You are on page 1of 23

RESEARCH REPORT

FAKTOR-FAKTOR PENENTU PELABURAN


SWASTA DI MALAYSIA : SATU KAJIAN
EMPIRIKAL

NORMI BT. HAMID

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


2004

BAB SATU
PENGENALAN

1.0

Pendahuluan

Sejak merdeka, pembangunan ekonomi Malaysia semakin pesat berkembang.


Dari sebuah ekonomi berasaskan kepada sektor pertanian, beralih kepada
sebuah ekonomi yang mengutamakan sektor perindustrian. Perubahan struktur
ekonomi ini didorong oleh polisi-polisi pelaburan yang lebih liberal, insentif dan
kemudahan yang lebih menarik.

Selain itu, usaha-usaha mempromosikan

eksport yang lebih intensif turut membantu meningkatkan pelaburan swasta


merangkumi pelaburan swasta tempatan dan asing di Malaysia.

Dari segi sejarah, pelaburan langsung asing merupakan faktor yang penting
dalam mempengaruhi kemajuan ekonomi Malaysia sejak di zaman penjajah
lagi. Secara keseluruhannya pelaburan langsung asing telah menjadi perintis
dalam mempelbagaikan ekonomi Malaysia. Berdasarkan Jadual 1.1, pelaburan
langsung asing (FDI) pada Rancangan Malaysia Kedua berjumlah RM918.9
juta. FDI telah meningkat sekali ganda semasa Rancangan Malaysia Keempat
iaitu kepada RM 1,919.5 juta. Pada Rancangan Malaysia Keenam FDI meningkat
lagi kepada RM 61,597.2 juta sebelum berkurang kepada RM68,682 juta dalam
Rancangan Malaysia Ketujuh.

Peningkatan FDI yang semakin ketara pada Rancangan Malaysia Kedua ini
adalah berikutan pembukaan kawasan perdagangan bebas dan pertumbuhan
ekonomi yang bertambah pesat.

Pertumbuhan ini terus meningkat pada


2

Rancangan Malaysia Ketiga. Kebanyakan pelaburan asing ini menjurus kepada


sektor perkilangan, dan sektor petroleum dan gas. Peratus sumbangan FDI
menurun sedikit pada Rancangan Malaysia Keempat iaitu dari 34.6 peratus
pada Rancangan Malaysia Ketiga kepada 24.9 peratus akibat kemelesetan
ekonomi dunia dan krisis hutang antarabangsa.

Walau bagaimanapun, FDI meningkat dengan mendadak pada Rancangan


Malaysia Kelima kepada 61 peratus. Pertambahan pesat ini berlaku akibat
daripada keda-dua faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor dalaman
yang penting ialah kemelesetan ekonomi, beban hutang negara yang semakin
besar dan kedudukan kewangan kerajaan yang semakin membimbangkan.
Sebagai contoh, nisbah hutang negara meningkat daripada 1.8 peratus pada
1980 kepada 18.9 peratus pada tahun 1986 (Phang 1994). Oleh yang demikian,
pihak kerajaan terpaksa menimbangkan cara lain untuk membiayai
pembangunan ekonomi Malaysia supaya tidak meningkatkan lagi hutang
negara.

Dengan ini, pada tahun 1986, pihak kerajaan melonggarkan perlaksanaan Akta
Penyelarasan Pelaburan dan pada masa yang sama menggantikan Akta
Insentif Pelaburan 1968 dengan Akta Galakan Pelaburan 1986 untuk
menggalakkan kemasukkan FDI. Faktor luaran yang telah menyumbangkan
kepada peningkatan FDI ialah kenaikan nilai yen dan pada masa yang sama,
berlaku pertambahan kos pengeluaran di Jepun. Kedua-dua faktor ini telah
menggalakkan industri-industri Jepun untuk menempatkan semula kilangkilang di tempat lain di mana kos pengeluaran adalah lebih murah. Kemudian,
negara-negara lain di Asia Timur lain mengikuti penempatan semula kilang
Jepun dalam usaha untuk mempertahankan daya saing pengeluaran mereka.
3

Dengan perubahan ini, FDI dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (19911995), mencapai kadar peningkatan yang tertinggi iaitu dari RM1,914.8 juta
(Rancangan Malaysia Kelima) kepada RM61,597.2 juta

atau lebih 3 ribu

peratus.

Jadual 1.1 Arah Aliran FDI Mengikut Rancangan Malaysia (RM Juta)
Rancangan Malaysia

Rancangan Malaysia Kedua


(1971 1975)
Rancangan Malaysia Ketiga
(1976 1980)
Rancangan Malaysia Keempat
(1981 1985)
Rancangan Malaysia Kelima
(1986 1990)
Rancangan Malaysia Keenam
(1991 1995)
Rancangan Malaysia Ketujuh
(1996 2000)

Jumlah
Pelaburan
Asing
918.9

32.9

Jumlah
Pelaburan
Tempatan
1872.3

67.1

1143.6

34.6

2160.6

65.4

1919.5

24.9

5770.6

75.1

1914.8

61.0

8245.5

39.0

61597.2

53.0

54565.5

47.0

68682

33.7

134825

66.3

Sumber: Malaysia,Rancangan Malaysia, Pelbagai Tahun

Apabila di lihat kepada perkembangan pelaburan tempatan,


galakan

walaupun

telah diberikan semenjak Fasa 1 perindustrian iaitu fasa industri

pengganti import 1957 hingga 1968, penekanan yang lebih serius hanya diberikan
selepas PIP (Pelan Induk Perindustrian) yang pertama diperkenalkan pada
tahun 1986.

Kemelesetan ekonomi pada awal tahun-tahun 1980an telah

menyebabkan berlakunya pengurangan dalam FDI di Malaysia.

Kesannya,

perkembangan sektor perindustrian telah mengalami kemerosotan. Keluaran


purata sektor pembuatan hanya berkembang sebanyak 4.4 peratus setahun
bagi tempoh 1981-1983, berbanding dengan 11.3 peratus bagi tempoh tiga tahun
sebelumnya (1978-1980) seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2 Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan Pengeluaran,


Sektor Pembuatan 1963 2000
Tahun

Keluaran (Peratus)

1963 1968

9.7

1968 1973

13.4

1973 1978

11.0

1978 1980

11.3

1981 1983

4.4

1983 1985

4.9

1986 1990

13.9

1991 1995

13.3

1996 2000

9.1

Sumber: Lihat Osman Rani Hassan (1982),

Malaysia, Kajian Separuh Penggal (1984, 1993)


Malaysia, Rancangan Malaysia (1986, 1991, 1996, 2001)

Pada masa itu, pelaburan tempatan menjadi pendukung terpenting kepada


sektor pembuatan. Bahagiannya dalam jumlah pelaburan yang diluluskan
mengalami peningkatan daripada 65.3 peratus pada tahun 1980 kepada 83.1
peratus pada tahun 1985 sejajar dengan kemerosotan FDI (Jadual 1.3). Walau
bagaimanapun, pelancaran Pelan Induk Perindustrian (PIP) pada 1986, telah
memberi kesan yang sebaliknya. Pelaburan tempatan dalam sektor pembuatan
mulai mengalami pengurangan

ekoran daripada kepesatan kemasukan

sumber FDI. Pada tahun 1986 bahagian FDI dalam jumlah pelaburan yang telah
diluluskan di dalam sektor pembuatan ialah

sebanyak 32.7 peratus tetapi

mencatatkan kedudukan yang lebih tinggi pada tahun-tahun berikutnya.

Jadual 1.3 Projek-projek Perkilangan Yang Diluluskan, 1980


2001
Jumlah Diluluskan
Pelaburan Modal
Tahun

Jumlah
(RM

Tempatan Bahagian

Asing

Bahagian

(RM juta)

(RM

(%)

(%)

juta)

juta)

Tahun

1980

2,103

1,373

65.3

730

34.7

1981

4,448

3,189

70.6

1,309

29.4

1982

5,435

3,808

70.1

1,627

29.9

1983

2,358

1,729

73.3

629

26.7

1984

3,801

3,083

81.1

718

18.9

1985

5,687

4,728

83.1

959

16.9

1986

5,163

3,475

67.3

1,688

32.7

1987

3,934

1,874

47.6

2,060

52.4

1988

9,094

4,216

46.4

4,878

53.6

1989

12,215

3,563

29.2

8,653

70.8

1990

28,168

10,539

37.4

17,629

62.6

1991

30,818

13,763

44.7

17,055

55.3

1992

27,775

10,003

36.0

17,772

64.0

1993

13,753

7,466

54.3

6,287

45.7

1994

22,951

11,612

50.6

11,339

49.4

1995

20,869

11,725

56.2

9,144

43.8

1996

34,258

17,201

50.2

17,057

49.8

1997

25,821

14,648

56.7

11,473

44.4

1998

26,406

11,323

42.9

13,083

49.5

2000

33,610

13,761

40.9

19,848

59.1

2001

24,718

6,375

25.8

18,343

74.2

Kadar
Pertumbuhan
Purata
1980 1990
1991 1998
1981 1998

12.1
-1.1
2.6

1.6
5.0
-0.7

17.4
-12.6
0.3

Sumber: Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pelbagai

Apabila di lihat dari segi penglibatan pelabur-pelabur tempatan dalam sektor


pembuatan, didapati pelabur tempatan lebih cenderung kepada industri
berasaskan sumber.

Sebaliknya, pelabur asing lebih banyak terlibat dalam

industri bukan berasaskan sumber dan berorientasikan eksport, seperti industri


elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian seperti ditunjukkan dalam
Jadual 1.4.

Berdasarkan Jadual 1.4 data yang diambil dari MIDA (2001), menunjukkan pada
tahun 2001 pelaburan asing lebih banyak terlibat dalam industri elektrik dan
elektronik serta pakaian dan tekstil. Ini terbukti apabila nilai pelaburan yang
dicatatkan ialah sebanyak RM6,318.6 juta daripada jumlah pelaburan modal
bagi industri berasaskan sumber atau mewakili 59.8 peratus dari jumlah
pelaburan tersebut.

Jadual 1.4
Pelaburan Dalam Permohonan Diterima Mengikut Industri, 2000 dan 2001
2000 (RM Juta)
2001 (RM Juta)
Pelabura Pelabur Jumlah
Pelabur Pelabur Jumlah
Industri
n
an
Modal
an
an
Modal
Tempata
Tempat
n
Asing
Cadangan an
Asing
Cadangan
BUKAN BERASASKAN
SUMBER
Produk E & E
1,856.5 16,796.5
18,652.9
918.3 6,060.3
6,978.6
Kelengkapan
pengangkutan
528.2
369.7
897.9
728.2
460.8
1,189.1
Alat-alat sains dan
1.5
223.4
224.8
120.8
479.7
600.5
pengukuran
Produk logam asas
386.5
753.0
1,139.4
292.7
290.8
583.5
Pengilangan jentera
275.0
447.1
722.1
196.7
237.3
434.0
Produk logam dibentuk
203.5
359.8
563.3
156.0
218.8
374.8
Tekstil dan produk tekstil
434.1
806.7
1,240.9
43.5
258.3
301.8
Kulit dan produk kulit
42.8
0.4
43.3
Pelbagai
46.7
39.7
86.4
8.8
60.5
69.3
19,795.
Jumlah Kecil
3,731.9
9 23,527.9 2,507.8 8,067.1 10,574.9
BERASASKAN SUMBER
Produk galian bukan logam 1,030.0
624.9
1,654.9
121.6 1,461.7
1,583.2
Kimia dan produk kimia
348.0
885.4
1,233.4
571.8
385.6
957.4
Pengilangan makanan
590.2
961.0
1,551.2
609.5
160.9
770.4
Produk getah
363.7
714.1
1,077.7
311.3
273.9
585.2
Produk plastik
289.4
418.3
707.7
272.6
167.7
440.3
Kayu dan produk kayu
279.2
176.0
455.2
287.9
83.8
371.7
Kertas,percetakan dan
2,729.2 3,103.2
5,832.4
142.1
71.1
213.2
penerbitan
Perabot Dan kelengkapan
267.6
101.6
369.2
98.7
44.1
142.8
Produk
petroleum(termasuk
petrokimia)
589.4 1,928.2
2,517.6
20.0
90.2
110.1
Gas asli
5,779.8 1,444.9
7,224.7
55.0
0.0
55.0
Minuman Dan tembakau
8.2
67.6
75.8
7.1
0.0
7.1
10,425.
Jumlah Kecil
12,274.8
3 22,700.2 5,236.4 2,738.9
5,236.4
16,006. 30,221.
10,806.
Jumlah
8
3 46,228.1 15,811.3
0
15,811.3

Sumber: Lembaga Kemajuan Perindustrian


Malaysia

1.1

Arah Aliran Pelaburan Swasta Di Malaysia (1970 2001)

Bagi tempoh 1970 1975 (Rancangan Malaysia Kedua), pelaburan swasta telah
berkembang dengan kadar yang rendah, iaitu daripada RM1,490 juta (1970)
kepada RM2,454 juta (1975) atau secara purata 12.94 peratus. Bagi tempoh ini,
peningkatan dalam jumlah pelaburan disebabkan oleh bertambahnya kadar
pelaburan awam yang tinggi dalam tahun 1972 dan 1975 untuk mengatasi
kemelesetan kegiatan ekonomi dalam tahun-tahun tersebut (Rancangan
Malaysia Tiga, 1976). Dalam tempoh ini juga didapati pelaburan swasta asing
telah menyumbangkan bahagian yang besar kepada KDNK iaitu pada kadar
pertumbuhan purata 46.1 peratus.

Peningkatan dalam pelaburan ini didorong oleh polisi-polisi kerajaan seperti


penyediaan berbagai jenis galakan cukai di bawah Akta Galakan Pelaburan,
1968. Selain itu, galakan-galakan bagi perusahaan yang membuat barangbarang untuk dieksport diperbaiki, sementara galakan baru telah dibuat bagi
perusahaan-perusahaan elektronik dan hotel. Kemudahan-kemudahan untuk
Kawasan-kawasan Perdagangan Bebas (KPB) dan gudang-gudang pembuatan
yang diberi lesen turut disediakan.

JADUAL 1.5 MALAYSIA : KDNK BENAR, PELABURAN AWAM DAN SWASTA, 1970-2000
(RM JUTA)

1970

1975

1980

1985

1990

1995

2000

KDNK BENAR

11,829

17,365

26,228

57,093

79,329

120,273

209,959

Pelaburan Swasta
% Perubahan Pelaburan
Swasta

1,490

2,454

4,635

9,492

16,705

58,663

31,677

60.22

64.70

88.88

104.79

75.99

251.17

(46.00)

Pelaburan Awam
706
% Perubahan Pelaburan Awam 8.28

1,482
109.92

2,308
55.74

8,396
263.78

9,167
9.18

23,262
153.76

32,738
40.74

Jumlah Pelaburan
2,196
% Perubahan Jumlah Pelaburan 38.81

3,936
79.23

6,943
76.40

17,888
157.64

25,872
44.63

81,895
216.54

64,415
(21.34)

Bahagian Daripada
KDNK (%) :
Pelaburan Swasta
Pelaburan Awam
Jumlah Pelaburan
Kadar Pertumbuhan
Tahunan Purata (%) :
Pelaburan Swasta
Pelaburan Awam
Jumlah Pelaburan

1970

1975

12.60
5.97
18.56

14.13
8.53
22.67

1980
17.67
8.80
26.47

1985
16.63
14.71
31.33

1990

1995

21.06
11.56
32.61

48.77
19.34
68.09

2000

15.09
15.59
30.68

1970-19751975-19801980-19851985-1990 1990-1995 1995-2000


12.94
21.98
15.85

17.78
11.15
15.28

20.96
52.76
31.53

15.20
1.84
8.93

Sumber : Laporan Ekonomi dan Bank Negara


Malaysia, Pelbagai Tahun

Secara umumnya bagi tempoh 1976 1980 (Rancangan Malaysia Ketiga),


pelaburan swasta dikatakan menjadi punca pembentukan modal yang utama.
Keadaan ini berbeza dengan tempoh Rancangan Malaysia Kedua di mana
pelaburan awam telah memainkan peranan utama. Kadar pertumbuhan
pelaburan swasta yang dicatatkan ialah 17.78 peratus berbanding pelaburan
awam hanyalah 11.15 peratus (Rujuk Jadual 1.5). Pada tempoh awal Rancangan
Malaysia Ketiga (1976), kadar pertumbuhan pelaburan swasta adalah sangat
10

50.23
30.75
43.31

(9.20)
8.15
(4.27)

rendah berbanding tahun-tahun selepasnya. Keadaan ini berlaku disebabkan


kemelesetan ekonomi dunia dan kesannya ke atas kegiatan dalam negeri yang
keupayaannya berlebihan. Manakala pada penghujung tempoh Rancangan
Malaysia Ketiga, pelaburan swasta meningkat dengan pesat yang disebabkan
oleh peningkatan yang berlaku dalam eksport negara dan langkah tegas yang
diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kebimbangan sektor swasta
menerusi

pindaan

Akta

Penyelarasan

Perindustrian

(ICA)

dan

Akta

Pembangunan Petroleum (PDA) bagi menggalakkan penyertaan pelabur asing


dan domestik.

Pada tahun 1975, tingkat pelaburan swasta yang dicatatkan ialah RM2.4 bilion
dan meningkat sebanyak hampir dua kali ganda kepada RM4.6 bilion pada
tahun 1980 (Jadual 1.5). Dalam tempoh ini (1975 1980), kadar pertumbuhan
tahunan purata yang dicatatkan ialah 17.78 peratus dan terus meningkat
kepada 20.96 peratus bagi tempoh 1980 1985 (dalam tempoh Rancangan
Malaysia Keempat) sebelum jatuh kepada 15.20 peratus pada tahun 1985
1990.

Dalam tahun 1980an terdapat dua jangka masa yang utama menunjukkan
kejatuhan yang teruk berlaku dalam tingkat pelaburan swasta iaitu pada
tahun 1982/1983 dan tahun 1985/1986. Kemerosotan tingkat pelaburan dalam
kedua-dua jangka masa ini dapat dikaitkan dengan berlakunya kemelesetan
ekonomi dunia sehingga menjejaskan permintaan terhadap eksport Malaysia
seterusnya memberi kesan kepada kejatuhan tingkat pelaburan negara.

Jadual 1.5 menunjukkan kadar pertumbuhan pelaburan swasta (15.20%) jauh


lebih besar berbanding arah pertumbuhan pelaburan awam (1.84%) bagi
11

tempoh 1985 1990. Prestasi yang menggalakkan ini adalah hasil daripada
kejayaan perlaksanaan langkah-langkah penyesuaian yang diambil sejak tahun
1983 bagi mengukuhkan sektor awam dan mengurangkan defisit belanjawan.
Selain itu, dasar perdagangan dan pelaburan yang liberal telah diperkenalkan
semasa kemelesetan pada tahun 1985 dan 1986 telah menambahkan keyakinan
para pelabur dan peniaga, seterusnya meningkatkan pelaburan swasta.

Semasa tingkat pelaburan swasta mencapai kemuncaknya iaitu tingkat


pertumbuhan purata yang tinggi (50.20%) dalam tempoh 1990 1995,
sumbangan pelaburan swasta terhadap KDNK adalah 21.06% pada 1990 dan
meningkat kepada 48.75% pada tahun 1995.

Pertumbuhan yang pesat ini

disebabkan oleh usaha-usaha kerajaan yang berterusan bagi mewujudkan iklim


pelaburan yang memberangsangkan. Ini dapat dilihat dengan pencapaian
belanjawan berimbang semenjak tahun 1993 yang mencerminkan kejayaan
yang bersungguh-sungguh untuk memperkukuh serta mengamalkan dasar
fiskal berhemat dengan tujuan mengawal tekanan permintaan yang berlebihan
dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Usaha tersebut
meliputi penghapusan serta pengurangan cukai termasuk cukai pendapatan
korporat dan individu.

Setelah

mengalami

kadar

pertumbuhan

tahunan

purata

yang

memberangsangkan iaitu 50.20 peratus bagi tempoh 1990 1995 ( dalam


tempoh Rancangan Malaysia Keenam), sekali lagi tingkat pelaburan swasta
mengalami kemerosotan yang teruk di akhir tahun 1990an. Kadar pertumbuhan
tahunan purata yang dicatatkan adalah menunjukkan 9.20 peratus bagi
tempoh 1995 2000 ( dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh),

Kemerosotan yang teruk berlaku dalam tingkat pelaburan swasta pada kali ini
12

disebabkan oleh kegawatan ekonomi.

Kegawatan ekonomi yang berkait

dengan fenomena kejatuhan nilai ringgit pada pertengahan tahun 1997


merupakan krisis ekonomi yang paling serius dalam sejarah. Kejatuhan mata
wang yang berpanjangan menyebabkan semua sektor ekonomi terjejas dan
menyebabkan kemerosotan yang teruk dalam tingkat pelaburan swasta.

Sebagai tindak balas terhadap krisis kewangan serantau, kerajaan pada


mulanya mengurangkan perbelanjaan sektor awam bagi melengkapi dasar
kewangan yang ketat sebagai satu cara untuk menurunkan defisit akaun
semasa dalam imbangan pembayaran dan mencegah penyusutan lebih teruk
terhadap nilai Ringgit. Namun, apabila krisis semakin teruk, kerajaan telah
mengembalikan semula peruntukan yang dahulunya telah dipotong dan
menyuntik perbelanjaan pembangunan tambahan sejumlah RM30.7 bilion
dalam separuh kedua tempoh Rancangan bagi merangsang aktiviti ekonomi
dan menangkis kejatuhan mendadak dalam pelaburan swasta (Rancangan
Malaysia Kelapan, 2001). Berikutan daripada itu, bahagian pelaburan awam
telah meningkat sebanyak 8.15 peratus bagi mengimbangi kejatuhan dalam
tingkat pelaburan swasta sebanyak 9.20 peratus.

Apabila di lihat kepada nisbah pelaburan kepada KDNK, secara umumnya


antara tahun 1970 2000, sentiasa menunjukkan peningkatan kecuali pada
tahun 2000. Dalam tempoh yang sama (1970 2000); didapati sumbangan
pelaburan terhadap KDNK yang besar dicapai pada tahun 1995 iaitu sebanyak
68.09 peratus. Namun, pada penghujung tahun 1990an tingkat pelaburan
mengalami kadar kemerosotan. Oleh itu, nisbah pelaburan terhadap KDNK
telah berkurang separuh daripada yang pernah dicatatkan pada tahun 1995
iaitu hanya 30.68 peratus pada tahun 2000.
13

1.2

Pernyataan Masalah

Sehingga sekarang telah terbukti bahawa aliran masuk FDI ke Malaysia


menunjukkan wujudnya hubungan yang istimewa antara kerajaan dan juga
pelabur-pelabur asing.

Statistik yang disediakan oleh MIDA menunjukkan

bahawa pada tahun 1980, Singapura merupakan negara pelabur yang terbesar.
Selepas satu dekad, USA muncul sebagai pelabur terbesar di Malaysia. Bagi
jangkamasa di antara 1991-1997, 5 buah negara utama yang melabur di
Malaysia ialah Jepun, USA, Taiwan, Singapura dan Korea. Jumlah pelaburan
yang disumbangkan oleh kelima-lima buah negara ini bagi tempoh masa
tersebut ialah RM 60.8 bilion atau 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan
FDI.

Bagi tahun 2001 pula, USA dan Jepun kekal sebagai dua pelabur teratas,
dengan jumlah pelaburan masing-masing bernilai RM3.3 bilion. PRC muncul
sebagai pelabur ketiga terbesar dengan nilai pelaburan RM3 bilion. Pelabur
utama yang lain adalah Jerman (RM2.6 bilion), Singapura (RM2.2 bilion), ROK
(RM1.7 bilion) dan Taiwan (RM1.1 bilion) (Rujuk Jadual 1.6).

Jumlah pelaburan asing yang tinggi direkodkan dalam dua industri utama iaitu
industri elektrik dan elektronik dan industri kimia dan bahan keluaran kimia.
Jepun merupakan negara yang hampir keseluruhan ekuiti pelaburannya
ditumpukan kepada sektor elektrik dan elektronik serta industri kimia dan
keluaran kimia.

USA memberi tumpuan kepada pelaburan dalam industri

petroleum serta industri elektrik dan elektronik.


meningkat

dari

tahun

1991-1997

Jumlah pelaburan Taiwan

memperlihatkan

14

sebahagian

besar

pelaburannya ditumpukan kepada sektor elektronik, tekstil, produk berasaskan


kayu dan industri petroleum.

Di antara tahun 1991-1997, Singapura menyumbangkan sebanyak RM10 bilion


atau. 11.3 peratus daripada jumlah keseluruhan FDI di Malaysia. Sebahagian
besar pelaburan Singapura tertumpu kepada sektor elektrik dan elektronik,
produk berasaskan besi

dan akhir-akhir ini negara tersebut telah terlibat

dengan industri petroleum. Bagi tempoh yang sama, pelaburan dari Korea di
Malaysia berjumlah RM 4.4 bilion atau mewaklil 5 peratus daripada keseluruhan
FDI. Pelaburan Korea tertumpu kepada produk mineral bukan metalik dan
industri elektrik dan elektronik. Selain itu, pelaburan asing di Malaysia turut
disumbangkan oleh negara-negara lain seperti Hong Kong, Australia, UK,
Jerman, Belanda dan Indonesia.
Jadual 1.6 Pelaburan Asing Dalam Projek Diluluskan Mengikut
Negara
Bagi Tahun 2000 dan 2001
Negara

2001
Bilangan

2000

PelaburanAsin

Bilangan

g (RM Juta)

PelaburanAsin
g (RM Juta)

USA

34

3,305.4

48

7,491.9

Jepun

152

3,286.5

118

2,880.5

PRC

15

2,967.3

33

379.0

Jerman

23

2,583.0

30

1,655.9

Singapura

149

2,180.5

145

1,778.5

ROK

21

1,696.4

14

722.8

Taiwan

87

1,112.8

92

916.0

(termasuk
Hong

Kong

SAR)

Sumber : Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia


15

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh MIDA, pelaburan dalam sektor


perkilangan bukan sahaja disumbangkan oleh negara-negara asing tetapi juga
disumbangkan oleh pelabur-pelabur swasta domestik. Secara purata pelabur
tempatan telah menyumbangkan sebanyak 1.6 peratus setahun dari
keseluruhan nilai pelaburan dalam projek yang diluluskan pada tahun 1981-1990.
Kadar ini telah meningkat secara purata kepada 5 peratus setahun bagi jangka
masa 1991-1998.

Pelaburan modal yang disumbangkan oleh pelabur-pelabur tempatan dalam


projek perkilangan yang diluluskan berjumlah RM1373 juta ( 65.3 peratus ) pada
tahun 1980 (rujuk Jadual 1.3). Jumlah ini telah meningkat kepada RM10,539 juta
( 37.4 peratus) pada tahun 1990 , seterusnya meningkat kepada RM7,201 juta
(50.2 peratus) pada tahun 1996.

Kesan daripada krisis kewangan yang berlaku pada akhir tahun 1997 jumlah
pelaburan modal oleh pelabur tempatan mengikut projek yang diluluskan telah
berkurang kepada RM14,684 juta ( 56.7 peratus) pada tahun 1997 dan RM11,323
juta (42.9 peratus) pada tahun 1998. Sebaliknya, pada tahun 2000 jumlah
pelaburan tempatan dalam projek perkilangan yang diluluskan telah
bertambah kepada RM13,761 juta. Walau bagaimanapun, jumlah pelaburan
tempatan telah berkurang kepada RM6,375 juta pada tahun 2001 disebabkan
kelembapan ekonomi global, terutamanya yang berlaku di Amerika Syarikat
dan Jepun yang mana turut memberi kesan buruk terhadap ekonomi Malaysia.

Seorang pengkaji dari Jepun Imamura mengatakan bahawa dasar ekonomi


terbuka Malaysia merupakan faktor utama yang menyumbang kepada prestasi
cemerlang sektor perkilangan di Malaysia.
16

Walau bagaimanapun, selain

daripada

dasar-dasar

kerajaan

terdapat

beberapa

faktor

lain

yang

mempengaruhi atau menjadi penentu kepada jumlah pelaburan swasta


(domestik dan asing) di Malaysia. Oleh yang demikian kajian ini akan cuba
mengenal pasti selain daripada dasar-dasar kerajaan apakah faktor-faktor
yang akan menentukan jumlah pelaburan swasta (domestik dan asing di
Malaysia dari tahun 1970-2001.

1.3

Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk menerangkan hubungan di


antara pelaburan swasta di Malaysia dengan faktor-faktor penentunya melalui
pembentukan model ekonometrik. Objektif khusus kajian ini adalah untuk
menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaburan swasta di Malaysia
bagi tempoh 1970-2001.

1.4

Metodologi Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan sumber maklumat dan


data skunder yang diperolehi daripada Laporan Tahunan Ekonomi pelbagai siri,
Rancangan Malaysia pelbagai siri, Laporan Bank Negara Malaysia pelbagai siri,
International Financial Statistics pelbagai siri, jurnal dan buku-buku rujukan.

Data yang diguna dalam kajian ini adalah Data Siri Masa iaitu bermula dari
tahun 1970-2001.

Data yang diperolehi ini dianalisis dengan menggunakan

program Sistem Analisis Statistik (SAS). Dalam kajian ini satu persamaan akan
dibentuk menggunakan model regresi linear yang dianggarkan dengan
menggunakan kaedah Maximum Likelihood (ML).

17

Dalam model yang akan dibentuk, pembolehubah bersandarnya ialah


pelaburan swasta dan pembolehubah-pembolehubah bebasnya ialah kadar
faedah benar, keluaran dalam negara kasar perkapita, kadar pertumbuhan
KDNK, kadar inflasi, pelaburan awam, pelaburan langsung asing dan pelaburan
swasta tertangguh. Ujian Statistik dan Ekonometrik akan digunakan untuk
menganalisis keputusan yang diperolehi yang melibatkan ujian t, Ujian F, Ujian
Kebaikan Penyesuaian (R2), Ujian Autokorelasi dan pengesanan Multikolineariti.

1.5

Kepentingan Kajian

Kajian ini sesuai untuk dijadikan pelengkap kepada kajian-kajian lain yang
berkaitan dengan pelaburan swasta di Malaysia. Penemuan ini dijangka akan
dapat memberi maklumat kepada pembaca dari segi pembolehubah
makroekonomi yang paling utama dalam mempengaruhi jumlah pelaburan
swasta Malaysia (domestik dan asing) dan membandingkan sama ada faktorfaktor ini mempunyai persamaan atau perbezaan dengan negara-negara lain.

1.6

Organisasi Kajian

Kajian ini dibahagikan kepada lima bab iaitu (1) pengenalan, (2) ulasan karya
terdahulu, (3) metodologi kajian, (4) penemuan kajian dan (5) kesimpulan dan
cadangan.
Bab pertama iaitu pengenalan, memberi gambaran tentang tajuk yang akan
dikaji iaitu Faktor-Faktor Penentu Pelaburan Swasta di Malaysia: Satu
Kajian Empirikal. Bahagian ini akan menerangkan secara ringkas struktur
perkembangan ekonomi Malaysia termasuklah peranan pelaburan swasta
(domestik dan asing) serta arah alirannya dalam tempoh kajian yang meliputi
tahun 1970 hingga 2001. Selain itu, bab ini juga turut memuatkan objektif,
18

permasalahan kajian dan penerangan ringkas tentang kaedah yang akan


digunakan untuk menganalisis data serta kepentingan kajian.

Bab kedua, akan membincangkan kajian-kajian lepas yang releven dengan


tajuk kajian ini. Keputusan dan pandangan yang berkaitan akan dimasukkan
dalam bahagian ulasan karya untuk menyokong topik kajian. Bab ketiga, iaitu
metodologi kajian akan mengemukakan data, teknik analisis data yang
digunakan, pembentukan model dan penganggaran model yang akan
diaplikasikan dalam kajian untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
Bahagian keputusan kajian akan merumuskan penemuan-penemuan kajian.
Bab lima, mengutarakan beberapa implikasi dasar dan cadangan kajian serta
membuat kesimpulan kajian.

1.7

Definisi Pelaburan

Secara umumnya, pelaburan merupakan satu aktiviti yang melibatkan


pembelian apa juga aset (harta) sama ada aset hakiki atau aset kewangan,
yang menawarkan jangkaan pendapatan atau keuntungan modal atau keduaduanya sekali.

Daripada definisi tersebut, pelaburan dapat di lihat daripada dua aspek, iaitu
aset hakiki dan aset kewangan. Aset hakiki merupakan harta ketara atau
kebendaan

yang

kewujudan

fizikalnya

memudahkan

seseorang

itu

memberitahu nilainya, seperti tanah, rumah, bangunan, kilang, rumah kedai,


kenderaan, jentera dan logam.

Aset hakiki ini membolehkan pemiliknya

mendapat kemudahan atau hasil daripada penggunaannya.

19

Sebaliknya, aset kewangan merupakan sekeping kertas atau dokumen yang


kewujudan fizikalnya tidak boleh memberitahu dengan jelas nilainya yang
sebenar seperti sijil-sijil saham, buku akaun bank dan sijil premium Bank
Simpanan Nasional (Rosalan Haji Ali, 1992).

Dari segi pemilikan, pelaburan swasta merupakan pelaburan yang dimiliki dan
dilakukan oleh syarikat milik swasta manakala pelaburan awam ialah
pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Pelaburan swasta pula terdiri
daripada pelaburan yang dilakukan oleh pelabur domestik dan pelabur asing.
Pelaburan asing dilakukan oleh syarikat swasta asing atau orang perseorangan
asing di sesebuah negara (Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia,1993)

20

BAB DUA
ULASAN KARYA

2.0

Pengenalan

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelaburan swasta sesebuah negara telah


banyak dikenalpasti melalui kajian-kajian empirikal terdahulu seperti U Tun
Wai dan Chorng-huey Wong (1982), Temitope W. Oshikoya (1994), Eliana
Cardoso (1993), B. Bernanke (1983), S.J. Erenburg (1993), Aschauer (1988), Boskin
(1987), Munnel (1990) dan lain-lain pengkaji. Kajian-kajian tersebut melibatkan
negara-negara sedang membangun dan negara-negara maju.

Terdapat

berbagai-bagai faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi secara signifikan


jumlah pelaburan swasta di sesebuah negara. Faktor-faktor berkenaan
termasuklah kadar pertumbuhan KDNK, KDNK perkapita, pelaburan awam,
kadar inflasi, kadar faedah benar, kredit kepada sektor swasta dan kadar
pertukaran.

Bab ini akan memberikan maklumat tentang keputusan kajian-kajian lepas


yang memberi tumpuan kepada pembolehubah-pembolehubah makroekonomi
seperti kadar pertumbuhan KDNK, KDNK perkapita, pelaburan awam, kadar
inflasi, kadar faedah benar, pelaburan asing dan pelaburan swasta tertangguh;
yang telah terbukti secara empirikal sebagai penentu-penentu kepada
pelaburan swasta.

21

2.1

Karya-karya Terpilih

Berdasarkan kajian U Tun Wai dan Chorng-huey Wong (1982), terdapat


beberapa faktor yang menunjukkan pelaburan swasta mempunyai hubungan
yang positif dengan pelaburan awam.

Pertama, jika sumber-sumber tidak digunakan sepenuhnya, apabila berlaku


peningkatan dalam pelaburan awam, pendapatan akan meningkat dengan
secara langsung dan tidak langsung melalui kesan pengganda. Oleh itu, pelabur
swasta akan berminat untuk menambahkan pelaburan kerana keuntungan
yang mereka akan perolehi adalah tinggi.
menjangkakan

Ini disebabkan pelabur

pada ketika itu berlaku peningkatan terhadap permintaan

barang-barang akhir.

Kedua,

kebanyakan

negara-negara

sedang

membangun

mempunyai

komponen perbelanjaan kerajaan yang besar yang tertumpu kepada projekprojek infrastruktur. Penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur oleh
kerajaan seperti pengangkutan, komunikasi, kuasa elektrik dan saliran akan
mengurangkan kos pengeluaran firma atau meningkatkan pulangan mengikut
skala kepada pihak pelabur. Oleh yang demikian, ia akan meningkatkan
keuntungan pihak swasta.

Ketiga, walaupun pelaburan kerajaan adalah dalam sektor kedua atau ketiga,
kewujudan kilang-kilang baru oleh pihak kerajaan akan meningkatkan
permintaan terhadap produk-produk yang berkaitan (melalui kesan rantaian)
dan seterusnya menggalakkan lebih banyak lagi pelaburan swasta.

22

Komponen yang semakin penting dalam aliran masuk modal asing di negara
sedang membangun yang berasaskan kepada sektor swasta ialah pelaburan
langsung asing (FDI). Secara teori FDI boleh menghasilkan beberapa kesan ke
atas ekonomi di dalam negara (van Loo F., 1997). Kesan pelaburan langsung
asing yang pertama ke atas ekonomi ialah pelaburan asing akan mewujudkan
kesan rantaian langsung ke atas pelaburan dalam industri-industri domestik.
Faedah berbanding daripada pelabur asing yang disebabkan oleh kemahiran
teknologi tinggi yang mereka miliki, insentif cukai dan beberapa kemudahan
lain yang diperolehi oleh mereka akan turut mempengaruhi pelaburan di
industri-industri domestik yang berkaitan.

Kedua, peningkatan di dalam output atau perbelanjaan yang disebabkan oleh


peningkatan dalam FDI akan menghasilkan kesan pencepat ke atas pelaburan
domestik.

Ketiga, peningkatan di dalam FDI akan meningkatkan import melalui dua cara.
Cara yang pertama adalah melalui peningkatan import terhadap peralatan
dan bahan-bahan mentah bagi syarikat-syarikat pelaburan langsung manakala
cara yang kedua adalah peningkatan import barang-barang pengguna
disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan. Berdasarkan teori dan kajian
yang dikemukakan oleh van Loo F. (1997) ini dapatlah disimpulkan bahawa FDI
akan memberi kesan positif terhadap pelaburan domestik

Dari segi eksport pula, FDI akan mewujudkan kesan yang positif sekiranya
pelaburan yang diwujudkan adalah berorientasikan eksport. Pelaburan swasta
akan dipengaruhi oleh perubahan di dalam import dan eksport melalui kesan
yang akan diwujudkan terhadap pendapatan dan turut bergantung kepada
23

You might also like