You are on page 1of 4

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA VI

CERAMAH BUDAYA GURU CEMERLANG


Disediakan oleh:

Khairunnisa Binti Bolhassan


Bahasa Melayu 3 SJKT Ambilan Januari 2013
920910-13-5054

Syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, pada tanggal 5
Oktober 2015, saya dan ahli kumpulan PISMP Bahasa Melayu 3/SJKT seramai 25 orang
dapat menjayakan Program Bina Insan Guru fasa enam pada Semester enam ini di Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB). Pada isnin yang lepas, semua guru pelatih
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

ambilan Januari 2013 telah

menganjurkan program Seminar dan Ceramah Budaya Guru Cemerlang yang dibahagikan
kepada tiga sesi. Untuk fasa yang keenam ini, kami dikehendaki untuk mengadakan
program Seminar dan Ceramah Budaya Guru Cemerlang. Bagi sesi pertama program
Seminar dan Ceramah Budaya Guru Cemerlang, kami telah bekerjasama dengan 11 buah
kelas yang lain untuk menjayakan program ini. Kelas kami, Bahasa Melayu 3 (SJKT) telah
diberi tanggungjawab bertugas semasa perarakan masuk para VIP dan juga tetamu
jemputan. Program ini bermula jam 7.45 pagi sehingga 5.00 petang. Majlis ini telah
dirasmikan oleh Tuan Haji Zahran Bin Mahmood selaku wakil kepada Yang Berbahagia
Tuan Haji Hashim Bin Deraman.
Bagi sesi yang pertama iaitu ceramah budaya guru cemerlang daripada pensyarah
disampaikan oleh Tuan Haji Ali Bin Che Awang Teh iaitu pensyarah daripada Jabatan Ilmu
Pendidikan (JIP). Dalam ceramah ini, saya memperolehi pengalaman yang agak berbeza
kerana program ini agak santai dan tenang. Pensyarah memberi ceramah serta berkongsi
pengalaman sebagai seorang guru cemerlang sewaktu bertugas sebagai seorang guru
dahulu. Seminar ini mengambil masa kira-kira satu jam, iaitu dari pukul 9.30 pagi sehingga
pukul 10.30 pagi. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan seminar ini, kerana saya
yakin dan percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan
mendalam bagi saya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat
dan perolehi daripada seminar ini. Saya sedar bahawa perlaksanaan bengkel budaya guru
cemerlang ini bermatlamat untuk melahirkan guru yang mempunyai kemantapan akhlak,
nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta memiliki aura
keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Falsafah Pendidikan Guru.
Terdapat banyak kebaikan yang dipeolehi melalui perkongsian daripada Tuan Haji Ali
Bin Che Awang Teh yang memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai
seorang bakal guru yang bakal berdepan dengan pelbagai cabaran yang semakin mencabar

dalam banyak aspek. Antaranya ialah, bagaimana ciri-ciri seorang guru yang cemerlang.
Yang utamanya seorang guru cemerlang ialah seorang bakal guru yang mempunyai peribadi
yang baik. Tuan Haji Ali Bin Che Awang Teh juga banyak menegaskan bahawa untuk
menjadi seorang guru yang cemerlang, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk tentang kelebihan
yang ada dalam diri kita kepada semua. Perkara yang paling penting ialah melaksanakan
setiap amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Itu merupakan bukti kita adalah
seorang guru yang cemerlang. Selain itu, input yang saya dapat hasil daripada seminar ini
ialah dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang semakin kompetitif pada hari ini, guru
hendaklah rajin berusaha membuat perubahan demi masa hadapan murid-murid di samping
perlu berani mengambil pendekatan levelling up, iaitu berusaha sedaya upaya untuk
meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu isi
pelajaran sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik dan dapat pula
mengaplikasikannya dalam kehidupan harian dengan jayanya.
Seterusnya, untuk sesi yang kedua bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 1 petang.
Bengkel ini pula ialah, Bengkel Professional Bersama Guru Cemerlang. Bagi sesi seminar
yang kedua ini, kami telah dipecahkan mengikut opsyen masing-masing. Opsyen Bahasa
Melayu iaitu gabungan ketiga-tiga kelas iaitu, Bahasa Melayu (SK), Bahasa Melayu (SJKC),
dan Bahasa Melayu (SJKT) telah menjemput seorang guru cemerlang bahasa Melayu iaitu
Haji Zakaria Bin Mohd Yusoff. Beliau merupakan seorang guru cemerlang yang bertugas di
Sekolah Kebangsaan Tanjung Mas, Kelantn. Sama juga seperti sesi yang pertama tadi,
melalui Haji Zakaria Bin Mohd Yusoff, saya banyak mendpat input-input berguna sebagai
panduan bagi saya untuk mencapai tahap guru cemerlang yang diiktiraf. Antara input
menarik yang saya dapat ialah sebagai seorang guru, saya perlu mempunyai strategistrategi tertentu untuk meningkatkan mutu pengajaran bahasa Melayu termasuklah
menjalankan kajian tindakan dari semasa ke semasa demi mencari kaedah dan dan teknik
yang paling bersesuaian dalam membantu murid menguasai sesuatu tajuk pelajaran yang
dirasakan sukar difahami dan diingati oleh para murid. Dengan menyediakan suatu teknik
yang mudah difahami oleh mereka ia dapat meningkatkan kefahaman murid di samping
membantu memotivasikan murid dan saya sendiri dalam usaha meningkatkan kuliti
pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.
Bagi sesi yang ketiga pula, iaitu sesi bengkel refleksi bersama tutor. Setiap kelas
bersama mentor masing-masing mengadakan sesi refleksi berkenaan dengan dua sesi
ceramah sebelum ini iaitu bersama pensyarah cemerlang dan guru cemerlang. Kelas kami
bersama dengan Encik Roslan Bin Abdul Wahid, iaitu mentor kami berbincang semula
tentang apa yang kami dapat hasil daripada bengkel-bengkel yang telah diadakan. Bagi diri
saya, saya dapat mencapai objektif program Bina Insan Guru ini, antaranya membina jati diri
guru yang bercirikan profesionalisme yang tinggi serta mempamerkan daya ketahanan dan

kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Kemudian, dapat membina kemahiran
berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks seterusnya berupaya
membuat keputusan dan bertindak dengan sewajarnya. Di samping itu, dengan adanya
program ini saya telah membentuk, memupuk serta melahirkan diri sebagai guru yang
berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri
dan kualiti sahsiah yang terpuji. Justeru itu, saya sangat bersyukur kerana telah melalui
program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal
diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang
pendidik yang berkarisma tinggi dan mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Saya secara tidak langsung telah dapat mencapai matlamat peribadi saya iaitu, saya dapat
mengetahui langkah-langkah yang betul tentang cara menjadi seorang guru cemerlang yang
diiktiraf. Saya berharap dengan adanya pengalaman seperti ini, saya dapat kongsi kan
kepada anak-anak murid saya kelak. Saya juga saya bawa pengalaman berharga ini ke
mana-mana sahaja sepanjang perjalanan saya sebagai seorang pendidik anak bangsa.
Kekurangan yang saya kesan semasa program ini berlangsung ialah, sikap guru
pelatih yang tidak menepati masa menyebabkan sesi bengkel bermula agak lewat daripada
jadual asal. Perkara ini berlaku terutamanya semasa sesi yang kedua iaitu pada jam 11
pagi. Oleh kerana, masa sebelum itu ialah rehat, guru pelatih mengambil masa agak lama
untuk kembali ke dewan. Penambahbaikan yang dapat saya cadangkan ialah, guru pelatih
hendaklah lebih peka dengan masa yang telah ditetapkan. Hal ini supaya, program yang
dijalankan dapat bermula pada waktu yang ditetapkan dan sekaligus memudahkan pihak
pengurusan. Guru pelatih juga hendaklah sedar akan disiplin yang sepatutnya diamalkan
oleh seorang bakal guru. Perkara ini hendaklah diambil kira secara serius kerana tanpa
keselesaan, pelajar mahupun pensyarah tidak dapat menjalankan program dengan baik.
Kesimpulannya, dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu
yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat
menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menjadikan
seorang guru lebih berilmu dan berpengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, segala aktiviti yang
dijalankan

juga

telah

memberi

input-input

yang

berguna

di

mana

saya

dapat

mengaplikasikan perkara yang positif pada masa akan datang terutamanya apabila ingin
menjadi seorang guru. Saya haruslah mendidik murid-murid ke arah perkara yang positif,
mendidik untuk melahirkan murid yang berjaya dan menjadi pemimpin pada masa akan
datang. Saya berharap akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai
matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, terima kasih.

You might also like