You are on page 1of 2

ISL MINGGU 1

PENGENALAN TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


Teori Psiko-Analitik
Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Pendekatan teori ini berdasarkan
kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi yang tidak
sedar (kita sendiri tidak sedar). Ia berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa
atau membincangkan seni visual. Terapi psiko-analitik merangkumi teori perkembangan
personaliti, falsafah sifat manusia(nature) dan kaedah psikoterapi yang memfokus kepada
faktor-faktor di luar kesedaran (unconscious) yang mempengaruhi tingkah laku. Dalam
konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka
terhadap seni visual dan hasil karya mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi.
Sehubungan dengan itu penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi adalah
sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi. Menurut Freud,
seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya bahawa seni visual adalah bahan
perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar
manusia . Tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat
dalam penghasilan seni visual
Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan
universiti. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh
dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu
bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah
hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi pihak murid. Blok
binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema aktiviti mental yang
digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.
Fikiran murid tidak akan menghadapi reality yang wujud secara terasing dalam persekitaran.
Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah
mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap
persekitaran mereka sendiri. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan
baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila
maklumat baru telah disesuai dan diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat
mereka, barulah sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa

ISL MINGGU 1
pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada
murid.
Teori Kognitif
Teori Kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku
dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahliahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis
pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai
peringkat umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu
kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, di mana
semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

Teori Humanis
Teori Humanis berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepadaemosi dan
perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar
yang berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan
emosi murid itu. Beliau juga menjelaskan bahawa
Teori Behaviourisme
Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan
Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan
tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian
yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal.
Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang
menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan
bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah
laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan
bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

You might also like