You are on page 1of 131

PENGAJIAN AM

KERTAS 2
STPM PERCUBAAN 2012
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(Malaysia Higher School Certificate)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN
Jawab enam salan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap
tiap
Bahagian A, B, D,E dan dua soalan daripada bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap
tiap-tiap
tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap
tiap
soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

-1- (Soalan/Pengajian Am)

Bahagian A
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.
[25]

1.
Konsep 1 Malaysia merupakan langkah yang dapat memantapkan integrasi nasional. Namun begitu, masih
terdapat pelbagai kekangan yang menghalang ke arah pencapaian matlamat tersebut. Bincangkan.

2.
Kecanggihan teknologi maklumat merupakan petunjuk utama yang merangsang peningkatan kes jenayah siber.
Walau bagaimanapun, terdapat indikator lain yang turut menyumbang kepada masalah tersebut. Jelaskan pernyataan di
atas.

Bahagian B
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.
[25]

3.
Teknologi Hijau ialah penggunaan sains alam sekitar yang memberi banyak manfaat kepada manusia dan alam
sekitar. Bincangkan.

4.
Aplikasi sains dan teknologi telah banyak menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dalam Negara.
Bincangkan.
Bahagian C
Pilih dua soalan dalam bahagian ini: satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu lagi daripada soalan 6(a) atau 6(b).
[20]

5. (a)

Sememangnya program televisyen sekarang cukup menarik. Apa saja yang kita ingin tonton ada dalam
televisyen. Kita dapat menonton bukan sahaja tiga atau empat saluran tetapi berpuluh-puluh saluran yang
menyiarkan program menarik. Kita sebagai ibu bapa pun kadang-kadang terpaku depan televisyen. Hal inilah
yang menjadi rungutan kepada ibu bapa yang gagal mengawal kegilaan anak mereka menonton televisyen.
Kegilaan menonton televisyen dalam kalangan anak-anak seolah-olah mereka bukan pelajar yang akan
menduduki peperiksaan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Anakku
Dapat Semua A, Dr. Shukri Abdullah, Telaga
Biru Kuala Lumpur, Januari 2010)
i)

Apakah sebab yang menjadi keghairahan menonton

-2- (Soalan/Pengajian Am)

televisyen dalam kalangan anak-anak ?

ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah yang sesuai untuk
mengawal anak-anak daripada menonton televisyen secara berlebihan.

ATAU

(b)

....Rasuah adalah umpama satu wabak yang boleh memberikan kesan negatif dan menyalahi undang-undang.
Amalan rasuah harus dikekang sepenuhnya. Pihak kerajaan akan bertindak tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Malah, tindakan juga dikenakan tanpa mengambil kira sama ada kes rasuah itu berprofil tinggi atau rendah dalam
usaha untuk membanteras gejala negatif itu....
i)

Mengapakan rasuah perlu dibanteras?

ii)
Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah
diatasi.

-3- (Soalan/Pengajian Am)

perkataan, nyatakan mengapa rasuah sukar

6. (a) Setiap insan pasti mengalami kegelisahan dari semasa ke semasa yang boleh menimbulkan perasaan takut, gusar,
rasa berdebar-debar atau risau terhadap sesuatu perkara . Rasa gelisah akan menjadi tidak normal atau dianggap sejenis
penyakit minda apabila rasa risau, takut atau darah gemuruh berlaku melebihi tahap yang sepatutnya. Kegelisahan yang
berlebihan akan menyebabkan rasa takut sering bermain-main dalam kotak pemikiran seseorang dan hal ini mungkin
mengakibatkan tekanan perasaan yang berlebihan dan kebingungan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Pentingnya
Kegelisahan dalam Kehidupan Oleh Zarina Zainan Abidin,
Dewan Kosmik, April 2011)

i)

Apakah yang dimaksudkan dengan kegelisahan?

ii)
Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan-kesan kegelisahan kepada
kehidupan seseorang.

ATAU

b)
Pembangunan ekonomi Negara yang pesat merancakkan pembangunan bandar di Malaysia. Namun, dalam
keghairahan kita membangunkan bandar, kita juga perlu menitikberatkan kesan pembangunan terhadap alam sekitar.
Untuk tujuan itu, kerajaan telah memperkenalkan Konsep Bandar Mesra Ekologi, iaitu bandar yang dirancang dengan
sebaik-baiknya agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Era Hijau,
Keluaran 1, 2009)
i)

Apakah yang dimaksudkan dengan Bandar Mesra Ekologi?

ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan ciri-ciri Bandar Mesra Ekologi.

-4- (Soalan/Pengajian Am)

Bahagian D
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15]
7.
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan
jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan pada tahun 2007 hingga 2010.
Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang tahun 2007 hingga tahun
2010. Mengikut statistik, jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 2007 sebanyak RM56 547 juta, meningkat kepada
RM68 699 juta pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM63 757 juta. Pada tahun 2010, jumlah
perbelanjaan meningkat lagi kepada RM73 235 juta.
Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tempoh 4 tahun berkenaan. Pada
tahun 2007, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta meningkat kepada RM20 842 juta pada tahun 2009 berbanding
tahun 2008 yang berjumlah RM17 443 juta. Manakala pada tahun 2010 perbelanjaan ini menurun kepada RM19 727 juta.
Perbelanjaan mengurus juga merangkumi pembayaran pencen yang diperuntukkan kepada pesara-pesara. Jumlah
perbelanjaan ini untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola menurun. Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan adalah
sebanyak RM6 987 juta, menurun sebanyak RM276 juta pada tahun 2008 dan menjadi RM6 534 juta pada tahun 2009.
Pada tahun 2010, perbelanjaan ini menurun lagi kepada RM6 408 juta.
Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tahun berkenaan. Perbelanjaan
mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta pada tahun 2007, meningkat kepada RM10 134 juta pada tahun
2008. Perbelanjaan ini terus meningkat sebanyak RM35 juta pada tahun 2009 dan menurun semula kepada RM9 368 juta
pada tahun berikutnya.
Perbelanjaan mengurus juga merangkumi bekalan dan perkhidmatan yang menunjukkan peningkatan ketara sepanjang
tempoh empat tahun. Pada tahun 2008, perbelanjaan adalah sebanyak RM10 703 juta mengatasi tahun 2007 sebanyak
RM3 343 juta. Perbelanjaan meningkat kepada RM11 269 juta pada tahun 2009 dan terus meningkat sebanyak RM3 512
juta pada tahun 2010.
Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang tertinggi daripada semua jumlah
perbelanjaan. Pada tahun 2008, perbelanjaan sebanyak RM18 766 juta berbanding hanya RM17 088 juta pada tahun 2007.
Jumlah ini terus meningkat kepada RM19 885 juta pada tahun 2009, iaitu berkurangan sebanyak RM3 066 juta
berbanding tahun 2010.
(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011)

-5- (Soalan/Pengajian Am)

8.
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak mentah di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.
Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia akan memperoleh keuntungan yang tinggi jika
minyak mentah ini di eksport ke luar negara. Pada tahun 2006 kuantiti pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah
sebanyak 255 ribu tong sehari. Pengeluaran ini merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2007. Namun, pada
tahun 2008, pengeluaran bagi minyak mentah ini mengalami peningkatan kepada 300 ribu tong sehari. Pengeluaran
minyak mentah ini juga mengalami peningkatan yang paling besar iaitu sebanyak 50.67% kepada 452 ribu tong sehari
pada tahun 2009
.
Pada tahun 2010, pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari,berbanding tahun
sebelumnya. Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti import sepanjang
tempoh 2006 -2010. Walaupun harga minyak mentah pada tahun 2006 ialah US$75 setong, namun kuantiti eksport dan
import minyak mentah mengalami pengurangan pada tahun tersebut iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan
92 ribu tong sehari.
Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar daripada kuantiti import
dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di pasaran dunia. Keadaan ini berlaku pada tahun 2007
apabila kuantiti eksport petroleum mentah ialah 212 ribu tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73
ribu tong sehari. Harga minyak mentah adalah paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu US$ 88 setong. Begitu juga pada
tahun 2008, kuantiti eksport minyak mentah Malaysia telah bertambah kepada 239 ribu tong sehari, manakala kuantiti
importnya adalah jauh lebih rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun tersebut harga minyak mentah adalah US$ 75
setong.
Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2008 hingga tahun 2010 iaitu 48
ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga komoditi ini di pasaran dunia masih tidak konsisten. Kuantiti eksport
minyak mentah pada tahun 2009 ialah 390 ribu tong sehari pada harga US$ 69 setong di pasaran dunia. Pada tahun 2010
kuantiti eksport minyak mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehari selaras dengan penurunan harga minyak mentah
kepada US$ 67 setong di pasaran dunia.

( Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripada


Laporan Ekonomi 2009/2010)

-6- (Soalan/Pengajian Am)

Bahagian E
9.
Berdasarkan jadual di bawah huraikan perbandingan hutang Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2004 dan 2005
dan mengapakah kerajaan perlu berhutang samada dari dalam atau pun luar negara.

HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN DARI TAHUN 2004 DAN 2005


Bil

Hutang Kerajaan Persekutuan

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Bil perbendaharaan
Terbitan perlaburan
Sekuriti kerajaan
Tabung pinjaman perumahan
Pinjaman pasaran
Pinjaman projek
Jumlah

2004
RMjuta
4,320
9,100
154,350
14,200
24,930
9,724
216,624

2005
RM juta
4,320
11,100
173,050
18,500
21,257
10,249
238,476
Sumber : Laporan Ekonomi 2005/2006

10.
Berdasarkan carta di bawah, bincangkan faktor secara langsung dan secara tidak langsung yang
mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar.

-7- (Soalan/Pengajian Am)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN SESEORANG PELAJAR

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMKSID 2009)

-8- (Soalan/Pengajian Am)

-9- (Soalan/Pengajian Am)

-10- (Soalan/Pengajian Am)

-11- (Soalan/Pengajian Am)

-12- (Soalan/Pengajian Am)

-13- (Soalan/Pengajian Am)

-14- (Soalan/Pengajian Am)

Modul (I) Jabatan Pendidikan Kelantan 2013

-15- (Soalan/Pengajian Am)

-16- (Soalan/Pengajian Am)

-17- (Soalan/Pengajian Am)

-18- (Soalan/Pengajian Am)

Modul (II) Jabatan Pendidikan Kelantan 2013

-19- (Soalan/Pengajian Am)

-20- (Soalan/Pengajian Am)

-21- (Soalan/Pengajian Am)

-22- (Soalan/Pengajian Am)

Sabah 2008 (Kertas 1)

-23- (Soalan/Pengajian Am)

-24- (Soalan/Pengajian Am)

-25- (Soalan/Pengajian Am)

-26- (Soalan/Pengajian Am)

-27- (Soalan/Pengajian Am)

-28- (Soalan/Pengajian Am)

-29- (Soalan/Pengajian Am)

-30- (Soalan/Pengajian Am)

-31- (Soalan/Pengajian Am)

-32- (Soalan/Pengajian Am)

-33- (Soalan/Pengajian Am)

-34- (Soalan/Pengajian Am)

-35- (Soalan/Pengajian Am)

-36- (Soalan/Pengajian Am)

-37- (Soalan/Pengajian Am)

-38- (Soalan/Pengajian Am)

-39- (Soalan/Pengajian Am)

-40- (Soalan/Pengajian Am)

-41- (Soalan/Pengajian Am)

-42- (Soalan/Pengajian Am)

-43- (Soalan/Pengajian Am)

-44- (Soalan/Pengajian Am)

-45- (Soalan/Pengajian Am)

-46- (Soalan/Pengajian Am)

-47- (Soalan/Pengajian Am)

-48- (Soalan/Pengajian Am)

-49- (Soalan/Pengajian Am)

-50- (Soalan/Pengajian Am)

-51- (Soalan/Pengajian Am)

-52- (Soalan/Pengajian Am)

-53- (Soalan/Pengajian Am)

-54- (Soalan/Pengajian Am)

-55- (Soalan/Pengajian Am)

-56- (Soalan/Pengajian Am)

-57- (Soalan/Pengajian Am)

-58- (Soalan/Pengajian Am)

-59- (Soalan/Pengajian Am)

-60- (Soalan/Pengajian Am)

-61- (Soalan/Pengajian Am)

-62- (Soalan/Pengajian Am)

-63- (Soalan/Pengajian Am)

Percubaan STPM Set 1

-64- (Soalan/Pengajian Am)

-65- (Soalan/Pengajian Am)

-66- (Soalan/Pengajian Am)

-67- (Soalan/Pengajian Am)

-68- (Soalan/Pengajian Am)

-69- (Soalan/Pengajian Am)

-70- (Soalan/Pengajian Am)

Percubaan STPM Set 2

-71- (Soalan/Pengajian Am)

-72- (Soalan/Pengajian Am)

-73- (Soalan/Pengajian Am)

-74- (Soalan/Pengajian Am)

-75- (Soalan/Pengajian Am)

-76- (Soalan/Pengajian Am)

STPM Percubaan Set 3

-77- (Soalan/Pengajian Am)

-78- (Soalan/Pengajian Am)

-79- (Soalan/Pengajian Am)

-80- (Soalan/Pengajian Am)

-81- (Soalan/Pengajian Am)

-82- (Soalan/Pengajian Am)

-83- (Soalan/Pengajian Am)

-84- (Soalan/Pengajian Am)

Percubaan STPM Set 4

-85- (Soalan/Pengajian Am)

-86- (Soalan/Pengajian Am)

-87- (Soalan/Pengajian Am)

-88- (Soalan/Pengajian Am)

-89- (Soalan/Pengajian Am)

-90- (Soalan/Pengajian Am)

-91- (Soalan/Pengajian Am)

-92- (Soalan/Pengajian Am)

Percubaan STPM Set 5

-93- (Soalan/Pengajian Am)

-94- (Soalan/Pengajian Am)

-95- (Soalan/Pengajian Am)

-96- (Soalan/Pengajian Am)

-97- (Soalan/Pengajian Am)

-98- (Soalan/Pengajian Am)

-99- (Soalan/Pengajian Am)

-100- (Soalan/Pengajian Am)

Percubaan STPM Set 6

-101- (Soalan/Pengajian Am)

-102- (Soalan/Pengajian Am)

-103- (Soalan/Pengajian Am)

Percubaan STPM Set 7

-104- (Soalan/Pengajian Am)

-105- (Soalan/Pengajian Am)

-106- (Soalan/Pengajian Am)

-107- (Soalan/Pengajian Am)

-108- (Soalan/Pengajian Am)

-109- (Soalan/Pengajian Am)

-110- (Soalan/Pengajian Am)

-111- (Soalan/Pengajian Am)

-112- (Soalan/Pengajian Am)

-113- (Soalan/Pengajian Am)

Percubaan STPM Set 8

-114- (Soalan/Pengajian Am)

-115- (Soalan/Pengajian Am)

-116- (Soalan/Pengajian Am)

-117- (Soalan/Pengajian Am)

-118- (Soalan/Pengajian Am)

-119- (Soalan/Pengajian Am)

-120- (Soalan/Pengajian Am)

-121- (Soalan/Pengajian Am)

Percubaan STPM Set 9

-122- (Soalan/Pengajian Am)

-123- (Soalan/Pengajian Am)

-124- (Soalan/Pengajian Am)

-125- (Soalan/Pengajian Am)

-126- (Soalan/Pengajian Am)

-127- (Soalan/Pengajian Am)

-128- (Soalan/Pengajian Am)

-129- (Soalan/Pengajian Am)

-130- (Soalan/Pengajian Am)

-131- (Soalan/Pengajian Am)

You might also like