You are on page 1of 3

UJIAN F

Ujian F digunakan untuk menguji pembolehubah

minat, motivasi, impak mata pelajaran,

persepsi dan sikap terhadap kesediaan pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai pilihan
kerjaya dalam kalangan pelajar jurusan agama ikhtisas di SAM Sultan HIsamuddin, Klang,
Selangor. Prosedur pengujian yang digunakan adalah seperti berikut:
a. Taraf nyata adalah pada 0.05.
b. Merumuskan hipotesis statistik
- H0 : b1 = b2 = b3 = b4 =b5 = 0 minat (X 1), motivasi (X2), impak matapelajaran (X3), persepsi
(X4), dan sikap (X5) tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pemboleh ubah
kesediaan pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai pilihan kerjaya.
- Ha : b1 b2 b3 b4 b5 0 minat (X 1), motivasi (X2), impak matapelajaran (X3), persepsi
(X4), dan sikap (X5) tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pemboleh ubah
kesediaan pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai pilihan kerjaya.
H0 : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pembolehubah minat, motivasi, impak
mata pelajaran, persepsi dan sikap terhadap kesediaan pelajar dalam memilih keusahawanan
sebagai pilihan kerjaya dalam kalangan pelajar jurusan agama ikhtisas.
Ha : Terdapat perhubungan yang signifikan antara pembolehubah minat, motivasi, impak mata
pelajaran, persepsi dan sikap terhadap kesediaan pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai
pilihan kerjaya dalam kalangan pelajar jurusan agama ikhtisas
d. Kriteria pengujian Pengaruh pembolehubah minat, motivasi, impak mata pelajaran, persepsi
dan sikap terhadap kesediaan pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai pilihan kerjaya

REGRESI
1. Konstant (a ) = 1.117 , menunjukkan bahawa variabel mempunyai hubungan dengan faktor
yang terdiri daripada minat , motivasi, impak matapelajaran,

persepsi dan sikap terhadap

kesediaan pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai pilihan kerjaya oleh pelajar aliran
agama ikhtisas di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor sebesar
1.117. Dalam erti kata yang lain sekiranya faktor faktor minat, impak mata pelajaran, motivasi,
persepsi dan sikap bernilai 0, maka nilai Y atau kesediaan pelajar dalam memilih bidang
keusahawanan sebagai pilihan kerjaya adalah 1.117.
2. Koefisien Regresi Minat (b1) = 0.144, menunjukkan arah hubungan positif (searah) antara
minat dengan kesediaan pelajar memilih jurusan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya. Dengan
erti kata yang lain jika minat pelajar terhadap keusahawanan meningkat sebanyak satu peratus
maka tahap kesediaan pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai pilihan kerjaya meningkat
sebanyak 14.4 peratus. Hal ini menunjukkan minat memainkan peranan yang sangat penting
dalam pemilihan sesuatu kerjaya.
3. Koefisien Regresi Impak Matapelajaran Keusahawanan (b2) = 0.079, menunjukkan arah
hubungan positif (searah) antara

faktor impak matapelajaran dengan

kesediaan pelajar

memilih jurusan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya. Dalam erti kata sebenar, sekiranya
impak mata pelajaran meningkat sebanyak satu peratus maka tahap kesediaan pelajar untuk
menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan meningkat sebanyak 7.9 peratus.
4. Koefisien Regresi Motivasi (b3) = -0.310, menunjukkan arah hubungan negatif (berlawanan
arah) antara

faktor motivasi dengan kesediaan pelajar memilih jurusan keusahawanan sebagai

pilihan kerjaya. Dalam erti kata sebenar, sekiranya motivasi pelajar meningkat satu peratus
maka tahap kesediaan pelajar untuk menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan menurun
sebanyak 31.0 peratus.
5. Koefisien Regresi Persepsi (b4) = 0.461, menunjukkan arah hubungan positif (searah) antara
faktor persepsi dengan

kesediaan pelajar memilih jurusan keusahawanan sebagai pilihan

kerjaya. Dalam erti kata sebenar, sekiranya persepsi meningkat sebanyak satu peratus maka
tahap kesediaan pelajar untuk menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan meningkat
sebanyak 46.1 peratus.

6. Koefisien Regresi sikap (b5) = 0.391, menunjukkan arah hubungan positif (searah) antara
faktor sikap dengan kesediaan pelajar memilih jurusan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya.
Dalam erti kata sebenar, sekiranya

sikap

meningkat sebanyak satu peratus

maka tahap

kesediaan pelajar untuk menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan meningkat sebanyak
39.1 peratus.

You might also like