You are on page 1of 10

Sultan Brunei memberi konsesi tanah kepada wakil Amerika Syarikat, C. I.

Moses pada tahun 1865. Tempoh penyewaan adalah selama 10 tahun.

Moses menjual tanah tersebut kepada The American Trading Company yang
diketuai oleh J.W. Torrey dan T.B. Harris. Torrey gagal memajukan penanaman
kopi dan tebu di Kimanis. Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck.

Overbeck menghadapi masalah modal. Beliau meminjam wang daripada


syarikat Alfred Dent dan Edward Dent pada tahun 1877. Gabenor Labuan, W.H.
Treacher telah bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh
pajakan daripada sultan Brunei dengan syarat, syarikat yang ditubuhkan
diletakkan di bawah nama British.
Sultan Brunei, Sultan Muk Mein telah memperbaharui pajakan Overbeck dan
Dent melalui pejanjian yang ditandatangani pada tahun 1877. Dalam
perjanjian itu, baginda menyerahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai
Sibuku.

Oleh sebab sebahagian wilayah Sabah adalah dibawah pemerintahan Sultan


Sulu, Overbeck dan Dent telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan
Sultan Jamalul Alam pada tahun 1878. Baginda menyerahkan kawasan dari
Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku.
Pada tahun 1880, Overbeck telah menjual semua haknya kepada Alfred dan
Edward Dent. Kemudian, Dent telah menubuhkan Persatuan Sementara
Borneo Utara Berhad. Saham syarikat itu telah dijual kepada rakyat British
bagi menambahkan modal perniagaan. Bagi memperkukuh dan memajukan
perniagaan, persatuan tersebut berusaha mendapatkan Piagam Diraja
daripada kerajaan British.
Pada bulan November 1881, kerajaan British telah menganugerahkan Piagam
kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Ada tahun 1882,
syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British. Melalui piagam tersebut,
SBUB mempunyai kuasa mentadbir Sabah. Sir Rutherford Alcock menjadi
Presiden pertama dan Alfred Dent dilantik sebagai Pengarah Urusan.
Melalui pemberian piagam itu, British dapat memperluas
pengaruhnya dan menghalang kuasa barat lain bertapak di
Sabah. Pada tahun 1888, SBUB menandatangani perjanjian
perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri
naungan British. Kini British bertanggungjawab terhadap
hal ehwal luar Sabah.

SBUB BERTAPAK DI
SABAH

SBUB mengeksploitasi hasil bumi di Sabah dan turut menguasai aktiviti


pertanian, pembalakan dan perlombongan bagi mengaut keuntungan.

Pokok sagu

Sirip ikan yu
Mutiara

HASIL TRADISIONAL MENYUMBANG KEWANGAN


SBUB
Sarang burung merupakan hasil eksport tradisional SBUB yang
menguntungkan. Eksport sarang burung pada tahun 1926 bernilai
sebanyak 125 000 dolar.

Longgokkan rotan yang dicari oleh penduduk tempatan. Hasil rotan


dieksport dalam bentuk perabot, tikar dan tongkat.

Pokok lanut hidup meliar di kawasan pamah atau lembah. Gentian pokok
lanut dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal sebelum dieksport ke
Eropah.
Pokok sagu atau rumbia hidup subur di kawasan berpaya atau muara
sungai. Rga sagu mahal di pasaran dunia. SBUB menggalakkan rakyat
mengusahakan secara komersil. Eksport sagu di Sabah pada tahun 1888
bernilai sebanyak 93 433 dolar.

PERUBAHAN SOSIAL SBUB DI SABAH

SBUB telah
membangunkan
kemudahan asas seperti
landasan keretapi, jalan
raya, sekolah, hospital
dan lain-lain.
Pembinaan kemudahan
asas ini adalah untuk
kepentingan dan
keuntungan SBUB.

PENDIDIKAN
Tidak diberi perhatian oleh
SBUB
Hanya menyediakan
pendidikan di peringkat
daerah
KESAN
Mubaligh Kristian membina
sekolah dan menyebarkan
agama Kristian.

190
9

Jabatan pelajaran ditubuhkan.

1
Julai
1915

Sekolah latihan dibina untuk anak-anak Ketua Anak


Negeri.

192
1

Sekolah Melayu pertama dibina di Kota Belud.

193
0

Hanya 10 buah sekolah Melayu menampung 400


pelajar.

193
9

Terdapat 49 buah sekolah Mubaligh.

194
0

Kira-kira 11 000 orang murid mendaftar di sekolah


Melayu, Mubaligh dan Cina.

You might also like