You are on page 1of 4

PSK

MAJLIS KANSER NASIONAL (MAKNA)

LATAR BELAKANG
Merupakan sebuah syarikat sosial yang ditugaskan untuk
menggunakan setiap usaha, kepakaran dan bantuan kewangan
kepada setiap golongan masyarakat, untuk melawan kanser dan
mengurangkan sakit dan penderitaan yang berkaitan sama ada
mereka yang telah mengalami atau sedang mengalaminya.

MAKNA berdaftar di bawah NGO pada 10 November 1994 dan


dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac 1995.

MAKNA diasaskan oleh Dato Mohd Farid Ariffin.

PERKHIDMATAN YANG
DISEDIAKAN
Sejak beberapa tahun, jenis perkhidatan yang ditawarkan oleh MAKNA
telah dipelbagaikan untuk memenuhkan sifat kanser yang berbeza
dan tar belakang pesakit yang dibantu oleh MAKNA
Sejak penubuhannya MAKNA, dengan kerjasama daripada PPUKM
(Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia), Institut Kanser
Malaysia-Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (IKMPPUKM) telah ditubuhkan. Ia terletak dalam kawasan PPUKM di
Cheras, Kuala Lumpur.

IKM-PPUKM
IKM-PPUKM ialah tempat yang memberi harapan untuk
mangsa kanser. Ia telah ditubuhkan pada 19 April 1999.
IKM-PPUKM terdiri daripada Wad Onkologi Tengku Ampuan
Afzan, Radioterapi Sub Basement dan Unit Pemindahan
sumsum tulang yang merupakan salah satu yang terbesar
di negara ini.
Mereka yang ingin mendapatkan rawatan di sini terbahagi
kepada dua kategori. Kumpulan pertama adalah mereka
yang tidak berkemampuan dan tidak perlu membayar kos
rawatan. Kumpulan kedua adalah terdiri daripada mereka
yang mampu untuk membayar kos rawatan.
IKM-PPUKM bercita-cita untuk menjadi salah satu pusat
yang paling berkesan bagi merawat kanser di rantau ini.

You might also like