You are on page 1of 30

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Laporan Projek MTD6024


Pembangunan Sistem Maklumat
PROJEK BERKUMPULAN
PENSYARAH : DR ASLINA BT SAAD

SISTEM PEMARKAHAN SUKAN BALAPAN DAN PADANG DALAM TALIAN


(ONLINE SCORING SYSTEM FOR TRACK AND FIELD SPORTS)

NAMA PELAJAR

NO MATRIK

NO TELEFON

AZHARUL FAIZ BIN ZAINAL ABIDIN

M20142002110

012-5798753

FADZIL BIN MOHAMED

M2014200212
3

019-7491057

MAHSEN BIN JAM

M2013200206
3

019-7264365

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Kandungan
1.0 Perancangan

1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6

1
2

Pengenalan
Pernyataan Masalah
Kepentingan
Objektif Projek
Skop Projek
Jadual Pembangunan Projek
1.6.1 Carta Gantt
1.6.2 Carta PERT
1.6.3 Work Breakdown Structure (WBS)
1.7 Kajian Kebolehlaksanaan

2.0 Sistem Analisis

4
5
6
7
9

2.1 Paradigma Kejuruteraan Perisian


2.2 Spesifikasi Keperluan Perisian (Software
Requirement Specifications SRS)
2.2.1 Ciri-ciri Pengguna Sistem
2.2.2 Kekangan
2.2.3 Andaian
2.2.4 Spesifikasi Fungsi
2.2.4.1
Infrastruktur
2.2.4.2
Modul
2.3 Spesifikasi Keperluan Perkakasan
2.4 Metodologi
2.5 Diagram Pemodelan
2.5.1
2.5.2
2.5.3
2.5.4
2.5.5
2.5.6

Use Case Diagram


Context Diagram
Data Flow Diagram Level 0
Data Flow Diagram Level 1
Entity Relationship Diagram
Flow Chart Diagram

2.6 Alat Penerangan Proses (Process


Description Tool)

10
12
13

14
16
17
19
20
21
22
23
24
25
26

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

1.0 PERANCANGAN

1.1

PENGENALAN

Pembangunan dan pengurusan sukan adalah satu aspek dan sangat


penting dewasa ini kerana ia bukan sahaja mencerminkan profesionalisme
sesuatu badan sukan malah bagi memastikan sukan terbabit sentiasa
mencapai dan dapat menghasilkan atlet-atlet yang berkualiti untuk negara dan
antarabangsa.
Kini sukan bukan sahaja untuk riadah dan kesihatan tubuh badan malah
ia merupakan satu kerjaya yang mampu meningkatkan taraf hidup dan gaya
hidup seseorang individu.
Sukan di sekolah juga perlu diurus dengan baik dan bersistem kerana ia
tempat yang terbaik untuk mencungkil bakat di kalangan pelajar yang serius
dalam sukan.
Kejohanan sukan padang dan balapan sekolah merupakan aktiviti tradisi
dan rutin yang mesti dilaksanakan di sekolah setiap tahun. Bagaimanapun
pengurusan dan pentadbiran sukan padang dan balapan di sekolah masih
menggunakan sistem manual terutamanya dalam pengiraan markah dan ini
boleh mendatangkan ralat dan kesilapan semasa membuat keputusan.
Walaupun terdapat pelbagai sistem dalam talian di sekolah seperti
EMIS, APDM, HRMIS, e-Operasi, SPS, SAPS, eMATEKS, e-PRESTASI, ePANGKAT dan lain-lain lagi, namun belum ada sistem untuk mengurus
temasya sukan dalam talian yang telah dibangunkan oleh warga pendidik
dalam lingkungan kos yang munasabah. Sistem yang telah digunakan di
peringkat kebangsaan sebagai contoh adalah telah dibangunkan oleh syarikat
swasta yang mengenakan kos pembelian yang agak tinggi dan pastinya
kebanyakkan sekolah tidak mampu untuk menanggung kos tersebut. Selain itu,
ada sesetengah sekolah membangunkan sistem berkenaan tetapi tidak mesra
pengguna sebagai contoh untuk memasukkan markah dan keputusan sukan
hanya seorang pengguna sahaja yang dibenarkan.

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Sistem yang dicadangkan ini merupakan sistem yang boleh digunakan


di semua peringkat sama ada di sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Sistem ini juga telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna masa
kini iaitu dalam talian (online). Antara ciri-ciri sistem ini ialah terdapat utiliti
mengesan ralat secara real-time meliputi ralat daftar peserta lebih acara, lebih
acara individu, lebih acara kumpulan, jantina, peratusan siap daftar dan lainlain lagi.
1.2

PERNYATAAN MASALAH

Sistem ini dibangunkan adalah bagi tujuan untuk menangani masalah


yang timbul semasa mengurus pendaftaran dan markah peserta sukan yang
sebelum ini ia diuruskan secara manual atau menggunakan borang. Jika ada
sistem seperti ini, ia adalah standalone seperti menggunakan Microsoft Excel
yang pastinya memerlukan tenaga dan masa yang lebih untuk analisis dan
sebagainya. Hal ini menyebabkan proses keputusan mengambil masa yang
lama. Selain itu, peserta, guru pengiring, tetamu dan ibubapa tidak dapat
melihat keputusan secara real-time dan hanya bergantung kepada keputusan
yang bercetak atau dilekatkan pada papan kenyataan.
Di peringkat yang lebih tinggi lagi sistem yang menggunakan operasi
manual sememangnya memberikan masalah kepada pengurus pasukan
kerana borang penyertaan peserta dalam softcopy perlu diserahkan dalam usb
memory drive atau disket kepada pengerusi pengelola. Oleh itu, secara
keseluruhan, pengurusan secara manual dan offline ini sememangnya
mengambil masa yang agak lama untuk mengutip data penyertaan,
sehinggalah kepada kiraan mata dan pungutan pingat.
1.3

KEPENTINGAN

Sebagai memenuhi tuntutan anjakan ke-7 Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) iaitu memanfaatkkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, sukan juga merupakan aktiviti
pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah secara tidak formal memberikan
kebaikan dari segi disiplin, motivasi dan sahsiah.
Sistem ini juga boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada sekolah
dan peringkat-peringkat lain dalam membitarakan sukan. Ia juga sebagai satu
usaha inovasi oleh individu atau kumpulan terlibat dalam pengurusan temasya
sukan supaya lebih sistematik dan profesional.

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Dengan adanya sistem seperti ini pastinya masa dan kos dalam
pengurusan sukan sebelum, semasa dan selepas akan dapat dijimatkan sama
ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
1.4

OBJEKTIF PROJEK

Sistem ini dibangunkan untuk mencapai objektif seperti yang dinyatakan


di bawah:
i)
ii)
iii)
iv)
v)
1.5

Membangunkan sistem pemarkahan sukan dalam talian.


Mempercepatkan proses pendaftaran dan keputusan sukan.
Menguruskan kejohanan sukan secara lebih professional.
Mengurangkan ralat mata dan keputusan dengan lebih cepat.
Memaparkan keputusan sukan secara real time berasaskan website.
SKOP PROJEK

Bagi memastikan sistem ini dapat dibangunkan, boleh digunakan dan


tidak terkeluar daripada objektif projek yang ingin dicapai, skop projek adalah
seperti di bawah:i. Merekabentuk sistem pengiraan markah sukan balapan dan padan
dalam talian.
ii. Mengatasi masalah kelambatan dan ralat keputusan sukan.
iii. Meningkatkan mutu, kualiti dan keprofesionalisme pegawai yang
bertugas.

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

1.6

JADUAL PEMBANGUNAN PROJEK

1.6.1 CARTA GANTT

Rajah 1:

Carta Gantt Pembangunan Projek

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

1.6.2 CARTA PERT

Rajah 2:

Carta PERT

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

1.6.3 STRUKTUR PECAHAN KERJA (WORK BREAKDOWN STRUCTURE


WBS)

Rajah 3:

Struktur Pecahan Kerja

Struktur Pecahan Kerja adalah menurut Model Pembangunan Air Terjun


(Waterfall). Pihak pembangun sistem juga membangunkan projek
menggunakan Model Berurutan Linear (nama lain bagi Waterfall).
Setiap peringkat kerja disisipkan langkah iteratif, iaitu mengkaji semula
apa jua langkah dan dokumentasi yang diterbitkan. Setiap langkah mesti
dimulakan dari atas, Permulaan diikuti Keperluan, Analisis, Rekabentuk,
Pelaksanaan, Ujian dan Penggunaan.
Pecahan Kerja yang distrukturkan adalah mengikut Carta Gantt yang
telah dijadualkan (sila rujuk Rajah 1).

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

1.7

KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN

Sistem yang akan dibangunkan ini setelah diteliti mempunyai kebaikan


dan kelebihan untuk dilaksanakan.Kebolehlaksanaan ini adalah satu
penentuan sama ada projek yang dibangunkan bernilai untuk diteruskan.
Kajian kebolehlaksanaan dilakukan untuk menentukan daya maju dan
keberhasilan sesuatu projek. Kandungan dan cadangan kajian akan digunakan
sebagai asas yang kukuh untuk memutuskan sama ada untuk meneruskan,
menunda , atau membatalkan projek. Untuk menjalankan menjalankan projek
ini, kami telah mempertimbangkan beberapa aspek kebolehlaksanaan seperti
di bawah:
1.7.1 KEBOLEHLAKSANAAN TEKNIKAL
Kami ingin tekankan di sini bahawa peralatan dan perisian yang
dicadangkan memenuhi keperluan sistem. Sistem akan dapat diakses dalam
apa jua platform kerana bahasa pengaturcaraan PHP adalah bahasa sumber
terbuka. Sistem akan berjalan dengan keperluan sistem minimum dan dengan
sumber sistem minimum.
Perisian pelayan web diperlukan untuk mengakses sistem ini, oleh itu
sumber kepada akses internet diperlukan yang mana ia menjadi dari internet.
Selain itu, sistem ini juga boleh diakses dalam apa jua bentuk peranti
seperti telefon pintar, tablet ipad dan lain-lain.
Dari segi penaiktarafan, sistem ini menggunakan modul yang boleh
ditambah kemudian jika diperlukan pada masa akan datang . Ini adalah kerana
sistem ini berkonsepkan modular.
Keperluan kepakaran dari segi teknikal daripada pihak pengguna adalah
sangat minima kerana sistem ini disimpan dalam pelayan web.
1.7.2 KEBOLEHLAKSANAAN OPERASI
Sistem ini mudah untuk digunakan kerana antara muka yang digunakan
adalah berasaskan grafik (Graphical User Interface). Pengguna hanya perlu
memilih arahan menu yang diperlukan untuk menjalankan operasi.
Sistem ini juga senang digunakan kerana tiada kemahiran istimewa
yang diperlukan untuk menggunakan sistem. Pengguna baru akan mendapati
bahawa ia mudah dan senang digunakan.

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

1.7.3 KEBOLEHLAKSANAAN EKONOMI


Sistem yang dibangunkan ini mementingkan kepada penjimatan kos dan
mengutamakan keuntungan (ROI) yang optimal kepada organisasi.
Dari segi kos, kami lebih menumpukan kepada pengguna perisian
sumber terbuka (open source software) seperti PHP, MySQL, XAMPP dan
Apache semasa proses pembangunan perisian dan pengujian. Perisianperisian terbuka boleh digunakan secara percuma dan memang diakui
mempunyai stabil dan mudah digunakan. Kos yang terlibat adalah tertumpu
kepada kepakaran individu yang membangunkan sistem ini.
Dari segi keuntungan, sistem yang boleh dibeli secara atas talian ini
adalah munasabah dan sememangnya menjadi keperluan bagi setiap
organisasi yang terlibat dalam sukan padang dan balapan.
1.7.4 KEBOLEHLAKSANAAN JADUAL
Sistem yang dibangunkan ini dijangka dapat disiapkan pada masa yang
ditetapkan kerana teknologi yang digunakan adalah teknologi terkini yang
sering digunakan dalam pembangunan sistem-sistem lain. Oleh itu,
kebanyakkan peralatan-peralatan yang digunakan untuk menjalankan atau
mengakses sistem ini adalah boleh digunakan atau sesuai (compatible).
Dari segi, tenaga pakar yang membangunkan sistem ini adalah yang
mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi terkini dari segi perisian
atau peralatan. Sistem ini diyakini dapat beroperasi dengan baik kepada
pengguna untuk jangka masa panjang.

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

2.0 SISTEM ANALISIS

2.0

SISTEM ANALISIS

Sepanjang tempoh pembangunan sistem, pelbagai situasi yang berbeza


timbul dan ia perlu difahami bagi memudahkan keputusan berkaitan bidang
pendekatan, kaedah , strategi , teknologi dan pembangunan dibuat.
Sistem yang akan dibangunkan boleh menjadi sama ada mudah atau
kompleks , di mana sistem yang kompleks boleh menjadi koleksi sistem kecil
yang lain . Sistem yang kompleks bersepadu pula perlu dibangunkan pada
platform yang mempunyai standard operasi perkakasan dan perisian yang
mantap.
Adalah agak mustahil bahawa sistem yang dibangunkan mungkin
memerlukan
penyelenggaraan
untuk
beberapa
penambahan
dan
pengubahsuaian . Sistem ini mungkin lama dari segi teknologi , reka bentuk
dan tidak mempunyai fleksibiliti yang memerlukan kos penyelenggaraan yang
lebih tinggi . Sistem analisis boleh mentakrifkan sebagai :"Analisis Sistem merupakan satu aktiviti yang penting yang berlaku apabila
sistem maklumat baru sedang dibina atau yang sedia ada berubah " .
Terdapat beberapa elemen sistem, seperti yang tertera di bawah, yang
memerlukan analisis sistem:
1. Objektif Sistem
2. Sempadan Sistem
3. Kepentingan Sistem
4. Jenis Sistem
5. Peranan Sistem sebagai Antaramuka
6. Penyertaan pengguna
7. Sumber
1. Objektif Sistem: Ia mendefinisikan matlamat tunggal sistem. Objektif itu perlu dicapai dengan
tepat.
2. Sempadan Sistem: Ia perlu untuk mewujudkan sempadan sistem yang menentukan skop sistem.
Ia juga membantu untuk mengenal pasti input dan output sistem.

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

3. Kepentingan Sistem: Ia diperlukan untuk melihat kepentingan sistem dan tempatnya sebagai aspek
organisasi.
4. Jenis Sistem: Ia adalah untuk menentukan sama ada sistem ini akan dibuka atau ditutup.
Berdasarkan rangka, pereka bentuk akan membuat seni bina sistem.
5. Peranan Sistem Sebagai Satu Antaramuka: Kadang-kadang ia berlaku bahawa sistem yang kita akan bina memainkan
peranan antaramuka antara pelbagai sistem lain. Bekerja sebagai satu
antaramuka adalah tugas yang sangat penting, kerana ia membuatkan
hubungan di kalangan sistem.
6. Penyertaan Pengguna: Pada dasarnya, mana-mana sistem baru yang dibina memerlukan penyertaan
pengguna yang lengkap kerana pengguna mempunyai peluang untuk
memberitahu keperluannya dan boleh melihat perkembangan projek itu.
7. Sumber yang diperlukan: Sumber boleh dalam mana-mana bentuk yang seperti perkakasan, perisian
dan orang lain jadi, keperluan sumber tersebut perlu dinyatakan di peringkat
awal
2.1

PARADIGMA KEJURUTERAAN PERISIAN

Seseorang jurutera perisian komputer atau pasukan jurutera mesti


seiring dengan strategi pembangunan yang mana merangkumi proses , kaedah
dan alat lapisan. Strategi ini sering dikenali sebagai model proses atau
paradigma kejuruteraan perisian . Model proses kejuruteraan perisian dipilih
berdasarkan sifat projek dan aplikasi itu, kaedah dan alat-alat yang akan
digunakan , dan kawalan dan hasil yang dikehendaki .
Model Berurutan Linear telah dipilih . Model ini mencadangkan ,
pendekatan urutan yang sistematik untuk pembangunan perisian yang bermula
di peringkat sistem dan kemajuan melalui analisis , reka bentuk , pengekodan ,
pengujian dan sokongan .

10

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Rajah 3:

Model Berurutan Linear (Linear Sequential Model)

Model Berurutan Linear :


Model Berurutan Linear merangkumi aktiviti-aktiviti berikut : Sistem / kejuruteraan maklumat dan pemodelan : - Sistem kejuruteraan dan
analisis merangkumi asas mengumpul keperluan di peringkat sistem dengan
sedikit reka bentuk dan analisis tingkat atas . Analisis yang telah dilakukan
mengumpulkan semua maklumat di peringkat perniagaan strategik dan di
peringkat kawasan perniagaan .
Analisis keperluan perisian : - Proses pengumpulan keperluan memberi
fokus kepada perisian . Untuk memahami sifat program , pasukan kami telah
membuat domain maklumat untuk perisian , dan juga fungsi yang diperlukan,
tingkah laku, prestasi dan antara muka . Keperluan untuk kedua-dua sistem
dan perisian didokumenkan dan dikaji semula bersama pelanggan dengan
pasukan jurutera.
Rekabentuk: - Reka bentuk perisian adalah satu proses pelbagai langkah di
mana kami telah memberi tumpuan kepada empat sifat-sifat yang berbeza
program : struktur data , seni bina perisian , antara muka perwakilan , dan
prosedur terperinci. Pasukan perisian telah menterjemahkan keperluan kepada
bentuk perwakilan perisian .
Penjanaan Kod : - Pasukan Perisian kami telah menterjemahkan reka bentuk
ke bentuk boleh dibaca oleh mesin. Pasukan perisian telah melakukan reka
bentuk ke dalam cara yang terperinci supaya pengaturcaraan kod boleh
dicapai secara mekanikal .

11

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Ujian : - Selepas penjanaan kod, program ujian bermula. Proses ujian memberi
tumpuan kepada dalaman logik perisian , memastikan semua penyataan telah
diuji sepenuhnya . Pasukan kami telah menjalankan ujian untuk mendedahkan
kesilapan dan memastikan bahawa input yang ditakrifkan akan menghasilkan
keputusan sebenar yang selari dengan keputusan yang dikehendaki .
Sokongan : - Pasukan itu menyediakan sokongan perisian sekiranya ralat
mungkin dihadapi selepas penyerahan perisian untuk pelanggan. Pelanggan
juga memerlukan penambahbaikan fungsi atau prestasi.
2.2

SPESIFIKASI KEPERLUAN PERISIAN (SOFTWARE REQUIREMENT


SPECIFICATIONS)

Belum ada sistem untuk mengurus temasya sukan dalam talian yang
telah dibangunkan oleh warga pendidik dalam lingkungan kos yang
munasabah. Sistem yang telah digunakan di peringkat kebangsaan sebagai
contoh adalah telah dibangunkan oleh syarikat swasta yang mengenakan kos
pembelian yang agak tinggi dan pastinya kebanyakkan sekolah tidak mampu
untuk menanggung kos tersebut. Selain itu, ada sesetengah sekolah
membangunkan sistem berkenaan tetapi tidak mesra pengguna sebagai
contoh untuk memasukkan markah dan keputusan sukan hanya seorang
pengguna sahaja yang dibenarkan.
Sistem yang dicadangkan ini merupakan sistem yang boleh digunakan
di semua peringkat sama ada di sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Sistem ini juga telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna masa
kini iaitu dalam talian (online). Antara ciri-ciri sistem ini ialah terdapat utiliti
mengesan ralat secara real-time meliputi ralat daftar peserta lebih acara, lebih
acara individu, lebih acara kumpulan, jantina, peratusan siap daftar dan lainlain lagi.
Sistem ini dibangunkan untuk mencapai objektif seperti yang
dinyatakan di bawah:
i)
ii)
iii)
iv)
v)

Membangunkan sistem pemarkahan sukan dalam talian.


Mempercepatkan proses pendaftaran dan keputusan sukan.
Menguruskan kejohanan sukan secara lebih professional.
Mengurangkan ralat mata dan keputusan dengan lebih cepat.
Memaparkan keputusan sukan secara real time berasaskan website.

12

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

2.2.1 CIRI-CIRI PENGGUNA SISTEM


Pengguna sistem ini terdiri daripada pengurus kontinjen (ketua rumah
sukan), pegawai statistik (juga dipanggil sebagai ahli jawatankuasa data/kerani
sukan), serta Pentadbir yang mengendalikan sistem. Pengurus kontinjen serta
pegawai statistik diandaikan mempunyai ruang pengetahuan asas komputer
dan internet. Pentadbir Sistem yang mempunyai pengetahuan lebih mengenai
dalaman sistem ini dan mampu untuk membetulkan masalah kecil yang
mungkin timbul akibat kegagalan cakera keras , kegagalan kuasa dan bencana
lain untuk mengekalkan sistem. Panduan pengguna , bantuan dalam talian dan
panduan untuk memasang dan menyelenggara sistem mestilah mencukupi
untuk mendidik pengguna mengenai cara untuk menggunakan sistem tanpa
sebarang masalah.
2.2.2 KEKANGAN
1. Semua maklumat yang diterima daripada pengguna perlu disimpan dalam
pangkalan data yang hanya boleh diakses dengan adanya akses Internet.
2. Kebanyakan sukan balapan dan padang melibatkan tempat lapang maka
akses Internet diperlukan dengan lebih luas.
3. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk pengurusan sistem ini di padang.
Bekalan untuk menghidupkan pencetak dan komputer peribadi.
4. Pengguna mesti mempunyai nama pengguna yang betul dan kata laluan
untuk masuk ke dalam sistem.
2.2.3 ANDAIAN
1. Pengguna mesti mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang
komputer
2. Pengguna mesti mempunyai pengetahuan asas yang mencukupi tentang
sistem maklumat.
3. Produk boleh mengakses pangkalan data.
2.2.4 SPESIFIKASI FUNGSI
Sebagai permulaan, apabila sistem telah berada di dalam pelayan,
akaun pentadbir telah wujud . Pentadbir menguruskan pelayan . Pengguna kali
pertama boleh melayari sistem dengan mudah tetapi mereka yang ingin
mendaftar atlit perlu didaftarkan oleh Pentadbir untuk kemudahan ini .

13

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Mereka kemudiannya boleh mendaftar atlit pada bila-bila masa tetapi


bergantung kepada tarikh akhir kunci masuk sistem.
2.2.4.1

INFRASTRUKTUR

Infrastruktur memainkan peranan yang penting dalam jenis ini


pengkomputeran pelayan - pelanggan . Kedua-dua pelayan dan pelanggan
memerlukan jumlah minimum konfigurasi untuk menjalankan pelaksanaan.
Pelayan / Penyelesaian Platform (Server)
Server mesti menjalankan OS LINUX yang menyokong APACHE supaya
bahasa pengaturcaraan PHP boleh digunakan . Pelayan juga mestilah mampu
menyokong MySQL untuk pengurusan pangkalan data .
Platform Pelanggan (Client)
Sistem Pelanggan boleh dalam apa jua platform OS sama ada Windows,
Macintosh mahupun versi mudah alih seperti Android, Windows Phone.
Pelayar web seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox atau Chrome atau
Safari.
2.2.4.2

MODUL

Modul adalah sebahagian daripada program secara logik yang


diasingkan. Ia adalah program unit yang diskrit dan boleh dikenal pasti melalui
hubungan susunan dan muatan . Pembahagian sistem dalam dua modul
berguna hanya jika modul boleh diselesaikan dan boleh diubahsuai . Sistem
dianggap modular jika ia terdiri daripada komponen kecil agar setiap komponen
menyokong fungsi yang jelas , dan jika perubahan kepada salah satu
komponen mempunyai kesan minimum pada komponen lain . Penerangan
ringkas mengenai setiap satu daripada empat (4) modul adalah seperti di
bawah .
a.
b.
c.
d.

Modul Pentadbir
Modul Pegawai Statistik
Modul Pengurus Kontinjen
Modul Pelawat

a. Modul Pentadbir

14

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Dalam modul ini , semua paparan sistem yang berkaitan dengan Pentadbir
bermaksud keselamatan dan penyelenggaraan sistem dan organisasi
ditempatkan di sini .

Cipta akaun Pengguna


Kemaskini dan Hapus akaun Pengguna
Kemaskini Senarai Acara
Papar dan Kemaskini Senarai Murid
Papar dan Kemaskini Penyertaan Atlit

b. Modul Pegawai Statistik


Dalam modul Pegawai Statistik, semua menu berkaitan dengan pengguna
tahap Pegawai Statistik dihimpun di sini.
Tambah
Acara
Murid
Kemaskini
Penyertaan
Murid
Keputusan
Nombor Peserta
Papar
Borang Saringan
Borang Hakim Balapan
Borang Hakim Padang
Keputusan
Pemenang
Pingat dan Mata
Ralat Pendaftaran
Semak Penyertaan
Hapus
Penyertaan
Murid
c. Modul Pengurus Kontinjen
Dalam modul Pengurus Kontinjen, semua menu berkaitan dengan pengguna
tahap Pengurus Kontinjen dihimpun di sini.

15

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Tambah
Penyertaan
Murid
Kemaskini
Rumah Sukan
Murid
Nombor Peserta
Papar
Borang Induk Lelaki
Borang Induk Perempuan
Ralat Pendaftaran
Semak Penyertaan
Hapus
Penyertaan
d. Modul Pelawat
Pelawat di dalam sistem didefinisikan Pengguna yang tidak log masuk ke
dalam sistem. Terdapat menu di muka depan sistem untuk paparan pelawat.
Papar
Senarai Mula
Keputusan Ikut Acara
Keputusan Individu
Carian Keputusan
2.3

SPESIFIKASI KEPERLUAN PERKAKASAN

Perkakasan adalah tulang belakang dalam mana-mana perisian. Ia


menjadi lebih penting dalam kes aplikasi adalah pada rangkaian atau saiz
pangkalan data dan sistem adalah sangat besar . Setiap sistem menuntut
perkakasan yang baik untuk menyokong fungsi-fungsinya.
Perkakasan yang dicadangkan dipilih secara kritikal daripada data
disenggarakan dan kelajuan yang dikehendaki untuk mengeluarkan semula
maklumat.
Spesifikasi juga dipengaruhi oleh kehendak Pengurusan Sistem
Maklumat (Management Information System MIS) untuk mesin menjalankan
aras dan pertanyaan (queries). Perkakasan yang telah diperuntukkan perlu

16

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

dijaga memandangkan trend pertumbuhan ini dari segi peningkatan bebanan


kerja mencukupi , buat sementara waktu , untuk tempoh sepuluh tahun .

Untuk komputer pelanggan (client):

CPU Intel Core 2 Duo E7300


RAM 2 GB
Hard disk 120 GB
Operating System Windows XP with Service Pack 3 (CHT)

Pelayan (server):

2.4

CPU Opteron / Xeon Server CPU (Opteron 2356/Xeon5300)


RAM 4 GB
Hard disk 30GB (for RAID 5)
Operating System Windows Server 2003 Standerd
LAN at least 100Mbps
METODOLOGI
Model Berurutan Linear (Linear Sequential Model)

Model Air Terjun (Waterfall) mencadangkan pendekatan yang sistematik


untuk pembangunan perisian. Ia bermula di peringkat sistem dan kemajuan
melalui analisis, reka bentuk, pengekodan, pengujian. Model Berurutan Linear
adalah reka bentuk untuk pembangunan garis lurus. Pendekatan Waterfall
menganggap bahawa satu sistem yang lengkap akan dihantar selepas urutan
linear selesai.
Model-model evolusi adalah iteratif. Ia mempunyai ciri-ciri dengan cara
yang membolehkan para jurutera perisian untuk membangunkan versi perisian
yang lebih lengkap perisian.
Bagi sistem yang paling besar, terdapat keperluan untuk menggunakan
pendekatan yang berbeza untuk bahagian yang berlainan sistem, jadi model
hibrid harus digunakan.
Terdapat juga keperluan untuk menyokong proses iteratif, di mana
spesifikasi dibangunkan bersempena dengan perisian.
Dalam model spiral atau pendekatan tambahan, tidak ada spesifikasi
17

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

sistem yang lengkap sehingga peringkat terakhir dinyatakan. Ini memerlukan


satu bentuk kontrak baru pelanggan berskala besar di mana agensi kerajaan
mungkin mendapati sukar untuk mengurusselia sistem.
Bagi sistem kecil atau untuk sistem sederhana dengan hayat yang agak
pendek, model evolusi atau lingkaran adalah pendekatan yang terbaik. Walau
bagaimanapun untuk sistem berskala besar dan lama, masalah pembangunan
evolusi menjadi sengit. Untuk sistem seperti itu, proses campuran yang
menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada Model Air Terjun dan Model Evolusi
mesti digunakan.
Peringkat-peringkat utama model yang diterangkan seperti berikut : 1. Analisis Keperluan dan definisi : - Perkhidmatan sistem dan matlamat
diwujudkan dengan rundingan bersama pengguna sistem .
2. Rekabentuk muka: - Ia membentuk lebih semua seni bina sistem , termasuk
struktur data , algoritma, antara muka pengguna .
3. Pengaturcaraan : Reka bentuk itu mesti ditukar ke bentuk yang boleh dibaca
oleh mesin. Penjanaan kod perlu dilaksanakan.
4. Ujian : - Setelah kod itu dihasilkan, ujian sistem bermula. Ujian ditumpukan
kepada logik dalaman perisian , memastikan semua penyataan telah diuji , dan
pada keadaan fungsi luar, dijalankan ujian prototaip ke atas subjek.

18

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

Rajah 4:
2.5

Model Berurutan Linear (Linear Sequential Model)

DIAGRAM PEMODELAN

Proses Permodelan adalah proses-proses semula jadi yang sama


dikelaskan bersama-sama ke dalam model. Oleh itu, satu model proses adalah
penerangan proses pada pelbagai peringkat. Model proses yang sama
digunakan berulang kali untuk pembangunan aplikasi dan dengan itu,
mempunyai banyak jenis.
Salah satu penggunaan kemungkinan model tidak untuk menetapkan
bagaimana perkara mesti / harus / boleh dilakukan berbeza dengan proses itu
sendiri yang benar-benar apa yang berlaku. Model proses adalah lebih kurang
satu jangkaan proses-proses yang akan ditentukan semasa pembangunan
sistem sebenar.
Matlamat permodelan:
a. Deskriptif

Mengesan apa sebenarnya yang berlaku semasa proses


Mengambil sudut pandangan seorang pemerhati luar yang melihat cara
proses yang telah dijalankan dan menentukan penambahbaikan yang
perlu dilakukan untuk menjadikan ia lebih berkesan dan cekap.

b. Preskriptif

Menentukan proses yang diingini dan bagaimana mereka harus / boleh /


mungkin dilakukan .
Mewujudkan peraturan , garis panduan , dan pola tingkah laku yang ,
jika diikuti, akan membawa kepada prestasi proses yang dikehendaki.
Mereka boleh terdiri daripada penguatkuasaan kepada petunjuk yang
fleksibel .

c. Penjelasan

Memberi penjelasan tentang rasional proses .


Meneroka dan menilai beberapa tindakan yang mungkin diambil
berdasarkan hujah-hujah yang rasional .
Menubuhkan pautan yang jelas antara proses dan syarat-syarat yang
model perlu memenuhi .
Mentakrifkan titik di mana data boleh diekstrak bagi tujuan laporan .
19

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

20

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

2.5.1 USE CASE DIAGRAM

Rajah 5:

Use Case Diagram

Terdapat empat aktor yang aktif di dalam skop sistem ini. Mereka ialah
Pentadbir Sistem, Pelawat Sistem, Pengurus Kontinjen dan Pegawai Statistik.
Pangkalan data melibatkan tiga jadual iaitu Jadual Pengguna, Jadual Murid
dan Jadual Penyertaan.
Hanya tiga jenis pengguna berdaftar yang mempunyai akaun untuk login
(Pentadbir Sistem, Pengurus Kontinjen dan Pegawai Statistik). Pengguna
tahap Pelawat hanya melihat maklumat di muka depan sistem. Pelawat boleh
membuat carian keputusan sama ada melalui carian individu atau mengikut
senarai acara.

21

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

2.5.2 CONTEXT DIAGRAM

Rajah 6:

Context Diagram

Terdapat empat (4) entiti utama iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM), Pengurus Kontinjen, Pegawai Statistik dan Pelawat. APDM adalah
aplikasi terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan menyediakan
maklumat asas murid. Pasukan pengaturcara mengimport data murid dari
APDM ke dalam Jadual Murid dalam pangkalan data MySQL.

22

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

2.5.3 DATA FLOW DIAGRAM LEVEL 0

Rajah 7:

Data Flow Diagram Level 0

Rajah 7 adalah Data Flow Diagram Level 0. Dapat dilihat bahawa


terdapat Jadual Murid (Senarai Murid) dan Jadual Penyertaan dalam proses
utama projek.
Entiti APDM bertindak untuk menyediakan Maklumat Asas Murid dan
diintegrasikan dalam Jadual Murid.
Pengurus Kontinjen bertindak untuk Kemaskini Rumah Sukan Murid
dalam Jadual Murid. Maklumat murid seperti Nama Penuh, No Kad
Pengenalan, Jantina, Darjah dan Kelas murid tidak perlu ditaip semula kerana
data tersebut telah dimuatnaik dari APDM.
Pegawai Statistik pula Kemaskini Keputusan, namun ia bergantung
kepada data Penyertaan yang telah siap disempurnakan oleh semua Pengurus
Kontinjen.

23

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

2.5.4 DATA FLOW DIAGRAM LEVEL 1

Rajah 8:

Data Flow Diagram Level 1 untuk Proses Daftar Atlit

Rajah 8 menunjukkan Data Flow Diagram Level 1 untuk Proses Daftar


Atlit. Proses bermula apabila Pengurus Kontinjen memilih Acara dalam
Halaman Senarai Acara. Setelah memilih acara, Pengurus Kontinjen memilih
nama murid dalam Senarai Kombo yang disediakan. Senarai Kombo akan
lookup medan KodTingkatan/Tahun dalam lajur sebelumnya. Setelah memilih
murid, Pengurus Kontinjen perlu menekan Ikon Disket untuk menyimpan
penyertaan atlit.
Sistem akan menyemak sama ada murid tersebut telah memasuki acara
yang sama. Pengesahan akan dimaklumkan sama ada berjaya atau gagal
disimpan.
Sekiranya sistem gagal menyimpan, Pengurus Kontinjen perlu memilih
murid yang lain. Pengurus Kontinjen perlu mendaftar murid dalam setiap acara
sehingga Status Peratus Siap dalam sistem menjadi 100% dan Ikon Status
bertukar menjadi warna hijau.

24

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

2.5.5 ENTITY RELATIONSHIP DIAGRAM

Rajah 9:

Entity Relationship Diagram

Pegawai Statistik boleh mengemaskini banyak Acara dalam hubungan


One to Many. Pegawai Statistik juga boleh mengemaskini banyak Penyertaan
dalam hubungan One to Many.
Manakala Pengurus Kontinjen boleh mendaftar banyak Murid dalam
sistem. Pengurus Kontinjen boleh mendaftar banyak Penyertaan dalam
hubungan One to Many.
Pengurus Kontinjen dan Pegawai Statistik mempunyai atribut yang sama
(ID,Nama_Login,Kata_Laluan,Tahap_Penguna).
Kedua-dua
data
jenis
pengguna ini disimpan dalam Jadual Pengguna. Hanya yang membezakan
kedua-dua entiti ini adalah kebenaran di dalam sistem.
Entiti Murid diimport masuk dari Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
ke dalam Jadual Murid dalam pangkalan data MySQL. Entiti Murid ditambah
satu medan baru iaitu Kod Rumah Sukan.
Entiti Penyertaan dan Acara disimpan dalam dua jadual yang berlainan,
di mana Jadual Acara mengandungi semua acara sukan yang dipertandingkan
manakala Jadual Penyertaan menyimpan data penyertaan murid dalam acara
sukan.

25

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

2.5.6 DIAGRAM CARTA ALIR (FLOW CHART)

Rajah 10:

Flow Chart Diagram

Rajah 10 menunjukkan carta alir perjalanan sistem. Daripada Mula,


Pengguna perlu login masuk sistem untuk mengemaskini maklumat
pendaftaran. Melalui utiliti Ralat yang disediakan dalam sistem, Pengguna
boleh membuat pendaftaran dengan selamat, tepat dan menepati masa
tempoh kunci masuk ke dalam sistem.

26

Laporan Projek MTD6024 Pembangunan Sistem Maklumat

2.6

ALAT PENERANGAN PROSES

IF Pengguna adalah Berdaftar AND


IF Pengguna adalah Pengurus Kontinjen THEN
Beri Kebenaran Daftar Atlit
SWITCH (Kebenaran){
Case Tambah
: Tambah Daftar Atlit
Case Hapus
: Hapus Daftar Atlit
Default
: Lihat Senarai Pendaftaran
}
IF Status Daftar Atlit sama dengan 100% Then
Ikon Status menjadi warna Hijau
Beri Kebenaran Cetak Borang Induk
ELSE Ikon Status menjadi warna Merah
ENDIF
ELSE
IF Pengguna adalah Pegawai Statistik THEN
Beri Kebenaran Semak Penyertaan
IF Status Daftar Atlit Kontinjen sama dengan 100% Then
Ikon Status menjadi warna Hijau
Beri Kebenaran Undi Lorong/Giliran
Beri Kebenaran Cetak Borang Hakim
ELSE Ikon Status menjadi warna Merah
ENDIF
IF Acara telah berlangsung THEN
Beri Kebenaran Kemaskini Keputusan
SWITCH (Keputusan){
Case 1
:
Emas
Case 2
:
Perak
Case 3
:
Gangsa
}
IF Keputusan IS NOT NULL
Beri Kebenaran Cetak Pemenang
Penjanaan Query Kira Pungutan Pingat
ENDIF
ENDIF
ENDIF
ELSE Pengguna adalah Pelawat Sistem
Beri Kebenaran Lihat Senarai Mula
Beri Kebenaran Lihat Keputusan Acara
Beri Kebenaran Carian Penyertaan
ENDIF

27

You might also like