You are on page 1of 1

PENGENALAN

Geografi ialah sains ruang dan tempat.

Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat
manusia hidup.

Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semulajadi dan budaya yang terdapat di
merata tempat di dunia. Perkataan "Geografi" berasal daripada dua perkataan bahasa
Yunani, iaitu kata nama "ge" yang bermaksud bumi dan kata kerja "graphon" yang
bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang Yunani
telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang bumi".

Objektif utama bidang geografi ialah untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya
setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur alam sekitar semulajadinya di atas
permukaan bumi.

You might also like