You are on page 1of 2

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

PERUTUSAN
SEMPENA SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2016
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Gerakan Koperasi Sekolah yang terdiri daripada 2,335 buah koperasi di seluruh
Malaysia dengan bilangan anggota seramai 2,107,231, syer/saham berjumlah RM23.80
juta, aset bernilai RM278.53 juta dan jumlah perolehan sebanyak RM230.20 juta sehingga
Jun 2015, telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu. Peningkatan jumlah aset
dan jumlah perolehan ini mencerminkan keupayaan dan kemampuan koperasi untuk
menceburi bidang perniagaan baru seperti yang terkandung di dalam Dasar Koperasi
Negara (DKN). Walaupun pada dasarnya kewujudan koperasi sekolah bukannya untuk
mencari keuntungan yang tinggi melalui perniagaan yang dijalankan, namun kegiatan yang
dijalankan oleh koperasi bukan sahaja dapat memupuk minat seseorang pelajar menceburi
bidang perniagaan, malah ianya dapat membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar
dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan apabila keluar daripada sekolah
nanti.
Pihak kementerian sentiasa optimis dan komited dalam memastikan perkembangan
koperasi sejajar dengan halatuju pembangunan negara. Dengan angka keahlian koperasi
sekolah yang agak memberangsangkan ini, saya percaya bahawa koperasi sekolah mampu
merangsang dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara di
samping membantu Kerajaan menangani isu-isu yang berkaitan dengan kepenggunaan.
Contohnya seperti penjualan barang keperluan pada harga yang berpatutan dengan
bekalan yang terjamin. Saya percaya koperasi dengan keanggotaan yang ramai dan
rangkaian kedai terutamanya di kawasan luar bandar, boleh membantu Kerajaan mengatasi
masalah ini. Gerakan koperasi harus meneroka dan menceburi pelbagai bidang perniagaan
baru supaya dapat meningkatkan pengalaman dan kemahiran pelajar. Selain itu, koperasi
juga boleh merebut peluang melalui kemudahan yang disediakan oleh

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) seperti Coop-Mart. Dengan membuka


perniagaan peruncitan atau pemborongan serta pelbagai lagi aktiviti perniagaan lain, ianya
boleh memberi manfaat kepada anggota koperasi seterusnya menjana pendapatan
koperasi.
Pendidikan dilihat sebagai faktor penting dalam usaha membina keupayaan modal
insan, membangun kekuatan intelektual, meningkatkan pengetahuan dalam perniagaan dan
membentuk sikap. Ini merupakan ciri terpenting dalam menjayakan hasrat Kerajaan untuk
melonjakkan ekonomi negara pada masa hadapan. Peranan koperasi sekolah kini bukan
sahaja untuk menerapkan prinsip-prinsip dan jatidiri koperasi, tetapi perlu dikembangkan
supaya menjadi sebuah institusi pendidikan keusahawanan yang mantap.
Pihak Kementerian merasa bangga dengan kesungguhan dan minat yang
ditunjukkan oleh anggota koperasi dalam membangunkan koperasi sekolah. Ucapan tahniah
ditujukan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) khususnya guru-guru koperasi yang
begitu bersemangat memikul tanggungjawab berkoperasi walaupun sibuk dengan tugas
hakiki.Selamat Menyambut Hari Koperasi Sekolah 2016. Sekian.

YANG BERHORMAT DATO SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

You might also like