You are on page 1of 22

SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM

TUGASAN INDIVIDU :

WANG KERTAS MENGIKUT KEFAHAMAN SISTEM KEWANGAN ISLAM

NAMA PENSYARAH

PROFESSOR MADYA DR. AB. MUMIN BIN AB GHANI

NAMA PELAJAR

MOHD NOOR UZAIRI BIN ADAM

SYARIAH PENGURUSAN

--------

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

2014

IGA130095

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

Isi Kandungan

1. Pendahuluan

2. Definisi Wang

3. Fungsi Wang

4. Teori Wang
4.1 Teori Permintaan Wang

4.2 Teori Penawaran Wang

10

5. Sejarah perkembangan dan pembentukan wang


5.1 Sistem Barter

12

5.2 Wang Komoditi

12

5.3 Wang Perwakilan

15

5.4 Wang Fiat/Wang Kertas

16

6. Analisis Illah Pengharaman Riba

16

7. Hukum Wang Kertas

18

8. Kesimpulan

21

9. Bibliografi

22

1.

PENDAHULUAN

Wang telah lama digunakan sebagai salah satu alat pertukaran barang yang diterima
pakai oleh seluruh dunia. Kini, semua negara mempunyai matawang kertas tersendiri
bagi urusan ekonomi dalam dan juga luar negara. Namun begitu, setiap negara
mempunyai nilai matawang yang berbeza berdasarkan ketentuan pasaran ekonomi
dunia. Turun naik nilai matawang amat memberi kesan kepada pertumbuhan dan
kemelesetan ekonomi negara itu sendiri.
Perbincangan tentang wang kertas (fiat money) adalah makin memuncak
terutamanya selepas krisis kewangan 1997/1998. Majoriti pihak tidak bersetuju bahawa
sistem monetari semasa telah mencetuskan ketidakstabilan dan banyak ketidakadilan
terutamanya kepada ekonomi negara-negara membangun. Ramai yang mengatakan
punca kepada kegagalan sistem monetari dunia terutamanya selepas pembatalan
perakuan sandaran matawang kepada emas (gold backed paper money) dalam Bretton
Wood Conference 1944 oleh Amerika Syarikat pada tahun 1971, di mana wang kertas
mula dikeluarkan mengikut polisi monetari negara masing-masing tanpa disandarkan
kepada emas.
Bertitik-tolak daripada itu, tugasan ini bertujuan untuk mengemukakan definisi
wang, fungsinya, ciri-ciri wang, teori permintaan dan penawaran wang, sejarah wang
dan akan disimpulkan tentang hukum penggunaan wang kertas berasaskan sumbersumber syariah dalam industri kewangan Islam di peringkat nasional dan global.

2.

DEFINISI WANG

Wang adalah sejenis alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui
sah.1

Menurut The New Palgrave Dictionary of Economics mendefinisikan wang


sebagai any object or record, that is generally accepted as payment for goods and
services and repayment of debts in a given country or socio-economic contexts.2

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, yang dimaksudkan dengan wang adalah
apa jua yang memenuhi makna definisi di atas adalah diterima sebagai wang.

3.

FUNGSI WANG

Oleh kerana wang merupakan salah satu alat pertukaran yang digunakan sekarang ini
sudah semestinya wang tersebut mestilah mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.
Ini bertujuan untuk memastikan pergerakan ekonomi dan perjalanan sistem kewangan
bergerak lancar tanpa mengganggu perhubungan manusia.

Secara umumnya ahli-ahli ekonomi menjelaskan bahawa wang memiliki tiga


fungsi utama iaitu:

3.1

Wang berperanan sebagai alat pertukaran (medium of exchange). Wang


perlulah berperanan sebagai perantara bagi jual beli barang dan juga
perkhidmatan. Ini dapat mengelakan berlakunya sistem barter yang tidak
cekap.

3.2

Wang perlulah berperanan sebagai penyimpan nilai (store of value).


Wang tersebut mestilah boleh disimpan dan boleh digunakan kembali

1
2

Kamus Dewan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013), 1799.
http://www.dictionaryofeconomics.com/article pada 5 Mei 2011.

sebagai medium of exchange. Selain itu, nilai wang sepatutnya mesti


stabil pada sepanjang masa seperti boleh dicapai dalam wang komoditi.

Atas sebab ini, ia menjadikan faktor tuntutan untuk menggunakan dinar


dan dirham terutamanya selepas berlakunya krisis ekonomi 1997/1998.
Ini kerana wang fiat telah kehilangan salah satu fungsi wang iaitu gagal
berfungsi sebagai penyimpan nilai disebabkan oleh inflasi.

3.3

Wang itu berfungsi sebagai unit kira-kira (unit of account). Ia bertujuan


agar pertukaran dapat dilakukan apabila wang tersebut dapat menentukan
kadar harga barang tersebut berdasarkan pada nilai barang itu.

Dalam sistem kewangan ekonomi moden, fungsi wang dapat diperincikan lagi
melalui tujuh fungsi berikut:3

3.4

Wang berfungsi sebagai tabungan (saving function). Iaitu menyediakan


tempat atau saluran yang berpotensi bagi mendapat keuntungan dan
mempunyai risiko yang rendah kepada orang ramai untuk menabung.

3.5

Fungsi kekayaan (wealth function). Iaitu menyediakan alat bagi


menyimpan kuasa beli sehingga ke suatu masa yang diperlukan untuk
berbelanja terhadap barangan dan perkhidmatan.

3.6

Fungsi mudahtunai (liquidity function). Iaitu menyediakan alat bagi


memperolehi dana dengan menukarkan sekuriti-sekuriti dan lain-lain
aset kewangan kepada tunai.

Dr. Ab. Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Perlaksanaannya di Malaysia, (Kuala Lumpur:
JAKIM, 1999), 32.

3.7

Fungsi kredit (credit function). Iaitu menyediakan penawar kredit yang


berterusan kepada pengusaha-pengusaha, pengguna dan kerajaan untuk
membantu perbelanjaan penggunaan dan pelaburan dalam sesebuah
ekonomi.

3.8

Fungsi pembayaran (payment function). Iaitu menyediakan cara atau


mekanisme bagi pembayaran barangan atau perkhidmatan.

3.9

Fungsi risiko (risk function). Iaitu menyediakan alat bagi melindungi


pengusaha, pengguna dan kerajaan menghadapi pelbagai risiko bencana
terhadap nyawa, kesihatan, harta benda, pendapatan dan sebagainya.

3.10

Fungsi polisi (policy function). Iaitu menyediakan saluran bagi kerajaan


menjalankan polisi-polisinya untuk mencapai objektif dan matlamat
segara seperti guna tenaga penuh, inflasi yang rendah, pertumbuhan
ekonomi negara yang berterusan dan kestabilan kedudukan imbangan
pembayaran antarabangsa.

4.

TEORI PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG

Model kajian pasaran wang di Malaysia secara umumnya dibentuk berasaskan model
permintaan dan penawaran wang. Teori permintaan wang menjadi asas utama di dalam
pembentukan persamaan permintaan manakala pembentukan persamaan penawaran
wang merujuk kepada teori penawaran wang.
4.1

Teori Permintaan Wang

Konsep permintaan wang adalah sama seperti konsep permintaan barang, iaitu
merupakan keinginan untuk memiliki sesuatu yang disokong dengan kuasa beli. Justeru,

permintaan wang merupakan keinginan orang ramai memegang sejumlah harta dalam
bentuk wang pada suatu tingkat kejayaan atau pendapatan pada tingkat harga tertentu.
Dalam sesebuah ekonomi, pemilik wang yang utama adalah isirumah dan
institusi kewangan. Isirumah memerlukan wang kerana wang dapat menyediakan
khidmat tertentu yang dapat menghasilkan pulangan atau kepuasan kepada pemiliknya
sementara instutusi kewangan pula memerlukan wang bagi membolehkan urusan
perdagangan berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, khidmat yang disediakan
oleh wang lazimnya dikaitkan dengan fungsi wang sebagai alat pertukaran,
penyimpanan nila dan unit pengukuran.
Teori permintaan wang turut berkembang sejajar dengan perkembangan masa.
Justeru, perbincangan terhadap teori permintaan wang dimulakan dengan teori klasikal
yang bermula sejak awal abad ke-20 oleh ahli ekonomi seperti Fisher (1911), Pigou
(1917) dan Marshall (1923). Seterusnya, kepada teori Keynes (1936) dan akhirnya
perbincangan tentang permintaan wang berdasarkan teori kuantiti moden oleh Friedman
(1956).
4.1.1

Ekonomi Klasik
Pembentukan teori permintaan wang pada masa ini adalah berasakan

kepada fungsi permintaan wang seperti yang disebutkan di atas. Mengikut teori
klasikal, setiap pasaran barang adalah jelas dan harga relatif berubah secara
fleksibel bagi mencapai tingkat keseimbangan. Ekonomi juga sentiasa berada
dalam keadaan guna tenaga penuh. Justeru, dalam keadaan ekonomi yang
sedemikian, wang berfungsi sebagai unit pengukuran bagi menunjukan tingkat
harga dan nilai sesuatu barang selain turut bertindak sebagai alat pertukaran dan
unit penyimpan nilai.

4.1.2

Teori Kuantiti
Teori kuantiti menerangkan tentang hubungan secara langsung di antara

kuantiti wang dengan tingkat harga. Teori ini mengandaikan bahawa kuantiti
wang adalah penentu penting bagi kadar aliran perbelanjaan wang.
Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk menerangkan hubungan di
antara kuantiti wang dengan aliran perbelanjaan wang. Kaedah yang pertama
dikenali sebagai persamaan pertukaran yang telah diperkenalkan oleh Fisher
(1911). Kaedah yang kedua merupakan persamaan Cambridge atau pendekatan
baki tunai. Kedua-dua kaedah menekankan tentang peranan wang sebagai alat
pertukaran.
Oleh itu, model yang dihasilkan menghubungkan permintaan wang untuk
urusniaga. Fisher menekankan tentang mekanisme pembayaran, sementara ahli
ekonomi Cambridge memberi focus terhadap motif memegang wang oleh
individu.

4.1.3

Teori Keynes
Keynes (1936) telah menghasilkan analisis yang lebih menyeluruh

terhadap permintaan wang di mana motif memegang wang dijadikan asas utama
dalam membentuk teori permintaan wang. Keyne menekankan bahawa
permintaan wang wujud disebabkan oleh motif yang menyebabkan orang ramai
memegang wang.
Keynes merumuskan bahawa terdapat tiga motif utama bagi individu
untuk memegang wang iaitu untuk urusniaga, awasan dan spekulasi. Oleh
kerana Keynes mengambil kira faktor ketidakpastian di dalam teori permintaan

wang, maka beliau memberi tumpuan kepada kadar bunga sebagai salah satu
faktor yang mempengaruhi permintaan wang.
Implikasi utama daripada analisis Keynes adalah permintaan wang bagi
tujuan spekulasi menjadi anjal sempurna apabila berlakunya penurunan di dalam
kadar bunga. Ini kerana, apabila kadar bunga menurun, orang ramai akan
menjangkakan berlakunya peningkatan kadar bunga pada masa depan dan ini
menyebabkan orang ramai cenderung untuk memegang lebih banyak wang.

4.1.4

Teori Kuantiti Wang Moden


Teori Kuantiti wang moden diperkenalkan oleh Friedman (1956)

daripada Universiti of Chicago. Dalam teori ini, wang dilihat sebagai suatu aset
yang dikehendaki iaitu, permintaan wang merupakan sebahagian daripada
permintaan terhadap kekayaan. Ini bermakna, keputusan memegang wang harus
melibatkan pemilihan permintaan aset kewangan lain seperti bon, ekuiti, tanah,
bangunan dan modal manusia yang dikaitkan dengan tingkat latihan dan
kemahiran.
Berdasarkan keadaan ini, adalah penting untuk menentukan faktor yang
dapat mempengaruhi jumlah permintaan wang oleh orang ramai. Ini kerana,
keinginan memegang wang tidak hanya bergantung kepada jangkaan pulangan
memegang wang dalam bentuk utiliti atau kepuasan, malah membabitkan
jangkaan pulangan memegang aset lain.
Menurut Friedman, permintaan wang bergantung kepada tiga faktor
utama. Pertama, jumlah kekayaan dapat dimiliki dalam berbagai bentuk. Kedua,
harga serta pulangan berbagai-bagai bentuk kekayaan tersebut dan ketiga, faktor
citarasa dan pilihan pemiliknya.
9

4.1.5

Teori Permintaan Wang Moden


Teori yang berasaskan model Keynes ini adalah lebih rapi dan lengkap

berbanding teori-teori permintaan wang yang telah dibincangkan. Ini kerana,


pendekatan yang digunakan dalam model permintaan wang memberikan lebih
perhatian kepada persoalan mengapa seseorang itu memegang wang.
Pendekatan ini amat jelasn dalam teori permintaan wang yang
dikemukakan oleh Baumol (1952) dan Tobin (1956). Baumol menekankan
aspek permintaan wang berasaskan motif urusniaga manakala Tobin
menekankan aspek permintaan wang berasaskan motif spekulasi.

4.2

Teori Penawaran Wang

Pemahaman tentang penawaran wang adalah penting kerana ia mencadangkan faktorfaktor yang mempengaruhi kuantiti wang dalam ekonomi yang seterusnya dapat
membantu memahami bagaimana dasar kewangan mempengaruhi ekonomi.
Penawaran wang merujuk kepada kuantiti wang nominal yang wujud dalam
sesebuah ekonomi pada masa tersebut. Selain itu, ia juga merujuk kepada gelagat
penawaran wang yang mana gelagat bank dan lain-lain institusi kewangan yang
liabilitinya berfungsi sebagai sebahagian daripada alat pertukaran (Mc Callum, 1989).
Justeru, bagi mengelakan kekeliruan, lazimnya istilah stok wang digunakan bagi
merujuk kuantiti wang yang wujud dalam ekonomi.
Lazimnya, penawaran wang diandaikan hanya ditentukan oleh kerajaan, iaitu
melalui bank pusat. Namun begitu, dalam keadaan sebenar, penawaran wang ditentukan
oleh interaksi antara tiga pihak iaitu bank pusat, bank perdagangan dan orang ramai.

10

Interaksi antara ketiga-tiga pihak ini merupakan faktor utama yang mempengaruhi
perkembangan penawaran wang di sesebuah negara.
Bank pusat mempengaruhi penawaran wang dengan mempengaruhi asas
kewangan yang terdiri daripada jumlah rizab dan matawang dalam edaran. Perubahan
dalam asas kewangan ini menyebabkan berlakunya perubahan dalam penawaran wang.
Sebagai contoh, apabila nisbah keperluan rizab (nisbah yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa kewangan sesebuah negara yang menentukan jumlah rizab yang wajib
dipegang oleh bank dan syarikat kewangan, sama ada dalam bentuk simpanan di bank
pusat atau tunai di tangan, bagi setiap ringgit deposit orang ramai di institusi kewangan
berkenaan) berkurangan, ini akan mengubah status rizab kepada rizab berlebihan.
Apabila bank menggunakan rizab berlebihan untuk menambahkan pinjaman, maka
penawaran wang akan bertambah kesan daripada pengembangan deposit semasa
berkenaan. Sebaliknya, kenaikan nisbah keperluan rizab akan mengurangkan penawaran
wang.
Bank perdagangan dapat mempengaruhi penawaran wang melalui perubahan di
dalam nisbah rizab berlebihan-deposit. Apabila bank perdagangan menaikan nisbah
rizab berlebihan berbanding dengan deposit semasanya, ini menyebabkan dana yang ada
telah dikeluarkan daripada proses penciptaan wang. Kesannya, penawaran wang akan
berkurangan dan sebaliknya akan berlaku sekiranya nisbah rizab berlebihan-deposit
diturunkan.
Orang ramai pula mempengaruhi penawaran wang melalui perubahan di dalam
nisbah matawang-deposit. Apabila berlaku pertambahan nisbah matawang-deposit yang
terjadi disebabkan pertambahan citarasa atau keutamaan orang ramai untuk memegang
wang berbanding deposit, ini bermakna wujudnya aliran keluar daripada rizab
berlebihan kepada matawang hasil daripada proses penciptaan kredit. Semakin besar

11

aliran keluar ini, semakin kecil asas pengganda wang dan seterusnya memberikan
implikasi bahawa penawaran wang semakin berkurangan.
Justeru, dapat disimpulakan bahawa kesemua pihak ini dapat mempengaruhi
penawaran wang melalui dua faktor utama iaitu pengganda wang dan wang kuasa
tinggi. Namun begitu, secara terperinci, terdapat faktor-faktor lain yang turut
mempengaruhi penawaran wang, khususnya yang yang mempengaruhi pengganda
wang.. Faktor-faktor tersebut adalah kadar bunga dalam pasaran, termasuk kadar bunga
maksimum simpanan bermasa, kadar diskaun serta peraturan yang ditetapkan oleh bank
pusat dan nisbah rizab berkanun terhadap liabiliti bank perdagangan.

5.

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PEMBENTUKAN WANG


5.1

Sistem Barter

Sistem ini wujud pada pra zaman wang dan dikatakan telah dipraktikan sejak
100,000 tahun yang lalu. Sistem ini dioperasikan dalam situasi penuh kesulitan
kerana perlu mencari kedua-dua pihak yang ada saling keperluan yang
membolehkan pertukaran barang dilakukan.
5.2

Wang Komoditi (Commodity Money)

Banyak tamadun secara beransur-ansur berubah kepada sistem wang komoditi


termasuk iaitu komoditi yang bernilai (precious metals) seperti emas dan perak,
kulit kupang, gandum, barli, garam, tamar, manik dan lain-lain. Secara
umumnya, penggunaan wang komoditi adalah sama dengan barter, kecuali wang
komoditi lebih ringkas dan menyediakan unit kira-kira (unit of account) yang
membantu pertukaran (medium of exchange).

12

Rasulullah mengiktiraf penggunaan wang komoditi dan ianya menjadi


asas hukum matawang dalam Islam seperti hadis yang diriwayatkan oleh
Ubadah bin al-Samit4:


















Terjemahan: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,
barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan
serupa, sama dengan sama, unjuk-berunjuk, sekiranya berbeza jenis barangan
itu, maka kamu boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat
urusniaga tersebut unjuk-berunjuk.
Nabi Muhammad S.A.W mengambil model matawang dinar emas Rom
Timur (Byzantine) dan dirham perak Parsi sebagai matawang yang sah. Nabi
Muhammad S.A.W. juga telah mengisytiharkan dinar dan dirham sebagai wang
yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurus niaga pada ketika itu, kerana
ianya dapat memenuhi tuntutan syarak.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pula, beliau
mengasaskan penggunaan matawang Islam dan penetapan piawaian wang ketika
itu. Sistem matawang Islam mula digunakan dengan peniruan daripada
matawang Rom dan Parsi. Terdapat tiga jenis matawang pada ketika itu, iaitu
Dirham Balji dari Parsi, Dirham Rumi dari Rom dan Dirham Tabari dari Asia
Tengah.
Khalifah Umar al-Khattab telah menetapkan kadar piawaian khusus iaitu
Piawaian Khalifah Umar al-Khattab sebagai model matawang Islam yang masih
berteraskan dinar emas dan dirham perak. Piawaian matawang ini diselaraskan
4

Muslim, Soheh Muslim, (Beirut: Dar al-Fikr, 2005), 5:44.

13

kepada berat emas dan perak yang tertentu, iaitu menetapkan 10 dirham perak
bersamaan dengan 7 dinar emas, dengan setiap 1 dinar seberat 4.25 gram emas,
manakala 1 dirham seberat 3 gram perak. Emas yang digunakan ialah 91.7
peratus iaitu 22 karat dengan berukuran garis pusat 23 mm, manakala dirham
pula ialah 25 mm. Kedua-dua matawang ini mempunyai gambar Kaabah dan
dua kalimah syahadah di setiap muka depan dan belakangnya.
Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib r.a, beliau telah melakukan
pembaharuan dalam matawang Islam. Matawang Islam telah diperbaharui
dengan memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khat Koufi. Walau
bagaimanapun matawang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana
kualiti dan piawaian yang masih belum tetap.
Semasa pemerintahan Khalifah Umawiyyah, khlifah telah mula
mencetak matawang Islam. Matawang Islam telah diperbaharui dengan
memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khat Koufi. Walau
bagaimanapun matawang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana
kualiti dan piawaian yang masih belum tetap.
Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, khalifah telah
mengarahkan matawang Islam dinar dan dirham dicetak buat pertama kalinya di
Damsyik pada tahun 691M dan 692 M, dan diulang cetak di Mesir, Andalusia
dan Wasit pada 693 M hingga 696 M. Kilang-kilang mencetak wang telah
didirikan di kota-kota utama seperti di Damsyik, Mesir, Andalusia (Eropah)
dan Wasit (Iraq).
Zaman Khalifah Abbasiah pula, penyelarasan percetakan dan pengedaran
matawang Islam telah dilaksanakan. Zaman Khalifah al-Mamun (813 M 833
M), percetakan matawang Islam telah dibuat penyelarasan di peringkat pusat
14

iaitu di Baghdad, yang sebelum ini matawang dicetak disemua bandar besar
seperti di Kota Kufah, Kota Fustat dan lain-lain, untuk mengelakkan matawang
palsu dicetak. Setiap matawang dinar dan dirham yang dicetak itu mempunyai
nama khalifah yang memerintah.
Pada zaman akhir kerajaan Bani Abbasiyyah, pengedaran matawang
emas mula dilaksanakan. Kerajaan Abbasiyyah menetapkan cukai taksiran
menggunakan matawang emas. Bahkan sejak abad ke-10 M semua perbelanjaan
dan perniagaan dibuat menerusi matawang emas. Ini bermakna pada zaman
kerajaan Abbasiyyah sudah wujud penyelarasan dari segi penggunaan matawang
emas di seluruh pemerintahan Islam.
5.3

Wang Perwakilan (Representative Money)


Keterbatasan jumlah komoditi, keperluan kepada nilai kecil matawang

serta

faktor keselamatan mengubah sistem wang komoditi kepada sistem

wang perwakilan. Ini berlaku apabila bank (kebiasaannya bank pusat)


mengeluarkan resit yang diterima sebagai kaedah pembayaran wang. Dalam
maksud ini, dalam sistem monetari moden, ia dipanggil M1, M2 dan M3
mengikut kadar kecairannya (M1 paling mudah dicairkan dan M3 paling susah
dicairkan).
Wang kertas dikenalpasti mula diperkenalkan di China ketika Dinasti
Song (kurun ke-7) yang dikenali sebagai jiozi. Wang kertas ini digunakan
seiring dengan wang komoditi dan tidaklah membatalkan terus wang komoditi.
Di Eropah, Stockhloms Banco memperkenalkan wang kertas dan syiling pada
tahun 1661. Sistem monetari ketika itu disandarkan kepada emas dan menjelang
kurun ke-20, semua negara menggunakan sistem bahawa wang kertas yang sah
diperlakukan (legal tender) disandarkan kepada emas.
15

Selepas Perang Dunia ke-2, iaitu berikutan Bretton Woods Conference


yang membincangkan kaedah membangunkan semula ekonomi dunia pada
tahun 1944, kebanyakkan negara menerima wang kertas yang diikat kepada
USD, yang kemudiannya disandarkan kepada emas (gold backed paper money).
USD 1.00 telah diikat kepada 1/35 troy ounce (888.671 miligram emas). Ketika
ini, pemegang wang kertas (bukan warganegara USA) boleh pergi ke Federal
Reserve (bank pusat USA) dan menukarkannya dengan emas yang senilai
dengan wang kertas tersebut.

5.4

Wang Fiat/Wang Kertas (Fiat Money)


Pada tahun 1971, USA di bawah Presiden Richard M. Nixon

membatalkan sistem yang dipraktikan sejak Bretton Woods Conference dengan


menggantung penukaran USD kepada emas. USA mula mempraktikan
fractional reserve sistem dengan mencetak USD yang lebih banyak daripada
nilai emas fizikal yang dimilikinya. Berikutan itu, banyak negara tidak lagi
mengikat (de-pegged) matawang mereka kepada USD dan hampir keseluruhan
sistem monetari negara-negara diasaskan kepada wang fiat. Wang fiat ini tidak
memiliki nilai pada asasnya (intrinsic value), tetapi mendapat nilainya melalui
arahan kerajaan (fiat) supaya sah diperlakukan (legal tender) mengikut polisi
dan sistem monetari negara tertentu.

6.

ANALISIS ILLAH PENGHARAMAN RIBA


Ulama fiqh berselisih pendapat tentang jenis-jenis komoditi lain yang boleh
dihubungkaitkan dengan enam komoditi yang dinyatakan di dalam hadith.
Mazhab Zahiri langsung tidak menerioma komoditi lain yang boleh
dilibatkan dengan riba selain daripada enam komoditi tersebut. Majoriti ulama
16

sependapat mengatakan bahawa komoditi lain juga boleh terlibat dengan riba
asalkan barangan itu mempunyai illah yang sama dengan barangan ribawi.
Pandangan ulama terhadap illah bagi Emas dan Perak dengan wang
kertas (al-Nuqud):
6.1

Mazhab Hanafi, masyhur dalam Mazhab Hambali, ulama


Imamiyyah berpendapat bahawa illah riba bagi emas dan perak
ialah timbangan bagi barangan yang sama jenis. Oleh itu, semua
komoditi yang mengambil ukuran timbangan seperti besi,
tembaga dan sebagainya adalah tertakluk kepada hukum riba.
Wang kertas bukan merupakan illah berlakunya riba bagi
emas dan perak. Matawang selain daripada emas dan perak
seperti fulus tidak tertakluk kepada hukum Riba al-Fadl dan ia
boleh diniagakan secara berlebihan (satu fulus dengan dua fulus).
Masalah akan timbul sekiranya hendak diselaraskan bagi kes
matawang kertas kerana ia tidak mengambil ukuran timbangan
sebagaimana emas dan perak.5

6.2

Mazhab Maliki, mazhab Syafii dan pendapat kedua mazhab


Hambali mengatakan illah bagi kedua-dua emas dan perak ialah
kebiasaan menjadi pengukur nilai kepada barangan lain (ghlabah
al-Thamaniyyah).
Sesetengah pendapat daripada mazhab Maliki cenderung
untuk mengatakan illahnnya ialah mutlaq al-Thamaniyyah. Ini
kerana setiap perkara yang digunakan sebagai alat pertukaran dan

Dr. Ab. Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Perlaksanaannya di Malaysia, (Kuala Lumpur:
JAKIM, 1999), 204.

17

sebagai pengukur nilai tergolong dalam pengertian mutlaq alThamaniyyah yang tertakluk kepada hukum riba.
Pendapat ini juga diterima oleh Ibn Taymiyyah kerana
mengikutnya illah al-Thamaniyyah amat sesuai dalam konteks
emas dan perak sebagai pengukur nilai kepada semua harta
kekayaan, bukannya penggunaan bahan itu secara fizikalnya.6

7.

HUKUM WANG KERTAS

Pelbagai pendapat terutama dari kalangan ilmuan dan fuqaha Islam berkaitan
penggunaan wang kertas. Secara umumnya, terdapat dua pendapat utama fuqaha
tentang hukum wang itu:
7.1

Pendapat yang mengkhususkan wang yang dibenarkan hanya kepada


wang komoditi terutamanya emas dan perak.

7.2

Pendapat yang tidak mengkhususkan wang yang dibenarkan hanya


kepada wang komoditi terutamanya emas dan perak sahaja, tetapi
termasuklah wang kertas.

Pendapat fuqaha salaf tentang perkara ini adalah dilatarkan kepada sistem
monetari pada zaman mereka iaitu wang yang beredar dalam pasaran adalah berasaskan
emas (dinar) dan perak (dirham) serta fulus yang berasaskan tembaga.
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu al-Qayyim mengiktiraf fulus
sebagai wang sampingan untuk membantu transaksi yang bersifat kecil-kecilan
khususnya. Ibnu Taymiyyah memberikan pertimbangan berikut:

Ibid., 205.

18

The authority should mint the fulus coins (other than gold and silver)
according to the just value of peoples transactions, whithout any injustice to them.7

7.1

Pendapat yang mengkhususkan wang hanya kepada Emas dan Perak

Kumpulan fuqaha salaf antaranya Abu Hanifah, dan muridnya, Abu Yusof, Ibnu
Nafi dari mazhab Maliki, Imam al-Ghazali, al-Nawawi dan al-Suyuti dari Mazhab
Syafie. Pendapat ini juga disokong fuqaha kontemporari seperti Taqiyuddin alNabhani, Muhammad Baqir al-Sadr dan Hassan Ayyub. Mereka berpendapat, hukum
riba seperti disebut dalam hadis Ubadah bin al-Samit itu hanya terpakai kepada emas
dan perak sahaja.
Hujah-hujah yang menyokong pendapat ini boleh dirumus seperti berikut:
i.

Rasulullah SAW menggunakan emas dan perak sebagai wang di Makkah


dan Madinah (sunnah taqririyyah).

ii.

Zaman khulaf al-rasyidun terus melaksanakan wang emas dan perak.

iii.

Hukum ibadah dan muamalah disandarkan kepada emas dan perak seperti
pengiraan zakat kepada wang, pengenaan diyat dan hukum had jenayah
mencuri.

iv.

Firman Allah:



Al-Kahfi 18:19

Kenyataan seperti direkod dalam Majmu Fatwa dan dipetik oleh Muhammad Aslam Haneef & Emad
Fafiq Barakat (2006), Must Money Be Limited to Only Gold and Silver?. In jkau: Islamic Economics,
Vol.19, No. 1, ms 23.

19

Terjemahan: Maka suruhlah salah seorang diantara kamu untuk pergi ke kota
dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah
makanan yang lebih baik. Maka hendaklah ia membawa makanan itu
untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali
menceritakan halmu kepada seorangpun.
v.

Rafiq al-Masri menghujahkan larangan Syariah kepada orang lelaki


memakai emas sebagai perhiasan menunjukan fungsi asalnya sebagai wang.

vi.

Walaupun fulus digunakan pada zaman Rasulullah SAW dalam jumlah yang
terhad, tetapi hadith larangan riba yang diaplikasikan kepada fulus.

7.2

Pendapat Yang Mengkhusukan Wang Selain Dari Emas dan Perak


Termasuk Wang Kertas
Kumpulan fuqaha salaf dalam pendapat ini adalah Muhammad bin Hassan alShaibani al-Hanafi, beberpa fuwaha Syafieyyah, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu
Qayyim dari Mazhab Hanbali dan lain-lain.
Pendapat ini juga dipilih oleh kedua-dua Majma Fiqh al-al-Islami alDuwali (OIC) dan Majma Fiqh al-Islami (Rabitah Alam Islami) serta fuqaha
kontemporari termasuklah Sheikh Dr Yusof, Mufti Muhammad Taqi Usmani,
Mufti Muhammad Taqi Usmani, Sheikh Abdullah Sulaiman al-Mane dan lainlain. Oleh itu, pada mereka, hukum riba seperti disebbut dalam Hadis Ubadah
bin al-Samait itu juga terpakai kepada apa sahaja yang diterima sebagai wang
termasuk wang kertas (wang fiat).
Hujah-hujah yang menyokong pendapat ini boleh dirumus seperti
berikut:

20

i.

Hujah sunnah taqririyyah tidak sama sekali membataskan wang kepada emas
dan perak sahaja.

ii.

Khalifah Umar al-Khattab RA pernah ingin menggunakan kulit unta sebagai


wang dan ia tidak dibangkang oleh para sahabat; walau bagaimanapun idea ini
tidak dilaksanakan kerana nasihat para sahabat yang bimbangkan jumlah unta
akan berkurangan.

iii.

Hal berkaitan wang adalah termasuk dalam polisi pemerintah berasaskan


kepada al-masalih al-mursalah.

iv.

Kaedah wang sekarang ini membantu perlaksanaan tuntutan agama yang lain
seperti pembayaran zakat, mengelakkan riba dan lain-lain.

8.

Kesimpulan

Berdasarkan tugasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan wang kertas


dibenarkan berdasarkan pandangan fuqaha yang membenarkan penggunaan wang
kertas. Penentuan hukum wang kertas tidak boleh dipisahkan daripada hakikat sistem
monetari semasa, sepertimana para fuqaha terdahulu juga menjelaskan hukum wang
dengan mengambilkira sistem monetari pada zaman mereka. Walau bagaimanapun, ini
tidak menafikan usaha untuk memperkukuhkan matawang komoditi khususnya emas
dan perak. Penghasilan wang komoditi pada skala kecil hanya memberi manfaat pada
skala individu untuk menyimpan nilai wangnya dan di peringkat antarabangsa, ia
memerlukan kemahuan politik (political will) untuk merubah artiketur kewangan
antarabangsa.

21

8.

BIBLIOGRAFI

Ab. Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Perlaksanaannya Di Malaysia,


Kuala Lumpur: JAKIM, 1999.

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Panduan Penulisan Ilmiah, Kuala Lumpur:
Pejabat Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2014.

http://www.dictionaryofeconomics.com/article pada 5 Mei 2011.

Kamus Dewan. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013.
Muhammad Aslam Haneef & Emad Fafiq Barakat, Majmu Fatwa: Must Money Be
Limited to Only Gold and Silver, Islamic Economics, Vol.19, No. 1, 2006).

Muslim, Soheh Muslim, Beirut: Dar al-Fikr, 2005.

22

You might also like