Professional Documents
Culture Documents
9. Sikap masyarakat yang hanya mengikut kata tanpa berfikir akan kesan yang akan
diterima/tidak menggunakan akal dalam tindakan
Nilai
1. Kebijaksanaan
Pengajaran
1. Kita hendaklah menggunakan akal yang waras apabila melakukan sesuatu
tindakan
2. Kita hendaklah berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu perkara
3. Jangan hanya tahu mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan
sendiri.
4. Kita jangan terburu-buru dalam semua tindakan agar tidak membawa
kerugian/kemudaratan kepada diri dan masyarakat.
5. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan dengan berhemah untuk mengatasi
masalah
6. Kita hendaklah menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan tuhan dengan
penuh bijaksana
Latar Masyarakat
1. Masyarakat individualistik
2. Masyarakat yang suka berfoya-foya
3. Masyarakat bodoh sombong
MAKSUD SELOKA
i. SIKAP SI LUNCAI YANG SAMBALEWA /ACUH TAK
ACUH
ii. TIDAK MEMPEDULI KEHARMONIAN
KELUARGANYA
iii. TIDAK MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA ANAKANAK
iv. MALAS BEKERJA WALAUPUN ADA TERNAKAN
DAN KEBUN UNTUK DIUSAHAKAN
v. MALAS MENGGUNAKAN KECERDIKAN UNTUK
MEMAJUKAN DIRI
vi. MALAS BELAJAR/MENAMBAH ILMU
vii. MALAS BERUSAHA WALAUPUN ADA KEKUATAN
FIZIKAL
viii. MALAS MENGUNAKAN KELEBIHAN
DIRI/KEKUATAN DIRI
ix. SIKAP MASYARAKAT YANG LEBIH GEMAR
MELIHAT KEKURANGAN ORANG LAIN
DARIPADA MEMBERI TEGURAN MEMBINA.
SOALAN PEMAHAMAN
i. Nyatakan sifat-sifat Si Luncai berdasarkan seloka di atas.
ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersungguh-sungguh semasa
menuntut ilmu?
iii. Pada pendapat anda, apakah akibat yang menimpa jika kita sering bersikap
sambalewa berbuat sesuatu?
iv. Pada pendapat anda , mengapakah kita perlu menegur perilaku yang tidak baik
dalam masyarakat?
v. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka di atas.
vi. Huraikan tiga iktibar yang diperoleh dari seloka di atas.