You are on page 1of 11

Sosiologi Pendidikan

DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

Pendidikan Pelbagai Budaya dalam


Sistem Pendidikan di Malaysia
Azwani Ismail
Zahara Aziz
Pendahuluan
Pada peringkat awal pendidikan pelbagai budaya telah dibahas dan diperdebatkan di Amerika
Syarikat dan negara-negara
Eropah Barat pada tahun 1960-an oleh gerakan yang
memperjuangkan untuk menuntut hak-hak sivil (civil right movement). Tujuan utama gerakan
ini adalah untuk mengurangkan diskriminasi yang dilakukan oleh kumpulan majoriti terhadap
kumpulan minoriti di tempat awam, rumah, tempat kerja, dan pusat pendidikan,. Selama itu, di
Amerika dan negara-negara Eropah Barat hanya terdapat satu kebudayaan sahaja, iaitu
kebudayaan kulit putih yang Kristian. Menurut bertitik tolak dari hal ini, pada tahun 1970-an
lahirlah program dan kursus pendidikan yang menekankan kepada aspek-aspek yang
berhubungan dengan etnik dan kepelbagaian budaya atau cultural diversity (Banks, 1989).
Alasan lain yang berlatar belakangkan kepada pendidikan pelbagai budaya ialah kewujudan
masyarakat dengan individu-individu yang pelbagai latar belakang bahasa dan kebangsaan
suku, agama, gender, dan kelas sosial. Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat
tersebut memberi kesan kepada kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi
pendidikan (Banks, 1989). Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan juga
terdiri daripada pelajar yang memiliki beragam latar belakang agama, etnik, bahasa, dan
budaya. Pendidikan pelbagai budaya merupakan pendidikan khas di negara Barat yang
memprktikkan pendidikan pelbagai budaya seperti Kanada, Amerika, Jerman, dan Inggeris.
Ada beberapa nama dan istilah lain yang digunakan untuk menunjuk kepada pendidikan
pelbagai budaya. Antaranya ialah: intercultural education, interetnic education, transcultural
education, multietnic education, dan cross-cultural education (Saha, 1997).
Definisi Pendidikan Pelbagai Budaya
Menurut Saha (1997) pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang
melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri
ras. Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.
Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan
kesedaran, toleransi,
pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya
dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
Banks (1989) yang merupakan penntis pendidikan pelbagai budaya pula berpendapat
pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses.
Pertama, dari aspek konsepnya, pendidikan pelbagai budaya boleh difahami sebagai idea yang
melihat semua pelajar mempunyai hak yang sarna untuk belajar di dalam kelas tanpa

38

Sosiologi Pendidikan

OP. Jilid 9, Bil. 2/2009

membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain. Kedua, dari aspek
gerakan pula, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah
sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum,
kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar. Perubahan yang
dilakukan tidak hanya terbatas kepada kurikulum tetapi juga aspek lain seperti metodologi,
strategi, pengurusan pembelajaran, dan sekolah itu sendiri. Ketiga, dari aspek proses pula,
pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar
kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar. Kesamarataan pendidikan, seperti
kemerdekaan dan keadilan tidak mudah dicapai, oleh itu proses tersebut mesti berlangsung
secara berterusan.
Pendidikan pelbagai budaya sebenamya merupakan sikap "peduli" dan mahu memahami
perbezaan atau memberi perakuan politik terhadap kelompok minoriti. Dalam konteks itu,
pendidikan pelbagai budaya melihat masyarakat secara lebih luas dan kepelbagaian ini adalah
satu kekuatan dan peluang untuk kemajuan dan kemakmuran negara (Abdullah Aly, 2003).
Teori Sosial Tentang

Pendidikan

Pelbagai Budaya

Kewujudan pendidikan pelbagai budaya juga adalah kerana adanya tiga teori sosial yang dapat
menjelaskan hubungan antara individu dalam masyarakat dengan pelbagai latar belakang
agama, etnik, bahasa, dan budaya. Menurut Garcia (1982 dalam Abdullah Aly, 2004) ketigatiga teori sosial tersebut ialah Melting Pot J: Anglo Conformity, Melting Pot JJ: Ethnic
Synthesis, dan Cultural Pluralism: Mosaic Analogy. Teori sosial ini juga dikenali teori
masyarakat majmuk (communal theory).
Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity, berpandangan bahawa masyarakat yang terdiri
daripada individu yang pelbagai latar belakang dari segi agama, etnik, bahasa, dan budaya
harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan. Teori ini melihat individu dalam
masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agania penduduk majoriti maka
kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti. Begitu juga halnya dengan
aspek kebudayaan dan cara hidup lain golongan minoriti perlu mengikut golongan majoriti.
Teori ini hanya memberi hak kepada golongan majoriti menunjukkan identiti masing-masing
yang merangkumi aspek agama, etnik, bahasa, dan budaya sedangkan kumpulan lain dinafikan
hak mereka. Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi.
Oleh kerana teori pertama tidak demokratik, maka muncullah teori kedua, iaitu Melting Pot
11: Ethnic Synthesis. Teori yang dipopularkan oleh Israel Zangwill ini melihat bahawa setiap
individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah,
dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang
dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut. Identiti agama, etnik, bahasa, dan
budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru,
lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal. Dalam konteks Malaysia yang mempunyai
pelbagai jenis kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut dan banyak lagi ,

39

Sosiologi Pendidikan

DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

adalah jelas teori ini amat tidak sesuai. Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya
mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang
sebahagian unsur budaya yang lain. Tilaar (2004) juga menolak teori ini kerana melting pot
secara tidak langsung memberikan penekanan dan pemaksaan kepada percampuran ciri-ciri
budaya agar dapat dibentuk identiti masyarakat yang benar-benar baharu seperti yang
dikehendaki oleh pihak yang dominan atau pemerintah.
Oleh kerana kedua-dua teori di atas tidak demokratik, maka kemunculan teori ketiga, iaitu
Cultural Pluralism (Mosaic Analogy). Teori yang dikembangkan
oleh Berkson ini
berpandangan bahawa masyarakat yang terdiri daripada individu yang terdiri dari pelbagai
kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki
hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik.
Malah keindahan Mosaic Analogy diungkap oleh Rick (2008), iaitu:
" ... the tiles come together to create the image of America. A dynamic image that changes and
grows with time. Each tile takes its place in the mosaic. Even those that go unnoticed
contribute to the complex beauty of the picture ..."
Teori ini sarna sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya
kelompok minoriti. Apabila dalam suatu masyarakat terdapat individu yang menganut agama
Islam, Kristian, Hindu,dan Buddha, maka semua penganut agama diberi peluang untuk
menonjoikan identiti agama masing-masing.
Teori ini juga sealiran dengan perjanjian
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berdasarkan Universal Declaration of Human Rights "...
Article 27 of the 1966 International Covenant on Civil and Political Rights which states that:
In those States in which ethnic, religious or linguistic minorities exist, persons belonging to
such minorities should not be denied the right, in community with the other members of their
group, to enjoy their own culture, to profess and practice their own religion, or to use their
own language ... "
Banks (1989) yakin bahawa sebahagian daripada pendidikan lebih mengarah pada mengajar
cara berfikir daripada perkara yang difikirkan. Beliau menjelaskan bahawa pelajar harus diajar
memahami
semua jenis pengetahuan,
aktif membincangkan
pembinaan
pengetahuan
(knowledge construction) dan interpretasi yang pelbagai. Pelajar yang baik adalah pelajar yang
selalu mempelajari semua pengetahuan dan turut serta secara aktif dalam membicarakan
pembinaan pengetahuan. Pelajar juga perlu disedarkan bahawa dalam pengetahuan yang
diterima itu terdapat beraneka ragam interpretasi yang ditentukan oleh kepentingan masingmasing.
Dasar Pendidikan

Pelbagai Budaya Di Malaysia

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hendaklah disatukan di bawah satu
wadah dan bumbung pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya. Hal ini adalah untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat. Semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia harus
memahami dan menghormati budaya bangsa lain bagi mewujudkan suasana yang harmoni.

40

Sosiologi Pendidikan

DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

untuk mencapai matlamat ini, pendidikan pelbagai budaya hendaklah dikembangkan


institusi pendidikan di negara ini.

di dalam

Sebenarnya pendidikan pelbagai budaya ini bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di
Malaysia, Prinsip ini telah ditegaskan sejak Laporan Barnes (1951), Laporan Fen- Wu (1951)
dan ordinan Pendidikan
1952. Laporan Barnes (1951)mengesyorkan
agar, "matlamat
pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangs a yang berasaskan pelbagai kaum"/
Manakala, Laporan Fen-Wu (1951) pula menyatakan "dasar pendidikan Malaya hendaklah
ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya ... menyediakan kanak-kanak untuk
menempuh segal a bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat
Malaya." Sementara itu, dalam Ordinan Pendidikan 1952 telah dinyatakan bahawa, "matlarnat
pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak
kebangsaan ... dengan berorientasikan kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak semua
kaum ... dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris ... di
samping bahasa ibunda di sekolah vernakular Cina dan Tamil".
Hasil daripada Laporan Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dibentuk dan
kemudiannya Kementerian Pelajaran telah mengemukakan Akta Pendidikan 1961. Dalam
Akta tersebut telah dinyatakan dengan jelas prinsip yang berkaitan dengan pendidikan
pelbagai budaya khususnya menerusi Perkara (v), iaitu " ... sistem pendidikan itu menepati
prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang
kaum, agama dan budaya ... atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik
masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara ini."
Akta Pendidikan 1961 sememangnya memberikan tempat kepada pendidikan pelbagai budaya
bagi memenuhi keperluan negara. Melalui mata pelajaran Tatarakyat yang kemudiannya
ditukarkan kepada Sivik, pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak unsur-unsur kebudayaan
yang berkaitan dengan bahasa Melayu, raja-raja Melayu dan istiadatnya, di samping
kehidupan sosial masyarakat tempatan yang lain (Adnan Kamis, 1993).
Pendidikan Pelbagai Budaya dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan kembali Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (PSK) pada tahun 2005 adalah amat tepat pada masanya. Malah tema-tema
yang mengambil kira keperluan kepelbagaian kaum di negara ini turut ditampilkan.
Contohnya tema 3 iaitu Hidup Bermasyarakat dan tema 4 Warisan Kepelbagaian Budaya
Malaysia. Kedua-dua tema ini menampilkan topik-topik yang begitu 'dekat di hati' dan
mengambil kira kepelbagaian budaya dan cara hidup rakyat Malaysia. Objektif Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) adalah untuk melahirkan pelajar yang boleh memahami
pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia bagi mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu, pas tiny a akan tercapai jika guru-guru dapat melaksanakannya
melalui
pendekatan pendidikan pelbagai budaya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Banks (2007) " ...
we need to think about transforming the curriculum to educate kids for the 21st century,
because we need to learn to live together to get along together in a shrinking, changing world

41

Sosiologi Pendidikan

DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

Pendekatan pendidikan pelbagai budaya dalam pengajaran PSK adalah sesuai kerana objektif
pengajaran pendidikan pelbagai budaya mengikut Tiedt dan Tiedt (2005). Pertama, untuk
membina identiti pelajar sebagai individu yang bersesuaian
sehingga mereka dapat
memberikan sumbangan kepada kejayaan program pengajaran dan mempunyai motivasi untuk
membaiki kesalahan-kesalahan yang berlaku (maksudnya adalah kesalahan persepsi tentang
budaya, prejudis dan sebagainya). Kedua, untuk menghargai perbezaan pendapat dan
memahami bahawa perbezaan tersebut meningkatkan kemampuan pelajar untuk membuat
keputusan dalam masa yang berbeza. Ketiga, untuk memahami
wujudnya pandangan
yang
berbeza
dan menyedari
faktor-faktor,
yang mempengaruhi pandangan seseorang.
Keempat, untuk mempelajari warisan budaya diri mereka sendiri dan juga orang lain tanpa
meletakkan stigma budaya orang lain. Kelima, untuk menjayakan pemikiran global dan
memahami kebergantungan antara sesama manusia. Keenam, untuk mengenal dan menerima
tanggungjawab sebagai warganegara dalam sistem masyarakat yang majmuk.
Subjek PSK sebenamya adalah batu loncatan yang amat baik
yang lebih sensitif dan terbuka kepada pandangan kaum lain.
penerapan pendidikan pelbagai budaya ini akan membolehkan
diri mereka berdasarkan budaya masing-masing. Pada masa
untuk membina pengetahuan dan kemahiran mengenai budaya

bagi membentuk generasi baru


Malah mengikut Banks (2007)
para pelajar mengekalkan jati
yang sarna menolong mereka
masyarakat lain.

Manusia yang dididik mempunyai


tabiinya, iaitu sentiasa tumbuh dan membesar.
Pertumbuhan ini berlangsung dalam alam sekeliling yang tertentu dengan mempunyai
perbezaan dari segi lokasi, masa dan situasi. Dalam interaksi dengan persekitaran inilah kanak
-kanak mempelajari sesuatu tingkah laku dengan meniru perlakuan daripada lingkungannya
dan akhimya individu tersebut mampu pula membentuk corak kelakuan dan budaya hidup
yang kompleks. Apabila berhadapan dengan pertentangan antara tuntutan persekitaran dengan
kehendak individu, maka proses belajar akan membantu individu tersebut membina dan
mempertingkatkan
kecerdasan demi kebaikan diri dan masyarakatnya (Samsudin Suhaili,
2008).
Interaksi sosial harus disemai pada peringkat kanak-kanak lagi dan sekolah menjadi tempat
yang paling sesuai untuk memupuk semangat perpaduan. Sekolah berfungsi sebagai tapak asas
yang dapat memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak dari pelbagai etnik untuk
berinteraksi dan saling mengenal. Sekolah merupakan tempat kanak-kanak berpeluang belajar
secara bersama, bermain, mencari kawan baru, membina persefahaman serta perasaan
persaudaraan dengan murid-murid lain, sarna ada dengan rakan sebangsa mahupun berbangsa
lain. Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai temp at memperoleh ilmu dan kemahiran tetapi
sebagai tempat mengalami penyesuaian, tolak an sur dan pemupukan nilai-nilai murni sejagat.
Pada amnya boleh dikatakan bahawa pnnsip pendidikan pelbagai budaya telah diperakui
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kesemua peringkat pendidikan baik peringkat sekolah
rendah, menengah atau pengajian tinggi, aspek dan keperluan budaya, ekonomi, agama, sosial,

42

Sosiologi Pendidikan

DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

politik, kaum dan etnik yang rencam dalam masyarakat majmuk Malaysia perlu diambil kira
untuk diterapkan dalam diri pelajar.
Kepelbagaian ini seharusnya diurus dengan baik kerana konflik yang berlaku pada 13 Mei
1969 boleh berulang kembali ekoran sifat masyarakat yang heterogen. Dengan pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru (DEB), penerapan Rukun Negara ke dalam sistem pendidikan di
sekolah, dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK), Kefahaman dan amalan pelbagai budaya
di negara ini kian diperkukuhkan dengan beberapa ketetapan. Sebagai contoh, walaupun DKK
memberikan keutamaan kepada unsur-unsur budaya rakyat setempat dan ajaran Islam, namun
kepelbagaian budaya lain turut diberi perhatian dan diterima dengan terbuka. Perlu diambil
perhatian bahawa dasar ini turut menegaskan ciri dan amalan kaum lain akan diterima sebagai
elemen budaya kebangsaan selagi ia tidak bercanggah dengan ciri adat setempat dan ajaran
Islam. Seterusnya, pengenalan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada
1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989 yang dikuti dengan
Wawasan 2020 telah memakmurkan
Malaysia dengan aspek dan prinsip perpaduan dalam
kemajmukan kaum tetap menjadi isu utama.
Menurut Al-Qadrie (2005 dalam Agus Rifai, 2007), pelbagai konflik sosial telah berlaku
sehingga menimbulkan suasana yang tidak harmoni adalah kerana kita sebagai ahli dalam
masyarakat yang berbilang kaum tidak mahu menerima dan menghargai perbezaan tersebut.
Pendapat beliau juga disokong Agus Rifai (2007) yang menyatakan bahawa konflik-konflik
dalam masyarakat sering terjadi seiring dengan ketidakmahuan anggota masyarakat untuk
cuba memahami dan menghargai kepelbagaian ini. Maka terjadilah peristiwa di BosniaHerzegovina, Kosovo, Rwanda. Di Malaysia Peristiwa 13 Mei dan Kampung Medan telah
mencatatkan memori pahit dalam lipatan sejarah negara kita.
Dalam konteks ini, jalan terbaik untuk mencegah atau meminimumkan
konflik maka
disarankan pendidikan pelbagai budaya hendaklah dikembangkan di Malaysia. Pendidikan
pelbagai budaya adalah pendidikan as as bagi seluruh sistem pengajaran dan pembelajaran dan
juga pendidikan menengah. Pelajar-pelajar akan memahami makna perbezaan-perbezaan antara
dirinya dengan orang lain (mengikut etnik, agama, jantina, dan sebagainya). Hal ini selari
dengan pendapat Tun Abdul Razak iaitu perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara
dapat disalurkan untuk memajukan negara digunakan untuk menyelesaikan masalah yang
wujud daripada kepelbagaian.
Walaupun pendidikan pelbagai budaya boleh meningkatkan perpaduan di kalangan pelajar,
tetapi pendekatan ini kurang dijalankan oleh para pendidik di Malaysia. Najeemah (2003)
telah menjalankan kajian mengenai tahap pengamalan pendidikan pelbagai budaya di
kalangan guru di sekolah menengah di Kedah. Kajian ini melibatkan sejumlah 110 orang guru
telah terlibat dalam penyelidikan. Sampel itu termasuk 60 Orang Melayu, 30 Orang Cina dan
20 Orang India; 60 orang wanita dan 50 orang lelaki.

43

Sosiologi Pendidikan

Beliau mendapati
budaya iaitu :

DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

empat sebab utama guru-guru

tidak mengamalkan

pendidikan

pelbagai

1.

guru-guru tidak tahu atau memahami maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.

2.

guru tidak
berkesan.

3.

guru-guru tidak bermotivasi


pelbagai budaya.

4.

guru-guru tidak menyedari mereka mempunyai


melaksanakan pendidikan pelbagai budaya.

tahu cara untuk

menggunakan

pendidikan

bagi mempelajari

pelbagai

budaya

secara

cara yang berkesan bagi pendidikan


tanggungjawab

yang besar dalam

Walaupun kajian tahun 2003 ini menunjukkan guru-guru tidak mengamalkan pendidikan
pelbagai budaya, namun dengan perkembangan mutakhir di dalam negara kita ini yang
menunjukkan bibit-bibit perpecahan sedang melanda, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
harus mengambil tindakan segera dengan memperkembangkan pendidikan pelbagai budaya
ini. Banyak manfaat yang akan dipelajari oleh generasi pelapis negara ini, jika pendekatan
pengajaran pelbagai budaya diajar dan ditekankan di dalam kurikulum di sekolah.
Tiedt dan Tiedt (2005) juga telah menyarankan
keberkesanan pengajaran pelbagai budaya :

lapan prinsip

bagi memaksimumkan

1.

pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan as as untuk semua pelajar untuk


menyediakan mereka bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan
dunia masa sekarang.

2.

pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.

3.

pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif.

4.

populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai


pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.

5.

pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya
mereka ke dalam bilik darjah.

6.

pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak satu pun kaedah
pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar.

7.

pengajaran pendidikan pelbagai budaya


apabila menggunakan kaedah kuliah.

8.

pendidikan pelbagai
kesamarataan.

budaya

berasas

akan mengarah

adalah berpusatkan

kepada

prinsip:

pelajar,

penghargaan,

kepada

tidak sesuai
empati

dan

Pendapat ini juga seal iran dengan pandangan Bennett (2003) iaitu:
" ...Cultural differences also bring about some new issues. Teachers that
misunderstand a student's cultural behavioral style may underestimate that student's
intellectual potential and unknowingly misplace, mislabel and mistreat them. The

44

Sosiologi Pendidikan

DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

focus should be on how students learn rather than assuming whether or not they are
capable of learning ... "
Malah mengikut Banks
(1989) guru-guru mestilah mempunyai
menjamin keberkesanan pendidikan pelbagai budaya ini iaitu:

ciri-ciri

berikut

1.

sensitifterhadap

tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.

2.

sensitifterhadap

kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.

3.

menggunakan
meningkatkan

teknik
pembelajaran
secara
berkumpulan
integrasi etnik dalam pembelajaran.

Banks (2008) juga menggambarkan

(koperatit)

untuk

untuk

5 dimensi pendidikan pelbagai budaya iaitu:

I.

content integration, mengintegrasikan


berbagai budaya dan kelompok untuk
mengilustrasikan konsep mendasar, generalisasi dan teori dalam mata pelajaranl
disiplin ilmu.

2.

the knowledge construction process, membawa pelajar untuk memahami


budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.

3.

an equity pedagogy, menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para


pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari
segi ras, budaya ataupun sosial.

4.

prejudice reduction, mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan
menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi
mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.

5.

an empowering school Culture and Social Structure iaitu melatih kelompok untuk
menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang
berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan
struktur masyarakat.

implikasi

Najeemah (2007) juga menekankan tiga sikap guru yang perlu ada pada setiap guru yang
terlibat dalam pendidikan pelbagai budaya iaitu:
1.

guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka pada pemeriksaan kendiri
yang berterusan.

2.

guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai
dan tingkah laku.

3.

guru mestilah menganggap bahawa orientasi pelbagai budaya memberi manfaat


kepada mereka. Orientasi pelbagai budaya membantu guru dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam masyarakat majmuk. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat
memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.

Malah Schlosser (1992) dalam penulisan jurnal "Teacher distance and student disengagement:
School lives on the margin" juga menyarankan pengajaran yang berkesan bagi kelas pelbagai
budaya ialah memerlukan strategi seorang guru yang sensitif terhadap budaya pelajarnya. lsi
kandungan pelajaran juga memberi peluang yang sama rata kepada setiap individu bagi
mencapai kejayaan akademik pelajar. Guru perlu memberi kesedaran kepada pelajar untuk

45

Sosiologl Pendidikan

menghormati
dunia ini.

DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

budaya kaum lain dan tidak menganggap

budaya kita sahaja yang terbaik di

Penny et al. (2000 dalam Sunita Sharmai, 2005) telah mengutarakan sembi Ian pendekatan
untuk diikuti oleh guru dalam menyediakan pendidikan pelbagai budaya iaitu:
I.

menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian


termasuklah kemah iran as as dengan menggunakan
dan sesuai dengan latar belakang pelajar.

akademik dalam semua bidang


bahan pengajaran yang sensitif

2.

memberi perhatian kepada suara hati pelajar.

3.

komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah di
analisa untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.

4.

cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan
mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.

5.

pendidikan
formal.

pelbagai

budaya

hendaklah

6.

pendidikan
peringkat.

pelbagai

budaya

mesti memberi

7.

pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar untuk berfikir secara kreatif dengan
memberi kebebasan untuk bertanya .

8.

memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum lain.

9.

pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan

dimasukkan

ke dalam kurikulum

kesan kepada

kurikulum

secara

di setiap

masyarakat sebagai sumber.

Daripada perbincangan di atas menunjukkan pendekatan tersebut adalah penting dalam


pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Terutamanya cadangan yang kelima iaitu
pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.
Perkara ini adalah am at perlu memandangkan pelajar-pelajar di Malaysia terdiri daripada
pelbagai etnik. Pihak Kementerian Pelajaran
harus memberi perhatian kepada pendidikan
pelbagai budaya ini dan memastikan ia dilaksanakan oleh para guru di Malaysia. Kejayaan
pelaksanaan pendidikan pelbagai budaya ini akan meningkatkan perhubungan etnik dan
seterusnya menyatupadukan para pelajar di Malaysia.
Kesimpulan
Pendidikan pelbagai budaya adalah satu proses untuk membentuk cara hidup yang
menghormati dan bertoleransi terhadap kepelbagaian budaya yang hidup di tengah-tengah
masyarakat yang berbilang kaum. Melalui pendidikan pelbagai budaya, diharapkan boleh
memecahkan pandangan yang telah sebati di dalam pemikiran bagi menghadapi konflik sosial
sehingga membentuk kesatuan bangsa yang tidak mudah patah dan retak. Pendidikan pelbagai
budaya bukanlah untuk menghilangkan
perbezaan tapi meraikannya,
menghilangkan
prasangka, menimbulkan
dialog, men genal perbezaan sehingga timbulnya rasa saling
menghargai.
Dalam konteks Malaysia, yang masyarakatnya

46

berbilang kaum, pendidikan pelbagai budaya

Sosiologi Pendidikan

DP. Jifid 9, Bil. 2/2009

adalah strategi terbaik untuk mengendalikan kepelbagaian secara kreatif. Pendidikan Pelbagai
Budaya adalah amat penting dan tepat pada masanya untuk diaplikasikan di dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Diharapkan konflik yang muncul dari transformasi dan reformasi
so sial dapat dikelolakan secara bijaksana bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk
semua rakyat Malaysia.

Rujukan
Abdullah Aly (2003). Menggasas pendidikan Islam multikultural di Indonesia. Jurnal Ishraqi
2(1): 60-73.
Adnan Kamis (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
balas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

: Pandangan

Agus Rifai (2007). Perpustakaan dan pendidikan multikulturalisme.


(2): 37-42.

Media pustakawan

Banks, J. A., & Cherry A., McGee (1989). Multicultural


Boston: Allyn and Bacon Press.

dan maklum
I

education: Issues and perspectives.

Banks, J. A. (1995). Handbook of research on multicultural education. New York: McMillan


Publishing.
Banks, J. A. (1997). Educating
College Press.

citizens

Banks, J. A. (2007). An Introduction


Bacon Press.

in a multicultural

to multicultural

Bennett, C. 1. (2003). Comprehensive multicultural


Boston: Allyn and Bacon Press.

society. New York: Teachers

education. Edisi, 4. Boston: Allyn and

education: Theory and practice. Edisi, 5.

Najeemah Md. Yusof. (2005). Multicultural education practice among teachers in national
secondary schools: A case study in Kedah. 20: 97-111. Jurnal Pendidik dan
Pendidikan
Najeemah Md. Yusof.(2007). Konsep pendidikan.
Rick

Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

(2008).
Mosaics
and Melting
Pot (atas talian) (15 Januari
www.thisibel ieve.org/dsp _ ShowEssay. php?uid=3 593&topessays=3

Saha, L. J. (1997). International encyclopedia


Kingdom: Pergamon Press.

of the Sociology

2009).http://

of Education.

United

Samsudin Suhaili (2008). Masyarakat Multikuluralisme Malaysia: Semasa dan Masa Depan.
Second International Seminar on Language, Literature, Art and Cultural of The
Malay-Maori and Pacific Languages.
Sunita Sharma (2005). Multicultural Education: Teachers' Perceptions And Preparation. 2(5):
53-64. Journal Of College Teaching And Learning.

47

Sosiologi Pendidikan

DP. Jilid 9, Bil. 2/2009

Tiedt, P. L., & Tiedt, I. M. (2005). Multicultural teaching: A handbook


information, and resources. Edisi, 7. Boston: Allyn & Bacon Press.

of activities,

Tilaar, Henry Alexis Rudolf. (2004). Multiculturalisme : Tantangan-tantangan


depan dalam transformasi pendidikan nasional. Jakarta: Grasindo.

global masa

OHCHR.

(tanpa tarikh) (18 Januari 2009). International Covenant on Civil and Political
Rights (atas talian) http://www.unhchr.ch/html/menu3/b/a_ccpr.htm

OHCHR - Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights

48

You might also like