You are on page 1of 48

PERSEPSI MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) TERHADAP PROSES

PEMBINAAN

NEGARA-BANGSA

MALAYSIA

Mohd Fauzi Bin Mat Ada.

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi-persepsi mahasiswa Universiti Putra
Malaysia terhadap proses pembinaan negara-bangsa Malaysia. Sejumlah 100 orang mahasiswa
Universiti Putra Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan sampel adalah
menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data daripada soal selidik telah dianalisis
dengan menggunakan program Statistical Package For Social Science (SPSS For Windows,
Version 11.0). Keputusan kajian menunjukkan bahawa: (1) mahasiswa masih kurang didedahkan
dengan konsep negara-bangsa Malaysia, (2) sebahagian besar mahasiswa mempunyai persepsi
positif terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia, (3)
mahasiswa mempunyai persepsi yang berbeza dikalangan mereka didalam melihat perkaraperkara berkaitan politik, pembangunan, ekonomi dan sosial; terdapat elemen-elemen positif
daripada persepsi yang dikenalpasti mampu mempercepatkan proses pembentukan negarabangsa Malaysia: namun masih terdapat elemen-elemen negatif yang memerlukan tindakan
susulan untuk membantu mempercepat proses pembinaan negara-bangsa ini, (4) mahasiswa
secara amnya mempunyai persepsi berbeza dikalangan mereka dalam menentukan ciri-ciri asas
negara-bangsa yang ingin dibentuk dan (5) analisis keseluruhan kajian mendapati perbezaan
persepsi dikalangan mahasiswa masih dapat dikaitkan dengan jelas berdasarkan faktor
keturunan. Di akhir kajian beberapa cadangan dikemukakan sebagai alternatif untuk pihak-pihak
berwajib bagi membantu mempercepatkan proses pembinaan dan pembentukan negara-bangsa
Malaysia yang mantap sifatnya.

Abstract
PERCEPTIONS OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA STUDENTS TOWARDS THE
PROCESS OF MALAYSIA NATION-BUILDING

Mohd Fauzi Bin Mat Adam

This research seeks to identify students perception about the process of nation-building in
Malaysia. One hundred UPM students were identified as respondents. Sampling was made using
the random technique and data from the questionaire was analyzed using the Statistical Package
For Social Science (SPSS For Windows. Version 11.0). Results show that : (1) a large
percentage of student respondents were not sufficiently exposed towards the process of nationbuilding in Malaysia, (2) a large number of student respondents have positive perception towards
factors which influenced the process of nation-building in Malaysia, (3) student respondents
have different perceptions on the process of nation-building and on development based on
political, economic and social outlook, (4) student respondents generally have different
perceptions about what constitute the basic characteristic of the desired nation-state, and (5) the
overall analysis of the research shows that there exist differences in the perception among
student respondents. This can be attributed to the ethnic factor. The study concluded with a
number of suggestions to speed up the process of nation-building and the formation of a concrete
Malaysian

nation-state

identity.

BAB

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (1994: 924), negara-bangsa didefinisikan sebagai negara berdaulat yang
didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara-bangsa pula adalah merupakan satu proses
mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dikalangan semua penduduk
sesebuah negara (INTAN, 1980). Ia beerti mewujudkan sentimen satu bangsa dan satu negara
serta melahirkan keperibadian bangsa (Faizal Othman, 1993).

Mahasiswa pula merupakan golongan penting dalam generasi muda hari ini yang akan mewarnai
dan mencorakkan negara Malaysia pada masa akan datang. Mahasiswa merupakan suatu
golongan penduduk negara ini yang umumnya akan terlibat pada masa akan datang dalam
memberikan pelbagai jenis perkhidmatan dan melaksanakan perancangan pembangunan serta
pentadbiran. Nyatalah golongan ini akan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses
pembinaan negara-bangsa. Penghayatan dan penerimaan dalam hal ini merupakan perkara utama
yang harus ada pada mahasiswa bagi menjayakan proses pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Oleh itu, persepsi mahasiswa terhadap aspek-aspek di dalam agenda pembinaan negara-bangsa
merupakan perkara yang akan dikaji dalam kajian ini.

Ke arah membentuk satu negara-bangsa Malaysia, terdapat tiga faktor yang mendominasi
perbincangan iaitu faktor politik, ekonomi, dan sosial. Mengikut Ranjit (1996), faktor politik
dilihat dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai kaum melalui Parti Perikatan dan
Barisan Nasional. Kerjasama dan pakatan politik pelbagai kaum dalam Barisan Nasional telah
menghasilkan kestabilan politik dan keamanan di dalam negeri. Faktor politik juga merupakan
ciri asas ke arah mempercepatkan agenda pembinaan negara-bangsa ini. Kestabilan politik

menjadi prasyarat kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah negara. Secara
umumnya terdapat perbezaan persepsi antara individu di dalam melihat kepada faktor ini.
Perbezaan persepsi ini berlaku kerana di dalam masyarakat majmuk yang dicirikan oleh
kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan menghasilkan kehendak yang berbeza didalam
melihat sesuatu isu. Seterusnya ianya menghasilkan perbezaan falsafah dalam rupa pembinaan
negara-bangsa dan cara-cara mencapainya. Melalui kajian dan penulisan, didapati perbezaan
persepsi tentang negara-bangsa melalui faktor politik wujud berdasarkan kaum dan wilayah.
Keadaan ini menjuruskan kepada lahirnya persepsi-persepsi tersendiri daripada mahasiswa
mengenai perspektif politik ini. Jika terdapat perbezaan persepsi yang tidak ketara dikalangan
mahasiswa pada masa kini, ianya mampu mempercepatkan terbentuknya negara-bangsa
Malaysia.
Dari segi faktor ekonomi, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan perkara yang
sering dikaitkan dengan pembinaan negara-bangsa Malaysia. Selepas merdeka, keadaan ekonomi
rakyat Malaysia pada masa itu adalah diidentifikasikan dengan sesautu kumpulan etnik. Secara
umumnya, jika terdapat kumpulan etnik yang diindentitikan sebagai menguasai sesautu bidang,
ianya pasti menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka dan ini pastinya mencacatkan
proses pembinaan negara-bangsa. Pudarnya pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi
secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum di Malaysia. Selepas
perlaksanaan DEB, persepsi-persepsi mahasiswa mengenai aspek ekonomi ini adalah diharapkan
turut berubah.

Faktor sosial yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia pula merangkumi


peranan-peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan
dan Bahasa Kebangsaan. Melalui perkara-perkara ini banyak perbincangan yang dapat dibuat
bagi menghasilkan satu identiti nasional negara-bangsa Malaysia yang dibentuk. Pembinaan
negara-bangsa merupakan suatu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan
kekitaan. Melalui takrifan ini faktor sosial merupakan faktor penting untuk mewujudkannya.
Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia menyukarkan pembentukan satu identiti nasional
namun titik pertemuan antara kepelbagaian kaum ini masih tidak mustahil dapat dilaksanakan.

Oleh itu persepsi-persepsi yang lahir dari mahasiswa sebagai sebahagian dari masyarakat mampu
membantu mencari titik persamaan dan pertemuan didalam melahirkan negara-bangsa yang
stabil.
Agenda pembinaan negara-bangsa menjadi lebih penting kepada negara ini kerana mempunyai
penduduk yang berbilang kaum. Di Malaysia, setiap kaum mempunyai persepsi atau tanggapan
tersendiri terhadap kaum lain dan ianya masih lagi dipisahkan dengan panggilan bangsa Melayu,
bangsa Cina, bangsa India dan bangsa-bangsa lain. Walaupun perhubungan di antara masyarakat
berbilang kaum di Malaysia bertambah baik namun pemisahan sosial masih wujud. Ini pastinya
akan memperkukuhkan sentimen perkauman. Pendekatan yang dapat merapatkan jurang akan
meningkatkan sikap penerimaan yang lebih terbuka dan saling mempercayai antara kaum.
Sekiranya mahasiswa atau golongan cerdik pandai ini bersefahaman dan dapat melepaskan diri
daripada

kongkongan

prasangka

dan

perasaan

perkauman

barulah

mereka

dapat

dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan mengalakkan orang lain berbuat demikian. Ini
sekaligus dapat memberi kesan kepada pembinaan bangsa Malaysia.

Antara isu dan cabaran yang paling sukar ditangani dalam proses pembinaan satu negara-bangsa
Malaysia ialah bagaimana menyatukan masyarakat dari segi wilayah-wilayah yang terpisah oleh
faktor-faktor geografi. Proses mengintegrasi Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia dengan
mewujudkan kerjasama dan keharmonian hidup akan mempercepatkan pembentukan negarabangsa. Secara umumnya, wilayah-wilayah ini mempunyai persepsi dan cadangan masingmasing terhadap identiti negara-bangsa Malaysia yang akan dibentuk. Persefahaman, kerjasama
dan toleransi antara wilayah adalah penting bagi mewujudkan identiti negara-bangsa Malaysia
ini. Di universiti-universiti terdapat mahasiswa yang datang dari pelbagai tempat di seluruh
Malaysia. Mereka ini berbeza dari segi tempat asalnya, namun untuk mewujudkan satu negarabangsa Malaysia, perbezaaan yang ketara antara mahasiswa-mahasiswa pastinya mencacatkan
agenda besar ini.

1.2 Kenyataan masalah

Di dalam kandungan Wawasan 2020 digariskan sembilan cabaran tentang ciri-ciri dan sifat
negara yang diingini pada tahun 2020. Cabaran utama yang harus ditangani ialah membentuk
sebuah negara-bangsa yang bersatupadu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi
bersama. Ini bermakna untuk menjayakan Wawasan 2020 seperti yang dihasratkan oleh
penulisnya, cabaran pertama tadi haruslah disempurnakan sebaik mungkin supaya dapat
merealisasikan cabaran-cabaran lain yang terkandung di dalamnya.

Jika ditinjau dari aspek sejarah, negara-bangsa adalah satu konsep baru bagi masyarakat majmuk
di negara ini. Perjuangan kemerdekaan yang berjaya mengambil alih kuasa daripada penjajah
tidak menjadikan pembinaan bangsa Malaya ataupun bangsa Malaysia sebagai bangsa idaman
yang mahu dibentuk dengan tersingkirnya penjajah. Selepas terbentuknya Malaysia pada tahun
1963, yang terbentuk hanyalah negara Malaysia, sedangkan bangsa Malaysia yang utuh dan
bersatu masih jauh daripada terwujud. Bahkan pada hari ini, setelah empat dekad merdeka,
bangsa Malaysia masih juga dalam proses pembentukannya.

Persoalannya mengapakah penting kewujudan negara-bangsa kepada kita ? Jika konsep


perpaduan negara, secara amnya bermaksud perpaduan antara suku kaum agar tidak berlaku
pergelutan seperti pada 13 Mei 1969. Manakala integrasi nasional pula tidak dianggap lebih
daripada penggabungan serta penyatupaduan daerah atau wilayah supaya tidak timbul gerakangerakan pemisahan. Kedua-dua konsep tadi iaitu perpaduan negara dan integrasi nasional
bolehlah disimpulkan sebagai pendekatan bersifat jangka pendek semata-mata. Ini amat berbeza
dengan kewujudan negara-bangsa kerana ianya lebih bersifat jangka panjang dan dapat
menjamin survival Malaysia untuk masa-masa mendatang. Lahirnya negara-bangsa Malaysia

akan terwujudlah sebuah negara maju yang berperadaban tinggi, makmur pembangunan
ekonominya, mantap dari segi perawakan moral dan etika serta kukuh benteng kerohanian
masyarakatnya. Pergeseran etnik adalah hampir mustahil untuk berlaku ketika itu. Persoalannya,
dimanakah tahap negara kita pada masa sekarang ? Adakah kita sudah wujud sebagai sebuah
negara-bangsa atau masih di tahap perpaduan dan integrasi nasional. Pastinya kita masih jauh
dengan kewujudan sebagai sebuah negara-bangsa. Jadi, bagaimanakah cara-cara untuk mencapai
hasrat yang murni ?

Persoalan yang biasanya timbul dalam membincangkan negara-bangsa ialah apakah wajah atau
identiti negara-bangsa Malaysia yang ingin diwujudkan itu ? Seperti yang diketahui, negara
bekas jajahan yang baru merdeka selalunya dikekangi masalah masyarakat majmuk. Masyarakat
majmuk yang dicirikan oleh pelbagai perbezaan ini, memungkinkan perpecahan berlaku
sekaligus boleh mengugat keutuhan sesebuah negara. Hal ini berlaku kerana terdapat perbezaan
falsafah dalam menentukan pembinaan rupa bangsa negara dan masa hadapan negara serta caracara mencapainya. Jesteru, bagi menjamin keutuhan negara Malaysia pada abad-abad mendatang
yang pastinya lebih mencabar, langkah terpenting ialah membentuk negara-bangsa Malaysia
secepat yang mungkin. Perbezaan falsafah tadi mestilah ditangani segera bagi membentuk satu
wajah atau identiti bangsa Malaysia yang unggul. Permasalahannya pula bagaimanakah negarabangsa Malaysia ini boleh terbentuk dan berkembang ?

Mahasiswa pula merupakan suatu golongan penduduk penting negara ini yang umumnya akan
terlibat pada masa akan datang dalam memberikan pelbagai jenis perkhidmatan dan
melaksanakan perancangan pembangunan serta pentadbiran. Manakala pembinaan negarabangsa memerlukan pengetahuan, kesedaran dan penghayatan dari warganya. Maka kita perlu
bertanya apakah mahasiswa benar-benar telah diberi pendedahan dan mempunyai kesedaran
serta penghayatan yang jelas terhadap agenda pembinaan negara-bangsa Malaysia ini ?

Seterusnya, mahasiswa seharusnya mempunyai persepsi-persepsi yang membantu ke arah


membentuk negara-bangsa yang unggul. Jadi tertanya kepada kita apakah persepsi-persepsi
mahasiswa terhadap proses pembinaan negara-bangsa ini. Adakah ianya membantu
mempercepatkan proses pembinaan negara-bangsa atau terdapat perbezaan persepsi yang ketara
antara mereka ?

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu:

Objektif Am

Untuk menghuraikan persepsi-persepsi mahasiswa di Universiti Putra Malaysia terhadap proses


pembinaan negara-bangsa Malaysia.

Objektif Khusus

Terdapat enam objektif khusus kajian ini. Pertamanya, untuk membincangkan konsep pembinaan
negara-bangsa Malaysia. Keduanya, mengenalpasti sejauhmana pendedahan yang diterima oleh
mahasiswa terhadap konsep dan proses pembinaan negara-bangsa Malaysia. Ketiganya, untuk
menghuraikan persepsi mahasiswa terhadap faktor-faktor utama dalam pembinaan negara-bangsa

Malaysia. Keempatnya adalah untuk mengenalpasti persepsi mahasiswa terhadap perkaraperkara dan isu-isu yang berkaitan dengan negara-bangsa Malaysia. Kelimanya, menganalisis
persepsi mahasiswa terhadap ciri-ciri asas dalam pembentukan negara-bangsa Malaysia. Yang
terakhir ialah untuk membandingkan persepsi mahasiswa terhadap proses pembinaan negarabangsa Malaysia berdasarkan latarbelakang terpilih.

1.4 Kepentingan Kajian

Dalam usaha ke arah mencapai matlamat negara maju yang dapat bersaing dipentas dunia,
Malaysia yang kini sudah menampakkan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang
mantap perlu memikirkan satu suasana yang lebih baik dan sempurna untuk terus berkembang
dan pesat membangun. Maka kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi itu merupakan satu
situasi yang cukup kondusif untuk perbincangan, kajian dan perlaksanaan tentang merealisasikan
kewujudan negara-bangsa Malaysia.

Perbincangan mengenai konsep negara-bangsa di Malaysia merupakan satu perkara baru, maka
melalui kajian ini diharapkan akan dapat mewujudkan rasa penghayatan dan kesedaran kepada
pembaca terutamanya mahasiswa tentang betapa perlunya sebuah negara-bangsa Malaysia
diwujudkan. Penghayatan dan kesedaran dari setiap individu ini merupakan asas yang paling
penting

untuk

mewujudkan

rasa

kekitaan

dan

kesetiaan

terhadap

negara

kita.

Kajian mengenai senario dan situasi semasa generasi muda diharapkan akan dapat menghasilkan
sesautu yang perlu bagi kegunaan perancangan pembinaan negara-bangsa Malaysia. Sebagai
contoh, hasil kajian bolehlah digunakan bagi merancang bagaimana untuk merapat dan
mengintegrasikan antara mahasiswa yang berbeza etniknya di institusi pengajian tinggi. Jika

mahasiswa di institusi pengajian tinggi mempunyai rasa kekitaan dan kesetiaan yang tinggi
terhadap negaranya tanpa dipisahkan dengan elemen sempit seperti etnik, kedaerahan dan
kepercayaan maka ianya merupakan asas dan gambaran kepada negara-bangsa yang akan
terbentuk.
Kajian ini juga berkemungkinan dapat digunakan dan diaplikasikan oleh pihak-pihak yang
berwajib untuk menyusun tindakan ke arah itu. Ini sangat penting kepada pihak berwajib
terutamanya pihak pemerintah untuk mengambil tindakan seterusnya bagi mencari strategi dan
alternatif terbaik yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat sebuah negara-bangsa.
Berkemungkinan ianya boleh digunakan oleh kementerian yang paling hampir dengan generasi
muda iaitu Kementerian Belia dan Sukan. Sokongan dan dorongan daripada pihak pemerintah
adalah penting supaya negara-bangsa tidak akan tinggal ungkapan dan angan-angan sahaja.

1.5 Kerangka Konseptual

Kajian mengenai persepsi mahasiswa terhadap proses pembinaan negara-bangsa Malaysia dapat
diterangkan dengan lebih jelas lagi melalui konsep yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Berdasarkan Rajah 1, persepsi mahasiswa terhadap proses pembinaan negara-bangsa Malaysia
dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jantina, kaum, tempat asal (bandar/luar bandar) dan negeri
asal.
Perkaitan antara faktor-faktor ini yang akan mempengaruhi persepsi mahasisiwa terhadap faktorfaktor utama, perkara-perkara dan isu-isu berkaitan dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia
dan

ciri-ciri

asas

Rajah 1: Kerangka Konsepsual

negara-bangsa

yang

ingin

dibentuk.

Latar belakang:

Jantina

Kaum

Tempat asal

(bandar/ luar bandar)

Negeri asal

Pendedahan
yang diperolehi

1.6 Persoalan kajian

1. Adakah mahasiswa telah diberi pendedahan yang meluas terhadap konsep dan proses
pembinaan negara-bangsa Malaysia ?

2. Adakah terdapat perbezaan persepsi yang ketara diantara mahasiswa mengenai proses
pembinaan negara-bangsa Malaysia ini ?

3. Jika terdapat perbezaan persepsi diantara mahasiswa, faktor latarbelakang apakah yang
mempengaruhi pembentukan persepsi mereka ?

4. Di dalam perkara-perkara apakah terdapat persepsi yang sama dikalangan sebahagian besar
mahasiswa ?

5. Di dalam perkara-perkara apakah terdapat persepsi yang berbeza dikalangan sebahagian besar
mahasiswa ?

1.7 Limitasi Kajian

Hasil kajian dan juga kesimpulan yang boleh dirumuskan daripada kajian ini boleh diguna pakai
terhadap 100 orang responden yang dikaji dan juga terhadap mahasiswa Universiti Putra
Malaysia umumnya. Walaupun begitu kesimpulan daripada kajian ini kekuatannya kurang jika
diguna pakai untuk mahasiswa institusi pengajian tinggi umumnya memandangkan jumlah
reponden yang diwakili hanya 100 orang mahasiswa di Universiti Putra Malaysia sahaja.

Skop kajian mengenai negara-bangsa merupakan satu perkara yang amat luas. Memandangkan
perbincangan mengenai negara-bangsa merupakan sesautu yang baru di negara kita, pengkaji
hanya memilih aspek-aspek terpilih sahaja dan berkemungkinan banyak lagi aspek didalam
perbincangan negara-bangsa yang terlepas dari skop kajian ini.

BAB 2

ULASAN KARYA TERPILIH

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan ulasan karya lepas berkenaan perkara-perkara yang berada di dalam
skop kajian. Perbincangan ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu, 1) definisi negarabangsa ; 2) konsep pembinaan negara-bangsa; dan 3) pembinaan negara-bangsa Malaysia, yang
juga mencakupi ciri-ciri dan bentuk negara-bangsa Malaysia, faktor-faktor utama serta masalahmasalah

yang

mempengaruhi

proses

pembinaan

negara-bangsa

Malaysia

2.2 Definisi negara-bangsa

Secara umumnya, pembinaan negara-bangsa (nation-building) adalah merupakan suatu proses


mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dikalangan semua penduduk sesebuah
negara. Melalui proses ini biasanya dapat mewujudkan suatu bangsa yang bersatupadu yang
penduduknya mempunyai penumpuan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara tersebut
(INTAN,

1980).

Manakala dalam istilah pengajian politik, sains politik atau kerajaan, bidang yang dipanggil

pembinaan negara-bangsa merupakan pengajian mengenai masyarakat, sosiobudaya, sejarah,


politik dan ekonomi. Pengajian ini memerlukan bukan sahaja pemahaman tetapi juga
penghayatan sebagai seorang warganegara yang setia dan peka kepada sejarah, perubahan sistem
pentadbiran, dasar dan pembangunan negara (Asnarulkhadi dan Jayum, 1997: 3).
Asnarulkhadi dan Jayum (1997: 3) seterusnya menyatakan bahawa dalam istilah pengajian
politik, sains politik atau kerajaan, negara-bangsa merujuk kepada sebuah negara yang sudah
mempunyai budaya sivik. Budaya sivik adalah sama erti dengan budaya politik yang boleh
ditafsirkan sebagai satu set pengetahuan dan peraturan mengenai segala tingkah laku dalam
politik. Jesteru sebuah negara yang berbudaya sivik adalah sebuah negara yang keseluruhan
rakyatnya sudah menerima satu pandangan dunia (weltanschauung) politik yang sama.
Rustam Sani (1993) pula menyatakan negara-bangsa adalah sebuah komuniti politik yang
bersifat simbolik. Penduduknya adalah terangkum dalam sebuah wilayah yang mempunyai
simbol-simbol kewibawaannya yang simbolik. Simbol-simbol tersebut telah dijadikan asas untuk
memupuk nilai-nilai patriotisma, kebanggaan dan jatidiri negara-bangsa dikalangan warganya.
Antara simbol-simbol tersebut adalah institusi perlembagaan, ideologi negara, bahasa, agama,
budaya dan unsur-unsur sosial lain yang dapat membentuk kesepaduan dikalangan warganya.
Emerson pula menafsirkan negara-bangsa sebagai rasa diri sebagai satu bangsa menghasilkan
penciptaan satu deria matlamat yang sama dan jatidiri yang sama. Manakala faktor
mempercepatkan jatidiri yang sama adalah wilayah, bahasa, tradisi sejarah yang sama dan saling
hubungan

negara

dan

bangsa.

Tidak dinafikan terdapat banyak tafsiran tentang makna negara-bangsa. Namun menurut Abdul
Rahman Embong (2001:12), persoalan negara-bangsa secara konseptual menjadi permasalahan
penting disebabkan terdapat beberapa kekeliruan mengenainya. Ini kerana ada pihak yang
menganilisis perkara tersebut secara legalitis dengan menghubungkannya dengan konsep
warganegara dan ada pula yang melihatnya berdasarkan konsep ras yang dihujahkan sebagai
sukar

untuk

terbentuk.

Kesimpulannya, pengkaji bersetuju bahawa negara-bangsa merupakan dimana keseluruhan

rakyatnya sudah menerima satu pandangan dunia (weltanschauung) politik yang sama.
Manakala institusi perlembagaan, ideologi negara, bahasa, agama, budaya dan unsur-unsur sosial
lain pula merupakan simbol-simbol yang dapat digunakan bagi membentuk kesepaduan dan
jatidiri dikalangan rakyat di dalam negara-bangsa itu. Jelaslah bahawa pembinaan negara-bangsa
sangatlah kompleks untuk dilaksanakan tetapi adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan di
Malaysia. Penghayatan, pemahaman dan kepekaan daripada seluruh lapisan masyarakat adalah
amat

diperlukan

2.3

bagi

menjaya

dan

mewujudkan

Konsep

negara-bangsa

yang

pembinaan

unggul

ini.

negara-bangsa

Seperti yang kita maklumi bahawa negara-negara membangun dan Negara Dunia Ketiga telah
lama merdeka. Namun, permasalahan yang belum selesai sepenuhnya adalah persoalan identiti
nasional dan pembentukan bangsa dalam sebilangan besar negara-negara tersebut. Persoalan ini
amat penting dalam memastikan negara tersebut terus wujud dan bertapak kukuh demi untuk
membina

sebuah

tamadun

bangsa

yang

tinggi.

Kewujudan masalah membina negara-bangsa ini diperhatikan kerana kepelbagaian dalam


masyarakat.

Menurut Rustam (1993), kebanyakan negara-negara

itu

dicirikan oleh

keanekaragaman ikatan primodial yang kuat dengan sistem-sistem kekerabatan, kelompok, ras,
bahasa, dan agama yang berbagai-bagai. Perbezaan yang ketara di dalam masyarakat ini
menghasilkan persaingan dan konflik etnik kerana diantara mereka cuba untuk memperjuangkan
falsafah dan cara mereka. Akhirnya keanekaragaman inilah yang sering mengancam perpaduan
dan

kesatuan

politik,

serta

kehidupan

berbangsa

dan

bernegara

yang

tulen.

Tambah Rustam (1993) lagi, dalam kebanyakan negara tersebut keupayaan membina negarabangsa melibatkan usaha melahirkan semacam rasa kesetiaan, penyertaan dan identiti nasional
yang melewati batasan-batasan sosial yang memisahkan kelompok-kelompok di dalamnya.
Usaha-usaha inilah yang diperhatikan sebagai titik tolak terpenting dalam mewujudkan negarabangsa. Untuk melaksanakan usaha-usaha tadi, terlebih dahulu ditentukan elemen-elemen yang
boleh mengikat semua masyarakat di dalam negara itu supaya taat, setia dan boleh bertolak ansur
antara satu sama lain. Elemen-elemen ini, selain daripada boleh membezakan masyarakat negara
itu dengan masyarakat negara lain di dunia, perlu juga didasari pada sejarah silam negara

tersebut. Ini untuk mempastikan bahawa rasa cinta dan kasih terhadap negara akan berterusan
dan

abadi.

Seterusnya, pembinaan negara-bangsa akan mewujudkan persoalan apakah sifat dan ciri-ciri
yang boleh dikaitkan dengan negara dan masyarakat berkenaan. Asnarulkhadi dan Jayum (1997:
13) menyatakan terdapat tiga ciri yang boleh dikaitkan dengan sebuah negara yang sudah
mempunyai budaya sivik iaitu; 1) masyarakat ini hidup aman damai tanpa dipisahkan oleh
elemen-elemen sempit khasnya etnik, kedaerahan, kebudayaan dan kepercayaan; 2) sebilangan
besar ahli masyarakat berpegang kepada ideologi politik yang sama dan 3) kepercayaan kepada
sistem pemerintahan dan undang-undan negara masih tinggi. Asnarulkhadi dan Jayum (1997: 3)
menambah lagi bahawa dalam konteks Malaysia khasnya dan pengajian sains politik dan
kerajaan amnya, konsep perpaduan, intergrasi dan negara-bangsa boleh dilihat sebagai tingkat
yang

berbeza

Rustam A. Sani (1993) pula mengaitkan negara-bangsa yang dibentuk pada asasnya adalah
komuniti politik yang bersifat simbolis, dan dalam zaman moden komuniti politik itu seolah-olah
dianggap lazim. Terdapat tiga syarat yang akan menentukan komuniti itu menjadi lazim iaitu; 1)
para anggota atau warganya mengesahkan kewujudan komuniti tersebut; 2) keanggotaannya
dalam komuniti tersebut iaitu melalui ikatan hak dan tanggungjawab dengan wilayah
kewibawaannya dan 3) hubungan kesetiaan dengan simbol-simbol yang menjadi asas komuniti
politik

itu.

Seterusnya Fauzi Basri (1997) pula, menyatakan terdapat empat faktor penting dalam pembinaan
negara-bangsa iaitu ancaman dari luar, gaya politik pemimpin, kehadiran satu bahasa yang sama
dan pembentukan satu ideologi yang dapat menafsirkan matlamat negara-bangsa itu. Fauzi Basri
juga merumuskan bahawa dalam soal membina negara-bangsa ternyata kewujudan satu bahasa
amat berkesan kepada generasi muda dan satu pilihan bijak yang terbukti menjadi alat perpaduan
antara

kaum.

Perbincangan secara konseptual ini menampakkan betapa rumitnya agenda pembinaan negarabangsa untuk direalisasikan pada keadaan masyarakat yang sebenar. Halangan dan cabaran yang

dihadapi bukan sahaja berat malah juga sesautu yang amat kompleks. Cabaran yang utama dan
harus ditangani sebaik mungkin ialah melaksanakan dan mengimplimentasikan perancangan dan
pelan dalam proses pembinaan negara-bangsa itu. Tanpa kesungguhan dalam melaksanakan
perancangan, pastinya negara-bangsa akan menjadi lemah terutamanya pada abad ini yang penuh
cabaran

akibat

dilanda

oleh

arus

kesejagatan

atau

globalisasi.

Perbincangan seterusnya meneliti apakah persoalan negara-bangsa ini masih relevan lagi bagi
menghadapi abad-abad yang akan datang. Untuk itu, Abdul Rahman Embong (2001:21)
menyatakan persoalan negara-bangsa tetap mengambil tempat yang penting dalam wacana yang
menangani pelbagai cabaran abad ke 21. Samada sesautu pandangan itu menekankan pentingnya
peranan

negara-bangsa

mahupun

sebaliknya,

konsep

ini

tetap

menjadi

rujukan.

Jesteru, Abdul Rahman memberi hujah mengatakan bahawa memang benar kepentingan negarabangsa sudah menurun dengan syarikat-syarikat transnasional melakukan perniagaan 24 jam
sehari, pengaliran maklumat berlaku tanpa henti menembusi sempadan negara-bangsa, migrasi
melewati perbatasan berlaku terus menerus dan pemerintah sesautu negara tidak berupaya untuk
mengawalnya. Namun dari segi realpolitik hari ini, negara-bangsa masih menjadi rujukan dan
tindakan utama dan penting dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan
dan sebagainya. Sebagai contohnya tiga buah naga Asia timur iaitu Taiwan, Korea Selatan dan
Singapura menjadikan negara sebagai kerangka rujukan dan tindakan, malah sebagai penggerak
utama pembangunan ekonomi mereka. Selain itu, apabila berdepan dengan pelbagai cabaran
baru, orang ramai secara spontan akan merujuk kepada negara-bangsa masing-masing bagi
penyelesaiannya. Ini bermakna negara-bangsa tetap menjadi pelaku utama dan penting yang
terus berusaha mencapai kedudukan yang lebih unggul dan mengatasi negara lain. Globalisasi
dalam batas tertentu telah melemah negara-bangsa tetapi tidak mungkin dapat menggantikan atau
mencampakkannya.
Hujah dari Abdul Rahman Embong (2001) ini merupakan reaksi dan ulasannya daripada hujahhujah oleh Kenichi Ohmae, iaitu seorang pakar strategi dan guru ilmu perniagaan, didalam
bukunya The End of Nation State: How Regional Economies Will Soon Reshape the World
(1995). Ohmae adalah seorang pengamat yang menolak kerelevanan dan kepentingan negara-

bangsa. Menurutnya era penghujung abad ke 20 dan awal abad ke 21 adalah era berakhirnya
negara-bangsa. Hujahnya yang paling utama ialah terbinanya dunia tanpa sempadan dimana
setiap negara diasaskan oleh kecanggihan teknologi dan bergantung kepada jaringan aliran
maklumat secara global. Maksudnya, sesautu tempat yang terdedah kepada pengaliran
maklumat, walau sejauhmana pun ianya tidak menjadi halangan untuk merebut pasaran.
Sekaligus, sempadan negara-bangsa tidak lagi bererti. Tambahnya lagi, peranan negara-bangsa
akan diambil alih oleh negara wilayah. Negara-bangsa hanya akan bertindak sebagai pemangkin
bagi

aktiviti-aktiviti

negara-wilayah

tadi.

Berbeza dengan Ohmae, John Naisbitt (1994) pula menyenaraikan faktor-faktor yang
menunjukkan negara-bangsa masih memainkan peranan penting dan masih relevan. Pertamanya
dilihat melalui pertambahan tiga kali ganda anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Jika pada tahun 1945 ianya bermula dengan disertai 51 buah negara kini sudah dianggotai oleh
184 negara (hal. 9). Ini melihatkan bahawa di satu pihak peri pentingnya negara-bangsa semakin
merosot

tetapi

di

pihak

lain

semakin

banyak

pula

negara-bangsa

yang

muncul.

Kedua, runtuhnya negara kesatuan seperti Soviet Union menjadi negara-negara kecil, tidak
bererti konsep negara-bangsa itu sudah tidak penting malah sebaliknya proses itu diimbangi oleh
pembentukan semula negara-bangsa. Ini satu bukti emperikal tentang hakikat bahawa sentimen
bangsa merupakan gerak kuasa politik dan budaya yang cukup kuat dalam menentukan arah
perkembangan sejarah zaman ini di wilayah bekas blok Soviet, termasuklah di rantau Balkan.
Ketiga, berbanding dengan abad ke-19 yang digelar sebagai Abad Eropah, dan abad ke-20
sebagai Abad Amerika, abad ke-21 pula diramalkan oleh ramai pemerhati sebagai Abad Asia. Ini
disebabkan oleh perkembangan ekonomi, khususnya ekonomi negara-negara di Asia Timur.
Namun begitu, perlu ditunjukkan di sini bahawa perkembangan negara-negara ini adalah dalam
kerangka negara-bangsa dan tidak kebetulan serta terpisah daripada kerangka itu. Jepun,
misalnya menekankan pentingnya peranan negara dalam pembangunannya, samada pada zaman
Kebangkitan Meiji selepas 1868, dan lebih-lebih lagi dalam pembangunan semula negara itu
bermula tahun 1950-an, setelah kehancurannya dalam Perang Dunia Kedua. Selain itu, perang
perdagangan hari ini diantara Amerika Syarikat dan Jepun jelas menunjukkan kedua-duanya
bertindak dengan kepentingan ekonomi negara masing-masing sebagai titik tolak utama,

sekalipun

ekonomi

mereka

paling

sejagat

sifatnya.

Keempat, dari segi bahasa memang benar bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa universal yang
digunakan oleh lebih satu billion penduduk dunia. Oleh itu, mempelajari dan menguasai bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua bagi mereka yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris
memang amat perlu (hal. 26). Tetapi seperti yang ditegaskan oleh Naisbitt, semakin bahasa
Inggeris menduduki status universal dan menjadi bahasa kedua kebanyakkan orang, semakin
penting pula tekanan yang diberikan kepada bahasa ibunda yang diperjuangkan oleh bangsabangsa berkenaan di merata dunia. Menurutnya, di Iceland setiap orang menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua tetapi mereka tetap melindungi dan menghormati bahasa mereka.
Dengan kata lain, mengutamakan dan memperjuangkan bahasa sendiri sebagai bahasa
kebangsaan yang moden dan bahasa ilmu dalam usaha pembinaan negara-bangsa menjadi arus
yang

selaras

dengan

arus

global

itu

sendiri.

Kesimpulannya daripada pandangan Naisbitt ini, negara-bangsa masih tetap relevan dan akan
terus menjadi unit rujukan dan tindakan kebanyakan orang di dunia. Di Malaysia, pembinaan
negara-bangsa bukan sahaja relevan, malah menjadi satu kemestian sejarah yang amat perlu bagi
menjamin keutuhan Malaysia sebagai salah satu pelaku utama di pentas dunia pada abad ke-21
(Abdul Rahman Embong, 2001:25). Oleh itu, pengkaji bersetuju dan pasti bahawa negara-bangsa
akan terus memainkan peranan penting dan relevan untuk abad-abad mendatang. Kepastian
bahawa negara-bangsa masih perlu dan amat relevan di Malaysia ini, menuntut kepada tindakan
susulan

2.4

yang

boleh

merealitikan

Pembinaan

pembentukannya.

negara-bangsa

Malaysia

Secara umumnya, menampakkan bahawa negara yang diimpikan oleh Perdana Menteri ialah
sesebuah negara yang seolah-olah tidak lagi mempunyai berbilang kaum, tetapi hanya satu
bangsa

iaitu

bangsa

Malaysia

Daripada penyataan diatas mengambarkan matlamat negara-bangsa Malaysia yang akan dibentuk
akan memudarkan pengenalan berdasarkan kaum yang ada sekarang, sebaliknya keseluruhan
rakyat Malaysia akan diperkenalkan dengan panggilan bangsa Malaysia. Namun sebenarnya
kenyataan di atas tidaklah dapat mengambarkan keseluruhan bentuk negara-bangsa Malaysia
yang akan dibentuk kerana proses pembinaan negara-bangsa ini sebenarnya adalah lebih luas dan
tidak hanya dikenali melalui luarannya sahaja. Walau bagaimanapun proses pembinaan negarabangsa di Malaysia pada masa ini sebenarnya berada pada tahap yang paling sesuai dan kondusif
untuk dirancang dan dilaksanakan secara serius bermula pada masa sekarang kerana keadaan
politik

dan

ekonominya

yang

stabil.

Dalam membincangkan pembinaan negara-bangsa, Dahlan (1997) mengatakan selalu disebutsebut dua perkara yang perlu ditangani serentak; pertama, persoalan tanah yang diselesaikan
secara politik seperti perjuangan politik demi mencapai kemerdekaan bagi sebuah wilayah yang
jelas sempadannya dan kedua, persoalan penduduk yang merangkumi perjuangan budaya yang
diungkapkan secara intelektual politik untuk mengisi kemerdekaan dengan agenda kebebasan,
kedaulatan dan penghormatan sebagai sebuah bangsa berkeperibadian dan keperwatakan rasional
tersendiri. Secara amnya, di Malaysia perkara pertama tadi iaitu persoalan tanah telah dianggap
selesai. Manakala perkara kedua iaitu persoalan penduduk itulah yang menjadi isu dan
perbincangan

hingga

kini

dalam

melahirkan

negara-bangsa

Malaysia.

Perbincangan terlebih dahulu melihat kepada sejarah bagaimana terbentuknya negara Malaysia.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957 dan bersama Sabah dan Sarawak
membentuk negara Malaysia pada 16hb September 1963. Negara Malaysia telah melalui proses
suka duka. Pada tahun 1941, British telah gagal mempertahankan Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak dan membiarkan orang Melayu dan Bumiputera mengalami kesusahan pada zaman
Jepun. Tidak cukup dengan itu, Malayan Union telah dipaksa ke atas orang Melayu sebagai satu
denda politik kepada mereka yang dikatakan bersubahat dengan Jepun. Orang Melayu yang
longlai, bingkas bangun bersatu menumbangkan Malayan Union yang dianggap menghilangkan
identiti Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. Perjanjian Tanah Melayu 1948 telah mengubah
corak politik dan memulakan proses pembinaan negara-bangsa Persekutuan. Perkongsian kuasa
bermula dengan pemberian kewarganegaraan. Pembinaan negara-bangsa Malaysia terus

melangkah kehadapan melalui penggabungan tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada
tahun 1963.

Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia, yang menjadi masalah untuk kita membina negarabangsa adalah merupakan kesan daripada penjajahan iaitu berlandaskan kepada dasar pemisahan
kaum yang diamalkan oleh penjajah British yang lebih dikenali sebagai dasar pecah perintah.
Akibat daripada itu, terwujudnya jarak sosial serta segregasi antara kaum yang telah menyulitkan
langkah untuk mewujudkan perpaduan.

Masalah perpaduan ini mencapai klimaksnya, apabila terjadi peristiwa berdarah pada 13 Mei
1969 iaitu selepas enam tahun pembentukan Malaysia. Keadaan darurat akibat perbalahan antara
kaum itu, telah menjejaskan pembangunan dan kesejahteraan negara kita yang baru dibina pada
masa itu. Ini jelas mengambarkan perpaduan merupakan isu yang penting bagi memulakan
proses pembinaan negara-bangsa oleh sesebuah negara yang baru merdeka dan berdaulat. Tanpa
perpaduan, urusan pentadbiran akan menjadi lemah dan seterusnya menjuruskan kepada perkaraperkara

yang

boleh

mengugat

dan

melumpuhkan

kembali

kedaulatannya.

Perpaduan menurut Asnarulkhadi dan Jayum (1997), merupakan langkah pertama dimana pada
peringkat ini penyatuan masyarakat pelbagai ras atau etnik boleh dicapai apabila wujud satu
keinginan untuk bersatu secara fizikal (ruang- iaitu berada pada tempat yang sama tanpa
bergaduh) dan mental (pemikiran- iaitu bersetuju tentang suatu matlamat). Kesimpulan daripada
itu, Asnarulkhadi dan Jayum (1997) menyimpulkan pada masa kini bahawa Malaysia telah jelas
melalui tingkat pertama (perpaduan) dengan cemerlang. Perpaduan yang dimaksudkan, dilihat
melalui kejayaan kerjasama dalam banyak bidang terutama sekali dari pakatan politik dalam
Barisan Nasional yang unggul dan juga disokong oleh dasar-dasar ekonomi negara yang
mempromosikan perpaduan nasional.

Integrasi pula merupakan langkah kedua yang merupakan penyatuan yang lebih kuat dan

sempurna di dalam masyarakat. Ia lebih kepada penyatuan yang lebih lengkap hingga ke tahap
sanggup dan bersedia untuk bersatu dari segi biologikal seperti kahwin campur. Integrasi ini akan
dapat membantu proses pembinaan negara-bangsa. Maka dengan itu, isu perpaduan dan integrasi
sentiasa dititik beratkan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga diperingkat global kerana dua
perkara

penting

ini

menjadi

asas

kepada

terbentuknya

negara-bangsa.

Berdasarkan pendapat Asnarulkhadi dan Jayum (1997), negara-bangsa itu melebihi makna
perpaduan dan integrasi. Malah ia merupakan tingkat teratas antara ketiga-tiga konsep tersebut.
Oleh itu negara-bangsa pastinya lebih sukar untuk direalitikan berbanding dengan konsep
perpaduan

dan

integrasi.

Perbincangan seterusnya merangkumi asas dan ciri-ciri dalam membicarakan pembentukan


negara-bangsa Malaysia. Abdul Rahman Embong (2001), menyatakan dua fenomena sejarah
yang sangat penting untuk diambil kira apabila membincangkan asas pembinaan negara-bangsa
Malaysia iaitu; 1) kelahiran dan perkembangan bangsa Melayu dalam sejarah alam Melayu
termasuk Tanah Melayu dan 2) kelahiran masyarakat berbilang kaum sejak pertengahan abad ke19. Ciri-ciri bangsa Malaysia itu harus merangkumi dan mencerminkan kedua-dua ciri
pensejarahan

ini,

yakni

kesinambungan

sejarah

dan

masa

kini.

Rustam A. Sani (1993: 26) pula mengatakan unsur-unsur penting dalam pembentukan bangsa
Malaysia merupakan ciri-ciri kebumiputeraan, peranan bahasa Melayu dan unsur budaya.
Tambahnya, unsur budaya perlulah mempunyai satu titik rujukan yang menjadi ciri penentu
keperibadiannya, yang membezakannya daripada bangsa-bangsa lain dan dengan itu menjadi
daya

penyatu

didalam

negara-bangsa

Malaysia.

Bagi membincangkan faktor-faktor mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia pula,


Azizi Ismail (1997), membuat kesimpulan bahawa terdapat tiga faktor utama yang
mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia iaitu faktor politik, ekonomi, sosial. Dua
penulis lain juga bersetuju untuk meletakkan tiga faktor itu sebagai faktor utama iaitu Jayum
(1997), Ranjit Singh (1995). Kajian ini akan menerima dan mengadaptasikan ketiga-tiga faktor
utama ini di dalam menghuraikan persepsi-persepsi mahasiswa terhadap konsep pembinaan

negara-bangsa

Malaysia.

Secara umumnya, pengkaji-pengkaji lepas bersetuju meletakkan penggabungan parti politik


melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional sebagai faktor politik yang mampu memberi kesan
positif yang besar kepada agenda pembinaan negara-bangsa Malaysia. Azizi Ismail (1997),
menjelaskan bahawa penggabungan parti politik ini yang meliputi wakil-wakil hampir
keseluruhan etnik dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak membuktikan pemimpin
semua kaum yang ada di dalam Malaysia mempunyai hasrat untuk mewujudkan keadaan
harmoni dan jauh dari perasaan syak wasangka dengan harapan akan lahirlah negara-bangsa
Malaysia. Abu Hassan Othman (1997) menyatakan melalui penggabungan ini, segala isu dan
masalah yang berkaitan dengan etnik masing-masing dapat diselesaikan melalui perundingan dan
konsensus. Prinsip rundingan, tolak ansur dan konsensus ini telah memberikan kestabilan politik
serta

pembangunan

ekonomi

yang

pesat.

Asnarulkhadi dan Jayum (1997), juga menyatakan bahawa di dalam bidang politik, muafakat
boleh terus dipupuk sebagai ciri atau asas negara-bangsa. Ini adalah bidang yang sudah berjaya
digunakan sejak kemerdekaan negara dan ia merupakan bidang yang tidak dapat dipersoalkan
oleh mana-mana pihak berpandangan sempit. Fauzi Basri (1997), pula menjelaskan tentang isuisu dalam faktor politik yang lain iaitu hak mengikut perlembagaan yang memelihara dan
melindungi hak semua warganegara Malaysia tanpa diskriminasi, perwakilan pengundi dalam
kawasan pilihan raya, perwakilan dalam kabinet dan penyertaan dalam Perkhidmatan Awam. Isuisu ini menjadi faktor yang mempercepatkan wujudnya bangsa Malaysia jika ditangani sebaik
mungkin

dan

boleh

menjadi

sebaliknya

jika

tidak

diselesaikan.

Melalui perspektif ekonomi pula, Azizi Ismail (1997) menjelaskan dengan adanya Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan berjaya mengurangkan pengenalan kaum
berdasarkan fungsi ekonomi dan secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan
sesama kaum yang ada dan membuktikan faktor ekonomi sememangnya mempengaruhi proses
pembinaan

negara-bangsa

Malaysia.

Abu Hassan Othman (1997) pula menyatakan walaupun DEB merupakan program afirmatif

yakni membantu pembangunan bumiputera, namun bukan bumiputera juga turut mendapat
faedah hasil daripada perlaksanaan projek-projek pembangunan menerusi dasar ini. DEB telah
membawa perubahan signifikan dalam penyusunan semula masyarakat Malaysia. Namun begitu
Dasar Ekonomi Baru juga tidak dapat lari daripada kelemahannya apabila mendapat sedikit
sebanyak penentangan daripada orang bukan Melayu. Menurut Hasmadi (1997), masyarakat
bukan Melayu terutamanya orang Cina tidak menentang dasar tersebut, tetapi lebih kepada cara
dasar itu dilaksanakan. Mereka merasakan telah dinafikan haknya sebagai rakyat kerana dasar ini
mengutamakan Melayu dan kaum bumiputera dalam soal ekonomi dan pendidikan
Dari sudut sosial pula, Azizi Ismail (1997) menyatakan terdapat empat unsur penting yang
mempengaruhi pembentukkan negara-bangsa Malaysia iaitu Rukun Negara, Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Rukun Negara yang
diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 antara lain bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang
bersikap

terbuka

terhadap

pelbagai

cara

hidup

rakyat

pelbagai

keturunan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 pula digubal dengan matlamat utamanya ialah untuk
mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat. Ahmad Atory Hussain (1987)
bersetuju bahawa satu daripada cara untuk membentuk satu bangsa Malaysia ialah melalui sistem
pendidikan. Tambahnya lagi, langkah kerajaan hendak mengadakan sekolah satu bumbung, tiga
kaum berada pada satu bumbung dan pada satu padang permainan adalah sangat-sangat dialualukan. Satu perkembangan positif dalam pendidikan merupakan matlamat yang ditetapkan oleh
pemerintah untuk menambah bilangan pelajar tingkat tinggi daripada 17.4 peratus daripda
kelompok umur 18-22 tahun yang terdapat pada hari ini kepada 40 peratus menjelang 2020,
yakni satu peningkatan sebanyak empat kali ganda dalam lebih dua dasawarsa ini.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga merupakan isu penting dalam mewujudkan negara-bangsa
Malaysia. Kebudayaan kebangsaan merujuk kepada kebudayaan negara yang rasmi dan bersifat
formal tetapi merentasi batasan etnik (Ahmat Adam, 1997). Ini beerti dalam konteks Malaysia, ia
bersifat sepunya dan rasmi bagi semua kaum dan mencerminkan kemalaysiaannya. Dasar ini
diwujudkan bertujuan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di negara ini agar semua
rakyat dapat bersatu padu bagi membolehkan negara ini muncul dengan identitinya tersendiri.

Abu Hassan (1997), menyatakan bahawa amalan aktiviti budaya yang melibatkan penyertaan
pelbagai kaum pasti akan dapat menyumbang kepada pembinaan negara-bangsa. Ini
menunjukkan peripentingnya isu-isu budaya ditangani sebaik mungkin supaya ianya
mempercepatkan

kewujudan

bangsa

Malaysia.

Bagi mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu daripada pelbagai keturunan, agama,
kebudayaan dan wilayah satu bahasa kebangsaan amatlah diperlukan. Maka bahasa kebangsaan
diwujudkan dengan panggilan bahasa Malaysia. Isu-isu mengenai bahasa kebangsaan ini
merupakan faktor yang dianggap penting oleh pengkaji-pengkaji lepas mengenai pembinaan
negara-bangsa Malaysia. Azizi Ismail (1997), menyatakan Bahasa Malaysia sebenarnya unsur
dominan

yang

boleh

menyatupadukan

semua

kaum

dan

bangsa

di

Malaysia.

Fauzi Basri (1997) pula menyatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah satu
pilihan bijak dan mampu serta terbukti menjadi alat perpaduan. Oleh itu jelaslah bahawa bahasa
kebangsaan sebagai bahasa sepunya ini merupakan satu unsur utama dalam pembinaan negarabangsa Malaysia. Penggunaan dan penguasaan bahasa Malaysia secara meluas akan berperanan
sebagai
Setelah

wahana
membincangkan

pembentukan
mengenai

faktor-faktor

identiti
pembinaan

negara-bangsa

kebangsaan.
Malaysia,

perbincangan seterusnya pula melibatkan masalah-masalah yang dihadapi dalam membentuk


negara-bangsa Malaysia. Dalam konteks ini, Abu Hassan (1997) menyatakan lima faktor-faktor
penghalang dalam proses pembinaan negara-bangsa Malaysia iaitu; 1) pemisahan ras dan etnik;
2) pemisahan wilayah; 3) parti-parti politik berteraskan etnik; 4) nilai parokialisma dan sikap
prejudis;

serta

5)

permasalahan

sosial.

Pemisahan ras dan etnik ini dilihat melalui pemisahan sosial yang masih wujud disebabkan oleh
perbezaan budaya, agama, bahasa, pengaruh media-massa, pendidikan, penglibatan organisasi
sosial yang bersifat perkauman atau pertubuhan perniagaan dan sebagainya yang bersifat
eksklusif untuk sesautu kumpulan etnik atau sub-etnik. Ini pastinya akan memperkukuhkan
sentimen nilai etnik dan kesukuan. Malah, identiti etnik masih merupakan asas untuk pendaftaran
formal

dan

sebagainya.

Pemisahan wilayah pula dilihat diantara yang maju dan kurang maju. Identifikasi melalui bandar
yang didiami oleh kaum bukan bumiputera yang lebih maju dan luar bandar yang didiami oleh
bumiputera yang kurang maju masih lagi wujud. Beberapa negeri juga seperti Kedah, Kelantan,
Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak masih menampakkan gejala kadar kemiskinan yang
tinggi.
Parti-parti politik yang berteraskan kumpulan etnik memang wujud dan setiap parti politik
dipersepsikan sebagai menjaga kepentingan kumpulan etnik masing-masing. Walaupun secara
amnya parti-parti ini bergabung, namun sering juga muncul konflik dikalangan parti-parti
komponen yang mungkin mengugat kestabilan politik dan hubungan antara kaum.
Seterusnya salah satu fenomena yang sering menjadi penghalang kepada proses pembinaan
negara-bangsa Malaysia ialah wujud nilai-nilai parokialisma, sikap prejudis dan curiga
dikalangan ahli masyarakat. Sikap prejudis wilayah masih menjadi perintang kepada pembinaan
semangat persefahaman dan perpaduan dikalangan penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Permasalahan sosial juga memberi kesan kepada pembinaan negara-bangsa yang jika tidak
dibendung pastinya membebankan negara serta memberi kesan negatif kepada pembinaan
bangsa Malaysia yang progresif, dinamik dan bermoral. Permasalahan sosial itu adalah seperti
penduduk setinggan, pendatang asing, penjenayahan, pengambilan dadah, penderaan dan
sebagainya.

2.5

Rumusan

Rustam A. Sani (1993) menyatakan Malaysia sesungguhnya merupakan a nation without


nationalism. Ini bermakna kita masih belum berjaya merealisasikan sebuah bangsa yang
mempunyai ideologi yang unggul. Dalam erti kata mudah, proses mewujudkan semangat
kenegaraan atau perasaan kekitaan dikalangan semua penduduk Malaysia masih belum lagi
sempurna sepenuhnya. Dan pada pengamatan pengkaji, jika proses ini mencapai satu tahap yang
tinggi barulah terwujudnya nasionalisme Malaysia yang sejati. Sekaligus matlamat membina

negara-bangsa

itu

pastinya

tercapai.

Namun, tahap pencapaian Malaysia pada masa kini untuk menjadi negara-bangsa sebenarnya
adalah dalam keadaan yang baik. Perubahan cara hidup antara kaum kian nyata dan lebih baik
jika dibandingkan sebelum 13hb Mei 1969. Jika kaum muda tidak diracuni dengan unsur-unsur
perkauman, sebaliknya diyakini tentang nilai bersama yang dapat memupuk perpaduan, proses
pembinaan

negara-bangsa

Malaysia

akan

lebih

segera

terlaksana.

Oleh yang demikian, untuk membina negara-bangsa Malaysia yang unggul, strategi
pembangunan negara yang difokuskan kepada pembangunan manusia yang bersepadu, iaitu
menggabungkan pembinaan potensi, spiritual, intelektual dan jasmani di samping pembangunan
ekonomi dan kebendaan dilihat perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Dengan itu negara akan
mencapai tahap kemajuan yang berperadaban tinggi dan pembinaan negara-bangsa yang
bersepadu

berlandaskan

acuannya

yang

BAB

tersendiri

akan

terlaksana.

METODOLOGI

KAJIAN

Metodologi kajian atau kaedah penyelidikan kajian ini, sebenarnya dapatlah dibahagikan kepada
dua bentuk iaitu 1) penyelidikan perpustakaan dan 2) melibatkan survei melalui pengedaran
borang
3.1

soal

selidik.

Penyelidikan

perpustakaan

Konsep negara-bangsa merupakan satu konsep baru yang dibincangkan di Malaysia. Oleh itu
pengkaji telah membuat penyelidikan perpustakaan untuk menguasai konsep ini. Data-data untuk
penyelidikan perpustakaan ini datangnya daripada buku-buku hasil tulisan pengkaji-pengkaji dan
sarjana-sarjana terdahulu yang berkaitan dengan tajuk kajian. Data-data juga diperolehi dari
jurnal-jurnal, artikel-artikel dari majalah dan suratkhabar yang relevan dan sesuai dengan tajuk
kajian. Data-data ini diolah dan diadaptasi, namun keaslian dari sumber pengkaji dan penulis
asalnya

adalah

amat

dititik

beratkan.

Langkah pertama yang digunakan oleh pengkaji ialah dengan mendapatkan data dari sumber di
perpustakaan tentang konsep negara-bangsa secara am. Setiap perkara yang berkaitan negarabangsa, walaupun tidak mengenai negara Malaysia diteliti untuk menguasai konsep asas negarabangsa

dan

definisi-definisinya.

Langkah kedua, pengkaji berusaha untuk mencari data-data berkaitan pembinaan negara-bangsa
di Malaysia. Hakikatnya, data-data tentang negara-bangsa di Malaysia ini amatlah kurang
berbanding kajian di luar Malaysia. Kebanyakkan kajian adalah banyak tertumpu kepada negaranegara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara-negara di Eropah. Untuk mengatasi
kebuntuan dan kesukaran ini, pengkaji terpaksa juga menelaah dan mencari apa sahaja maklumat
yang berkaitan dengan sistem ekonomi, politik dan sosial Malaysia. Data-data yang diperolehi
diolah dan diadaptasi supaya selaras dengan tajuk kajian. Langkah seterusnya, barulah pengkaji
membentuk borang soal selidik untuk mendapat data-data melibatkan survei dikalangan
mahasiswa

3.2

di

Universiti

Putra

Pengedaran

Malaysia,

Borang

Serdang.

Selidik

Selepas membuat penyelidikan perpustakaan, pengkaji menjalankan kaedah kedua iaitu untuk
mendapatkan data-data daripada pengedaran borang soal selidik. Perkara-perkara bagi kaedah
tersebut
3.2.1

adalah

seperti
Lokasi

berikut:
kajian

Kajian ini telah dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Sepuluh buah
fakulti di UPM telah terlibat, yang mana 3 buah fakulti merupakan fakulti sastera iaitu Fakulti
Pendidikan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
manakala tujuh buah fakulti lagi merupakan fakulti sains iaitu Fakulti Sains Perubatan, Fakulti
Sains Komputer, Fakulti Sains dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi,
Fakulti

Ekologi

Manusia,

Fakulti

Perhutanan

dan

Fakulti

3.2.2

Pertanian.
Persampelan

Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang mahasiswa dan menggunakan kaedah persampelan
rawak mudah iaitu secara Convenience. Responden telah dipilih oleh pengkaji secara rawak
tanpa mengira latarbelakang responden dan tanpa mengira perkaitan atau hubungan responden
dengan pengkaji seperti kawan dan sebagainya. Responden yang terpilih mempunyai
latarbelakang yang berbeza antara mereka bagi mewujudkan kebolehpercayaan sampel.
3.2.3

Rekabentuk

dan

Instrumentasi

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian penyelidikan campuran yang melibatkan survei
melalui pengedaran borang soal selidik. Satu set borang soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumat mengenai persepsi mahasiswa terhadap proses pembinaan negarabangsa Malaysia bagi menjawab objektif kajian. Soalan-soalan yang dibentuk adalah berbentuk
aneka pilihan. Borang soal selidik yang dibentuk adalah hasil perbincangan dengan penyelia
kajian ini. Soalan didalam borang soal selidik merangkumi kepada lima bahagian :
1.

Bahagian

Soalan

berkaitan

a)

Umur

c)

Program

e)

Aliran

latarbelakang
b)

Tahun

pengajian
pengajian

seperti

pengajian
d)

f)

Tempat

Jantina
asal

g)

Kaum

2.
Pendedahan
Soalan-soalan

Bahagian
mahasiswa

terhadap
adalah

3.

proses

B
pembinaan

negara-bangsa

berbentuk

Skala

Malaysia.
Likert.

Bahagian

Persepsi mahasiswa terhadap faktor-faktor utama dalam proses pembinaan negara-bangsa


Malaysia.

Soalan-soalan

4.

adalah

berbentuk

Skala

Likert

Bahagian

Persepsi mahasiswa terhadap isu-isu semasa dan perkara berkaitan dalam proses pembinaan
negara-bangsa

Malaysia.

5.

Soalan-soalan

adalah

berbentuk

Bahagian

Skala

Likert
E

Persepsi mahasiswa terhadap ciri-ciri asas dalam pembentukan negara-bangsa Malaysia. Soalansoalan

adalah

berbentuk

3.2.4

Skala

Likert

Pembolehubah

Pembolehubah bersandar bagi kajian ini adalah persepsi-persepsi daripada responden terhadap
proses pembinaan negara-bangsa Malaysia. Manakala pembolehubah tidak bersandar yang
terpilih dalam kajian ini adalah ciri-ciri latarbelakang seperti jantina, tempat asal, keturunan dan
agama.
3.2.5

Pengumpulan

Data

Pengumpulan data melalui borang soal selidik ini telah dipra-uji terlebih dahulu ke atas beberapa
orang mahasiswa di UPM bagi menentukan kesesuaian dan mudah difahami serta menepati

objektif kajian. Pengumpulan data ini telah dilaksanakan pada minggu ketiga dan kempat
semester Mei 2002 ini. Ianya telah dibantu oleh beberapa orang rakan pengkaji bagi
mengedarkan

borang

3.2.6

soal

selidik.

Analisis

data

Data yang diperolehi daripada borang selidik di analisis dengan menggunakan program
Statistical Package For The Social Science (SPSS for Windows, Version 11.0). Hasil kajian
dipersembahkan dalam bentuk statistik diskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratus dan
selain daripada menggunakan kaedah Crosstab (peratus, min, mod dan median) untuk
menjelaskan

antara

pembolehubah

Bab

lanjut
email:

schumirossi01@yahoo.com

BAB
RUMUSAN

dikaji.
4

maklumat
sila

yang

5
KAJIAN

DAN

CADANGAN

Bab ini akan membentangkan kesimpulan kajian iaitu mencakupi hasil kajian dan kaitannya serta
kepentingan kepada proses pembinaan negara-bangsa Malaysia. Berdasarkan daripada penemuan
kajian juga, beberapa cadangan dikemukakan agar dapat memberi manfaat kepada
perkembangan dan proses pembinaan negara-bangsa Malaysia serta panduan kepada pengkajipengkaji

RUMUSAN

akan

datang.

KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk menghuraikan persepsi-persepsi mahasiswa terhadap proses di
dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia. Daripada keseluruhan analisis kajian, pengkaji
merumuskan terdapat dua elemen iaitu elemen positif dan elemen negatif. Elemen positif yang
dimaksudkan disini ialah dapatan kajian yang dikenalpasti sebagai boleh mempengaruhi dan
membantu mempercepat proses pembinaan negara-bangsa Malaysia. Manakala elemen negatif
pula merupakan dapatan kajian yang dikenalpasti sebagai kelemahan dan mampu membantutkan
proses

kewujudan

Elemen-elemen

negara-bangsa

positif

Malaysia

jika

tidak

daripada

dilakukan

hasil

tindakan

susulan.

kajian

Secara amnya, kajian ini mendapati bahawa sudah ada pendedahan yang cuba diberikan kepada
mahasiswa di UPM. Salah satu kemungkinan mengenai pendedahan ini dikenalpasti (seperti di
dalam bab hasil kajian) melalui kursus Kenegaraan Malaysia yang memasukkan konsep negarabangsa Malaysia ke dalam isi kandungannya dan diwajibkan kepada semua mahasiswa di UPM
untuk mengikutinya. Hasilnya sebahagian besar mahasiswa yang berada tahun kedua ke atas
dikenalpasti telah pernah mendengar atau terbaca perkataan negara-bangsa. Namun keadaan ini
berbeza dengan sebahagian besar pelajar semester satu yang masih belum mengikuti kursus ini
apabila mereka mengatakan belum pernah terdengar dan terbaca mengenai perkataan negarabangsa

ini.

Walaupun mahasiswa ini berasal dari pelbagai latarbelakang yang berbeza seperti keturunan,
agama, wilayah asal, tempat asal dan lain-lain namun sesuatu yang mungkin dapat dibanggakan
dalam kajian ini ialah sebahagian besar mereka mempunyai persepsi yang positif terhadap
faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia. Penerimaan positif
terhadap faktor-faktor ini adalah amat perlu kerana kesedaran mereka pastinya membantu secara
langsung mempercepatkan kewujudan negara-bangsa Malaysia. Pengkaji mengakui masih
terdapat segelintir responden yang mempunyai persepsi negatif terhadap faktor-faktor yang

digariskan itu, namun perwakilan yang jelas diwakili sebahagian besar responden sudah
menampakkan kematangan responden dalam menilai sesuatu perkara berkaitan tanpa
menggunakan

elemen-elemen

yang

sempit.

Berdasarkan pendapat Asnarulkhadi dan Jayum (1997), muafakat di dalam bidang politik
merupakan satu bidang yang sudah berjaya digunakan untuk mencapai perpaduan dan tidak
dapat dipersoalkan oleh mana-mana pihak berpandangan sempit. Oleh itu, kajian ini mendapati
majoriti responden bersetuju bahawa muafakat yang dimaksudkan itu (penggabungan parti-parti
politik pelbagai kaum) merupakan faktor utama yang telah menjuruskan perpaduan antara kaum.
Secara tidak langsung keadaan ini mengambarkan kematangan responden menilai faktor politik
ini

tanpa

elemen

sempit

seperti

politik

kepartian,

kepercayaaan

dan

sebagainya.

Analisis data juga mengambarkan keyakinan yang padu daripada mahasiswa bahawa apabila
sebahagian besar mahasiswa menegaskan bahawa kewujudan Bangsa Malaysia tidak mustahil
untuk dicapai walaupun terdapat perbezaan agama, kebudayaan dan etnik. Selain itu, didapati
mahasiswa sedar dan percaya bahawa kadar kemiskinan yang tinggi mampu mengugat
perpaduan antara kaum. Persepsi-persepsi seperti ini akan mempengaruhi perasaan, pemikiran
dan tindakan mereka supaya menjurus kepada sesuatu yang positif untuk pembinaan negarabangsa

Malaysia.

Satu unsur dominan dalam menegakkan negara-bangsa yang dicita-citakan adalah peranan
bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan ini tidak harus sekadar bersifat
simbolis dan pentadbiran tetapi seharusnya berperanan sebagai bahasa perantaraan dalam segala
aspek dan peringkat kehidupan sosial dan kehidupan berbangsa di negara ini (Rustam Sani,
1993). Analisis data menunjukkan hampir keseluruhan mahasiswa mengunakan Bahasa Malaysia
di dalam kehidupan harian mereka. Bahasa kebangsaan yang digunakan oleh mereka boleh
menjadi titik penentu untuk berkongsi identiti nasional yang tersendiri. Kesediaan dan
penerimaan untuk menggunakan bahasa kebangsaan ini juga mampu menjadi penghubung yang
berkesan

dan

alat

membentuk

perpaduan

antara

kaum

yang

lebih

utuh.

Pembentukan sebuah kebudayaan sepunya yang diasaskan pada nilai-nilai akhlak yang murni
dan ketamadunan manusiawi yang sejagat adalah keperluan supaya selaras dengan tujuan

membina sebuah negara-bangsa yang beradab dan maju. Kemajmukan rakyat di Malaysia
menjadikan pembentukan kebudayaan kebangsaan ini menjadi persoalan yang rumit. Namun
dapatan kajian ini mendapati bahawa lebih separuh daripada keseluruhan mahasiswa percaya
bahawa sudah terdapat kebudayaan sepunya yang jelas di Malaysia. Persepsi sebegini sekurangkurangnya dapat mengambarkan keyakinan dikalangan golongan muda bahawa pembentukan
satu kebudayaan kebangsaan ini mampu dilaksanakan. Persoalan rumit atau tidak, pembentukan
dan pengembangan falsafah sepunya, sebuah kebudayaan sepunya yang kita namakan
kebudayaan kebangsaan yang bercirikan Malaysia dan berdiri atas prinsip-prinsip budi, akhlak
dan etika hendaklah dilakukan secepat mungkin serta dengan perancangan yang tersusun (Ahmat
Adam,

1997).

Salah satu elemen yang membantu kepada agenda pembinaan negara-bangsa ini ialah sistem
pendidikan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantarnya (Abu Hassan
Othman, 1997). Namun sistem persekolahan yang masih terpisah berdasarkan etnik dilihat
menghalang integrasi kaum yang lebih utuh daripada tercapai. Oleh itu, pada pemerhatian
pengkaji cadangan penubuhan sekolah wawasan atau apa sahaja penubuhan sekolah yang dapat
menyatukan tiga kaum utama ini adalah menjadi isu penting dalam pendidikan yang dapat
mempercepatkan proses pembinaan negara-bangsa Malaysia jika dapat ditangani sebaik
mungkin. Analisis data menunjukkan bahawa majoriti mahasiswa bersetuju perlaksanaan
Sekolah Wawasan mampu merapatkan lagi perhubungan antara kaum jika dapat dilaksanakan.
Satu lagi penekanan yang perlu diberi perhatian ialah pentingnya pendidikan didedahkan kepada
seramai mungkin rakyat kerana melalui pendidikan, pembentukan nilai dan sikap keterbukaan
dapat

diwujudkan

(Abu

Hassan

Othman,

1997).

Semangat rumah terbuka pula merupakan tatakelakuan yang diterima umum sebagai budaya
popular Malaysia dan persepsi positif daripada majoriti mahasiswa bahawa rumah terbuka akan
melibatkan pelbagai kaum apabila diadakan mengambarkan proses memantapkan kebudayaan
kebangsaan adalah ke arah yang amat positif. Semangat rumah terbuka yang mendapat perhatian
dan tempat dalam masyarakat Malaysia pada hari ini mengambarkan permulaan kepada
kesetiakawanan Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Amalan budaya popular
sebegini seharusnya mengenapkan proses memantapkan kebudayaan kebangsaan Malaysia

kerana melalui proses ini patriotrisme sempit, mentaliti parokial, mentaliti migran dan mentaliti
saudagar

dapat

diatasi

(Dahlan,

1997).

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu dasar yang bertujuan menyusun semula masyarakat
supaya tiada lagi etnik tertentu ketinggalan terlalu kebelakang di dalam pembangunan negara.
Memanglah diakui DEB ini merupakan program yang membantu pembangunan bumiputera,
namun sesuatu dasar yang secara keseluruhannya memberi keuntungan kepada etnik tertentu
sahaja akan menimbulkan syak wasangka dan cemburu etnik lainnya sekaligus boleh
mencacatkan

agenda

pembinaan

negara-bangsa

Malaysia.

Oleh itu, didapati bahawa perlaksanaan DEB berjaya melahirkan beberapa perkara yang
dianggap boleh menyumbang kepada perpaduan negara, namun ia juga telah menegangkan
hubungan antara kaum kerana golongan bukan bumiputera merasakan mereka didiskriminasi.
Biar pun perasaan ini didorong oleh unsur politik dan emosi, tetapi ia tetap mengeruhkan suasana
(Zainal Abidin, 1997). Oleh yang demikian kajian ini cuba meninjau keadaan ini dan mendapati
secara amnya bahawa majoriti mahasiswa bersetuju bahawa DEB tidak hanya menguntungkan
orang Melayu sahaja. Ini bermakna mahasiswa-mahasiswa berketurunan lain berpendapat bukan
bumiputera juga turut mendapat faedah hasil daripada perlaksanaan projek-projek pembangunan
menerusi

dasar

ini.

Kewujudan sesebuah negara-bangsa akan dapat menghindari pengasingan diri (alienation)


sesuatu kelompok daripada kelompok dan bangsa yang besar (Asnarulkhadi dan Jayum, 1997).
Untuk itu, setiap kaum di Malaysia sepatutnya telah memperolehi hak mereka di dalam politik
negara supaya tidak akan lahir perasaan rendah diri dan pengasingan daripada kelompok
perdana. Jika terdapat kaum-kaum yang merasakan mereka telah dianiayai dan didiskriminasi
daripada mendapat hak politik mereka pastinya keadaan ini akan menjadi faktor penghalang
yang besar kepada kewujudan negara-bangsa yang adil dan saksama atau lebih buruk lagi ianya
akan menjadi sebab mengapa negara-bangsa itu tidak terbentuk. Di dalam kajian ini terdapat
penemuan yang agak positif apabila sebahagian besar mahasiswa berpendapat bahawa setiap
kaum telah mendapat haknya di dalam politik tanahair. Pengkaji berpendapat keadaan ini
berkemungkinan hasil daripada kejayaan mewakilkan semua kaum ke dalam kerjasama dan

kompromi

politik

negara

seperti

yang

terdapat

pada

hari

ini.

Satu lagi elemen positif yang berkemungkinan dapat dimanfaatkan kepada perkembangan
pembinaan negara-bangsa Malaysia ialah keadaan dimana majoriti mahasiswa berpendapat
bahawa kerjasama dan kompromi melalui penggabungan parti politik pelbagai kaum ke dalam
satu parti politik merupakan pilihan terbaik dan haruslah dikekalkan sebagai salah satu cara
untuk

mencapai

hasrat

mewujudkan

satu

Bangsa

Malaysia

yang

bersatu

padu.

Sentimen kenegerian yang ekstrim di dalam politik akan menghalang perpaduan dan potensi
untuk berdaya saing namun majoriti mahasiswa berpendapat parti-parti politik di Malaysia sudah
tidak lagi ketara mengemukakan sentimen kenegerian di dalam agenda politik mereka.
Berdasarkan pendapat mahasiswa ini bermakna negara kita sudah dapat menyelesaikan satu
halangan

politik

Elemen-elemen

untuk

negatif

mempercepatkan

daripada

kewujudan

hasil

negara-bangsa.

kajian

Selepas diselidik secara keseluruhan kajian ini menggangap bahawa pendedahan yang diperolehi
oleh mahasiwa di UPM terhadap konsep negara-bangsa Malaysia adalah masih kurang dan tidak
secara berkesan. Pendedahan yang mereka terima adalah kurang berbanding pendedahan yang
mereka terima untuk konsep perpaduan. Walaupun perpaduan dapat dibentuk sebagai pembinaan
negara-bangsa itu sendiri namun pendedahan kepada konsep negara-bangsa secara langsung akan
menghasilkan kesedaran dan penghayatan bahawa rakyat negara ini bukan sahaja bermatlamat
untuk mencapai perpaduan tetapi lebih daripada itu iaitu untuk mencapai tahap negara-bangsa.
Rasional kepada anggapan ini adalah seperti berikut 1) masih ada segolongan mahasiswa tidak
pernah mendengar atau tidak pernah terbaca perkataan negara-bangsa 2) tidak terdapat majoriti
besar mahasiswa yang mempersepsikan mereka faham dengan konsep negara-bangsa dan 3)
masih terdapat banyak perbezaan persepsi yang ketara dalam melihat aspek-aspek tertentu proses
pembinaan negara-bangsa Malaysia; bermakna masih terdapat elemen-elemen sempit dikalangan
mereka.

Walaupun keseluruhan mahasiswa disimpulkan sebagai positif terhadap faktor-faktor yang


mempengaruhi negara-bangsa namun masih terdapat sejumlah mahasiswa yang bolehlah
dianggap besar telah tidak bersetuju dan kurang bersetuju bahawa sistem pendidikan negara dan
perlaksanaan DEB telah membentuk perpaduan dan memperbetulkan ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum. Golongan ini berkemungkinan berpendapat sedemikian kerana mungkin
terdapat unsur-unsur yang berada di dalam dua faktor ini dilihat tidak tepat dan tidak berapa
berkesan. Contohnya dalam sistem pendidikan negara perbincangan mengenai alternatif untuk
menggabungkan sekolah-sekolah berdasarkan etnik ke dalam satu sekolah yang lebih
berintegrasi dan mengurangkan polarisasi kaum di institusi pengajian tinggi masih menjadi isu
dan

perbahasan

yang

hangat

ketika

ini.

Pada pemerhatian pengkaji berdasarkan pendapat Jayum A. Jawan (1997), perkahwinan campur
tidak semestinya akan membawa kepada kelahiran penyatuan pada peringkat negara-bangsa
namun perkahwinan campur ini dapat merobohkan benteng pemisahan antara ras dan etnik,
sekaligus mampu membantu ke arah mempercepatkan proses pembentukan negara-bangsa
Malaysia. Namun penemuan kajian ini mendapati bahawa sebahagian besar mahasiswa
berpendapat rakyat Malaysia adalah masih tidak bersedia untuk perkahwinan campur.
Sejumlah besar iaitu hampir separuh daripada keseluruhan responden kurang bersetuju dan tidak
setuju dengan pendapat bahawa setiap kaum telah mendapat hak sepatutnya di dalam
pembangunan ekonomi negara. Jika persepsi ini digunapakai bermakna masih terdapat kecacatan
ketara di dalam pengagihan ekonomi negara sehingga menimbulkan perasaan tidak puashati
dikalangan mereka atau golongan mahasiswa ini menggunakan elemen sempit dalam menilai hak
yang sepatutnya diberikan kepada setiap kaum di dalam pembangunan ekonomi negara. Apa pun
keputusannya, setiap kaum hendaklah dipastikan berjaya secara adil menyertai institusi ekonomi
utama negara supaya tidak lahir kelompok atau etnik yang ketara ketinggalannya dalam
pembangunan ekonomi negara sehinggakan membantut usaha melahirkan negara-bangsa
Malaysia.
Selepas merdeka, keadaan ekonomi rakyat Malaysia pada masa itu adalah diidentifikasikan

dengan sesuatu kumpulan etnik. Lalu keadaan ini menimbulkan syak wasangka dan cemburu
dari etnik-etnik lain, sekaligus mengugat keamanan negara seperti peristiwa berdarah 13 Mei.
Selepas perlaksanaan DEB persepsi begini adalah diharap turut berubah. Namun daripada
analisis data, didapati hampir separuh mahasiswa masih berpendapat bahawa ekonomi negara
dikuasai oleh kaum Cina. Sebahagian besar mahasiswa Melayu didapati bersetuju dengan
kenyataan

ini.

Namun keadaan ini tidaklah dapat mengambarkan tiada kesan positif daripada perlaksanaan
DEB ini. Diakui selepas berakhirnya DEB, pembangunan kaum-kaum bumiputera adalah ditahap
yang amat baik berbanding keadaan sebelum perlaksanaannya. Kesinambungan dasar selepas
DEB ini dilihat mampu untuk menghapuskan identifikasi sesuatu kumpulan etnik menguasai
ekonomi sekaligus mempercepatkan negara-bangsa yang adil pembahagian ekonominya.
Walaupun Malaysia sedang pesat membangun dan kemajuan kebendaan telah mencapai tahap
yang baik, namun pemisahan wilayah diantara yang maju dan kurang maju masih merupakan
fenomena yang ketara dalam pembangunan negara (Abu Hassan,1997). Pemisahan wilayah ini
mampu menjadi faktor penghalang yang utama kepada hasrat pembinaan negara-bangsa
Malaysia. Di dalam kajian ini, mahasiswa sebahagian besarnya berpendapat bahawa 1)
pembangunan luar bandar dan bandar tidak seimbang dan perbezaannya amat ketara, 2)
pembangunan diantara Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah adalah kurang adil dan tidak
saksama serta 3) masih terdapat beberapa buah negeri yang mundur dan menampakkan kadar
kemiskinan yang tinggi. Pada pendapat pengkaji, walaupun ia sekadar pandangan daripada
responden yang kebenaran hakikinya tidak dapat disahkan namun keadaan ini dapatlah
mengambarkan sedikit sebanyak tentang kelemahan yang kita miliki yang harus ditangani segera
supaya cabaran pertama di dalam kertas kerja Wawasan 2020 dapat dicapai dengan sempurna
sifatnya.
Berdasarkan pendapat sebahagian besar mahasiswa ini juga maka pelan strategi pembangunan
negara perlu memberi peluang pembangunan ekonomi dan sosial yang lebih ketara kepada
wilayah-wilayah tersebut supaya kadar kemiskinan relatif dan mutlak dapat dibasmi dan
disetarakan. Pada pendapat pengkaji pemisahan wilayah antara yang maju dan kurang maju di

Malaysia bukanlah ditahap yang membimbangkan seperti yang terdapat dibeberapa negara di
Asia Tenggara yang menjurus kepada gerakan-gerakan pemisahan namun ia tetap memerlukan
tindakan

susulan

yang

segera.

Isu-isu yang diperhatikan dalam sistem politik tanah air adalah kecenderungan pemimpinpemimpin parti untuk mengemukakan sentimen-sentimen yang berbau perkauman, keagamaan
dan kenegerian dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan (Masidi Manjun,1997).
Penggunaan sentimen perkauman dan keagamaan untuk mendapat sokongan adalah tidak sihat
dan akan menyemarakkan elemen-elemen sempit seperti etnik dan kepercayaan. Penemuan
kajian mendapati segolongan besar mahasiswa berpendapat bahawa parti-parti politik di
Malaysia masih ketara mengemukakan sentimen berbau perkauman dan keagamaan di dalam
ideologi

politik

mereka.

Persepsi mahasiswa ini mengambarkan masih terdapat halangan politik yang besar bukan sahaja
bagi mewujudkan perpaduan malah jauh sekali dari mewujudkan sebuah negara-bangsa
Malaysia. Keadaan ini diperkukuhkan lagi apabila sebahagian besar mahasiswa berpendapat
parti-parti politik berteraskan etnik dimana setiap parti politik dipersepsikan sebagai menjaga
kepentingan etnik-etnik masing-masing merupakan penghalang kepada perpaduan dan integrasi
kaum

yang

lebih

utuh

daripada

terbentuk.

Di dalam analisis berdasarkan keturunan di bahagian hasil kajian mendapati masih ada perbezaan
persepsi dan ada diantaranya membabitkan perbezaan yang amat ketara dikalangan mahasiswa.
Salah satu contohnya, segolongan besar mahasiswa berketurunan Cina berpendapat bahawa
keturunan mereka tidak menguasai ekonomi negara tetapi berbeza pendapat dengan mahasiswa
Melayu apabila sebahagian besar berpendapat kuasa ekonomi berada ditangan orang Cina. Jadi
dimanakah kebenarannya ? Atau masih terdapat sikap prejudis dan curiga yang tebal dikalangan
mereka. Jika terdapat sikap prejudis dan curiga dikalangan mahasiswa dan ianya tidak dapat
dibasmi, pastinya mereka tidak dapat menunjukkan sikap penerimaan yang lebih terbuka dan
tidak akan terbina jambatan penghubung dan sikap saling mempercayai diantara mereka.
Akhirnya akan menamatkan peluang untuk membina negara-bangsa yang kukuh sifatnya.
Paduan kesinambungan sejarah dan kekinian amat penting untuk menyediakan wadah bagi

pembinaan masa depan bangsa Malaysia (Abd. Rahman Embong, 2001). Ini bermakna dalam
menentukan ciri rupa negara-bangsa yang ingin dibentuk kesinambungan sejarah dan keadaan
pada masa kini hendaklah dijadikan asas untuk pembentukannya. Oleh itu, analisis berkaitan ciriciri asas di dalam negara-bangsa Malaysia dibentuk dengan tujuan untuk mendapatkan pendapat
mahasiswa

terhadap

sifat-sifat

negara-bangsa

yang

ingin

dibentuk.

Walaupun tidak ketara, ternyata wujud perbezaan falsafah dalam menentukan rupa bangsa negara
yang diingini dikalangan responden. Secara amnya, perbezaan persepsi ini terbentuk adalah
berdasarkan faktor keturunan. Daripada empat ciri asas yang cuba digariskan oleh pengkaji
hanya terdapat dua ciri yang mempunyai lebihan pendapat (lebih daripada separuh jumlah
responden) itu pun hanya sedikit iaitu sebanyak 1% dan 3%. Dua ciri tersebut ialah peranan,
penggunaan dan penguasaan Bahasa Malaysia yang meluas dikalangan warga negara-bangsa
Malaysia dan kebudayaan bangsa Malaysia yang diteraskan dengan kebudayaan rakyat asal.
Berdasarkan rumusan kajian diatas, dapatlah disimpulkan terdapat persepsi-persepsi daripada
mahasiswa yang mengambarkan kesediaan mereka untuk membantu mempercepatkan proses
pembinaan negara-bangsa Malaysia. Namun terdapat juga daripada persepsi mereka yang
memerlukan tindakan susulan supaya ianya menjadi berkeadaan lebih baik. Daripada pandanganpandangan mereka terhadap hal-hal berkaitan politik, ekonomi dan sosial negara terdapat
keadaan yang mengambarkan kesediaan negara ini untuk mencapai tahap negara-bangsa namun
banyak juga pandangan-pandangan yang sebaliknya. Dalam proses mempercepatkan kewujudan
negara-bangsa Malaysia, kelebihan yang kita ada digunakan sebaik mungkin dan kelemahan kita
punyai

diperbaiki

secepat

mungkin.

CADANGAN
Bahagian ini akan mengemukakan cadangan-cadangan dan saranan berdasarkan daripada
penemuan kajian agar dapat memberi manfaat kepada perkembangan dan proses pembinaan
negara-bangsa

Malaysia

serta

panduan

kepada

pengkaji-pengkaji

akan

datang.

Cadangan

Umum

Berdasarkan penemuan kajian terdapat lima cadangan umum yang ingin dibentang dan
dibincangkan. Pertama, sudah sampai masanya matlamat mewujudkan negara-bangsa Malaysia
ini diletakkan sebagai dasar utama negara. Walaupun kajian ini hanya dilakukan di Universiti
Putra Malaysia (UPM) sahaja namun cadangan ini dilihat perlu berdasarkan rasional bahawa
dengan meletakkan matlamat mencapai negara-bangsa sebagai dasar negara, ianya bukan sahaja
memberitahu kepada semua lapisan masyarakat Malaysia tetapi juga kepada generasi muda di
universiti-universiti bahawa negara bukan setakat ingin mencapai perpaduan dan keharmonian di
antara rakyat tetapi ada matlamat yang lebih tinggi daripada itu iaitu mencapai tahap negarabangsa

Malaysia.

Dengan cara ini pastinya masyarakat umum akan memperolehi maklumat, kesedaran dan
penghayatan yang lebih bermakna sekaligus turut memberi kesan kepada golongan cerdik pandai
di universiti yang akan mewarisi negara kita. Dicadangkan supaya matlamat muwujudkan
negara-bangsa ini dijadikan dasar utama negara kerana dengan keadaan itu barulah perancangan
dan perlaksanaan yang lebih pro-aktif dapat dilaksanakan dan tidak hanya sekadar perbahasan
tanpa

tindakan.

Keduanya, bagi memastikan pemisahan wilayah antara kawasan yang maju dan kurang maju
dapat dirapatkan adalah dicadangkan supaya pelan strategi pembangunan negara memberi
peluang yang lebih ketara kepada pembangunan ekonomi dan sosial di wilayah-wilayah yang
kurang maju. Oleh itu, program-program yang telah dan akan dilaksanakan untuk pembangunan
di kawasan kurang maju ini hendaklah dipastikan sampai kekelompok sasaran secara langsung
tanpa ada halangan orang tengah yang terlalu ketara. Selain itu, penerusan program
pembasmian kemiskinan dikawasan yang kurang maju dan mundur ini perlu diperhebatkan
dengan lebih giat terutamanya dalam meningkatkan kemudahan infrasruktur dan kemudahan asas
supaya perlaksanaan pelbagai rancangan pembangunan lain dapat dilaksanakan. Ini bermakna
pembangunan kawasan kurang maju haruslah diberi penekanan sepenuhnya kerana pemisahan
wilayah yang keterlaluan menjadi faktor penghalang kepada pembinaan negara-bangsa Malaysia.

Ketiga, penubuhan sekolah-sekolah yang boleh menghasil integrasi kaum yang lebih padu seperti
Sekolah Wawasan haruslah dilaksanakan secepat mungkin supaya masalah polarisasi kaum dapat
dikurangkan terutamanya di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, semua kaum terutamanya
mereka yang datang daripada golongan politik dan pendidikan hendaklah sama-sama berbincang
secara rasional dan mencari kesepakatan dalam menentukan ciri-ciri sekolah yang akan dibentuk
supaya

dapat

memuaskan

hati

semua

pihak.

Janganlah suatu hari nanti perjuangan melampau golongan hari ini dalam mempertahankan ciriciri dan budaya etnik masing-masing menjadi alasan kepada tidak terwujudnya negara-bangsa
Malaysia kerana sudah ternyata kepentingan kewujudan negara-bangsa bukan sahaja lebih
penting kepada negara tetapi mampu menjamin kehidupan yang lebih baik untuk semua etnik
dinegara

ini.

Keempatnya, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat bagi menjamin
tidak ada parti-parti politik yang ketara mengemukakan sentimen perkauman dan keagamaan
sehinggakan menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia. Pembendungan gejala ini
adalah perlu dilaksanakan segera supaya penggunaan sentimen sempit ini tidak terus berleluasa
sehingga tidak dapat ditangani dan memberi kesan buruk kepada kestabilan negara.
Kelimanya, Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), media massa dan lainlain yang terlibat haruslah mempergiatkan fungsinya dengan lebih berkesan supaya dapat
memastikan bahasa kebangsaan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat dan dapat
dijadikan satu identiti nasional yang boleh dibanggakan oleh semua warga Malaysia. Oleh itu,
penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan di agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti di
majlis-majlis rasmi negara, seminar-seminar, media massa dan lain-lain haruslah dilaksanakan.
Dalam hasrat membina jatidiri yang berwajah Malaysia di dalam dunia yang serba moden ini,
sama-samalah warga Malaysia berpegang pada prinsip bahawa kita menggunakan bahasa
Malaysia

dan

menguasai

Bahasa

Inggeris.

Cadangan

khusus

Cadangan khusus ini adalah berkaitan saranan-saranan kepada institusi pengajian tinggi untuk
menghasilkan mahasiswa yang bersedia dan membantu mempercepatkan terbentuk negarabangsa Malaysia. Dicadangkan pihak pentadbiran universiti merancang melaksanakan dan
memastikan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan lebih berkesan supaya mahasiswa-mahasiswa di
universiti tidak hanya bergaul sesama keturunan mereka sahaja. Sebagai contohnya pihak
universiti hendaklah memastikan atau menguatkuasakan tugasan berkumpulan di dalam kursuskursus yang diikuti pelajar hendaklah disertai oleh pelbagai etnik. Pada pemerhatian pengkaji
sebagai pelajar di UPM, sebahagian besar kumpulan-kumpulan yang dibentuk oleh mahasiswa
dalam

melaksanakan

tugasan

akan

disertai

oleh

sekaum

dengan

mereka

sahaja.

Seterusnya, kepempinan mahasiswa yang sedia ada hendaklah merancang program-program


yang bersifat terbuka dan bervariasi supaya dapat menarik minat mahasiswa dari pelbagai
latarbelakang. Sebagai contohnya melalui sukan yang dipastikan disertai oleh pelbagai etnik dan
bukannya hanya disertai oleh etnik tertentu sahaja. Diperhatikan memang benar sesuatu
penganjuran sukan terbuka untuk semua golongan namun penyertaannya biasanya akan disertai
oleh kelompok tertentu sahaja iaitu berdasarkan kecenderungan minat kelompok tersebut.
Disinilah kepimpinan mahasiswa dilihat dapat memainkan peranan untuk memastikan cara-cara
untuk menarik minat kelompok-kelompok yang lain. Contoh lain ialah seperti acara kebudayaan
hendaklah menampilkan penyertaan kaum-kaum minoriti dengan lebih giat lagi dan mereka yang
terlibat didalam jawatan kuasa penganjuran hendaklah dipastikan terdiri daripada pelbagai
keturunan

mahasiswa.

Selain itu, penubuhan satu persatuan pelajar dari pelbagai keturunan kepimpinan mahasiswa
yang mampu menggerakkan keseluruhan mahasiswa secara berkesan melalui program menanam
semangat kecintaan kepada negara dan sentimen sebangsa dikalangan mahasiswa dilihat perlu
dilaksanakan segera. Persatuan pelajar yang mampu memupuk semangat integrasi dikalangan
mahasiswa akan dapat melahirkan satu golongan generasi muda yang berbangga dengan warisan
negara

yang

terdiri

pelbagai

kaum

sebagai

sumber

kekuatan

negara

itu

sendiri.

Dicadangkan juga supaya diperbanyakkan kursus-kursus yang berkaitan memasukkan konsep


negara-bangsa ini ke dalam isi kandungan dan pengajarannya di kuliah supaya mahasiswa
sentiasa didedahkan bahawa negara ini mempunyai matlamat yang lebih tinggi iaitu membentuk
sebuah negara-bangsa Malaysia yang mantap sifatnya. Dengan memperbanyakkan pendedahan
tentang konsep ini, mahasiswa akan lebih bersikap terbuka dan mampu meningkatkan
penerimaan mereka terhadap keperluan-keperluan yang mereka harus lakukan untuk membantu
negara

mereka

mencapai

hasrat

murni

ini.

Saranan terakhir khusus buat generasi muda, sama-samalah kita menilai dan meneliti diri,
sejauhmanakah kita bersedia untuk membantu negara mencapai hasrat murni ini. Jesteru,
generasi muda harus bersedia berkorban sedikit daripada ciri-ciri dan budaya kita masing-masing
di dalam membina satu bangsa baru yang lebih utuh sifatnya iaitu Bangsa Malaysia ataupun kita
masih sanggup mengorbankan keamanan dan perpaduan yang miliki sekarang demi untuk
memastikan bahawa keturunan dan segala ciri-ciri etnik kita dapat dipertahankan. Seterusnya,
generasi muda seharusnya sudah mempunyai sikap terbuka sewajarnya dalam menerima kaumkaum lain di dalam kehidupan harian. Dalam tindakan seharian pula, generasi muda tidak boleh
menggunakan sentimen sempit seperti perkauman, kepercayaan, kedaerahan dan kebudayaan
dalam berdepan etnik-etnik yang berbeza dengan kita. Akhir sekali, adakah pada hari ini kita
sudah dapat merasakan satu perasaan sentimen sebangsa dengan etnik-etnik yang berbeza
dengan

kita

Survival kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia hanya akan terjamin dengan terbentuknya
sebuah negara-bangsa. Untuk itu kepada pejuang Melayu, sedarlah bahawa perjuangan
mewujudkan negara-bangsa Melayu sudah lama gagal dan kepada pejuang berketurunan Cina
dan India sedarlah anda bukan lagi orang Cina di negara China dan orang India di negara India.
Kita semua pejuang Malaysia di negara Malaysia. Falsafah perjuangan berlandaskan etnik tidak
menjamin kita ke arah yang lebih baik malah mungkin menjadi buruk keadaannya. Tiada cara
lain, sama-samalah warga Malaysia membina bangsa baru iaitu bangsa Malaysia. Percayalah,
berdiri

dibawah

naungan

negara-bangsa

tidak

menghapuskan

keturunan

kita.

Saranan

kajian

akan

datang

Kajian akan datang boleh dilakukan untuk meninjau sejauhmana tahap pengetahuan dan
kesedaran golongan rakyat yang mendiami satu-satu kawasan ataupun beberapa tempat mengikut
zon-zon tertentu. Kajian juga boleh meninjau pemahaman golongan masyarakat tertentu tentang
negara-bangsa dan kepentingannya kepada diri individu, masyarakat dan negara. Disamping itu
untuk mendapatkan data, temuramah perlu diselang-seli dengan pengisian borang soal selidik
bagi memastikan kelompok yang hendak dikaji itu lebih faham dan memudahkan mereka bersoal
jawab

jika

terdapat

sebarang

kemusykilan

tentang

soalan-soalan

tersebut.

Kajian ini memberi tumpuan kepada saiz sampel yang kecil berbanding jumlah pelajar UPM
keseluruhannya. Oleh itu, kajian akan datang juga disarankan untuk meningkatkan lagi saiz
sampel supaya statistik sampel lebih mirip kepada parameter populasi sebenar. Disarankan juga
kajian dijalankan di semua institusi pengajian tinggi bagi mendapatkan hasil kajian yang boleh
mengambarkan keadaan sebenar mahasiswa di Malaysia terhadap proses mewujudkan negarabangsa

Malaysia

ini.

Skop kajian mengenai negara-bangsa merupakan satu perkara yang amat luas. Jadi disarankan
kajian akan datang lebih menumpukan kepada sesuatu aspek sahaja seperti politik, ekonomi atau
sosial. Ini akan memberi hasil yang lebih jitu dan mengurangkan perkara-perkara penting
terlepas

dari

skop

kajian.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Embong. (2001). Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penebit UKM.
Abu Hassan Adam. (1992). Menghala Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sendirian
Berhad.
Abu Hassan Othman. (1997). Tranformasi Masyarakat dalam Konteks Pembinaan Negarabangsa Malaysia. Dlm M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia
dalam Era Kebangkitan Asia. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).
Ahmad Atory Hussain. (1987). Kepimpinan Masa Depan. Kuala Lumpur: Kumpulan Karangkraf
Sdn.

Bhd.

Ahmad Fauzi Basri. (1997). Pembinaan Negara-bangsa Malaysia dan Pencapaian Kini. Dlm
M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era Kebangkitan
Asia.

Kota

Kinabalu:

Institut

Kajian

Pembangunan

(Sabah).

Ahmat Adam. (1997). Budaya Popular dan Sepunya Dalam Konteks Pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan. Dlm M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam
Era

Kebangkitan

Asia.

Kota

Kinabalu:

Institut

Kajian

Pembangunan

(Sabah).

Asnarulkhadi & Jayum A. Jawan. (ed) (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang, Selangor:
Penerbit

Universiti

Putra

Malaysia.

Azizi Ismail. (1997). Pembentukan Negara-bangsa Malaysia.. Kertas projek tahun akhir yang
tidak diterbitkan. Jabatan Pengajian pembangunan Sosial, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti
Putra

Malaysia.

Dahlan, H. M. (1997). Konsep Budaya Populor Malaysia: Satu Penilaian Intipati dan Pola
Budaya. Dlm M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era

Kebangkitan

Asia..

Kota

Kinabalu:

Institut

Kajian

Pembangunan

(Sabah).

Faizal Othman. (1993). Pendekatan Bina Bangsa dalam Pengukuhan Tenaga Manusia bagi
Wawasan 2020. Dlm Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib.(ed). Wawasan 2020. Kuala Lumpur:
Institut

Kajian

Dasar.

Awang Hasmadi Mois. (1997). Hubungan Kaum dan Pencapaiannya. Dlm M. Yaakob Johari.
(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era Kebangkitan Asia.. Kota Kinabalu:
Institut

Kajian

Pembangunan

(Sabah).

Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1980). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar
Pembangunan.

Kuala

Lumpur:

INTAN.

John Naisbitt. (1992). Global Paradox: The Bigger the World Economy, the More Powerful Its
Smallest

Player.

New

York:

Nicholas

Brealey

Publishing.

Just Faaland dan Jack Parkinson. (1991). DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamarataan. Kuala
Lumpur

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka

Kamarudin Jaafar. (1993). Pendekatan Bina Bangsa dalam Pengukuhan Tenaga Manusia bagi
Wawasan 2020. Dlm Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib.(ed). Wawasan 2020. Kuala Lumpur:
Institut

Kajian

Dasar.

Kenechi Ohmae. (1995). The End of the Nation State: The Rise of Regional Economics. New
York:

The

Free

Press

Kerajaan Malaysia. (1999). Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000.
Kuala

Lumpur

Percetakan

Nasional

Malaysia

Berhad

Leonard Tivey (ed). (1981). The Nation-State: The Formation of Modern Politics. Oxford:
Martin

Robertson

Mahathir Mohammad. (1991). Malaysia Melangkah Kehadapan. Kuala Lumpur: ISIS/Dewan


Bahasa

Dan

Pustaka.

Ranjit Singh. (1996) Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur : Federal Publications.
Rustam A. Sani. (1993). Melayu Baru dan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication
&

Disributors

Sdn

Bhd.

Sanusi Osman. (1989). Ikatan Kelas dan Etnik di Malaysia. Bangi: Penebit UKM
Sheikh Othman Salim.(ed) (1994). Kamus Dewan Edisi Baru (5th ed.). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa

dan

Pustaka.

Thock Ker Phong. (2002). Dongjiazong Kuasa Politik Masyarakat Cina Malaysia Pemikir, Bil.
28

(Apr-Jun)

hlm.

1-23

Zainal Abidin. (1997). Tahap Perpaduan Negara Dari Perspektif Sejarah. Dlm M. Yaakob
Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era Kebangkitan Asia.. Kota
Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).

You might also like