You are on page 1of 5

Rujukan 1

Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam:

1.

Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas


keputusan SPM diumumkan?
Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan
ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam
tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

2.

Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam


bagi tujuan pendaftaran masuk?
Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang
dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta
makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat
tawaran yang dimuat turun.

3.

Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?


Syarat am (kecuali Murid Bekeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2016.
Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM.

4.

Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kiraan bagi kemasukan
ke Tingkatan Enam?
Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia
Gred
A+

Nilai Gred Purata Keseluruhan (GPK)


1

Tahap
Cemerlang Tertinggi

Cermelang Tinggi

AB+
B
C+
C
D
E
G

2
3
4
5
6
7
8
9

Cemerlang
Kepujian Tertinggi
Kepujian Tinggi
Kepujian Atas
Kepujian
Lulus Atas
Lulus
Gagal

5.

Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?


Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu.
Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam
(T6BRTJ) di sekolah tersebut - dapatkan pengesahan Pengetua. Pastikan alasan yang
diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel
Jawatankuasa Rayuan. Alasan Tidak Berminat' dan seumpamanya tidak diterima.
Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui
sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran
dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada
kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.

6.

Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu
untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan
Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2016 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan
Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) melalui sekolah asal di mana SPM diambil. Patuhi
syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan
bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk
kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang
lengkap melalui sekolah kepada:
(a)
Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah
Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas
Integrasi

7.

(b)

Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

(c)

Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/


sekolah swasta/ Sekolah
Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah
kerajaan?
Anda boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan
Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2016 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta &
Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada
borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada
kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi
hendaklah dikembalikan kepada:
(a)
Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah
Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas
Integrasi

8.

(b)

Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

(c)

Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk


bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang
ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya; bagaimanakah
caranya?
Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275
Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara].
Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan
Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan
pertukaran daerah/ negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang
ingin diMohon itu berada.
(a)
Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk Sekolah
Menengah Harian, Sekolah Menengah Teknik dan Program Pendidikan Khas
Integrasi
(b)

Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

(c)

Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

9.

Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke


Tingkatan Enam?
Bagi murid bukan warganegara ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada seksyen 130
Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke
Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah)
1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat
permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh di
Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN. Pastikan segala
butiran diisi dengan lengkap. Dokumen-dokumen yang diperlukan perlu disahkan seperti
Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta paspot murid, ibu dan
bapa. Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas
pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan. Sekiranya
permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen sendiri yang
telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot
murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut
yang telah ditentusahkan.

10.

Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus
saya lakukan?

Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.

11.

Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?


Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014
Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar
panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung,
gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan
kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap.
Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jeans,
cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang
menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri
kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian
yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh
mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada
murid).

12.

Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya memohon


ke Tingkatan Enam?
Calon yang menolak tawaran Universiti Awam /IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke
Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang
permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri
sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.

13.

Saya tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya


merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Calon tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh membuat
rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang
permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewatlewatnya pada 27 Mei 2016. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan
permohonan anda tidak dipertimbangkan.

14.

Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan


kerana kerjaya/ kursus/ masalah peribadi/ kesihatan?
Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh
masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Penggal Satu (1) setiap tahun. Jika anda
tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran

tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat
permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada
syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah
Pusat Tingkatan Enam.
15.

Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?
Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masingmasing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.

You might also like