You are on page 1of 10

KERAJAAN AWAL ISLAM DI

ALAM MELAYU

FAZIATULAKMA BINTI ISHAK


NURSHAFIQA BINTI IS
NURUL SYUHAIRAH BINTI NOR AZMI

PENGENALAN
Alam Melayu telah pun mengenal agama Islam sejak kurun permulaan Hijrah di
mana ia merupakan peringkat pengenalan ke arah satu proses penyebaran
agama Islam.
Sebuah batu nisan diukir dengan huruf Arab yang bertarikh pada tahun Masihi
1082 atau 1102 telah dijumpai di Gerisek Jawa.
Penyebaran Islam secara berencana dan beramai-ramai berlaku di kurun ke-13
Masihi apabila lahirnya Kerajaan Islam Pasai di utara Sumatera.
Rekod daripada catatan orang Cina - dua orang utusan yang bernama Sulaiman
dan Syamsuddin dari Kerajaan Pasai ini datang ke istana Mongol atau Yuen di
negeri China dalam tahun Masihi 1281.
Penyebaran agama Islam di Melaka berlaku padatahun 1414 Masihi apabila Raja
Melaka pertama, Parameswara menganut agama Islam setelah ia berkahwin
dengan Puteri Sultan Pasai yang telah lama beragama Islam.
Dari Melaka tersebarlah Islam ke alam Melayu dengan pesatnya hingga
meruntuhkan Kerajaan Majapahit.
Bermula dari daerah utara Sumatera iaitu Pasai, Islam tersebar ke daerah-daerah
lain seperti Melaka, Aceh, Brunei, Jawa dan seluruh Alam Melayu.
Dan akhirnya terbentuklah kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu.

KERAJAAN AWAL
ISLAM DI ALAM
MELAYU

ANTARA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM AWAL DI ALAM


MELAYU

Kerajaan Sribuza Islam, Palembang


Kerajaan Samudera-Pasai di Pasai , Aceh, Sumatera Utara
Kerajaan Melayu Melaka
Kerajaan Islam Demak, Banten, Ceribon di Pulau Jawa
Kerajaan Acheh Darussalam
Kerajaan Pattani, selatan Thailand
Kerajaan Button, Ternate di Sulawei
Kerajaan Melayu Johor-Riau
Kesultanan Brunei
Kesultanan Mataram
Kesultanan Sulu
Kesultanan Riau

SAMUDRA (PASAI)

Samudra-Pasai dikatakan negeri yang mula-mula menerima


Islam di rantau berdasarkan beberapa bukti iaitu catatan
tarikh pada batu nisan Sultan Malikul Salih iaitu pada
697/1297
keterangan daripada catatan Marco Polo, berita Cina yang
disebut oleh Yuan Shih dan keterangan daripada catatan
Ibn Batuta.
Marco Polo yang mengembara dan singgah di Sumatera
pada 692/1292 menyebut Ferlec yang tidak jauh daripada
Samudra-Pasai telah menerima Islam pada masa itu.
Sementara catatan Yuan Shih menyebut bahawa satu misi
Cina yang dalam perjalanan pulang dari Mabar di
Koromandel pada 681/1282 telah dijemput singgah di Samu-tu-la.
Misi ini telah mendapat sambutan daripada raja dan telah

Manakala dalam catatan pengembaraan Ibn Batutah (Rihlah Ibn


Batutah) - sewaktu dalam pelayaran ke negeri China, beliau
sempat singgah dan melawat Pasai pada 1345/6.
Raja Pasai iaitu Malik al-Zahir adalah seorang sultan yang
beragama Islam dan bermazhab Shafie.
Pasai telah menjadi pusat perkembangan Islam terkenal sehingga
menjadi tumpuan dan tempat pertemuan ulama-ulama dan ahli
tasawuf Islam di Alam Melayu.
Sultan Malik al-Zahir juga begitu rapat dengan mereka, amat
menyayangi ulama dan gemar mempelajari ilmu-ilmu agama
dengan mengundang mereka ke majlis ilmu yang di adakan di
istana.
Berdasarkan bukti-bukti ini menunjukkan bahawa sekurangkurangnya sejak 1282 atau lebih awal daripada itu, SumateraPasai telah menerima Islam.

MELAKA
Dari Sumatera Utara, Islam tersebar di sepanjang
jalan perdagangan ke Melaka.
Pendiri kota yang relatif baru ini (sekitar tahun 1400)
adalah Parameswara, sebuah nama yang sama sekali
tidak menunjukkan pengakuan kemuslimannya.
Tetapi, kita juga menjumpainya sebagai Muhammad
Iskandar Shah, setelah perkahwinannya dengan puteri
raja Pasai.
Demikian juga penggantinya, Muhammad Shah dan
Abu Said atau Raja Ibrahim (masing-masing tahun
1424-1444 dan 1444-1445) lebih dikenali dengan
nama-nama bukan Islam seperti Sri Maharaja dan Sri
Parameswara Dewa Shah sehingga orang mencurigai
hal itu sebagai kecenderungan pada kekafiran atau
paling tidak melihat pada pengislaman Melaka
belumlah selesai sepenuhnya.

Islam yang sebenarnya berlaku ketika terjadi revolusi istana yang


dipimpin oleh beberapa Muslim India yang mengangkat Sultan
Muzaffar Shah (1445-1459) menjadi raja.
Melaka banyak berhutang budi pada Pasai atas keimanan Islamnya,
begitu juga sebaliknya Melaka mengedarkan Islam ke seluruh wilayah
kekuasaannya.
Penguasaan Muslim pertama dari Pahang adalah putra Sultan Melaka.
Terengganu menerima Islam ketika menjadi pengikut Melaka, seperti
juga dilakukan oleh Kedah.
Patani di islamkan dari Melaka dan Kelantan yang merupakan pengikut
Patani.
Di sisi sebelah barat Selat Melaka, di Sumatera, Rotan, Kampar, Siak
dan Indragiri semuanya menerima Islam dalam kedudukannya sebagai
klien atau wilayah jajahan Melaka pada abad ke-15.
Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511 tentu saja
mengakhiri peranannya sebagai pusat Islam.

KESIMPULAN
Sebelum kedatangan Islam, agama Hindu telah lama berabadabad mempengaruhi penduduk Alam Melayu.
Penduduk Nusantara telah kuat dipengaruhi oleh agama
Hindu, baik dari segi politik, kepercayaaan dan
kemasyarakatannya.
Selepas kedatangan Islam, telah berlaku perubahan besar
dalam kepercayaan, pegangan, politik dan corak hidup
masyarakat Alam Melayu.
Unsur-unsur politik Islam mempengaruhi struktur pentadbiran
di negeri-negeri Alam Melayu.
Susunan dan bentuk pemerintahan Islam diterima dalam
pentadbiran.
Undang-undang diterima dan setengahnya dilaksanakan
dalam pentadbiran negara.

TERIMA KASIH

You might also like