena dengan nama seorang doktor dari
British iaitu bernama Dr. John Langdon Down yang berjaya mengumpulkan
kesemua tanda dan punca pada tahun 1866. Sindrom Down ialah kecelaruan
genetik yang menyebabkan kecacatan akal pada kanak-kanak. Selain itu Sindrom
Down Juga merupakan satu penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom
tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak.
Ianya terjadi kerana terdapat tiga salinan kromosom 21 dalam satu sel yang
biasanya hanya terdapat dua salinan pada kanak-kanak normal.

Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif),


tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya
dikenal pasti semasa kelahiran lagi. Mereka yang mempunyai Sindrom Down
berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif yang lebih rendah. Menurut
kajian, kebarangkalian seseorang bayi Sindrom Down dianggarkan sekitar 1
kelahiran daripada setiap 800 kelahiran.

Terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan sindrom down.Sindrom Down


adalah masalah genetik yang paling kerap berlaku iaitu pada kadar satu dalam
setiap 800 kelahiran. Secara umumnya Sindrom Down boleh disebabkan satu
daripada tiga masalah genetik iaitu non-disjunction, translokasi atau mosaic.

Masalah non- disjunction ( kegagalan kromosom untuk mengasing secara betul


dalam proses meiosis ) berlaku ketika pembentukan telur wanita adalah penyebab
utama Sindrom Down ( 95 peratus daripada kelahiran bayi Sindrom Down ).

Risiko ini meningkat disebabkan oleh faktor peningkatan umur seseorang wanita
dengan kebarangkalian berlaku adalah satu kes dalam 800 kelahiran bagi wanita
yang hamil ketika berusia 30 tahun. Risiko bertambah kepada 1 kes dalam setiap
100 kelahiran apabila wanita mengandung pada usia 40 tahun dan 1 kes dalam 50
setiap kelahiran berlaku jika si ibu melebihi 45 tahun. Ia juga antara penyebab
utama keguguran yang berlaku dalam trismeter yang pertama. Punca utama
belakunya kejadian itu tidak dapat dipastikan tambahan pula memang diketahui
umum bapa yang menyumbang kepada kromosom berlebihan dan bukan ibu.

Lebih kurang 3 peratus masalah Sindrom Down disebabkan translokasi. Masalah


tranlokasi biasanya terjadi di antara kromosom 14 dan 21. Bagi penyebab ini, ada
kebarangkalian ibu bapa bayi Sindrom Down itu adalah pembawa genetik ini.
Oleh itu, risiko mendapat bayi Sindrom Down adalah tinggi untuk kelahiran
selanjutnya, Sebaik-baiknya ibu bapa menjalani ujian analisis kromosom jika
ingin mempunyai anak lagi apabila penyebab Sindrom Down berkenaan
membabitkan masalah translokasi genetik. Selebihnya, lebih kurang 2 peratus
masalah Sindrom Down disebabkan mosaicism; iaitu bayi yang dilahirkan
menunjukkan ciri-ciri Sindrom Down tetapi berkemungkinan mempunyai IQ
normal.

Rajah 1: Kromosom

Kromosom adalah seperti struktur halusan benang di dapati sel pada badannya di
dapati sel pada badannya. Ia terdiri dari DNA, dan mengandungi segala informasi
mengenai kejadian genetik badan seseorang itu.

Terdapat 23 pasang kromosom dalam setiap sel manusia menjadikannya 46.


Setiap pasang kromosom satu kromosom dari ayah, dan satu lagi dari ibunya. Dua
dari 46 kromosom ini adalah kromosom seks, di panggil X dan Y. Untuk lelaki,
kromosom seks ialah XY manakala kromosom perempuan ialah XX.

Kanak-kanak berkeperluan khas Sindrom Down mengalami pelbagai masalah


kesihatan terutamanya masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti
jantung dan usus. Masalah jantung yang dihadapi ialah jantung berlubang.
Masalah jantung berlubang ini ada beberapa jenis iaitu Ventricular Septec Defect
(VSD) iaitu ada lubang yang kecil di antara jantung kiri dan kanan. Selain itu,
jenis jantung berlubang yang lain adalah Aptrial Septal Defect (ASD) di mana ada

lubang di antara atria kiri dan kanan. Masalah jantung ini akan menyebabkan
darah tidak dapat mengalir mengikut arahnya kerana darah di bahagian kiri dapat
memasuki di bahagian kanan jantung. Ini memberi kesan yang sakit kepada
jantung kanak-kanak tersebut. Selain itu masalah yang dihadapi berkaitan jantung
ialah saluran ateriosis berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA) dan juga
masalah jantung berlubang kebiruan (cynotic spell) iaitu turut menyebabkan
kanak-kanak Sindrom Down itu sukar untuk bernafas. Masalah ini perlu dirawat
melalui perubatan atau pembedahan.

Masalah usus yang dihadapi kanak-kanak Sindrom Down biasanya dikesan


semasa bayi lagi. Di antaranya ialah saluran esofogus yang tidak terbuka (atresia),
biasanya dikesan semasa 1 hingga 2 hari di mana bayi mengalami sukar untuk
menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak
dapat memasukkan tiub penyedut air perut semasa baru lahir. Saluran usus kecil
duodenum yang tidak terbuka penyepitan yang dinamakan Hirshprung Disease
keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum.
Kebiasaannya bayi akan mengalami masalah ini pada pada hari kedua atau
seterusnya selepas kelahiran di mana perutnya akan membuncit dan susah untuk
mebuang air besar. Selain itu, kanak-kanak ini kemungkinan menghadapi masalah
tiada lubang dubur.

Masalah Hipotairodism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak Sindrom Down


iaitu kanak-kanak kekurangan hormon tairod. Kebarangkalian ia berlaku dalam
10% daripada kanak-kanak Sindrom Down. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan
di tulang-tulang kecil bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya
penyakit lumpuh (ATLANTOAXIL INSTABILITY). Sebahagian mereka juga
mempunyai risiko menghadapi kanser sel putih iaitu leukemia.

1.1

LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam proses penguasaan bahasa secara lisan, setiap individu telah dibekalkan
dengan suatu alat nurani yang membolehkan mereka mengenali dan memahami
simbol bahasa secara natural. Berbeza dengan penguasaan kemahiran lisan, dalam
proses membaca, seseorang itu perlu mengamati, mengingati dan mendengar serta
dapat membezakan bunyi dengan tepat, menyebut simbol huruf yang mewakili
bunyi tertentu serta menggabungkan sesuatu bunyi bagi membentuk perkataan
dan memindahkan lambang-lambang tadi kepada sistem kognitif bagi tujuan
terjemahan dan pemahaman ( Safiah Osman , 1990 ).

Latar belakang kajian akan menyingkap masalah kajian yang telah dikenal pasti
dan keperluan untuk menjalankan kajian ini. Di sini juga saya akan cuba
menerangkan keadaan semasa atau isu-isu berkaitan yang perlu ditangani dan
bagaimana kajian ini akan menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau
menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian ini dan yang menghasilkan
penemuan signifikan.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2006, membaca


adalah satu keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi
dan jeda yang betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik.
Menurut fahaman terdahulu, membaca semata-mata memindahkan tulisan kepada
suara. Seseorang murid yang menyuarakan tulisan dengan lancar, adalah dianggap
pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahami. Justeru itu, kemahiran
membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat untuk memerhati kepada
kekuatan suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan oleh
murid tidak dipedulikan oleh guru yang mengajar.

1.2

PERNYATAAN MASALAH
Istilah masalah pembelajaran mula digunakan pada tahun 1980-an. Menurut
Jamila K.A Mohamed (2005) penggunaan istilah ini diperkenalkan dalam
Laporan Warnock bagi merujuk kepada kanak-kanak dengan keperluan khas.
Istilah learning disability dan istilah learning difficulty pula digunakan secara
saling ganti bagi menjelaskan keadaan individu yang mempunyai tahap fungsi
intelek terhad atau sedang berkembang pada tahap lambat berbanding individu
normal. Kategori ini pelbagai misalnya terencat akal, Sindrom Down, autism,
serebral palsi, masalah komunikasi dan perkembangan bahasa, masalah emosi dan
tingkahlaku, kecacatan anggota, hiperaktif, keupayaan mental rendah dan pintar
cerdas. Kanak-kanak ini bukan sahaja menghadapi perkembangan yang lewat,
tetapi juga berkaitan dengan kecacatan kompleks dari segi neurologi, psikiatri,
psikologi dan fisiologi yang member kesan terhadap fungsi pembelajaran kanakkanak.
Cara biasa yang digunakan untuk menentukan sama ada kanak-kanak mengalami
kecacatan akal adalah dengan menggunakan kaedah klinikal atau ujian IQ (
intelligence quotient). Berdasarkan ujian IQ, kanak-kanak terencat akal
dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu ringan (skor IQ 50-75), sederhana ( skor
IQ 30-50), dan teruk ( skor IQ 30 ke bawah). Kanak-kanak terencat akal berbeza
dengan kanak-kanak lain dari segi perkembangan kognitifnya yang agak terhad,
pemerolehan dan penguasaan bahasanya kurang tepat, perkembangan motor kasar
dan motor halus juga lambat, dan menghadapi masalah dalam perkembangan
kemahiran social dan ciri peribadi seperti kurang daya tumpuan serta masalah
tingkah laku.
Terdapat

tiga

aspek

penting

apabila

memperkatakan tentang

masalah

pembelajaran kanak-kanak Sindrom Down, iaitu masalah pertuturan, bahasa, dan


komunikasi. Masalah pertuturan yang dialami member kesan terhadap bunyi yang
dikeluarkan oleh kanak-kanak. Perbezaan dari segi kanak-kanak bercakap
menjadi masalah apabila pertuturannya tidak difahami oleh pendengar. Kecacatan

yang berlaku kemungkinan menyebabkan masalah artikulais ataupun fonologi,


iaitu kelewatan dalam upaya mengeluarkan dan menggunakan bunyi. Selain itu,
suara agak kasar atau tiada bunyi apabila kanak-kanak bercakap. Degungan,
sengauan dan kegagapan juga menimbulkan kesan terhadap pertuturan kanakkanak.
Masalah bahasa pula dibahgikan kepada bahasa reseptif iaitu kemampuan
memahami dan mengingati apa yang diujarkan oleh orang lain, dan masalah
ekspresif, iaitu kemampuan untuk mengatakan idea atau perasaannya dalam
bentuk perkataan atau simbol. Masalah dari segi bahasa ini dapat dibahagikan
kepada dua, iaitu perkembangan lambat dan kecacatan berbahasa. Pembelajaran
bahasa agak lambat dan sukar bagi kanak-kanak Sindrom Down kerana mereka
menghadapi masalah kefahaman akibat perkembangan kognitif yang agak lewat
atau kemungkinan menghadapi masalah pendengaran. Terdapat juga masalah
memori jangka pendek yang menyebabkan kesukaran mengingati ayat yang
panjang dan hasilnya ialah ayat yang bersifat telegrafik. Kanak-kanak ini juga
menghadapi masalah artikulasi disebabkan oleh kelemahan otot lidah, mulut dan
muka.
Masalah komunikasi akan berlaku pbila pemerolehan bahasa reseptif dan bahasa
ekspresif tidak mencapai tahap fungsian yang sesuai bagi perkembangan mental
kanak-kanak. Kelewatan komunikasi seringkali berlaku dalam komunikasi verbal
kerana kanak-kanak yang mempunyai masalah pemahaman dan penglahiran vocal
akan memilih komunikasi buka verbal sebagai langkah awal dalam komuikasi
mereka. Kajian ini akan melihat pemerolehan komunikasi verbal berdasarkan
pencapaian kanak-kanak Sindrom Down dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

1.3

KERANGKA KONSEPTUAL
Kajian ini menumpukan perhatian kepada komunikasi verbal dalam pembelajaran
Bahasa melayu. Dalam komunikasi terdapat beberapa unsur penting yang perlu
diperhatikan, iaitu sumber, mesej, saluran dan penerima. Sumber merupakan

pengetahuan dan kemahiran komunikasi yang ada pada individu. Mesej yang
disampaikan mengandungi struktur, kod, gaya dan seumpamanya. Saluran
memperlihatkan penggunaan pancaindera individu dan bahasa dalam komunikasi.
Bahasa sebagai alat penting bagi melancarkan komunikasi kanak-kanak tidak
semestinya bermula dengan tuturan.

Bahasa dalam komunikasi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu bahasa bukan
verbal dan bahasa verbal. Bagi bahasa dalam komunikasi bukan verbal
dibahagikan kepada komponen pertama, iaitu paralinguistik, nonlinguistik dan
metalinguistik. Kajian ini hanya menumpukan aspek bahasa verbal sahaja. Bahasa
dalam komunikasi verbal pula melibatkan dua aspek penting, iaitu bahasa
ekspresif dan bahasa reseptif

Rajah 2 : Bahasa Dalam Komunikasi Verbal


Komunikasi dalam
Bahasa Melayu

Komunikasi
Bukan
Verbal

Fonologi
Morfologi
Sintaksis

Komunikasi
Verbal

BAHASA
MELAYU
Kandungan Bentuk
Penggunaan

Bahasa Reseptif

Bahasa
Ekspresif

PERTUTURAN

Pragmatik

Rajah 3 : Kerangka Konseptual

PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU DI KALANGAN
KANAK-KANAK SINDROM
DOWN : KOMUNIKASI VERBAL

Pemerhatian
Sistematik

PEMERHATIAN

SOAL
SELIDIK

TEMUBUAL

ANALISIS
DATA

HASIL
KAJIAN

Pemerhatian
Berstruktur

1.4

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, kajian ini akan meninjau unsur-unsur berikut , pertama,
meneliti tahap komunikasi verbal pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan
kanak-kanak Sindrom Down dan kedua, menyarankan kaedah-kaedah dalam
penyediaan bahan-bahan pembelajaran bahasa berdasarkan hasil kajian dapatan.

2.0

PERSOALAN KAJIAN
Adalah didapati bahawa kanak-kanak Sindrom Down selain mengalami masalah
kesihatan, mereka biasanya mengalami kesulitan dalam bertutur dan lambat
menguasai kemahiran bertutur, dengan hanya menggunakan ayat yang pendek dan
sulit untuk mengeluarkan perkataan. Kebolehan bertutur mereka adalah lebih
lambat daripada keupayaan kognitif mereka. Dalam aspek kemahiran motor kasar
dan motor halus, kemahiran ini dapat dicapai oleh kanak-kanak Sindrom Down
tetapi dalam kadar yang lambat.
Menurut Winnick (2000), perkembangan bagi kanak-kanak Sindrom Down
Adalah perlahan dan lambat berbanding kanak-kanak normal. Dari aspek
perkembangan kognitif pula, kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai
kemahiran dalam

menggunakan bahasa,

angka,

pemikiran,

penaakulan,

pembentukan konsep serta ingatan. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak


sama dengan kanak-kanak biasa.
Apakah kajian yang akan dilakukan ini akan membawa perubahan kepada
komunikasi verbal kanak-kanak Sindrom Down ? Adalah diharapkan ia sedikit
sebanyak membantu dalam mendalami ilmu mengenai mereka.

3.0

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri di mana ia dapat memahami
bagaimana kanak-kanak Sindrom Down bertutur dan apakah yang menyebabkan
pertuturan di kaangan mereka agak sukar dan apakah kaedah-kaedah yang dapat
dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini.

4.0

BATASAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah sahaja di mana terdapat beberapa
kelemahan seperti had umur murid-murid tersebut. Had masa yang agak terhad di
mana saya tidak mengajar di sekolah tersebut dan hanya boleh hadir membuat
kajian dalam jangkamasa yang terhad. Oleh kerana masalah-masalah tersebut,
adalah sukar untuk kajian ini di jurnalisasi, hanya sekadar kajian untuk
memahami dan mengenal pasti masalah dan langkah-langkah yang perlu di ambil.

5.0

DEFINISI PEMBOLEH UBAH


Pembelajaran membawa maksud proses menerima pengajaran oleh murid.
Bahasa pula membawa maksud sistem lambing-lambang bunyi yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Melayu merupakan nama asal bangsa yang mendiami daerah Nusantara di Asia
Tenggara serta bahasanya. Ia juaga membwa maksud nama suku bangsa di
Semenanjung Tanah Melayu.
Di kalangan membawa maksud lingkungan atau golongan : kelompok orang atau
puak.

Kanak-kanak pula bermaksud budak atau bayi sama ada llaki atau perempuan
yang masih kecil yang biasanya belum berumur 7 atau 8 tahun.
Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh
kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.
Komunikasi ialah perhubungan secara langsung atau dengan kiriman surat, pos,
telegram dan sebagainya.
Verbal pula bermaksud bahasa lisan.

6.0

RUMUSAN
Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza di antara satu sama lain.Masalah
utama yang didapati di dalam kajian ini ialah masalah pendekatan. Kanak-kanak
yang lain memerlukan pendekatan yang berbeza. Penggunaan bahan konkrit
sebagai proses awal pembelajaran lebih banyak membantu daripada penggunaan
kertas dan pensil semata-mata. Penilaian tahap fungsian haruslah dilakukan oleh
pakar psikologi klinikal bukan oleh guru bagi menetukan pendekatan yang sesuai.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 PENDAHULUAN
Tinjauan Literatur akan menyatakan tujuan sesuatu kajian diadakan dan
menjelaskan tentang teori teori dan konsep yang berkaitan dengan penyelidikan.
2.1 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN

2.1.1 Teori Behaviourisme


Teori behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran
bahasa yang berlandaskan Teori pelaziman Operan. Teori ini dipelopori oleh B.F
Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku
apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan
memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru
atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk
mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul dan telah berjaya dilakukan
oleh kanak-kanak.

Antara ganjaran yang biasa diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman,
ciuman, tepuk tangan, pelukan dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak
untuk bercakap. B.F Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semulajadi
dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur ialah satu
bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk
berdasarkan prinsip Teori Behaviorisme iaitu rangsangan tindak balas.

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat


penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk
bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan

lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi dapat merangsang kanak-knak


mengulang percakapannya.
Kesimpulannya, Teori Behaviorisme berlaku apabila pemerolehan bahasa
dikuasai daripada pelaziman atau pengulangan. Persekitaran menjadi faktor utama
membantu kanak-kanak menguasai bahasa. Ganjaran dan skim galakan juga
menyokong penguasaan bahasa kanak-kanak.
2.1.2 Teori Mentalis
Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa
pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak
dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat
pemerolehan bahasa itu, kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk
mempelajari bahasa apa sahaja yang didedahkan kepada mereka.

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu ipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The
Innatess Hyphotesis ) yang mengatakan bahawa otak manusia telah diersiapkan
secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkap
dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language
Acquisition Device ).

Bagi menguatkan teorinya LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu:


i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan

sama.

ii. proses pemerolehan bahas ini tidak ada kaitannya degan kecerdasan.
(anak yang IQnya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang
hampir sama).
iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi
kanak-kanak; dan

iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi ( innate ) kanak-kanak dalam mempelajari


bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut:
i. wujudnya unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal
yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan sunstantif yang berupa
kategori-kategori tatabahasa:
ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya
tanpa keupayaan sejadi; dan
iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat hingga
lima tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

Kesimpulannya, walaupun proses pemerohan bahasa semua kanak-kanak


dikatakan sama, namun terdapat banyak aspek lain yang menjadi faktor
penyumbang kepada keupayaan mereka berbahasa, bertahap-tahap kebolehannya.
Namun cara pendekatan pengajaran bahasa membolehkan kecerdasan berbahasa
antara indvidu itu berbeza.
2.1.3 Teori Kognitif
Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa
Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat denga
perkembangan mentalnya. Malah, beliau berpendapat bahawa bahasa kanakkanak itu merupakan manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya.
Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui
beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.

Peringkat pertama dikatakan sebagai pringkat deria-motor iaitu kanak-kanak


berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga dua tahun. Pada peringkat ini, kanakkanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang
aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk
simbolik. Daripada umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat
tahap pemikiran pra operasi konkrit. Dalam peringkat ini, penguasaan bahasa
kanak-kanak semakin berkembang.

Dalam lingkungan umur 4 tahun, kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan
boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga
adalah operasi konkrit ( 7-12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa
kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian dan
persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.

2.3

KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Belajar membaca merupakan asas penting dalam penguasaan kognitif dan
persekitaran sosial manusia ( Yahya, Roselan

& Naffi, 2009). Kemahiran

membaca yang dikuasai semasa di sekolah dapat membantu pelajar membaca


dengan berkesan. Membaca merupakan salah satu sumber ilmu pengetahuan dan
kemahiran asas kepada pembentukan diri seseorang individu untuk mendapatkan
sesuatu ilmu yang bermakna. Menurut Abdul Rashid Jamian (2011), keupayaan
membaca dan menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran berbahasa yang
merupakan asas penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran
membaca yang lemah menyebabkan seseorang pelajar tidak dapat mengikuti sesi
pembelajaran formal dengan sempurna.
Pembelajaran dan pengajaran awal bacaan boleh diaplikasikan dalam pelbagai
cara. Hal ini disebabkan oleh, pembelajaran bahasa boleh dirumuskan bahawa
the human language capacity provides them at birth atau juga melalui natural
development. Pembelajaran dan pengajaran awal bacaan ini memerlukan pola

bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Menurut


Martin dan Miller (1996), masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan
seseorang pelajar menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima
komponen utama bahasa iaitu seperti yang disebutkan di atas. Martin dan Miller
(1996) berpendapat kaak-kanak atau seseorang pelajar sangat memerlukan satu
cara atau teknik bahasa yang boleh mereka gunakan dan difahami untuk
berkomunikasi. Secara ringkasnya, pelbagai kaedah boleh digunakan untuk
mengajar sesuatu kemahiran bahasa kepada para pelajar.
Kajian mengenai kemahiran berkomunikasi verbal di kalangan kanak-kanak
Sindrom Down ini boleh juga di dapati di dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jilid
19, 2008. Ianya bertajuk Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif Dalam
Komunikasi Verbal : Pembelajaran Bahasa Melayu kanak-Kanak Sindrom Down
tulisan Puteri Roslina Abdul Wahid dan beberapa jurnal yang berkaitan.

2.4

RUMUSAN
Pada pandangan saya, kajian lepas yang telah dijalankan mempunyai sedikit
sebanyak persamaan dengan kajian yang akan saya lakukan dan ada di antara
maklumat-maklumat yang boleh saya jadikan panduan dalam menjalankan kajian
saya.

Ianya

banyak

membantu

terutama

dalam

penyediaan

instrumen

penyelidikan yang digunakan. Cadangan asalnya saya hanya akan menyediakan


satu instrumen sahaja, tetapi setelah membuat penyelidikan, saya dapati instrumen
yang digunakan dalam jurnal tersebut adalah lebih tepat dan relevan.

BAB 3
METODOLOGI
3.0 PENDAHULUAN
Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan
lapangan. Dalam kaedah kepustakaan, data sekunder akan diproses terlebih
dahulu.Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menjadi asas kepada kaedah
seterusnya dalam memastikan objektif kajian dapat dicapai. Saya telah membuat
penyelidikan kepustakaan bagi mengumpul maklumat tentang Sindrom Down dan
sekolah yang memberikan pendidikan kepada kumpula ini. Kaedah lapangan pula
melibatkan data primer. Data primer merupakan data asli yang diwujudkan
berdasarkan kajian lapangan. Terdapat dua pendekatan yang akan digunakan, iaitu
pemerhatian dan rakaman video dan gambar foto.
3.1 REKABENTUK KAJIAN
Pra kajian ini berbentuk sinkronik yang dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja,
iaitu sepanjang tempoh saya menjalani Latihan Mengajar di Sekolah Kebangsaan
Datuk Kelana, Tapah, Perak yang mempunyai Kelas Pendidikan Khas, selama
lapan minggu. Dapatan dari kajian ini adalah bersifat deskriptif. Saya telah
menggunakan kaedah yang telah dicadangkan oleh Rohani Abdullah (2001)
dalam usaha mengumpulkan data bagi menyokong kajian yang dilakukan. Kaedah
yang akan digunakan dalam kajian ini seterusnya nanti ialah pemerhatian
sistematik (systematic observation),laporan diri dan soal selidik. Kaedah
sistematik

digunakan

untuk

mengesan

kelakuan

sebenar

kanak-kanak.

Pemerhatian dilakukan dalam bentuk berstruktur dan secara semulajadi. Dalam


pemerhatian semulajadi, perlakuan kanak-kanak dicatat mengikut masa kejadian
berlaku. Kaedah berstruktur pula melibatkan pemerhatian secara teratur mengikut
prosedur tertentu dan mewujudkan keadaan yang sengaja agar mendapat tindak
balas daripada kanak-kanak.
Laporan diri pula melibatkan temubual secara terbuka. Soal selidik diberikan
kepada guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar tersebut. Temubual tidak

berstruktur dilakukan untuk mendapat gambaran tentang pemikiran kanak-kanak


tentang sesuatu tajuk, manakala temubual berstruktur pula melibatkan jawapan
kanak-kanak berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu.
3.2 PERSAMPELAN
Pengumpulan data bagi penelitian bahasa dalam komunikasi kanak-kanak
Sindrom Down mendapat kerjasama subjek yang dipilih. Kajian selanjutnya akan
dilakukan secara pemerhatian, rakaman pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas, soal selidik dan temu bual. Subjek merupakan pelajar Program Pendidikan
Khas di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana , Tapah, Perak. Daripada pemerhatian
yang dilakukan, kanak-kanak Sindrom Down mempunyai upaya diri yang rendah
kerana ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Mereka memerlukan sokongan untuk
melahirkan keyakinan diri dan membina semangat berdikari dalam menghadapi
cabaran hidup bermasyarakat. Mereka juga berhadapan dengan cabaran
intelektual. Terdapat juga subjek yang menjalani program intervensi awal, iaitu
program khas bagi membantu kanak-kanak Sindrom Down berkomunikasi.
Rajah 4 : Kanak-Kanak Sindrom Down ( 9-12 Tahun)
Tarikh

Umur

Jantina

Bangsa

Lahir
KK A

12.05.2004

10

Melayu

KKB

19.12.2003

11

Melayu

KKC

15.06.2002

12

Melayu

KKD

18.02.2005

Melayu

KKE

17.01.2004

10

Melayu

3.3 INSTRUMEN KAJIAN


Beberapa instrumen telah dibina bagi tujuan kajian ini. Di dalam Rajah 5,
instrumen tersebut telah digunakan untuk mengenalpasti tahap komunikasi kanakkanak Sindrom Down sebelum kajian dilakukan nanti. Ia adalah terjemahan
daripada Care Of Children With Special Needs Manual on the management of
Children with Communication Problems by Family Health Development
Division, Ministry of Health, Malaysia ( March, 2004)
Rajah 5 : Instrumen Kemahiran Komunikasi

Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

9.

10.
11.
12.
13.

Item
Mengikuti perbualan dengan memerhatikan orang
yang bercakap dengannya
Berhenti melakukan sesuatu aktiviti sebentar jika
disuruh
Memberi respon secara vokal kepada percakapan
orang lain
Meniru intonasi suara orang lain
Membuat 4 atau lebih bunyi yang berbeza
Memberi tindak balas kepada soalan mudah
seperti Di mana bola?, Makan apa? dan
Warna apa?
Mengulangi suku kata yang sama 2 3 kali seperti
ma, ma, ta, ta dan pa, pa dalam peniruan)
Mencantum dua suku kata berbeza dalam
permainan vokal (kad suku kata mata, bola dan
buku)
Menggunakan perkataan tunggal yang bermakna
untuk melabel objek atau seseorang
(cikgu, pensel dan pemadam)
Mencari bunyi tersembunyi seperti loceng di
dalam kotak, jam di bawah bantal dan meja
diketuk.
Respon apabila guru katakan habis
(menggoyang-goyangkan tangan)
Meniru perbuatan menggunakan cawan, sudu dan
berus gigi
Menurut arahan mudah tanpa menunjukkan
sebarang isyarat

Tarikh Pengujian
& Keputusan

14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.

(Ambil bola., Susun kasut. dan Basuh


mulut.)
Respon kepada 6 objek yang dikenali secara
melihat atau menyentuh
(bola, buku, pen, pemadam, pensel dan warna)
Menunjukkan 3 bahagian tubuh badan
(Hidung, mata dan jari)
Bercakap 5 perkataan yang berbeza
(Bola, Buku, Pen, Pensel dan Saya)
Memberi jawapan kepada soalan Apa ni?
dengan menunjukkan objek yang dikenali
(Kad gambar bola, buku dan pensel)
Boleh membuat permintaan seperti Nak lagi.
(Memberi responden makan gula-gula)
Menuturkan perkataan habis atau tak ada
Boleh membuat permintaan seperti beri atau
tunjuk
Memberi tindak balas kepada konsep atas dan
bawah dengan pergerakan
(Menunjukkan dengan jari)
Menamakan 5 ahli keluarga termasuk binatang
peliharaan
Jumlah skor

Sistem Pemarkahan
Markah
0
1
2

Catatan
Tiada respon/respon salah
Jawapan betul dengan ulangan arahan atau bantuan guru
Respon secara terus dengan tepat tanpa ulangan arahan

Rajah 6: Instrumen Kajian Bahasa Reseptif


Bil

Bahasa Reseptif

01.

Bolehkah kanak-kanak mengingat semula


apa yang di ajar ? (Mengira 1-10)

02.

Menamakan nama benda yang diajar


dalam 20 saat.

03.

Membuat pengelasan : Benda hidup atau


mati.

04.

Apakah kanak-kanak memahami lawak


jenaka ?

05.

Apakah kanak-kanak dapat menamakan


dan membezakan fungsi anggota badan?

06.

Bolehkan kanak-kanak memadankan kata


dengan gambar?

07.

Apakan kanak-kanak memahami turturan


tetapi tidak dapat berbual ?

08.

Apakah kanak-kanak mengalami masalah


memahami tatabahasa ?

09.

Apakah kanak-kanak boleh menyebut satu


kata tetapi pada ketika lain menghadapi
masalah ?

10.

Apakah kanak-kanak sukar membezakan


/p/ dan /l/ atau /t/ dan /d/

KKA

KKB

KKC

KKD

KKE

Rajah 7 : Instrumen Kajian Bahasa Ekspresif


Bil
01.

Bahasa Reseptif
Apakah kanak-kanak menghadapi
masalah pendengaran?

02.

Apakah kanak-kanak menunjukkan


perkembangan lewat dalam pertuturan ?

03.

Mengenal pasti warna.

04.

Mengira dengan sebutan 1-10

05.

Sukar meniru bunyi

06.

Sukar menyebut a,e,i,o,u

07.

Sukar menyebut konsonan

08.

Menghadapi masalah menjawab soalan


lisan

09.

Apakah kanak-kanak mengambil bahagian


dalam perbincangan dalam kelas?

10.

Apakah kanak-kanak gagap apabila


bertutur ?

11.

Apakah kanak-kanak sudah boleh


membaca?

Petunjuk :

TBLH

- Tidak Boleh

TP

- Tidak Pernah

KDG

- Kadang-kadang

KRP

- Kerap Kali

KKA

KKB

KKC

KKD

KKE

3.4 ANALISIS DATA


Data akan dianalisis setelah kajian diuat sepenuhnya menggunakan kaedah yang
sesuai.
3.5 RUMUSAN
Komunikasi verbal bagi kanak-kanak merupakan kunci kepada kemahiran sosial
mereka dan juga perkembangan kognitif. Program pendidikan bagi kanak-kanak
Sindrom Down perlu dipertingkat agar mereka lebih mudah dibimbing dan
dikawal serta diberi perhatian yang sewajarnya.

RUJUKAN
Abdul Halim Abdul Jalil, Dr. Masalah Perkembangan dan Tingkah Laku KanakKanak. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Asmuni Yahya (2005). Masalah genetik punca sindrom down. Retreived Oktober
24, 2005 from http://www.metro.com.my/

Hajah Hasnah Udin. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP,
1988.

Hallahan D.P & Kauffman J.M.2003. Exceptional Learners: Introduction to


special Education. USA: Allyn & Bacon.

Stewart A.C & Friedman S.1987. Children development: Infancy through


adolescence. New York. John Wiley & Sons

Wahamid, H.A. Pemulihan, Pengesanan dan Peranan Ibu Bapa Terhadap


Kanak-Kanak Pemulihan. Unpublished thesis. MPIK, Cheras, 1998

LAMPIRAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.
Kelas
Mata Pelajaran
Tarikh
Masa
Bilangan murid
Kemahiran
Topik/Tema
Hasil pembelajaran

Penggabungjalinan
Pengetahuan sedia ada
Unsur-unsur nilai
Unsur-unsur terapi
BBM

PPKI 2
Bahasa Melayu
0830 0900 (30 minit)
5
(Sindrom Down)
Membaca dan menyebut
Suku kata, tema buah-buahan
Di akhir pengajaran & pembelajaran, murid
dapat :
i.
Mengeja suku kata
ii.
Mencantum suku kata untuk
membentuk perkataan bermakna
iii.
Memadankan perkataan dengan
simbol/gambar
Suku kata dengan nama buah-buahan tempatan
Murid telah boleh mengeja suku kata kv + kv
Yakin diri, dengar arahan, berdikari, kerjasama
Pertuturan, penglihatan, pendengaran,
psikomotor
Kad gambar, kad suku kata

Langkah/
Masa
Set induksi
(5 minit)

Isi
kandungan
-Mengingat

Aktiviti
P&P

1)Guru meletakkan buahan plastik di Teknik


dalam kotak
Mengingat
2)Murid diminta untuk melihat
kotak dan mengingat buah-buahan
plastik yang ada di dalam kotak
secara bergilir-gilir

Terapi
Pertuturan
Pendengaran
Penglihatan

3)Murid diminta menyatakan buahbuahan yang ada di dalam kotak

Nilai
Dengar
arahan
Yakin diri

4)Murid yang dapat mengingat


paling banyak buah-buahan yang
ada di dalam kotak diberikan token

Langkah 1
(5 minit)

-Kad gambar

Mangga
Rambutan
Langsat
Tembikai
Pisang
Durian
Belimbing
Manggis

Catatan

BBM
Buah plastik

1)Murid dipamerkan dengan kad


gambar buah-buahan tempatan

Teknik
Soal jawab

2)Guru menamakan buah-buahan


berdasarkan kad gambar

Terapi
Penglihatan
Pendengaran
Pertuturan

3)Guru & murid bersoal jawab


tentang buah-buahan

Nilai
Dengar
arahan
Yakin diri
BBM
Kad gambar

Langkah 2
(10 minit)

-Kad suku kata

1)Murid dipamerkan dengan kad


suku kata

Teknik
Mengeja

2)Murid diminta mendengar guru


mengeja suku kata

Terapi
Pertuturan
Pendengaran

3)Murid diminta mengeja suku kata


secara bergilir-gilir
4)Murid diminta mencantumkan kad
suku kata untuk membentuk nama
buah-buahan

Langkah 3
(7 minit)

-Latihan pengukuhan

Nilai
Dengar
arahan
Yakin diri
Kerjasama

5)Murid yang dapat mengeja dengan


baik + dapat mencantumkan suku
kata dengan betul diberikan pujian

BBM
Kad suku kata

1)Guru mengedarkan lembaran kerja


kepada murid

Teknik
Latih tubi

2)Murid diminta mengisi jawapan


yang betul pada lembaran kerja

Terapi
Psikomotor

3)Murid yang dapat menyiapkan


lembaran kerja dengan baik
diberikan token

Nilai
Dengar
arahan
Yakin diri
BBM
Lembaran

Penutup
(3 minit)

-Rumusan

1)Guru merumuskan pelajaran pada


hari ini
2)Murid menyatakan buah-buahan
yang dipelajari pada hari ini
3)Guru mengucapkan terima kasih
kepada murid-murid kerana
memberi kerjasama sepanjang P&P
dijalankan

Teknik
Pengulangan
Penerangan
Terapi
Pertuturan
Pendengaran
Nilai
Yakin diri
Dengar
arahan

You might also like