You are on page 1of 5

Resepi Kek Batik

Bahan2:
10 biji telur ayam
450 gram buttercup
200 gram milo
600 gram biskut marie
3/4 gelas gula pasir
2 gelas tepung gandum
1 tin susu pekat manis
2 sudu makan browning sugar/gula hitam
Cara membuatnye:
1) masukkan kesemua bahan ke dlm kuali besar kecuali biskut marie.
2) pasangkan api dapur perlahan & masak bahan tersebut hingga betul cair.
3) gaul bahan2 tersebut hingga betul2 pekat & tidak berketul. Pastikan sentiasa
digaul supaya tidak hangit.
3) bila bahan2 tersebut dah betul2 pekat barulah dimasukkn kesemua biskut marie.
gaul hingga rata & sekata serta adunan dah tak cair lagi.
4) masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 8 x 8 @ 9 x 9 yg sudah dilapik dgn
aluminium foil di dlm nya.
5) Ratakan adunan di dlm loyang & tekan2 supaya jadi padat.
6) Biarkn adunan sejuk terlebih dahulu sebelum diletakkn ke dlm peti ais utk proses
mengeraskan kek.

BIHUN SINGAPORE
=================
.
Bahan-bahan :
1 bungkus bihun - direndam dulu
300g daging / ayam - dipotong kecil2
3-4 keping fish cake
sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
3 sudu makan cuka

6 ulas bawang putih


1 sudu makan lada hitam / lada putih
2 biji tomato - potong nipis jika suka
garam dan gula secukupnya
cili api- potong nipis + kicap sebagai sos
.
Cara-cara :
.
1. Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
2. Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
3. Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng
hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian
masukkan cuka
4. Masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
6. Apabila bihun masak, tabur tomato
Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

K. KELUPIS
BAHAN-BAHAN:
300 gm beras pulut - Basuh dan toskan
300 gm santan - tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Daun pandan - 2 helai
Garam - secukup rasa
Daun nyirik - secukupnya
CARA-CARA:
1. Mula-mula masukkan santan dan daun pandan dalam kuali, guna api
perlahan.
2. Biar sampai mendidih dan pecah minyak.
3. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut
dan garam.

4. Gaul hingga separuh masak dan santan kering.


5. Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun nyirik.
6. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus sehingga kelupis masak.

REMPEYEK KACANG TANAH RANGUP


Bahan-bahan:
500 gm tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 cawan santan
2 cawan air
3 sudu besar air kapur
1 biji telor
1 sudu kecil garam
Ikan bilis ikut suka
Kacang tanah pun ikut suka
.
Bahan blend:
2 sudu besar jintan manis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih.
Blend dgn agak air bagi hancur
.
Cara-Cara:
masuk kesemua bahan
kacau bagi mesra dan rata, adunan jangan pekat dan jangan cair
kalau pekat tambah air,kalau cair tambah tepung jagung.. pandai-pandi le mengagakknya ye.
Dengan guna acuan rempeyek yang bulat tu.
Celup acuan dalam minyak untuk memanaskannya. Dah cukup panas celup dalam tepung .
Masukkan dalam kuali. Pegang acuan hingga tepung tanggal sendiri dari acuan. Guna lidi sate
untuk balik-balikkan rempeyek kita tu.
Dah cantik perangnya angkat dan toskan.
Kalau tak ada acuan tak apa.
Panaskan minyak dan kenakan/siram2 minyak pada bahagian sisi kuali.

kemudian leretkan bancuhan pada sisi kuali. Kuali mesti cukup panas sebelum Masukkan
minyak dan sebelum mula menggoreng. Kalau tak nanti takut melekat.
Agak-agak nampak separuh masak, sodok rempeyek masuk ke dalam minyak panas dan masak
sepenuhnya. Siram-siramkan minyak ke atas kacang tanah
Kuih ros
300gm tepung beras
50 gm tepung gandum
400ml santan pekat
200gm gula. ....Sya kurangkan kepada 170gm sahaja
150ml air
3 biji telur
Sedikit bijan
1/2 sudu teh garam
minyak secukupnya untuk menggoreng

AYAM MASAK HALIA


Bahan-bahan
500 gm ayam -potong kecil
4 ulas bwg putih -dihiris nipis
2 cm halia -dihilis halus
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bwg besar -dipotong bulat
1 biji cili merah -dihiris nipis
1 tangkai daun bwg -dipotong 2 cm
1 1/2 tepung jagung -bancuh dgn air
minyak masak -utk goreng
sedikit lada sulah
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Panaskan minyak..gaul ayam bsama garam dan kunyit. kemudian goreng separuh masak. Angkt
dan ke tepikan.

Ambil sedikit minyak dari gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bwg putih bsama
halia sehingga naik bau..
Masukkan semula ayam yang di goreng separuh masak tadi. Masukkan pula sos tiram,kicap cair
dan sedikit lada sulah. Kacau seketika..
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga kuah menjadi sebati dan pekat.
Taburkan dengan cili merah dan bwg besar dan kacau selama 2-3 minit blh diangkat..perasakan
dgn garam dan gula.
Angkat dan tabur dgn daun bawang.

Penyaram
Bahan-bahan :
1 cawan gula
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 cawan gula apong
3 cawan air suam
Pertama sekali, gaul tepung gandum dan tepung beras terlebih dahulu.
Seterusnya, gunakan bekas berlaian untuk campur dan gaul gula apong, gula pasir bersama air suam. Gaul
sehingga sebati.
Langkah seterusnya, masukkan adunan gula apong ke dalam bekas tepung tadi, sedikit demi sedikit sehingga
adunan nampai agak cair.
Sesudah itu,tapiskan adunan tadi dan perap (atau rehatkan) 2 hingga 3 jam atau semalaman.

You might also like