You are on page 1of 19

AYAM CILI BERTAUCU

Bahan-bahan:
10 ketul ayam
2 sudu taucu
1 sudu sos tiram
2 senduk cili kering yg dikisar
bawang putih&merah utk tumis.
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa
gula serta serbuk perasa.
garam (jika perlu)
Cara:
Ayam digoreng sebentar
tumiskan bawang kemudian masukkan cili kisar.
masukkan sos tiram serta taucu.
masukkan air asam,gula serta serbuk perasa.
masak hingg pecah minyak.
masukkan ayam yg digoreng tadi.
jika kurang rasa garamnya bolehlah dimasukkan garam.
(taucu&sos tiram dah sedia masin)
khir sekali masukkan bawang besar yg dipotong bulat.
gaul sebentar.masukkan dlm pinggan dan hiaslah dgn daun sup dan daun bawang.
sedia dihidangkan.
RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI
Bahan-bahan:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*

3 batang serai*
20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
santan dari sebiji kelapa
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
gula melaka
garam
air asam jawa
Cara:
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan
biarkan kering semula.

AYAM TUMIS CAPSICUM


Bahan-bahan:
300 grm ayam - dipotong kecil-kecil
2 biji cili capsicum-dipotong
1 biji bawang besar - dipotong membulat
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar oyster sos
1 sudu black pepper sos
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Cara:
Isi ayam dipotong kecil-kecil dan diperap dengan serbuk lada hitam . Panaskan 3 sudu besar minyka dan

tumis semua ayam samapi masak . Ketepikan ayam tadi dan tumis semua bawang serta halia yang
dimayang halus dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan semua sos tiram, sos cili , sos black
pepper , semua cili capsicum dan kacau semua semua bahan sehingga rata dan rasa dulu masinnya jika
kurang baru la ditambah garam .

AYAM GORENG KUNYIT


Bahan-bahan:
Isi ayam
Garam
Perasa
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Serbuk paprika
* Isi ayam dipotong kecil dan diperap bersama bahan-bahan di atas.
Bawang besar (potong wedges)
Cili hijau *
Cili merah * (* potong serong)
Cili padi
Tepung jagung
Cara:
Isi ayam diperap seketika.
Bila nak goreng, taburkan dgn sikit tepung jagung.
Ketepikan.
Goreng bawang besar & cili-cili.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
KERUTUP AYAM KELANTAN

Bahan-bahan:
1 ekor ayam saiz sederhana dipotong ikut suka
2 sudu besar rempah kerutup
kerisik dari RM1 kelapa parut
1/2 cawan santan pekat
sedikit air asam jawa
10-15 biji cili kering dikisar
7 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
sedikit halia dikisar
sedikit lengkuas dikisar
5 batang serai dititik

2 sudu besar ketumbar


sedikit gula melaka/manisan rempah tumis secukupnya
garam
Cara:
1. Campurkan bahan-bahan yang dikisar bersama ketumbar dan rempah kerutup untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis, pes kerutup dan serai yang dititik. Gaul sebati.
3. Bila bahan tumisan telah pecah minyak dan naik bau, masukkan ayam. Kacau sebati dan tambahkan
sedikit air. Masak hingga ayam empuk.
4. Setelah ayam empuk masukkan air asam jawa, garam dan manisan secukupnya. Kacau sebati.
5. Tambahkan dengan santan pekat dan kerisik. Gaul lagi hingga mesra. Angkat bila kuah memekat dan
ayam benar-benar empuk.

AYAM GORENG NASI KANDAR PENANG


4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu besar Tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2
(inci).
3 Tangkai daun kari dipotong halus.
1 Kg. Minyak untuk goreng.
Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis
bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan
masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam
bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria
yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang
putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut plastic wraper dan
Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini
masuk kedalam isi ayam.

2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama
serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan
kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur
sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian
sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan
menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk
pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas
dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu
minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak
dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus.
pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada
api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan
ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian
peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak
dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan
urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.
5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada
ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka
awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan. Jangan cepat putus
asa apabila mencuba resepi baruCuba dan mencuba.pasti anda akan berjaya
dan mahir dalam masakan

Resepi Ayam Goreng Ala KFC


Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap
Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa

secubit soda bikarbonat


1biji telur
Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masak dan hidangkan
Char Kuey Teow Penang Style
Bahan-bahan : (Char Kuey Teow)
500g kueyteow Jenis kecil (Penang style)
300g udang
200g kerang
150g taugeh
100g kucai
1 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu cili giling
4 sudu sos char kuey teow
3 biji telur
Air rebusan udang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan : (Kicap paste)
200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
250 ml air
4 biji bawang putih (dikisar)
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis
2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
Bahan-bahan : (Sampingan)
Cili jeruk
Cili Merah (dihiris)
Bawang Goreng

** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih.
Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja.
Cara-cara :
1) Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang
diketepikan dulu. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil
stoknya. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam
gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh
simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
2) Tumis bahan tumisan hingga bau wangi. Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos char kueyteow dan kacau. Masukkan udang & kerang dan Gaul sehingga rata.
Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak2 nak masak.
Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya
& perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat.
3) Hidangkan terus agar Char kuey Teow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.
Note :
- Paste ni seelok2nya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi
sodapp la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.
Nasi Paprik
Bahan-bahan:
ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara
1) Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2) Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan
masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.

4) Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan
limau kasturi.
Selamat Mencuba
RESEPI KUAH YONG TAU FU
KUAH HITAM
2 sd mkn taucu
2 sd mkn tpg jgung
2 sd mkn tpg gndum
3 sd mkn kicap pkat
3 sd mkn sos tiram
4-5 sd mkn gula
3 cwn air
Masukan semua dalam blender..
blender bagi taucu halus...
pas tu masak bagi mendidih sekejap..
KUAH MERAH
1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
1 sd mkn tpg gndum
1 sd mkn tpg jgung
4- 5 sd mkn gula
3 cwn air
1/4 sd mkn garam
Blender semua bhn kt atas bgi kcang halus..
3 sd mkn cili blend
Panaskan sikit myak...
tumis 2 bj bwang putih ketuk..
letak 3 sd mkn cili blend.. tggu kering..
masukan semua bhn dlm blender tdi.. masak sekejap bgi kuah agak pekat.. dlm 5 mnt..
Dh boleh mkn ngan apa2 bebola.. hot dog.. sayur..sotong kangkung.. dll..
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya..tabur bijan sangai ngan bwang goreng..

Rendang Ayam Dengan Pegaga


Ayam 1/2 ekor di potong kecil n di goreng
Cili api 15biji
Santan 1 kilo
Kunyit 2 inci
Serai 2 batang
Serai 6 batang di ketuk
Garam
asam keping 1
K ena suka goreng ayam lebih dahulu
Blender cili api, kunyit dan serai 2 batang hingga halus
tumis pastu masukkan ayam n santan..
Masukkan pegaga
Garam secukupnya dan sekeping asam keping masak hingga kering..
Chicken Black Pepper Kebab
Chicken breast 4 keping dihiris
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 4 ulas
Sos lada hitam secukupnya
Garam n sedikit gula
Capsicum dipotong dadu
Lettuce secukupnya
Tumis bawang besar n putih dlm olive oil..
Tunggu garing..masukkan ayam n kacau..tunggu hingga kering airnya
Masukkn garam, lada hitam..kacau lg..
Masukkn capsicum

Rendang Telur
Bahan:6 biji telor (direbus dan dibuang kulitnya)
2 sudu besar pes cili/cili kisar
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
*6 ulas bawang merah - hiris halus (ummi tumbuk bahan bertanda*)
*1 ulas bawang putih - hiris halus
*1 cm halia - hiris halus
2 batang serai - diketuk
3 cawan santan

1 keping asam gelugor


1 sudu besar kerisik
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan bawang merah.
Apabila telah layu, masukkan halia.
Kemudian masukkan pes cili dan tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana.
Masukkan gula dan kacau lagi.
Kemudian masukkan santan, asam keping, serai dan serbuk ketumbar.
Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala agar santan tidak berketul-ketul.
Apabila mendidih dan kuah agak pekat, masukkan telor rebus dan garam. Masak sebentar.
Akhir sekali masukkan kerisek, perlahankan api dan masak hingga kuah pekat dan naik minyak
lagi. Tutup api. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Ayam Popcorn Rangup
Selain digoreng, ia juga boleh dimasak menggunakan ketuhar.
BAHAN-BAHAN:
500 gm dada ayam | dipotong dadu
2 ulas bawang putih| dikisar
sudu teh garam
sudu the serbuk lada hitam
cawan tepung
2 cawan emping jagung | dikisar kasar
sudu teh paprika
sudu teh serbuk lada sulah
cawan mentega
2 biji telur | dipukul
3 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan
perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.
2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk
lada sulah. Gaul rata.

3. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.


4. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping
jagung tadi.
5. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.
6. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses
sehingga habis.
7. Toskan minyak dan sedia un tuk dihidangkan.
RESEPI AYAM PENYET

Bahan-bahan ( 6 orang )
Untuk Ayam:
1 ekor ayam potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air
rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik.
sudu besar Jintan Manis goreng tanpa minyak hingga naik bau
sudu besar Jintan Putih goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal:

Sedikit minyak masak


10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara
Untuk Ayam Penyet:
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga
halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2
cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak
tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal:
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk
sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut
citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal
dalam peti sejuk.
Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk sup:
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis,
bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup
semasa disajikan.
Untuk Nasi:
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga
menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS


Bahan-Bahan:1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong
2 biji tomato-belah 4
secekak daun kesom-agak2lah ya
1 btng bunga kantan-belah 2
1 btng serai- di ketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
Garam dan sedikit gula
5 batang kacang bendi

minyak utk menumis


Bahan Kisar:1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara:I01. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan
ketepikan dulu.
02. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau,
masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api
sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
03. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
04. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah tomato, bunga kantan, kacang bendi dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3
cawan lagi.
05. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing-masing ya.
06. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak
dengan api sederhana.
07. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

SAMBAL AYAM
Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 12 , dibersihkan dan dilumurkan dengan garam dan kunyit. Gorengkan dalam
minyak yang banyak. Jangan terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras!
Bahan untuk di kisar:
10 tangkai cili kering
4-5 tangkai lada merah
( kalau mahu lebih pedas boleh tambah 5-6 tangkai cili padi)
8 biji bawang merah
sebesar ibujari belacan
Bahan lain:
1 cawan air asam jawa
3 sdb gula putih
3 labu bawang besar dipotong panjang
minyak untuk menggoreng dan menumis
Caranya:
1. Tumis bahan2 yang dikisar.
2. Masukkan garam dan gula
3. Pastikan semuanya sudah naik minyak baru masukkan asam.
3. Bila asam sudah agak kering, masukkan bawang besar dan ayam.
4. Biarkan sebentar sebelum diangkat.
AYAM PAPRIK
Bahan-bahan:
4 ketul ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar

2 sudu makan cili sos


2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air
Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
Masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat,
boleh tambah sedikit lagi air).
Tutup api dan hidangkan
AYAM SOS HITAM MANIS
Bahan-bahan:
1.5 kg ayam
1 sdt garam
1 sdt serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam
1/2 cawan kicap
85 gm kismis hitam
1 cawan air asam jawa
gula secukupnya
2 helai daun pandan
sedikit nenas didadu
2 sudu besar daun ketumbar cincang
Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas

Cara:
1. Masukkan bahan-bahan kisar kedalam blender, dan blend kan sehingga halus.
2. Letakkan garam serta kunyit ke dalam ayam dan goreng sehingga perang warnanya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar serta kismis tadi sehingga wangi. Masukkan kicap pekat,
air asam jawa, gula dan daun pandan. Perasakan garam dan masak sehingga pekat.
4. Masukkan ayam goreng dan nenas. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Masukkan daun
ketumbar. Hidangkan bersama nasi panas.

RENDANG AYAM
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka
15 tangkai cili kering *
10 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 1/2 inci halia *
1 1/2 inci lengkuas *
6 batang serai *
1/2 inci kunyit hidup *
4 cawan santan pekat
4 sdb kerisik
2 helai daun kunyit dihiris halus
garam, gula serta serbuk perasa
Cara:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar terlebih dahulu.
2. Perapkan ayam bersama bahan-bahan giling selama 1 jam.
3. Panaskan kuali masukkan bahan perap tadi bersama santan dan masak sehingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, masukkan kerisik, garam serta perasa secukup rasa.
4. Masak hingga ayam empuk dan agak pekat. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan barulah
diangkat.
5. Sedap dimakan bersama ketupat palas.
AYAM MASAK MADU

Bahan-bahan:
500 gm ayam
3 sdb cili kisar
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sdb cili sos
3 sdb madu
1 sdt serbuk lada hitam
2 biji cili merah (saya letak cili hijau)-dihiris
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
Garam
air secukupnya
Cara:
1. Bahan yang bertanda * ditumbuk halus.
2. Ayam diletak garam kunyit, kemudian digoreng hingga warna keemasan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga berminyak. Kemudian masukkan cili kisar biarkan
sehingga cili masak.
4. Masukkan sos cili, madu dan sedikit air, biarkan mendidih.
5. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang besar dan hirisan cili. Gaul rata dan masak
hingga pekat. Rasakan, dan jika perlu masukkan garam. Baruah diangkat untuk dihidangkan.
RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong-potong
2 cawan air
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit - buang tulang tengahnya dan hiris halus
Garam
Bahan kisar:
Segenggam cili padi - kalau nak lebih pedas boleh tambah cili api
5 biji cili kering
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas

Cara:
Gaul ayam dan bahan kisar di dalam kuali. Masak hingga kering sedikit.
Masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga kuahnya kering dan berminyak.
Hidangkan.
RESEPI AYAM BLACK PEPPER
Bahan-bahannya :
5 ketul ayam
6 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia dihiris
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
beberapa biji cili padi - jika suka
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan perap :
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
Cara-caranya :
1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba
Silalah share yer dan jika ingin share, komen SAYA SHARE supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

You might also like