You are on page 1of 4

SAYA KENAL DAN BERBANGGA DENGAN

WARISAN BUDAYA MALAYSIA

AMBUYAT

NAMA: ADDIN ZIDANE BIN RUZAIDY


KELAS: 4 UPM

Ambuyat ialah sejenis makanan tradisional yang boleh


didapati di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Selain
daripada nama ambuyat, makanan ini juga dipanggil sebagai linut.
Ambuyat selalu dihidangkan apabila ada kenduri dan majlis makan
besar bersama keluarga di kalangan masyarakat suku kaum Melayu
Brunei, Bisaya. Melayu Sarawak, Melanau dan Iban.

Ambuyat dibuat daripada ambulung. Ambulung ialah sagu


daripada pokok rumbia yang telah diproses menjadi tepung.
Ambuyat disediakan dengan mencampurkan ambulung bersama air
panas. Campuran ini digaul sehingga warnanya menjadi putih cair
dan pekat seperti gam kanji.

Oleh kerana ambuyat licin seperti gam, ambuyat dimakan


dengan menggunakan penyepit khas yang dibuat menggunakan
buluh dipanggil candas. Ambuyat juga mempunyai rasa yang tawar
seperti nasi.
Ambuyat selalunya dimakan bersama lauk yang
mempunyai rasa pedas dan masam seperti sambal belacan, gulai
tempoyak, ikan bakar dan sayur-sayuran kampung.

You might also like