You are on page 1of 20

MAKANAN SEIMBANG

Maksud makanan seimbang


Makanan seimbang ialah pengambilan
makanan yang cukup untuk keperluan tubuh
badan. Manusia memerlukan makanan dan
vitamin untuk pembesaran dan menjaga
kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang
menerusi pelbagai program dan penulisan
artikel mengenai pemakanan yang sihat ini.

MAKANAN SEIMBANG

KELAS
MAKANAN

Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama
yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia.
Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50%daripada
pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh
manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula,
glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum,
kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan
beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat
banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum

Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti
asid amino. Protein kelas pertama
kebanyakannya boleh diperolehi daripada
haiwan. Sementara protein sayuran pula
mengandungi protein kelas kedua dan
sedikit protein kelas pertama.

Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada
karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting
kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang
diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan
sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu
memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang
terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan
tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang
penting kepada penyatuan selaput sel.
Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini
kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan
menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu
gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat
dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Garam
Zat garam yang mengandungi kompaun
bukan organik yang penting kepada
pemakanan manusia. Ia berperanan dalam
pembentukan struktur tulang dan unsur
yang diperlukan dalam tisu organik dan
cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat
mineral banyak terdapat dalam susu dan
telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah
dan sayuran.

Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam
kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai
dan menggunakan unsur asas makanan, protein,
karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut
terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan
genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti
karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral
tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan
mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan
protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Pelawas
Serat atau pelawas dalam diet permakanan
membantu penghadaman dan mengelak
sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk
buah kering) dan bijiran merupakan sumber
serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan
serat, amat penting untuk minum banyak air.

Pengambilan makanan seimbang

Makanan yang seimbang sangat penting


dalam memastikan kesihatan yang sihat.
Pengambilan kalori berdasarkan betapa
aktifnya anda dalam kehidupan seharian.
Pengambilan kalori haruslah seimbang
dengan tenaga yang digunakan. Diet secara
sihat adalah daripada makanan yang
seimbang termasuk:-

1.

Pengambilan Karbohidrat.

Karbohidrat terdiri daripada sumber makanan berkanji seperti


nasi, kentang, bijiran dan roti. Sumber karbohidrat yang baik
adalah digabungkan sekali dengan bijiran. Bijiran adalah
mengandungi serat yang dapat membuatkan anda kenyang
lebih lama. Karbohidrat boleh diambil segenggam tangan kerana
apabila terlebih karbohidrat juga akan menyumbang kepada
kenaikan berat badan. Karbohidrat akan di tukar dalam bentuk
kalori yang memberi tenaga dan ia menyumbang paras gula
untuk tubuh serta jika ia berlebihan ia akan bertukar lemak yang
akan tersimpan dalam badan kita.

Lebihkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat penting


untuk tubuh kita , ia mengandungi pelbagai vitamin dan serat yang
di perlukan tubuh badan kita. Anda digalakkan untuk mengambil
makanan 5 kali dalam kuantiti yang sedikit adalah lebih baik untuk
menurunkan berat badan, malah jus buah-buahan juga dikira
sebagai diet yang menyihatkan. Pengambilan buah-buahan seelokeloknya di ambil sebelum mengambil makanan berat/ berlemak.
Buahan dan sayuran adalah baik untuk usus, selain ia memberi
vitamin di perlukan, ia juga menjaga usus kita supaya sihat dan baik
serta fiber/serat yang terkandung di dalamnya bertindak penting
dalam merendahkan paras kolestrol dalam darah.

Pengambilan protein dalam makanan (contoh:ikan)


Semua jenis tisu dalam tubuh badan manusia amat memerlukan protein,
termasuk tulang, darah dan otot. Protein merupakan bahan asas dalam
pembinaan tubuh. Ia bertindak sebagai membaiki, mengganti dan membuat
tisu-tisu serta memastikan pertumbuhan secara optimum. Protein diperbuat
daripada asid amino. Tahukah anda yg tubuh manusia memerlukan 22 jenis
asid amino, 14 jenis daripadanya boleh dihasilkan dalam tubuh namun baki 8
lagi hanya boleh didapati daripada sumber makanan (ini dipanggil asid amino
perlu). Sumber protein adalah daripada sumber haiwan seperti ikan, ayam,
daging, telur dan tumbuhan, terutamanya kekacang (kacang, kacang peas)
adalah sumber protein yang mengandungi vitamin dan mineral.
Sumber protein dari ikan laut dalam mengandungi lemak Omega-3 yang boleh
membantu untuk menggelakkan penyakit jantung seperti ikan salmon
mengandungi banyak lemak Omega 3 berbanding ikan yang lain.

Mengurangkan Pengambilan gula.


Gula adalah sumber karbohidrat ringkas yang menyumbang kepada
kalori yang tinggi. Pengambilan makanan dan minuman manis yang
berlebihan boleh menyebabkan berat badan naik. Gula didapati melalui
buah-buahan sudah memadai kerana tubuh badan kita hanya
memerlukan gula yang mengandungi kuantiti yang sedikit dalam badan
kita supaya tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik.
Pengambilan gula yang berlebihan menyumbang penyakit diabetik
(kencing manis) yang mana akhirnya akan membawa kepada beberapa
penyakit lain seperti darah tinggi, jantung dan buah pinggang serta
pelbagai lagi. Diet yang sihat daripada pemakanan yang seimbang
dapat membantu anda untuk mencapai kepada berat badan yang ideal
dan memberi kesihatan yang terbaik.

Mengurangkan Pengambilan Lemak Tepu.


Lemak terbahagi kepada dua iaitu : lemak tepu dan lemak tak tepu.
Lemak tepu ialah boleh meningkatkan kolesterol dalam darah yang
boleh menyebabkan risiko penyakit jantung.
Contoh lemak tepu seperti, butter, keju, cream dan biskut.
Kurangkan pengambilan makanan lemak tepu dan seelok-eloknya
anda digalakkan mengambil makanan tidak berlemak tepu. Contoh
lemak tidak tepu seperti minyak sayuran dan minyak ikan dalam
kuantiti yang sedikit. Untuk pengambilan daging, anda digalakkan
untuk mengambil di bahagian isi dan buangkan di bahagian lemak
daging. Sumber daging merah mengandungi lebih lemak tepu
berbanding daging putih seperti ikan dan ayam.

Kepentingan makanan seimbang

Antara kepentingan makanan seimbang


ialah;
Tumbesaran fizikal manusia.
Tubuh badan manusia memerlukan zat yang
diperlukan untuk membina tubuh badan
yang kuat dan sihat. Contohnya kanakkanak memerlukan lebih kalsium untuk
tumbesaran tulang yang sihat dan kuat.

Pengambilan vitamin secukupnya.


Vitamin yang diambil dengan secukupnya
untuk tubuh badan kita memberi ketahanan
daripada dijangkiti sebarang jangkitan
penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.

Mengawal kadar obesiti


Dalam pengambilan makanan seimbang
dalam hidup adalah perlu mengambil
makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi
cukup khasiat yang diperlukan dalam tubuh
badan manusia. Pengawalan pengambilan
makanan berlebihan boleh mengelakkan
terjadi nya obesiti.

Perkembangan mental tidak terganggu.


Kekurangan pengambilan zat boleh menyebabkan mental
tidak cerdas dan letih. Keadaan ini, menyebabkan
seseorang gagal berfikir dengan baik. Contoh paling terbaik
jika kita tidak mengambil sarapan pagi, kita akan merasa
pening, lapar, tidak berfikir dengan baik dan menyumbang
moody( mood yang tidak stabil) serta kebuntuan idea dan
tidak ceria. Oleh itu waktu pagi kita memerlukan makanan
yang memberi kalori/tenaga untuk otak dan badan kita
untuk tampil cergas dan bertenaga dalam urusan seharian.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang
seimbang kerana semua kepentingannya sudah
dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi
masyarakat dan seterusnya negara akan menerima
kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika
masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah
sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara
ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah
terlewat untuk kita semua mengambil langkah
pencegahannya. Tepuk dada tanya selera.

You might also like