You are on page 1of 2

Unit 3

Membina Keluarga Bahagia


1. Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap orang.
2. Keluarga bahagia ialah keluarga yang hidup dengan sejahtera dan harmoni.
3. Tugas mewujudkan keluarga bahagia bukanlah tugas ibu atau ayah sahaja,
tetapi menjadi
tanggungjawab seluruh anggota keluarga.
4. Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia: (a) setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi;
(b) menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan
amanah;
(c) menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab;
(d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;
(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;
(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah;
(g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahli keluarga;
(h) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga;
(i) mengambil berat akan hal dan masalah setiap ahli
keluarga;
(j)

mengamalkan sikap hormat-menghormati, beradab, sopan dan sebagainya.

5. Kita juga hendaklah menghargai setiap ahli keluarga kita.


Antara cara-cara menghargai ahli keluarga termasuklah:(a) meraikan hari-hari istimewa mereka seperti hari jadi, ulang tahun
perkahwinan, dan sebagainya.
Cara-cara meraikan hari istimewa mereka:
i. mengingati hari-hari istimewa mereka dengan memberikan ucapan;
ii. mengadakan sesuatu majlis untuk meraikan hari tersebut, contohnya seperti
mengadakan
majlis hari jadi;
iii. memberi hadiah atau kad ucapan selamat.

(b) mendengar pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga, meskipun dia
hanyalah adik kita;
(c)memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga jika mereka menghadapi
masalah atau jika
mereka menyertai sebarang pertandingan dan persembahan.
6. Kita hendaklah sanggup bersama dengan ahli keluarga ketika waktu susah
dan senang.
7. Selain itu, kita janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah. Jasa mereka tidak
ternilai harganya dan
tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.
8. Antara cara-cara membalas jasa ibu bapa:(a) menghormati mereka;
(b) mentaati ibu bapa;
5
(c) belajar bersungguh-sungguh;
(d) melakukan perkara yang berfaedah dan berjaya dalam hidup;- kejayaan
anak-anak adalah
kebahagiaan bagi ibu bapa.
(e) menjaga mereka apabila mereka telah tua;
(f) menjaga mamah diri dan keluarga.
9. Sayangi mereka dan jagalah mereka selagi hayat mereka dikandung badan.
Orang yang
menghormati dan menyayangi ibu bapanya akan mendapat kebahagiaan di
dunia dan di akhirat.

You might also like