You are on page 1of 4

SKRIP BERCERITA BAHASA MELAYU

TAHAP 2 (2013)
TAJUK: ADUHAI BUDIN
Assalamualaikum, salam perpaduan dan salam penuh takzim kepada barisan hakim
yang adil lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati.
===================================================
================================
Perigi buta jangan ditimba,
Masa terbuang, letihlah badan;
Bukan berpantun tujuan hamba,
Hendak bercerita, kisah dan tauladan..
===================================================
================================
Hai..Apa khabar kawan-kawan ? Kawan-kawan hendak mendengar cerita?
Baiklah, ..mari dengarkan kisah yang akan Nurin sampaikan pada hari
iniAduhai..Budin
===================================================
=================================
Ha..siapakah Budin? Kawan-kawan, Budin adalah merupakan anak bongsu dari enam
beradik kepada sepasang suami isteri pesawah, Pak Salleh dan Mak Limah. Dia baru
berumur 7 tahun.
===================================================
==================================
Pada suatu hari, Pak Salleh dan Mak Limah membawa anak-anak mereka ke sawah.
Semasa ahli-ahli keluarga yang lain sedang mengerjakan sawah itu, Budin dan
abangnya, Jali asyik bermain di tepi sawah. Sekejap-sekejap, mereka berguling di atas
rumput..Sekejap-sekejap lagi, mereka melompat seperti arnab! Wahmereka amat
gembira. Ha..pernah tidak kawan-kawan Nurin bermain seperti mereka? Tentu
seronok bukan? Nak tau tak..Nurin pun pernah..habis sakit-sakit seluruh badan Nurin
ni..
Kawan-kawan..apa yang berlaku seterusnya ya?
MmmLama kelamaan, Budin berasa bosan. Dia mahu bermain di tempat yang lebih
jauh lagi. Lalu dia memberitahu hasratnya itu kepada ibunya.
1

Namun, Mak Limah membantah kerana Budin masih kecil.


Tidak boleh, sayang....Ia amat berbahaya nasihat Mak Limah.
Tetapi Budin tetap berdegil. Dia hendak pergi juga.
Ish..ish..ish.
Lantas Budin menjerit, Selamat tinggal, ibu! Janganlah risau sebab Budin tidak
akan apa-apa Lalu dia terus berlari pergi. Keluarganya tergamam seketika.
Apa nak jadilah dengan Budin ni.. rungut Mak Limah. Hatinya sayu mengenangkan
si anak. Walaupun dia bersedih, namun dia tetap berdoa dan berharap agar Budin
selamat. Lantas Pak Salleh mengajak Mak Limah dan anak-anaknya yang lain pulang
ke rumah. Dia tahu Budin hanya akan bermain-main di sekitar kampung.. seperti
biasa.

Ha..cuba kawan-kawan teka..apa yang berlaku kepada Budin? Siapa fikir..Budin akan
bermain-main sekitar kampung? Pandai Siapa pula fikir..Budin telah ke tempat lain?
Bagus Wah, wah, wah..bijak sungguh kawan-kawan Nurin ni..
Tapi kawan-kawanRupa-rupanya..entah macamana, Budin akhirnya telah sampai ke
tepi hutan! Kawasan itu kelihatan sangat luas. Kebanyakan pokok di situ besar-besar
dan tinggi-tinggi..Kawasannya juga redup dan sunyi... Dia hanya mendengar bunyi
ranting-ranting patah yang dipijaknya, ketik..ketik..ketik.. serta si belatuk yang
sedang mematuk dahan, ketok, ketok, ketok.Hari pula seakan mahu hujan.
Mmm.Bayangkanlah kawan-kawan..bagaimana perasaan si Budin ketika
itu..Berseorangan dan ketakutan..
Oh, sunguh menakutkan..tetapi saya tidak mahu pulang! kata Budin sendirian.
Ketika itu juga, perutnya berbunyi tanda lapar. Nasib baik, dia ternampak setangkai
buah rambutan yang sedang masak ranum di atas pokok.
Hah! Ada pun makanan..Yea, yea! Yea, yea!! Ada..rambutan! Budin bersorak
gembira. Lantas dia cuba mengait buah-buah rambutan itu. Namun demikian, buahbuah rambutan tersebut agak tinggi baginya.
Sedang dia cuba mengait buah-buah rambutan itu, tiba-tiba..Aargghh!! Apakah
yang telah berlaku ya kawan-kawan?
Aduhai..Budin..Rupa-rupanya, dia terjatuh ke dalam sebuah lubang. Lubang itu agak
dalam. Kakinya juga telah terseliuh.

Dia cuba untuk naik ke atas, tetapi gagal. Tiba-tiba dia terdengar pula bunyi guruh di
langitgrh..grh..grhh Semasa itu jugalah dia teringat akan kata-kata rakan
sekelasnya, Ah Moy.
Emak saya pernah beritahu, kalau hari mahu hujan, itu tandanya ada gergasi mahu
turun. Gergasi boleh makan kanak-kanak seperti kita tau! Begitulah cerita si Ah Moy.
Cerita itu menjadikan dia bertambah takut. Dia menyangka gergasi sudah datang!
Alamak! Gergasi datang..! Apa aku nak buat? Uuuuuuuibu..ayahtolong
Budin..kaki Budin sakit.. ada gergasi nak makan Budin bu..ayahh..tolongg
uuuu..uuu, tangis Budin. Tangisannya semakin kuat.
===================================================
====================================
Sedang dia menangis, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dari atas. Telinganya juga
menangkap suara orang menyanyi. Dia kenal benar lagu itu.
Lodeh hai Mak Lodeh..
Lodeh anak Pak Salleh,
Cucu Osman Janggut,
Anak ibu hingus meleleh,
Lodeh hai Mak Lodeh..
Itu suara ibu! kata Budin. Budin lantas menjerit sekuat-kuat hatinya.
Ibu..! Ayah..! Tolong Budin..!! Budin di dalam lubang ini
Rupa-rupanya, keluarga Budin datang mencarinya. Tidak lama kemudian dia melihat
keluarganya mengelilingi lubang itu.
Setelah diselamatkan, Budin memeluk ahli keluarganya seorang demi seorang.
Ibu..ayah..Budin minta maaf. Budin janji akan sentiasa ikut nasihat ibu dan ayah..
kata Budin. Sekarang, dia benar-benar telah insaf. Pak Salleh dan Mak Limah berasa
lega dan senang hati.
===================================================
====================================
Ya, kawan-kawan. Begitulah tadi kisah si Budin. Kawan-kawan hendak jadi seperti
Budin..? Tentu tidak bukan..? Ha..Nurin pun tidak mahu. Ingatlah..Kita mesti selalu
mendengar nasihat ayah dan ibu supaya kelak ..kita tidak akan susah dan rugi..
Sekian. Terima kasih.
3

===================================================
===================================================
===================================================
=====================

Disampaikan oleh : Nurin Sufiyah Bte Mohd Norhakim


Sekolah
Zon

: SK Kampung Paya Besar, Segamat.


: Zon Bandar.

You might also like