You are on page 1of 1

5 MEI 2016

Datuk Haji Abdul Fatah bin Haji Iskandar,


Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri

Yang Berbahagia Datuk,


MEMOHON PENAJAAN BAGI MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA
SK SIJANGKANG 2016
Dengan segala hormat takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK
Sijangkang akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru dan Pekerja SK Sijangkang 2016.
Program ini diadakan bagi memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara
guru dan memberi ruang pada guru melupakan bebanan kerja buat seketika.
3.

Program ini bakal berlangsung sebagaimana ketetapan berikut:


Tarikh
Hari
Tempat
Masa

: 16 Mei 2016
: Isnin
: Hotel Premier, Bukit Tinggi, Klang.
: 2.30 petang 5.30 petang

4.
Oleh yang demikian, pihak kami ingin memohon penajaan daripada Yang
Berbahagia Datuk Haji Abdul Fatah bin Hj. Iskandar bagi menghargai sumbangan dan jasa
guru-guru yang telah mendidik anak-anak Kg. Sijangkang dan meringankan beban
kewangan mereka untuk program tersebut. Penajaan ini bukan sahaja dapat membantu
berjalan dengan lancar bahkan ianya dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Bersama surat ini disertakan kertas kerja Majlis Sambutan Hari Guru dan Pekerja SK
Sijangkang 2016 untuk rujukan pihak Yang Berbahagia Datuk.
5.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak Yang Berbahagia Datuk amatlah dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak Yang
Berbahagia Datuk boleh terus menghubungi En. Ngadenan bin Amat Sudari (0192076448) /
Puan Siti Khuzaimah binti Soroni (0122308575) / Puan Halimah bt. Padzil (0196552249).
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(HJ. TOMIRAN BIN KASIMON)


Guru Besar
SK Sijangkang

You might also like