You are on page 1of 1

Soalan 1: Berikan definisi algebra (komponennya)

Perkataanaljabr bermaksud penyatuan semula ataupun yang membawa


maksud gabungan, sambungan, atau pelengkap. Menurut Usiskin (1997), algebra
adalah satu bahasa. Ianya terdiri daripada lima aspek utama iaitu anu, rumus, corak
nombor, nilai tempat dan hubungan. Manakala,Vance (1988) pula berpendapat,
algebra boleh dikatakan sebagai pengembangan aritmetik. Algebra juga merupakan
satu cara berfikir dan memanipulasikan nombor-nombor dan juga simbol. Istilah
algebra juga merujuk kepada cabang matematik yang digunakan untuk mengkaji
hubungan, struktur, dan kuantiti pelbagai persamaan, pembolehubah dan nombor.
Istilah algebra juga merujuk kepada cabang matematik yang digunakan untuk
mengkaji hubungan, struktur, dan kuantiti pelbagai persamaan, pembolehubah dan
nombor. Secara khususnya, algebra boleh didefinisikan sebagai generalisasi dari
hasil pemikiran aritmetik yang menghubungkan perwakilan huruf, nombor, anu, dan
operasi yang boleh menyelesaikan masalah.
Secara amnya, algebra oleh dibahagikan kepada empat kategori berikut :
i)

Algebra asas-mencatat sifat-sifat operasi pada sistem nombor nyata sebagai


pemegang tempat dengan symbol-simbol untuk mewakili pemalar serta
pembolehubah, dan petua-petua untuk ungkapan matematik dan persamaan

ii)

yang melibatkan simbol-simbol tersebut dikaji.


Algebra Niskala (abstrak)- juga dikenali sebagai algebra moden yang
mengkaji struktur-struktur algebra seperti kumpulan, gelanggang dan medan

iii)

yang diberikan definasi aksioman.


Algebra linear mengkaji sifat-sifat khusus untuk ruang vektor (termasuk

iv)

matriks)
Algebra semesta-mengkaji sifat-sifat sepunya dalam struktur algebra.

Antara elemen-elemen dalam algebra ialah anu, sebutan dlm satu anu,
sebutan dlm dua anu, pekali bagi suatu sebutan dlm satu anu, pekali bagi suatu
sebutan dlm beberapa anu, pekali boleh jadi integer, sebutan serupa, sebutan tak
serupa, ungkapan, dan corak nombor

You might also like