You are on page 1of 24

Zaman Sesudah Merdeka (1957- 1963)

Perkembangan Sistem Pendidikan

LATARBELAKANG

Pada 31 Ogos 1957, tepat jam dua belas tengah malam, Malaya atau Persekutuan Tanah
Melayu diisytiharkan sebagai negara yang merdeka. Sebagaimana negara-negara lain yang
baru mencapai kemerdekaan di Asia Tenggara ini, Malaya menghadapi berbagai-bagai
masalah. Di Asia Tenggara, kesan yang mula-mula kelihatan sebagai hasil tercapainya
kemerdekaan ialah usaha memiliknegarakan sekolah. Hal ini bererti bahawa sesebuah negara
itu menguasai pendidikan di negaranya. Perkara ini belurn pernah diamalkan di Asia Tenggara
ini. Burrna dan Sri Lanka merupakan dua contoh yang jelas dalam perkara ini. Sebelum
tercapainya kemerdekaan, Burma mempunyai tiga sistem pelajaran, iaitu sekolah Inggeris,
sekolah Anglo-Vernakular dan sekolah VemakuIar. Sistem inilah yang menyebabkan peluang
pendidikan yang tidak sama rata berlaku dan terbentuknya jurang perbezaan dalam
masyarakat Burma. Oleh hal yang demikian jawatankuasa Pembentukan Semula 1947 di
Burma mengusulkan bahawa sistem tersebut perlu dihapuskan. jawatankuasa itu seterusnya
mengusulkan supaya sistem tiga jenis sekolah ini 'dicantumkan menjadi satu sistem yang
sama, memberikan pendidikan melalui kurikulum yang disesuaikan dengan kehidupan di
Burma, bermula dari peringkat dasar hinggalah peringkat matrikulasi; kesemuanya hendaklah
dibiayai serta dikawal oleh negara'.

Di Sri Lanka, situasi yang hampir sama berlaku apabila negara tersebut mencapai
kemerdekaan. All-Ceylon Buddhist Congress mendesak Perdana Menteri Sri Lanka supaya
mengarnbilalih kuasa terhadap semua sekolah yang dibantu pada Januan 1961. Tindakan
tersebut dirasmikan serta disahkan secara undang-undang melalui Akta Parlimen 1960.
Bolehlah dirumuskan di sini bahawa sesudah tercapainya kemerdekaan, negara-negara di Asia
Tenggara memilih supaya pendidikan dikuasai olch negara, untuk menyenangkan pentadbiran
serta proses pembentukan semula di samping untuk menghapuskan kelemahan-kelemahan
sistem pendidikan sebelum merdeka.

Masalah kemerdekaan yang dihadapi oleh Malaya agak berbeza. Sebagaimana yang telah
dinyatakan di dalam bab yang Ialu, Malaya terpaksa mengatasi masalah perkauman yang telah
dibiarkan meluas pada zaman penjajahan Inggeris. Tugas utama Malaya ialah
menyatupadukan kaum-kaum yang terbesar supaya dapat membentuk satu rupa bangsa
Malaya. Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan Malaya tidaklah bercadang untuk
menghapuskan sekolah aliran Inggeris, sama ada sekolah bantuan penuh ataupun sekolah
persendirian. Sebaliknya, kerajaan memberikan jaminan bahawa:

. . . pada dasarnya kami mengusulkan penainatan sekolah-sekolah vernakular yang berasingan


untuk kaum-kaum yang berlainan dan digantikan dengan satu jenis sahaja sekolah dasar yang
sarna untuk semua.

Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam bab yang Ialu, Laporan Razak
mengusulkan bahawa bukan sahaja sekolah aliran Inggeris akan diteruskan apabila Malaya
mencapai kemerdekaan, malah bahasa Inggeris akan menjadi bahasa yang wajib diajarkan
selain bahasa Melayu, di semua jenis sekolah dasar.
Apabila tercapai kemerdekaan, Malaya menghadapi tugas melaksanakan rancangan
pembentukan semula pendidikan sebagaimana yang diusulkan dalam Laporan Razak. Untuk
rnelaksanakan rancangan tersebut, kerajaan memberikan keutamaan kepada tiga tugas penting
seperti berikut:

1. Masalah Bahasa.

2. Masalah Malayanisasi.

3. Masalah Pendidikan Universiti.

MASALAH BAHASA
Sebelum tercapainya kemerdekaan, bahasa rasmi Malaya ialah bahasa Inggeris. Bahasa itulah
juga yang menjadi bahasa pengantar di sekoIah dasar dan menengah Inggeris. Keadaan
seumpama ini terjadi kerana sebab politik dan ekonomi. Sesudah tercapainya kemerdekaan,
kehendak-kehendak negara mendesak supaya bahasa penjajah ini digantikan dengan bahasa

bumiputera. Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa rasmi
negara.

Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab 2, sebelum tercapainya


kemerdekaan tidak ada dasar yang membina tentang pendidikan melalui bahasa pengantar
Melayu. Bahasa Melayu hanya terhad di peringkat pendidikan dasar sahaja dan tidak diberi
peluang berkembang di peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Tidak ada rancangan untuk
meninggikan taraf bahasa Melayu. Dasar kerajaan ketika itu sengaja mengabaikan pendidikan
Melayu, kerana dasar sedemikian rupa, aliran Melayu dianggap oleh umum sebagai
pendidikan untuk, kaum marhain. jika ada ibu bapa yang ingin anaknya melanjutkan
pelajaran, tidaklah ada jalan Iain lagi, kecuali menghantar anaknya ke sekolah aliran Inggeris.
Ini dapat dilakukan dengan mernindahkan anaknya ke sekolah Inggeris, dimasukkan ke Kelas
Melayu. Khas (Special Malay Class) setelah anak itu menamatkan pendidikan tiga atau empat
tahun di. sekolah dasar aliran Melayu.

Walau bagaimanapun, usul yang dibuat olch Laporan Razak tentang bahasa Melayu telah
mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, apabila Malaya
mencapai kemerdekaan. Laporan Razak telah disemak oleh jawatankuasa Penyemak Pelajaran
1960. Usul-usuI jawatankuasa tersebut kemudian termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961.
Berhubung dengan taraf kedudukan Bahasa Kebangsaan, dasarnya sebagaimana yang tercatit
dalam ordinan dan akta tetap tidak berubah. Sebenarnya, jawatankuasa Penyemak Pelajaran
1960 telah mengusulkan dalam laporannya bahawa semua peperiksaan umum hendaklah
dijalankan dalam bahasa rasmi negara sahaja

Kami dengan sebulat suara berpendapat bahawa segala peperiksaan awam hendaklah
diadakan dalam bahasa rasmi negara.... Untuk menyatupadukan negara, matlamat pendidikan
hendaklah menghapuskan sekolah menengah yang bercorak perkauman daripada sistem
kebangsaan sekolah bantuan penuh dan menjamin supaya murid-murid daripada berbagaibagai keturunan menghadiri Sekolah Menengah Kebangsaan dan jenis Kebangsaan. Satu
keperluan bagi dasar ini ialah bahawa segala peperiksaan awam di peringkat menengah
diadakan dalam bahasa rasmi negara.

Untuk menyediakan murid-murid mengambil peperiksaan dalam salah satu bahasa rasmi
negara (bahasa Melayu atau bahasa Inggeris), jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960
mengusulkan supaya kelas-kelas khas yang disebut 'Tingkatan Peralihan' ditubuhkan di
sekolah-sekolah menengah aliran Melayu dan Inggeris. Misalnya, seorang murid dari sekolah
aliran Cina yang ingin meneruskan pelajarannya ke sekolah menengah aliran Melayu akan
dimasukkan ke 'tingkatan Peralihan' selama setahun supaya sejumlah besar masa tertumpu
kepada pengajaran bahasa Melayu. Pada akhir tahun itu, murid tersebut akan dimasukkan pula
ke aliran biasa (Tingkatan I). la akan diajar tentang matapelajaran-matapelajaran lain selain

bahasa Melayu dan bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu. Cara ini akan membolehkan
murid tersebut mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dalam bahasa Melayu. Kaedah
yang sama digunakan juga bagi murid-murid yang ingin mengambil peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran di dalam bahasa Inggeris. Untuk menjamin pengajaran bahasabahasa rasmi ini
dilaksanakan dengan sempurnanya, Federal Gazette Malaya bertarikh 14 Mei 1959,
menetapkan jumlah masa yang mesti digunakan untuk pengajian Bahasa Kebangsaan dan
bahasa Inggeris di Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan, di Sekolah-sekolah Menengah
Kebangsaan, di Sekolahsekolah Rendah jenis Kebangsaan dan di Sekolah-sekolah Menengah
jenis Kebangsaan.

Usaha menyediakan pendidikan menengah dalam aliran Melayu telah dimulakan dalam tahun
1958 dengan mencantumkan kelas-kelas ke Sekolah Inggeris Kerajaan untuk tujuan mengajar
dengan menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu. Pada 31 januari 1962 dilaporkan
bahawa terdapat 375 buah kelas seperti ini yang mengandungi murid bedumlah 13,224 orang
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran yang pertama dijalankan dalam bahasa Melayu ialah pada
tahun 1960, manakala peperiksaan Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang mula-mula sekali
dijalankan dalam. bahasa Melayu ialah pada bulan November, 1962. Ini adalah satu kejayaan
dalam sejarah pendidikan Melayu. Masyarakat telah berkali-kali mendesak supaya pintu
dibuka kepada murid-murid sekolah Menengah Melayu mengikuti pelajaran tinggi, yang
hanya menjadi keistimewaan murid-murid Sekolah Menengah. Inggeris. Kerajaan
memberikan jaminan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
universiti menjelang tahun 1967. Ini terbayang dalarn satu pengumuman yang dibuat oleh
Allahyarham Tun Abdul Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri, di majlis konvokesyen
Universiti MaIaya pada tahun 1961.

Dasar Kerajaan Perikatan ialah untuk menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti
dwibahasa. Universiti Malaya patut diletakkan di kemuncak sistem pendidikan kebangsaan.
Memandangkan bahawa kumpulan murid Melayu yang pertama akan dapat mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan dalam bahasa Melayu sepenuhnya pada tahun 1962,
iaitu sebagai satu kejayaan Kerajaan Persekutuan yang patut dibanggakan, maka perlu
dibentuk perhubungan di antara sistem sekolah dengan universiti. Diusulkan supaya kursuskursus pra-universiti dalam Bahasa Kebangsaan dimulakan pada tahun 1963, untuk
membeTikan peluang kepada pelajar-pciajar Melayn. melanjutkan pendidikan mercka ke
universifi. Melalui cara ini dan juga melalui usaha di peringkat Universiti untuk mernulakan
dan mengernbangkan pengajaran melalui bahasa Melayu, maka Universiti Malaya akan
mernpunyai skop nasional dan menjadi dwibahasa. Walau bagaiinanapun, segala usaha akan
diambil untuk menjamin bahawa perubahan ini tidak akan menjejaskan taraf pegajaran sama
ada dalam bahasa Melayu ataupun dalam bahasa Inggeris.

Keutamaan diberikan kepada Bahasa Kebangsaan bukan sahaja di peringkat sekolah, malah
jelas kelihatan di peringkat latihan perguruan sebagai satu cara mengatasi kekurangan guru
yang mampu mengajar dalam Bahasa Kebangsaan.

Sejak tahun 1960, tiap-tiap guru yang rnasuk ke maktab atau pusat latihan untuk guru
sekolah dasar diperlukan mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, jika bukan
bahasa utama di situ. Guru-guru seperti ini apabila tamat latihan akan marnpu mengajarkan
matapelajaran-matapelajaran am hingga darjah tiga dengan menggunakan bahasa
pengantar Melayu, serta rnampu mengajarkan matapelajaran Bahasa Kebangsaan. Ini akan
menambahkan jumlah guru terlatih yang mampu mengajar dalam bahasa pengantar bahasa
Melayu.

Sementara itu, Maktab Perguruan Bahasa dan maktab yang sedang dibina di Lembah Pantai,
Kuala Lumpur, ketika itu akan mengeluarkan guru-guru khas bahasa (specialist teachers of
language) yang dilatih untuk mengajarkan bahasa Melayu sebagai matapelajaran utama atau,
matapelajaran tambahan. Langkah-langkah lain diusulkanjuga olehjawatankuasa Penyemak
Pelajaran 1960 untuk mengatasi masalah kekurangan guru-guru berijazah, guru-guru tanpa
ijazah dan juga pensyarah-pensyarah maktab perguruan. Di antaranya termasuklah usul
mewajibkan guru-guru latihan umum di maktab-maktab perguruan yang bakal mengajar
tingkatan rendah di sekolah-sekolah menengah mempelajari bahasa Melayu supaya mereka
mampu mengajarkan matapelajaran Bahasa Kebangsaan di peringkat menengah rendah.
Selain itu, lebih banyak biasiswa akan diberikan untuk membantu penuntut-penuntut dalam
pendidikan universiti, terutama mereka yang mengambil kursus bahasa Melayu, sekurangkurangnya sebagai matapelajaran tambahan.

Selain masalah kekurangan guru yang marnpu mengajar dalarn bahasa pengantar bahasa,
Melayu ialah masalah kekurangan buku-buku teks dalam bahasa Melayu, bagi semua
matapelajaran, dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat universiti. Beberapa kumpulan
guru matapelajaran khas (subject specialists) telah bertugas di Maktab Perguruan Bahasa,
Kuala Lumpur dan juga di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (kedua-duanya
ditubuhkan pada tahun 1956) untuk menjamin kelicinan pengeluaran buku-buku. teks serta
untuk menjalankan pengkajian terhadap pengajaran bahasa Melayu kepada orang-orang bukan
Melayu.

Ternyata bahawa perkembangan Bahasa Kebangsaan tidaklah boleh bergantung semata-mata


kepada keputusan dasar. Faktor-faktor lain perlu dipertimbangkan juga misalnya, mudahankemudahan untuk mengajar orang-orang bukan Melayu, seperti kaedah, guru dan alat-alat
bantuan mengajar; peluang orang-orang dewasa serta kanak-kanak mempelajari Bahasa
Kebangsaan; rangsangan ekonomi; peraturan uji yang lengkap untuk menyemak kemajuan,
supaya kemudan-kemudahan, peluang-peluang dan rangsangan-rangsang , dapat

digemblengkan untuk ditumpukan kepada masalah-masalah yang lebih penting; dan


peneguhan yang kerap terhadap Bahasa Kebangsaan melalui media massa. Sebenarnya ada di
antara faktor-faktor ini yang telah dipergunakan oleh kerajaan dalam usahanya menggaIakkan
penggunaan Bahas Kebangsaan, schingga memungkinkan Bahasa Kebangsaan memperolehi
tarafnya yang ada sekarang ini.

MASALAH MALAYANISASI

Perubahan perlembagaan di Malaya sebelum tercapainya kemerdekaan telah menimbulkan


masalah pelantikan kaki, tangan perkhidmatan awam. Supaya kemerdekaan benar-benar
bermakna, kawalan perkhidmatan awam terpaksalah dipindah kan daripada kuasa pegawaipegawai ekspatriat kepada kuas. pegawai-pegawai setempat. Malayanisasi telah diberi
keutatmaan dalam menifesto Parti Perikatan semasa pilihanraya umum pada tahun 1955. Pada
tahun berikutnya perkara ini telah dijadikan perkara utama dalam agenda Persidangan
Perlembagaan di London, untuk membincangkan syarat-syarat , pemberian kemerdekaan.
Sebenarnya, sebelum tercapamya kemerdekaan pada tahun 1953, Sir Gerald Templer ketika ,
itu Pesuruhjaya Tinggi Malaya, telah melantik sebuah jawatankuasa dengan tugas untuk:

... menyelidiki sejauh mana anak-anak Malaya setempat telah dinaikkan pangkat ataupun baru
dilantik untuk memegang jawatan-jawatan tinggi dalam semua bahagian perkhidmatan awam
semenjak tahun 1948; untuk menyelidiki sejauh mana anak-anak Malaya setempat yang
mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sesuai serta ditempatkan dalam perkhidmatan
tetap dalam perkhidmatan awam dan warganegara persekutuan serta rakyat Inggeris yang
dilahirkan di sini yang bukan di dalam perkhidmatan tetap tetapi mempunyai kelayakan serta
pengalaman yang sesuai, layak untuk ditempatkan ke jawatan yang lebih tinggi; dan untuk
menyemak rancangan latihan pegawai-pegawai berkenaan untuk jawatan yang lebih tinggi
dan menimbangkan bagaimana rancangan tersebut dapat diperbaiki supaya pegawai-pegawai
berkenaan layak memegang jawatan yang lebih tinggi serta membuat cadangan-cadangan.

Dasar kerajaan apabila Malaya mencapai kemerdekaan ialah untuk melaksanakan


Malayanisasi secepat mungkin. Dasar ini bergantung kepada adanya orang-orang Malaya
yang berkelayakan. Kerajaan menghadapi tugas untuk menggantikan tempat 1,800 orang
pegawai ekspatriat yang memegang jawatan tetap, serta tugas untuk mengisi 350 jawatan
kosong. Pelantikan-pelantikan ini meliputi perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran,
profesional dan teknik. Semasa di Persidangan Perlembagaan yang berlangsung di London,
persetujuan-persetujuan berikut telah tercapai.

1. Bahawa pegawai-pegawai ekspatriat yang sedang berkhidmat ketika itu, hendaklah diberi
pilihan untuk bersara dengan mendapat gantirugi kerana kehilangan pekerjaan, bila-bila masa
dari 1 julai 195 7.

2. Bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk menamatkan perkhidmatan


pegawai-pegawai ekspatriat dari tarikh yang tersebut dalam (1) di atas serta mendapat
gantirugi, jika rancangan Malayanisasi memerlukannya.

Singapore Malayanization Commission dalam laporannya pada tahun 1956


menekankan bahawa kerana hanya 15 daripada 135 jawatan superscale yang dipegang oleh
pegawai-Pegawai setempat. terbuktilah bahawa pelaksanaan Malayanisasi terlalu lambat
dalam masa-masa yang lalu. Suruhanjaya itu seterusnya mengusulkan supaya 'segala tenaga
setempat yang berkebolehan hendaklah ditumpukan seberapa yang boleh untuk mengisi 135
jawatan ini. Sejajar dengan dasar ini, maka semua jawatan Setiausaha Tetap kepada Menterimenteri telah diisi dengan pegawai-pegawai setempat pada tahun 1957. Sebagai hasil
perubahan ini, maka pegawai-pegawai bangsa Eropah yang ada di sekolah-sekolah di Malaya
telah digantikan dengan guru-guru setempat.

Walau bagaimanapun, rancangan Malayanisasi ini telah menimbulkan masalah


pelantikan Guru Besar bangsa setempat. Ibu bapa menunjukkan prasangka serta rasa tidak
yakin terhadap Guru Besar yang dilantik. Sebelum. perang dahulu, boleh dikatakan bahawa
hampir semua sekolah menengah mempunyai Pengetua berbangsa Eropah. Sekolah-sekolah
badan mubaligh (Mission Schools) pula mempunyai pegawai ekspatriat sebagai Pengetuanya,
seperti bangsa Amerika bagi sekolah-sekolah Methodist dan orang-orang Eropah, terutama
bangsa Perancis dan Irish di sekolah-sekolah mubaligh Katholik. Semasa Malaya di bawah
penjajahan Inggeris, 'orang putih' dianggap olch masyarakat setempat sebagai bangsa yang
lebih agung (superior). Lama kelamaan, penghormatan ini diberikan kepada semua bangsa
yang datang dari Eropah, asalkan mereka itu putih. 'Lebih-lebih lagi, dasar penjajah ketika
itu adalah menempatkan seberapa banyak orang Inggeris sebagai pegawai-pegawai
pentadbiran dan profesional untuk mengekalkan keagungan mereka. Sebenarnya, orang
Inggeris atau Eropah sebagai kaum, kulit putih lebih disegani oleh guru-guru serta muridmurid, daripada orang-orang Asia." Oleh yang demikian, ibu bapa menganggap sekolah
Inggeris yang pengetuanya terdiri daripada pegawai ekspatriat bangsa Eropah, serta
mempunyai kakitangan dan alat-alat yang lengkap, sebagai sekolah yang terbaik untuk
pendidikan anak-anak mereka. Sebagai kesan sikap ini, apabila Malaya mencapai
kemerdekaan, maka Guru Besar yang terdiri daripada orang setempat yang menggantikan

tempat Guru Besar di bawah rancangan Malayanisasi ini menghadapi tugas yang rumit untuk
mendapatkan keyakinan orangramai. Hal ini sedikit banyaknya mengganggu kelancaran
Sistem Pendidikan Kebangsaan.

MASALAH PENDIDIKAN UNIVERSITI

Masalah kemerdekaan di Malaya menarik perhatian kerajaan terhadap perlunya pendidikan


untuk pengajian tinggi dan penyelidikan, yang akan dapat menyediakan siswazah-siswazah
setempat untuk mengambilalih jawatan-jawatan universiti yang dikosongkan oleh ekspatriat
Eropah.

Permulaan pendidikan universiti di Malaya dapat dikaji asalnya daripada cita-cita Raffies
menjadikan Singapura sepusat pengajian, sebagaimana yang tercatit dalam minitnya:

... sebuah Institusi yang bercorak Maktab Burniputera, bukan sahaja tuk mendidik.
kaum bumiputera kelas atasan, tetapi juga untuk mengajar pegawai-pegawai Syarikat Hindia
Timur tentang bahasa-bahasa setempat serta menyediakan kernudahan penyelidikan terhadap
sejarah,keadaan dan kemudahan-kemudahan negara-negara ini.

Cita-cita Raffles ini hanya menjadi kenyataan seratus tahun I mudian, iaitu pada tahun 1918
apabila rancangan dibuat tuk perayaan seratus tahun penubuhan Singapura. Jawatan kuasa
perancang perayaan ini, yang dipengerusikan oleh Sir corge Maxwell, setelah mengkaji
cadangan-cadangan yang berikan oleh orang-orang awam. sebagai menyahut rayuan
jatankuasa tersebut yang tersiar dalam akhbar-akhbar, telah membuat kesimpulan bahawa
tanda peringatan yang terbaik ialah menubuhkan sebuah pusat pengajian yang suatu hari nanti
diharapkan akan menjadi asas penubuhan universiti di rantau ini.

Kami sebulat suara berpendapat bahawa tanda peringatan yang paling tinggi ialah satu
rancangan yang akan memberikan peluang perkembangpendidikan di jajahan ini, dengan
tujuan untuk menegakkan asas supaya suatu hari nanti akan tertubuh sebuah universiti.

Sebelas tahun kemudian, iaitu pada 22 julai 1929, Maktab Reffles dibuka dengan rasminya
oleh Sir Hugh Clifford, Gabenor Negeri-negeri Selat. Maktab ini dibina sebagai asas untuk
penubuhan universiti pada masa hadapan. Sebelum ini, Maktab Perubatan King Edward telah
ditubuhkan pada tahun 1905. Nama asalnya ialah Sekolah Perubatan Negeri-negeri, Selat dan
Negeri-negeri Melayu. Nama Maktab Perubatan King Edward digunakan pada tahun 1920
sebagai satu cara untuk menekankan bahawa maktab tersebut adalah satu institusi yang
lengkap daripada segi akademik, dan memberikan latihan profesional yang setaraf dengan
universiti.

Semenjak awal kurun yang kedua puluh, masyarakat umum telah kerapkali mendesak supaya
sebuah universiti dibina. Desakan ini telah disuarakan dalam Majlis Perundangan dan juga di
akhbar-akhbar. Sementara itu, kian bertambah siswa kedua-dua buah maktab ini yang
berpendapat bahawa mereka patut dianugerahi ijazah, kerana latihan yang diterima oleh
mereka adalah sama tarafnya dengan latihan yang diberikan di universiti. Sebagai hasil dari
desakan ini, Suruhanjaya McLean yang dipengerusikan oleh Sir William H. McLean dibentuk
untuk 'mengkaji rancangan untuk pendidikan tinggi yang sedia ada di Malaya, iaitu umum dan
profesional dan untuk membuat pertimbangan berdasarkan keperluan dan keadaan setempat,
sama ada perlu diperluaskan dan jika perlu kemanakah arahnya dan apakah cara-caranya'.

Suruhanjaya McLean yang mengemukakan laporannya pada bulan jun 1939, telah
mengusulkan percantuman Maktab Raffies dengan Maktab Perubatan untuk menjadi Maktab
Universiti, iaitu sebagai langkah pertama untuk mencapai taraf universiti. Laporan ini tidak
dilaksanakan kerana meletusnya Peperangan Dunia Kedua dan Malaya jatuh ke tangan jepun
dari tahun 1942-45. Setelah jepun menyerah diri, sebuah Suruhanjaya Pendidikan Tinggi di
Malaya yang bernama Suruhanjaya Carr-Saunders, dipengerusikan oleh Sir Alexander CarrSaunders, telah dibentuk untuk:

. . . membuat usul-usul berdisarkan Laporan Suruhanjaya 1939 dan Laporan Suruhanjaya


tentang Pendidikan Tinggi di jajahan Inggeris, bagi mengembangkan pendidikan universiti di
Malaya, dengan memberikan keutama2n kepada pembentukan Maktab Universiti, Maktab
Perubatan King Edward VII dan Maktab Raffles akan menjadi sebahagian daripada langkah
pertama ke arah pembinaan Universiti Malaya . . . perlunya membentuk jabatan Bahasa
Melayu dan Cina; dan kedudukan berbagai penyelidikan dan institusi perkaedahan (termasuk
Maktab Teknik) di Kuala Lumpur, berhubung dengan Maktab Universiti itu.

Laporan Carr-Saunders yang dikemukakan pada tahun 1948 mengusulkan bahawa Universiti
Malaya hendaklah dibentuk dengan mencantumkan Maktab Raffels dan Maktab Perubatan
King Edward VII. Universiti ini hendaklah mempunyai kuasa untuk menganugerahkan ijazah
serta mempunyai fakulti Kesusasteraan, Sains dan Perubatan yang lengkap.

Pada tahun 1949, undang-undang telah diluluskan untuk membentuk Universiti Malaya dan
Yang Terhormat Malcolm MacDonald, P.C., telah dilantik menjadi Canselornya yang pertama.

Universiti Malaya ini ditempatkan di Singapura dan memberikan perkhidmatan kepada semua
wilayah di Malaya dan Singapura. Tetapi ternyata bahawa universiti ini tidak mampu
menampung keperluan pendidikan tinggi yang sangat diperlukan di wilayah ini. Oleh hal
yang demikian, pada tahun 1957, sebuah Suruhanjaya Penyelidik telah dibentuk, oleh
Kerajaan Malaya dan Kerajaan Singapura, atas permintaan universiti tersebut, untuk mengkaji
perlembagaan, pentadbiran dan pembiayaan universiti itu semenjak tujuh tahun yang lampau.
Butir-butir keterangan ini akan digunakan untuk membesarkan universiti tersebut serta untuk
digunakan menjadi panduan membina dan memperkembang sebuah universiti di Kuala
Lumpur.

Sesudah tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, atas pertimbangan politik serta kerana.
dasar pendidikan, maka terpaksalah Malaya mempunyai universitinya sendiri. Singapura pada
ketika itu masih merupakan sebuah Crown Colony. Sebagai langkah pertarna ke arah dasar
tersebut, persiapan telah dibuat untuk membentuk cawangan universiti tersebut di Kuala
Lumpun Olch hal yang demikian, pada tahun 1959, Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan
Universiti Singapura, niasing-masing mempunyai Pengetuanya sendiri, Divisional Council
dan sebuah Divisional Senate. Universiti Malaya pada keseluruhannya ditadbirkan olch Naib,
Canselor dan jemaah Pusat (Central Council). Sejak tahun 1958, Ihnu Perubatan, termasuk
Ilmu Pergigian dan Farmasi, serta Ilmu Undangundang, diajarkan di Singapura; manakala
Ilmu Kejuruteraan diajarkan di Kuala Lumpur. Sebelum terbentuknya universiti di Singapura,
Ilmu Perubatan sebagaimana yang dinyatakan tadi diajarkan di Maktab Perubatan King
Edward VII. Kesusasteraan, dan Sains diajarkan di kedua-dua buah universiti, tetapi pelajaran
seperti Pengajian Melayu, Pengajian India dan Ilmu Alam hanya terdapat di Kuala Lumpur
sahaja pada mulanya. Begitu juga Falsafah, Pengajian Kemasyarakatan, Pengajian Cina dan
Kesusasteraan Inggeris hanya terdapat di Singapura.

Perkembangan-perkembangan yang menghasilkan pembentukan Universiti Malaya sebagai


pusat pengajian tinggi kebangsaan yang terasing lagi berautonomi bagi Persekutuan Tanah
Melayu. bermula pada tahun 1960 apabila Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
membayangkan keinginannya supaya Divisi di Kuala Lumpur dijadikan Universiti Malaya di
Kuala Lumpur, manakala Kerajaan Singapura pula membayangkan harapannya agar Divisi di
Singapura dijadikan Universiti Nasional Singapura. Langkah-langkah telah diambil pada
tahun 1961 untuk membentuk universiti yang berasingan. Undang-undang diluluskan di
kedua-dua negara pada tahun 1961 dan dikuatkuasakan pada 1 januari 1962. Dengan ini maka

bermulalah Universiti Malaya sebagai pusat pendidikan tinggi di Malaya. Dewasa ini ada
empat buah lagi institusi untuk pendidikan universiti di Malaysia, iaitu:

1. Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, ditubuhkan pada tahun 1969,

2. Universiti Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur (sejak tahun 1977 di Bangi Selangor)
ditubuhkan pada tahun 1970.

3. Universiti Pertanian Malaysia di Serdang, Selangor, ditubuhkan pada tahun 1971, dan

4. Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur, ditubuhkan pada tahun 1972.

KEDUDUKAN PENDIDIKAN DAN PELAJARAN


DALAM TAHUN 1960

Perbincangan yang baru lalu menerangkan tiga masalah pendidikan yang terbesar
yang dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu apabila mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957. Pada bulan Februari 1960, sebuah jawatankuasa yang digelar jawatankuasa
Penyemak Pelajaran 1960, telah dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk
melaksanakan tugas-tugas berikut:

Untuk menyemak pendidikan yang terkandung dalarn Kertas Majlis Perundangan Federal
No. 21, 1956 (Laporan jawatankuasa Pelajaran 1956) yang telah diluluskan pada dasarnya
mengikut resolusi Majlis Perundangan Federal pada 16 Mei 1956, terutama tentang
pelaksanaannya setakat ini dan bagi masa akan datang; untuk mempertimbangkan implikasi
dasar ini dari segi negara dan kewangan, termasuklah memulakan pendidikan dasar
percuma dan membuat usul-usul.

Laporannya, lebih terkenal dengan nama Laporan Rahman Talib, iaitu mengambil sempena
nama pengerusinya, Allahyarham En. Abdul Rahman Talib, yang ketika itu menjadi Menteri
Pelajaran, telah diserahkan kepada kerajaan dalam tahun 1960. Usul-usulnya telah
dimaktubkan dalarn Akta Pelajaran 1961. Isu-isu yang disentuh oleh jawatankuasa Penyemak
Pelajaran ini sangat penting bagi Persekutuan Tanah Melayu, lebih-lebih lagi pada ketika itu
kerajaan sedang merombak semula sistem pendidikan sambil membentuk struktur masyarakat
Malaya. Selagi sistem pendidikan dan kebudayaan, kemasyarakatan, ekonomi dan politik
masyarakatnya tidak bergerak serentak dan selagi imbangan yang sesuai di antara sekolah
dengan keperluan kanak-kanak dan keperluan penyuburannya sebagai individu dan kemudian
sebagai warganegara tidak dilaksanakan, maka pembiayaan pendidikan tidak akan
mendatangkan hasil yang sepenuhnya.

Dalam Akta Pelajaran 1961, segala isu ini dihadapi dengan realistik dan garis kasar struktur
pendidikan yang baru pun dibentuk. jawatankuasa ini mengemukakan enam belas usul yang
penting berdasarkan penyelidikan tentang kedudukan pendidikan dalam tahun 1960. Laporan
tentang pelaksanaan usul-usul jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960, telah disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, untuk mengukur sejauh mana berkesannya usul-usul
tersebut. Oleh sebab itu perlu dibincangkan dahulu, sebelum kita membincangkan usul-usul
yang dibuat olch jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960.

Kursus sekolah dasar memakan masa enam tahun dan sepanjang enam tahun ini, proses naik
darjah adalah secara automatik. Murid-murid yang tamat mengikuti kursus ini kemudian
mengambil Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dan hanya 30% murid-murid sahaja yang
terpilih untuk masuk ke sekolah menengah. Murid-murid yang gagal dibenarkan menunggu
setahun lagi di Darjah 6 jika ada tempat. Sistem ini didapati tidak memuaskan kerana bagi
kebanyakan murid, pendidikan rasmi mereka tamat sernasa mereka berumur 11 atau 12 tahun.

Yuran sekolah dikenakan sebanyak $2.50 sebulan kepada murid yang bersekolah di sekolah
dasar Inggeris dan Cina (bantuan penuh) dan $5.00 sebulan kepada murid di sekolah
menengah Inggeris bantuan penuh. Kepada murid sekolah Inggeris dan Cina separa bantuan,
iaitu dasar dan menengah, yuran yang lebih tinggi dikenakan. Tidak ada yuran yang
dikenakan kepada murid sekolah dasar Melayu dan sekolah dasar Tamil (bantuan penuh) serta
sekolah menengah Melayu. Di semua jenis sekolah bantuan penuh, pengecualian bayaran
yuran diberikan kepada murid yang tidak mampu. Paras maksimum. yang dikecualikan ialah
10% daripada jumlah murid. Semua sekolah dasar dan menengah bantuan penuh dibenarkan
mengutip yuran untuk permainan, perpustakaan, senilukis dan pertukangan tangan, sains dan
sebagainya, tidak lebih daripada $5.00 setahun bagi murid sekolah dasar dan tidak lebih
daripada $9.00 setahun bagi murid sekolah menengah. Buku-buku teks percuma disediakan
untuk sekolah dasar Melayu dan Tamil (bantuan penuh).

Sebagaimana yang diterangkan dalam Bab 3, salah satu matlamat utama Laporan Razak ialah
untuk memperbaiki taraf sekolah dasar Melayu, Cina dan Tamil dengan menempatkan guruguru DTC yang mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan LCE di sekolah-sekolah tersebut.
Mengikut laporan tersebut, sekolah dasar Melayu yang dikendalikan oleh guruguru yang
dicadangkan itu akan dikenali dengan nama SekolahRendah Umum, manakala sekolah dasar
Inggeris, Cina atau Tamil akan digelar Sekolah Rendah jenis Umum.

Malangnya, menjelang tahun 1960, kurang sekali terdapat sekolah urnum dan jenis umum
yang sebenarnya, sebagaimana yang diusulkan oleh Laporan Razak 1956, kerana kebanyakan
sekolah dasar Melayu, Cina dan Tamil (bantuan penuh) mempunyai guru-guru yang kurang
berkelayakan. Pada ketika itu juga terdapat beberapa buah sekolah dasar yang kecil yang
merugikan daripada segi pembiayaannya serta tidak licin pentadbirannya. Terdapat juga
beberapa buah sekolah dasar separa bantuan yang kecil (lebih kurang 500 buah), yang tidak
memenuhi syarat-syarat untuk mendapat bantuan penuh, kerana sekolah-sekolah ini usang
serta tidak mempunyai cukup guru-guru yang berkelayakan. Ini kebanyakannya merupakan
sekolah rakyat (Melayu)," sekolah Tamil (di ladang), sekolah Kampung Baru dan sekolah
Cina luarbandar. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah ini dibenarkan berkembang dengan
mendapat separa bantuan jika perlu, sehingga taraf bangunannya serta pengendaliannya
diperbaiki.

Sehingga tahun 1960, sistem yang diamalkan di sekolah dasar dan menengah hanya
membenarkan seseorang murid itu duduk setahun sahaja dalam mana-mana darjah di sekolah
dasar ataupun. dalam mana-mana tingkatan di sekolah menengah. Walau bagaimanapun,
kemudahan ada disediakan untuk murid-murid menunggu setahun lagi di Dajah 6, Tingkatan
III dan Tingkatan V bagi mereka yang gagal di dalam peperiksaan awam. Tetapi peluang ini
bergantung kepada umur murid itu. Misalnya murid yang berumur lebih daripada 12 tahun
tidak dibenarkan menunggu setahun lagi di Dajah 6.

Sistem separa bantuan untuk sekolah menengah Cina yang telah sedia ada sebelum Ordinan
Pelajaran 1957 dikuatkuasa kan telah disambung sehingga tahun 1960 sebagai langkah
sementara. Sekolah ini dibenarkan juga menggunakan bahasa pengantar Cina sebagai langkah
ke arah perubahan, asal sahaja Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris diajarkan sebagai
matapelajaran wajib. Sambil itu sekolah ini dikehendaki menggunakan kurikulum yang sama
dengan sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang mengambil peperiksaan
awam yang sama (iaitu LCE dan FMC/OSC). jenis-jenis peperiksaan yang ada ketika itu yang
dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah:

1. Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil

untuk murid-murid Dadah (1957-63).

2. Peperiksaan Siji Rendah Pelajaran dalarn bahasa Inggeris (semenjak tahun 1957) dan
dalam bahasa Melayu (semenjak tahun 1960).

3. Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Mela dalarn bahasa Inggeris (semenjak
tahun 1957).

4. Peperiksaan Sijil Cambridge Seberang Laut dan Peperiksaan Siffil Tinggi Pelajaran.

5. Peperiksaan Kerajaan junior Afiddle HI untuk naik kelas bagi Sekolah-sekolah Menengah
Cina (1947-60).

6. Peperiksaan Kerajaan Senior Middle III untuk tamat persekolahan bagi Sekolah Menengah
Cina (1951-62).

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Bab 3, Laporan Razak telah mengusulkan
pembentukan Penguasa Pelajaran setempat. Penguasa itu bertanggungjawab mengendalikan
pendidikan dasar dan pertukangan. Tujuannya ialah untuk mendorong inisiatif masyarakat
setempat terhadap pendidikan dasar. Sebagai hasil usul ini, Lembaga Pelajaran Negeri
dibentuk untuk menjadi Penguasa Pelajaran setempat di tiap-tiap negeri. Kesemuanya terdapat
12 buah Penguasa Pelajaran Setempat. Malangnya, menjelang tahun 1960, didapati bahawa
sistem Penguasa Pelajaran Setempat tidak berjaya sebagaimana yang diharapkan oleh
Laporan Razak 1956 itu. Harapan supaya masyarakat setempat menyumbangkan tenaga
mereka dalam mengatasi masalah pendidikan tidak tercapai. Didapati juga bahawa
pembentukan Penguasa Pelajaran Setempat ini menambah perbelanjaan pendidikan dasar
kerana kakitangan, perbelanjaan kenderaan, elaun harian dan lain-lain makin bertambah.

Sistem jemaah Pengurus dan Lembaga Pengelola sebagaimana yang diusulkan oleh Laporan
Razak telah dijalankan pada tahun 1957. Mengikut sistem ini, Guru Besar bertanggungjawab
kepada jemaah Pengurus atau Lembaga Pengelola tentang disiplin sekolah serta
pentadbirannya. Beliau juga menjadi Setiausaha jemaah dan Lembaga tersebut. jemaah

Pengurus atau Lembaga Pengelola ini, selaku majikan mempunyai kuasa untuk melantik Guru
Besar dan guru-guru serta berkuasa menggantung atau membuang guru-guru dengan syarat
disahkan oleh Menteri Pelajaran. Walau bagaimanapun, berbagai-bagai masalah telah timbul
dalam melaksanakan sistem ini. jumlah anggota yang disyaratkan untuk membentuk sebuah
jemaah Pengurus atau Lembaga Pengelola ialah 12 hingga 21 orang. Ketika itu terdapat lebih
kurang 5,400 buah sekolah di seluruh negara. Ini bererti lebih daripada 60,000 orang yang
berdedikasi serta berkalibar diperlukan untuk berkhidmat dalam. jemaah dan Lembaga
tersebut. Tidak kesemua sekolah, terutama sekolah luarbandar dapat mencari anggota yang
cukup berkalibar untuk berkhidmat dalam jemaah Pengurusnya atau Lembaga Pengelolanya.

Sebagai hasil usul-usul yang dibuat oleh Laporan Razak, menjelang tahun 1960, pendidikan
menengah teknik dan vokasional dikelolakan dan diadakan di institusi-institusi berikut:

1. Institusi-instituti Teknik (kemudian diubah namanya menjadi Sekolah Menengah Teknik).


Sekolah-sekolah ini menyediakan kursus dua tahun di peringkat Tingkatan IV-V yang mirip
kepada pelajaran teknik, serta menyediakan muridmurid untuk mengambil peperiksaan
MCEJOSC.

2. Sekolah-sekolah Menengah Rendah Teknik (Pertukangan), (kemudian diganti menjadi


Sekolah Menengah Pertukangan). Sekolah-sekolah ini memberikan kursus tiga tahun kepada
rnurid-murid yang telah tamat sekolah dasar dan juga memberikan kursus kepada muridmurid yang telah tamat dua tahuri pendidikan menengah. Murid-murid yang lulus dal kursus
ini layak untuk dipilih masuk ke tahun tiga latihan aprentis.

3. Sekolah Lanjutan Kampung. Sekolah ini menyediakan kursus tiga tahun (Tingkatan I-HI)
dalam bahasa Melayu. Kur-, sus ini mengutamakan pendidikan luarbandar dan vokasionaj,'
sambil menyediakan murid-murid untuk mengambil peperiksaan Siffil Rendah Pelajaran.

Pada tahun 1960, ada dua buah Sekolah Menengah Teknik, empat buah Sekolah Menengah
Pertukangan dan lapan buah Sekolah Lanjutan Kampung. Kedudukan guru dan latihan
perguruan, pada tahun 1960 sebagai hasil usul-usul Laporan Razak adalah seperti berikut:

1. Tiga buah Maktab Perguruan Rendah Berasrama Penuh dan dua belas buah Pusat Latihan
Harian didirikan kesemuanya mengeluarkan kira-kira 2,000 orang guru setahun untuk sekolah
dasar.

2. Lebih kurang 1,000 orang guru tidak terlatih telah dilatih melalui pos untuk mengajar di
sekolah dasar aliran Melayu. I

3. Dua buah Maktab Perguruan Menerigah (MTC Pulau' Pinang dan Brinsford Lodge, United
Kingdom) mengeluarkan 300 orang guru latihan am setahun untuk sekolah menengah rendah.

4. Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur serta Maktab Kirkby, United Kingdom,
mengeluarkan 270 orang guru khas dalam setahun bagi matapelajaran Bahasa Kebangsaan,
Bahasa, Inggeris dan Bahasa Cina.

Berhubung dengan pendidikan akhlak, ugama Islam diajarkan di sekolah dasar bantuan penuh
mengikut-Seksi 49 Ordinan Pelajaran 1957. Sebanyak mana pelajaran itu diajarkan berbezabeza mengikut negeri; ada yang memberikan masa, yang banyak, ada yang sedikit dan ada
yang tidak mengajarkannya langsung, kerana guru-gurunya bukanlah disediakan olch
kerajaan tetapi disediakan oleh jabatan ugama bagi negeri masing-masing. Kementerian
Pelajaran tidak memberikan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri mengenai perkara ini.
Mengikut Ordinan Pelajaran 1957, pengajaran ugama lain selain ugama Islam tidak dapat
dijadikan perkara wajib di dalarn kurikulum sekolah, kerana keadaan ini, ada murid yang
langsung tidak mendapat pendidikan akhlak secara rasmi. Di bawah Seksi 50, Ordinan 1957,
pengajaran ugama selain ugama Islam tidak boleh diberikan dengan menggunakan wang
awam.

Walau bagaimanapun, pengajaran ugama Islam tidak ada disediakan di sekolahsekolah menengah, kecuali di sekolah-sekolah menengah berasrama, untuk murid-murid
Melayu. Guru-guru ugama bagi sekolah-sekolah seperti ini disediakan oleh Kementerian
Pelajaran. Kelayakan guru-guru ugama bagi sekolah-sekolah dasar, gaji dan syarat-syarat
perkhidmatan mereka ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan ia berlainan bagi tiap-tiap negeri.
Pada umumnya, guru-guru ini tidak mendapat latihan ikhtisas.

Sebagaimana yang telah diusulkan dalam Laporan Razak, pendaulatan bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan adalah matlamat utama sistem Pendidikan Kebangsaan yang
telah dibincangkan dalam Bab 3.

Akhir sekafi, Nazir Persekutuan bagi sekolah telah dibentuk pada bulan Disember, 1956,
mengikut usul yang dibuat dalam perenggan 42-45 Laporan Razak. Matlamatnya ialah
mengadakan satu badan yang mengandungi ahli-ahli profesional yang terkemuka
(professional experts) yang mempunyai kebebasan untuk melawat sekolah-sekolah,
memperhatikan dan memberikan komen tentang keadaan sekolah-sekolah itu, menasihati
guru-guru dan mereka yang terlibat dengan sekolah-sekolah berkenaan dan seterusnya
berusaha sedaya upaya menjaga dan memperbaiki taraf pendidikan. Menjelang tahun 1960,
Nazir Persekutuan ini telah terbentuk dengan sempurnanya. Melalui Ketua Nazir, nazir-nazir
sekolah ini diberi kebebasan yang dapat menjamin bahawa segala pendapat mereka
dilaporkan terus kepada Menteri Pelajaran, tanpa dipengaruhi olch sebarang corak prasangka,
tetapi sematarnata berdasarkan integriti profesion yang paling tinggi

Begitulah kedudukan pendidikan di Malaya dalam tahun 1960 mengikut kafflan yang
dibuat oleh jawatankuasa Penyemak Pelajaran, 1960. Olch sebab usul-usul yang dibuat oleh
jawatankuasa PelaJaran 1956 terlalu unggul untuk pembentukan suatu Sistem Pendidikan
Kebangsaan yang diharapkan akan menjadi asas bagi perkembangan pendidikan di Malaya
selanjutnya, tetapi jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960 telah mendapati beberapa
kelemahan dalam pelaksanaan usul-usul tersebut. Oleh hal yang demikian, jawatankuasa
Penyemak Pelajaran 1960 ini berpendapat bahawa pindaan perlu dibuat ke atas sebahagian
daripada usul-usul tersebut, manakala sebahagian lagi digugurkan atau diteruskan sahaja.
Usul-usul jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960 ini telah disemak di dalam sebuah laporan
lain tentang cara-cara melaksanakan Usul-usul jawatankuasa Penyemak Pelajaran
1960.

USUL_USUL JAWATANWASA PENYEMAK


PELAJARAN, 1960

Jawatankuasa Penyemak PelaJaran 1960 berpendapat bahawa perkara yang paling tidak
memuaskan dalam sistem yang diusulkan oleh Laporan Razak ialah bahawa sebilangan besar
kanak-kanak akan tamat pendidikan rasmi mereka semasa mereka berusia 12 atau 13 tahun.
Setelah mendapat pandangan daripada jawatankuasa Penasihat Am, Ikhtisas dan Kewangan
(Professional and the Finance General Consultative Committee), jawatankuasa Penyemak
PelaJaran 1960, mengusulkan supaya umur berhenti sekolah dinaikkan kepada umur 15 tahun.
Ini dijangka akan dapat dilaksanakan dengan membentuk satu jenis sekolah menengah yang
disebut Sekolah Pelajaran Lanjutan. Sekolah ini akan menyediakan tiga tahun pendidikan

yang menitikheratkan pendidikan vokasional bagi murid yang tidak mendapat tempat di
sekolah menengah akademik, murid yang tidak mendapat tempat di Sekolah Lanjutan
Kampung dan murid yang ingin menyambung pendidikan mereka setelah tamat enam tahun di
sekolah dasar.

Sebagai hasil usul ini, pada tahun 1962, kerajaan menubuhkan Sekolah Pelajaran Lanjutan
yang memberikan kursus tiga tahun dengan memberatkan pendidikan vokasional. Bagi
sekolah dasar pula, kursus enarn tahun masih diteruskan tetapi proses naik darjah adalah
secara automatik. Dalam keadaan seperti ini, tidak semua murid yang tamat sekolah dasar
dapat menyambung pendidikan mereka ke sekolah menengah akademik. Sebagaimana yang
telah dibincangkan awal-awal tadi, penempatan murid-murid di kedua-dua jenis sekolah
menengah didasarkan kepada keputusan peperiksaan masuk sekolah menengah. Berdasarkan
keputusan peperiksaan ini, 30% daripada murid-murid Darjah 6 yang terbaik ditempatkan di
sekolah-sekolah menengah akademik, termasuklah Sekolah Lanjutan Kampung. Mereka ini
akan mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada akhir tahun ketiga di sekolah
menengah tersebut.

Mereka yang tidak mendapat tempat akan dimasukkan ke Sekolah Pelajaran Lanjutan. Muridmurid ini tidak akan mengambil Peperiksaan SijilRendah Pelajaran. Dengan ini maka
pendidikan sejagat telah dilanjutkan kepada usia 15 tahun. Walaupun peperiksaan masuk
sekolah menengah telah digunakan bagi menapis murid-murid masuk ke sekolah menengah
akademik, jawatankuasa Rahman Talib mengusulkan supaya dikekalkan sistem naik dadah
secara automatik di sekolah dasar bantuan kerajaan serta di sekolah menengah bantuan
kerajaan hingga ke Tingkatan III, sebagaimana yang diusulkan olch Laporan Razak. Walau
bagaimanapun, sekolah-sekolah hendaklah mengadakan ujian dari semasa ke semasa untuk
mengetahui kemajuan murid-murid dan ibu bapa hendaklah diberitahu sekurang-kurangnya
sekali sepenggal tentang kemajuan mereka. Peperiksaan internal hendaklah diadakan juga
pada tiap-tiap tahun.

Bagi menghadapi masalah guru untuk Sekolah Pelajaran Lanjutan, jawatankuasa Penyemak
Pelajaran 1960 ini mengusulkan supaya guru ini mempunyai pendidikan menengah yang
lengkap (iaitu tamat Tingkatan V) dan menjalani latihan profesional yang penuh selama dua
tahun. Latihan ini hendaklah meliputi pengajaran matapelajaran vokasional. Walau
bagaimanapun, sebagai langkah sementara, jawatankuasa ini mengusulkan supaya latihan
separuh masa (part-time training) selama tiga tahun diadakan. Guru-guru ini akan menghadiri
latihan pada waktu pagi dan mengajar pada sebelah petang. Maka satu rancangan tergempar
(crash programme) untuk melatih guru-guru Sekolah Pelajaran Lanjutan telah dimulakan pada
tahun 1962. Pusat-pusat latihan didirikan di tiap-tiap negeri di seluruh negara. Guru-guru
pelatih ini diberi latih separuh masa selama tiga tahun pada tiap-tiap hujung minggu, sambil
menjalankan tugas mengajar tiap-tiap hari.
Mempunyai pendidikan sarwajagat hingga usia 15 tahun tidaklah lagi menjamin bahawa
semua kanak-kanak akan meneruskan pelajaran mereka hingga ke usia tersebut, kerana berapa
lama kanak-kanak bersekolah bergantung kepada kemampuan ibu bapa mereka membiayai

pelajaran mereka. Sebagai satu dorongan kepada murid-murid untuk bersekolah sehingga
mereka berusia 15 , tahun, jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960 ini mengusulkan supaya
pendidikan rendah sarwajagat percuma dimulakan pada 1 januari 1962. Menteri Pelajaran
akan diberi kuasa untuk mengisytiharkan bahawa pendidikan rendah percuma akan
diwajibkan. 'Percuma' yang dimaksudkan oleh jawatankuasa ini ialah mengecualikan bayaran
yuran sekolah. Oleh hal yang demikian, pada tahun 1962, yuran-yuran sekolah bagi semua
sekolah dasar Inggeris dan Cina bantuan penuh dimansuhkan. Sekolah dasar Melayu dan
Tamil memberikan pendidikan percuma sejak ditubuhkan. Begitulah juga keadaan sekolah
menengah aliran Melayu yang dimulakan semenjak tahun 1958. Sementara itu, semua sekolah
dasar dan menengah bantuan penuh dibenarkan mengutip yuran permainan, perpustakaan dan
sebagainya, tidak lebih daripada $4.50 setahun kepada murid sekolah dasar dan tidak lebih
daripada $6.50 setahun kepada murid sekolah menengah.

Berkaitan dengan usul memperbaiki taraf sekolah dasar Melayu, Cina dan Tamil sambil
mengambil langkah mengadakan pendidikan dasar dalam Bahasa Kebangsaan, jawatankuasa
Penyemak PeIajaran 1960 ini mengusulkan agar pendidikan dasar dalam Bahasa Kebangsaan
dibentuk. Usaha permulaannya ialah dengan mengadakan aliran Bahasa Kebangsaan di
sekolah dasar yang dahulunya adalah sekolah kerajaan. Rancangan ini bergantung kepada
adanya guru-guru berkelayakan yang cukup. Sambil itu, semua sekolah dasar diusulkan
supaya dijadikan Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah jenis Kebangsaan dengan
melengkapkannya dengan guru-guru yang berkelayakan. Sebagai hasil usul ini, pada tahun
1962, semua sekolah dasar bantuan penuh umum dan jenis umum diganti namanya menjadi
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah jenis Kebangsaan. Pada penghujung tahun 1959, kumpulan
pertama guru yang mendapat latihan yang sama, berjumlah 1,500 orang telah tamat latihan
mereka di Maktabmaktab Perguruan Harian dan di Pusat-pusat Latihan Harian. Penempatan
mereka di Sekolah Rendah Kebangsaan telah diberi keutamaan. Sementara itu, usaha telah
juga dijalankan bagi memulakan aliran Bahasa Kebangsaan di sekolah dasar Inggeris tetapi
sambutan ibu bapa tidak menggalakkan dan rancangan inipun dihentikan dua talum
kemudian. Untuk memperbaiki taraf pendidikan, langkah-langkah diambil untuk menyatukan
sekolah dasar yang kecil yang dianggap merugikan daripada segi pembiayaannya. Sekolah
dasar pusat untuk Darjah 4-6 telah juga ditubuhkan.

Sebagai satu cara untuk memujuk sekolah-sekolah tak akuran (non-conforming schools)
supaya akur kepada sistem pendidikan kebangsaan,jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960,
mengusulkan supaya separa bantuan yang diberikan kepada sekolah menengah tak akuran ini
dihentikan sejak 1 januari 1962. Sementara itu, sekolah menengah persendirian akan
dibenarkan berjalan terus mengikut syarat-syarat yang dikenakan kepada sekolah-sekolah
tersebut. Apabila usul-usul ini dilaksanakan, daripada 41 buah sekolah menengah Cina separa
bantuan yang ada ketika itu, lebih separuh daripadanya menerima tawaran bantuan penuh
daripada kerajaan dan kemudian dijadikan sekolah jenis kebangsaan aliran Inggeris. Yang
enggan akur dan enggan menerima tawaran tersebut rnenjadi sekolah persendirian. Apabila
perkara ini berlaku, keutamaan diberikan bagi menempatkan guru-guru berkelayakan Inggeris
di sekolah menengah akuran yang baru ini supaya perubahan kepada aliran Inggeris itu dapat
diselengga. rakan dengan licinnya. Peruntukan yang perlu diberikan kepada sekolah akuran
(conforming schools) ini supaya dapat, memperbaiki kemudahan-kemudahan sekolah tersebut
serta dapat memperbaiki taraf pendidikannya. Sementara itu, langkah-langkah diambil untuk

menjaga mata pencarian guru-guru asal sekolah Cina ini apabila perubahan aliran berlaku,
dengan cara menyerapkan guru-guru asal yang berkelayakan ke dalam pekhidmatan guruguru biasa. Guru yang tidak terlatih tetapi telah berkhidmat dengan bersungguh-sungguh
semenjak bulan November 1956, serta tidak terputus perkhidmatannya, adalah diserapkan
juga ke dalam perkhidmatan pelajaran di bawah satu skim. khas bernama 'Guru-guru yang
berhak' (Entitled teachers).

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada awal bab ini, untuk menjamin taraf Bahasa
Kebangsaan, jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960, mengusulkan supaya semua
peperiksaan awam di sekolah menengah dijalankan dalam bahasa-bahasa rasmi negara sahaja.
Untuk melaksanakan perkara ini, peperiksaan kenaikan tingkatan bagi Sekolah Menengah
Cina dimansuhkan pada tahun 1961 dan Peperiksaan Sijil Akhir Sekolah Menengah Cina
dimansuhkan juga pada tahun 1963. Jawatankuasa Rahman Talib mi juga mengusulkan
supaya langkah-Iangkah selanjutnya diambil bagi mengukuhkan kedudukan Bahasa
Kebangsaan di dalam sistem pendidikan Malaya.

Sebagai langkah permulaan ke arah matlamat ini, tiap-tiap calon diwajibkan lulus dalam
Bahasa, Kebangsaan, bagi peperiksaan masuk sekolah menengah. Lulus dalam Bahasa
Kebangsaan diwajibkan juga bagi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sejak tahun 1962.
Langkah-langkah diambil juga untuk menambah bilangan guru-guru terlatih untuk sekolah
menengah kebangsaan dan guru-guru khas Bahasa Kebangsaan untuk sekolah rendah jenis
kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan. Sekolah-sekolah dan kelas-kelas
menengah berkembang dengan pesatnya. Keutamaan diberikan kepada penubuhan sekolah
menengah kebangsaan.

Pada permulaan bab ini, telah dinyatakan bahawa untuk mendapatkan penyertaan
masyarakat dalam mengendalikan pendidikan dasar, Laporan Razak telah mengusulkan
penubuhan Penguasa Pelajaran Setempat, yang telah dilaksanakan pada tahun 1957.
Malangnya, fungsi Penguasa Pelajaran Setempat ini tidak mencapai matlamatnya, iaitu
mengikut penyelidikan yang dibuat olch jawatankuasa Penyemak Pelajaran, 1960. Oleh hal
yang demikian, jawatankuasa tersebut mengusulkan supaya sistem Penguasa Pelajaran
Setempat dimansuhkan dan perkara ini dikuatkuasakan pada tahun 1961. Walau
bagaimanapun, sistem jemaah Pengurus dan Lembaga Pengelola diteruskan dan komposisinya
diberi keIonggaran, manakala segala pelantikan naik pangkat yang dibuat oleh jemaah atau
Lembaga ini hendaklah terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada Menteri Pelajaran.
Usulusul ini dibuat kerana jawatankuasa Rahman Talib berpendapat bahawa jemaah Pengurus
dan Lembaga Pengelola ini berfaedah, khususnya untuk membantu kerajaan mentadbirkan
sekolah sambil menjadi orang tengah di antara sekolah dengan ibubapa untuk bertugas
sebagai majikan kepada guru-guru bukan kerajaan dan mempunyai kuasa disiplin terhadap
mereka; dan untuk mentadbirkan peruntukan kerajaan serta mendapatkan bantuan kewangan
dari unsur-unsur lain. Oleh hal yang demikian, komposisi jemaah dan Lembaga mengikut
undang-undang dilonggarkan untuk membolchkan sekolah-sekolah luarbandar ataupun
sekolah-sekolah yang baru ditubuhkan mengecilkan saiz jemaah dan lembaga ini. Peraturan
pelantikan anggota jemaah atau lembaga serta kategori orang yang dilantik ini dilonggarkan

juga. Sementara itu, peraturan iklan pelantikan Guru Besar dan soal naik pangkat mula
diketatkan dan segala pelantikan tersebut perlu mendapat pengesahan Menteri Pelajaran.

Cadangan-cadangan Laporan Razak tentang pendidikan rnenengah teknik dan vokasional


dianggap olehjawatankuasa Rahman Talib sebagai perkara yang mustahak untuk
perkembangan ekonomi dan pendidikan negara. Oleh hal yang demikian, jawatankuasa ini
mengusulkan supaya empat buah 'Institut Teknologi ditubuhkan di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau
Pinang dan di Pantai Timur atau di johor sebagai langkah permulaan. Diusulkan juga supaya
sekolah Lanjutan Kampung yang memberikan pendidikan vokasional mempunyai bias luar
bandar, ditambah bilangannya dan menyediakan murid-murid untuk mengambil peperiksaan
Sijil Rendah Pelajaran.
Sekolah jenis ini akan ditubuhkan bukan sahaja untuk murid-murid lelaki tetapi juga untuk
murid-murid perempuan. Memandangkan kepada keperluan perdagangan dan industri dalam
ekonomi yang sedang berkembang jawatankuasa-mi seterusnya mengusulkan supaya
pendidikan perdagangan dikembangkan lagi pada tiap-tiap peringkat di sekolah menengah
atas. Sebagal hasilnya, tiga buah Sekolah Menengah Teknik (menengah atas) yang
mempunyai bangunan dan bengkel baru telah didirikan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
Kuantan, untuk mengambil murid-murid yang lulus dalam Peperiksaan LCE/SRP dan layak
naik tingkatan yang lebih tinggi. Sekolah ini memberikan kursus dua tahun dan di akhir
kursus ini murid-murid akan mengambil Peperiksaan SPM/MCE. Begitulah juga dengan
Sekolah-sekolah Pertukangan (menengah atas) yang dirancang untuk menyediakan kursus
tiga tahun untuk murid-murid yang telah tamat dua tahun pendidikan menengah. Pertukangan
elektrik, mekanik dan pembinaan bangunan diajarkan di sekolah-sekolah ini dan murid-murid
yang tamat kursus tiga tahun ini dengan jayanya layak untuk mernasuki tahun ketiga Skim
Aprentis Kebangsaan (National Apprentice Scheme). Tegasnya murid-murid yang berjaya
akan memasuki tahun tiga Sekolah Menengah Teknik, yang menyediakan murid-murid untuk
mengambil Kursus Diploma di Maktab Teknik atau mengambil kursus kejuruteraan lengkap
di Maktab Teknik atau di Universiti Malaya.

Kemudahan ada juga disediakan dalarn Laporan Razak, berkaitan dengan pengajaran ugarna
di sekolah-sekolah, kerana Islam adalah ugarna rasmi negara, maka tidaklah menghairankan
bahawa pengajaran ugama Islam diusulkan oleh Laporan Razak. Malangnya usul ini tidak
dilaksanakan kerana timbul masalah sama ada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan
yang harus membiayainya. Dengan berlatarbelakangkan perkara ini, maka jawatankuasa
Penyemak Pelajaran, 1960, mengusulkan supaya kemudahan diadakan untuk mengajarkan
ugama Islam di sekolah jika terdapat tidak kurang daripada 15 orang murid yang berugama
Islam. Pembiayaannya di sekolah dasar hendaklah ditanggung bersama oleh Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Persekutuan. Bagi sekolah menengah bantuan penuh, pembiayaannya hendaklah
ditanggung olch Kerajaan Persekutuan. Sebagaimana yang telah dibincangkan pada wal bab
ini, jawatankuasa Rahman Talib sangat mengambil berat tentang ketiadaan pendidikan akhlak
selain pengajaran ugama Islam kepada murid-murid berugarna Islam. Hal ini jika dibiarkan
begitu sahaja akan meninggalkan kesan negatif kepada generasi muda yang kelak akan
membentuk masyarakat Malaya. Oleh hal yang demikian, jawatankuasa Rahman Talib
mengusulkan supaya perhatian yang lebih berat diberikan kepada pendidikan akhlak dengan
cara mengadakan pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam di sekolah-sekolah.

Usul-usul di atas menyebabkan pelaksanaan sepenuhnya peruntukan pengajaran ugarna Islam


mengikut Seksi 36, Akta Pelajaran, 1961 di sekolah dasar bantuan dan di sekolah menengah
bantuan. Semenjak itu, Kementerian Pelajaran telah juga memberikan peruntukan kepada
Kerajaankerajaan Negeri sebanyak 50% daripada jumlah perbelanjaan untuk pengajaran
ugarna di sekolah dasar bantuan mengikut Seksi 37(1) dan (2), Akta Pelajaran 1961. Sebagai
hasilnya Kementerian Pelajaran kini bertanggungjawab untuk mengadakan pengajaran ugama
di semua sekolah menengah bantuan mengikut Seksi 3 7(3), Akta Pelajaran 196 1. Pendidikan
akhlak untuk murid-murid yang bukan Islam pula telah dimasukkan ke dalam pelajaran Sivik
semenjak tahun 1961. Sukatan Pelajaran Sivik untuk Darjah 4 hingga Tingkatan V telahpun
digubal. Unsur-unsur Sivik ada juga disertakan dalam sukatan pelajaran Kajian Tempatan
untuk Darjah 1-3. Dengan ini Sivik dijadikan matapelajaran wajib untuk semua murid darjah
4 hingga Tingkatan V dan Sivik diajarkan sekurang-kurangnya satu waktu dalam seminggu.

Berhubung dengan fungsi Nazir Persekutuan yang dibentu pada bulan Disember,
1956,jawatankuasa Penyemak Pelajaan, 1960, mengusulkan supaya perkara ini diteruskan
dengan pindaan sedikit. Di samping itu, diusulkan supaya Nazir Setempat ditubuhkan. Oleh
hal yang demikian, sejak tahu 1961, fungsi Nazir Persekutuan diteruskan tetapi kuasanya
terbatas pada menasihati supaya dapat terbentuk keyakina guru-guru terhadapnya. Nazir
Persekutuan ini masih juga mempunyai kebebasan profesional untuk menyelia sekolahsekolah. Segala laporannya kepada Menteri Pelajaran masih dibuat berdasarkan pendapatpendapat yang bebas dan tidak berat sebelah. Sejak itu, Nazir Pesekutuan bertugas sebagai
satu. bahagian di bawah Kementerian Pelajaran dan bertanggungjawab kepada Menteri
Pelajaran melalui Ketua Pengarah Pelajaran. Cara ini menjamin hubungan yang rapat di
antara pihak yang melaksanakan dasar dengan pihak yang merancangkan dasar, supaya
pengalaman yang didapati daripada apa yang berlaku, di dalam bilik dadah dapat ditafsirkan
untuk menjadi dasar kementerian yang praktik dan di sebaliknya dasar kernenterian. dapat
diserapkan. di bilik darjah. Nazir Persekutuan ini akan juga membantu. Bahagian Latihan
Guru dalam menjalankan kursus perguruan dan berbagai-bagai kursus dalam perkhidmatan
untuk guru-guru,'bagi menjamin taraf pengajaran yang tinggi.

Walau bagaimanapun, Nazir Negeri belum lagi ditubuhkan, sungguhpun


pembentukannya telah dibuat dalarn Seksi 100, Akta Pelajaran 196 1. Sebaliknya, Pengelolapengelola Sekolah Negeri dan Penolong-penolong Pengelola Sekolah Negeri telah
menjalankan penyeliaan profesional di samping menjalankan tugas-tugas pentadbiran mereka.
Tindakan susulan terhadap laporan-laporan Nazir tentang sekolah-sekolah juga telah
dijalankan olch jabatan-jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Sekolah-sekolah, Kernenterian
Pelajaran.

Walaupun banyak di antara usul-usul yang dibuat oleh jawatankuasa Penyemak Pelajaran,
1960, yang telah dilaksanakan, tetapi usul yang dibuat dalam Seksi 13 dan 15, Akta Pelajaran

196 1, untuk penubuhan Lembaga Penasihat Pelajaran Kebangsaan dan juga Lembaga
Penasihat Pelajaran Negeri, niasih belum dilaksanakan.

Perbincangan dalam bab ini tertumpu kepada perkembangan pendidikan dalain tempoh masa
enam tahun sesudah tercapainya kemerdekaan. Tujuannya ialah untuk menggambarkan segala
usaha yang telah dibuat ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan,
melaksanakannya dan penyemakan semula dengan tujuan untuk mengukuhkan
pelaksanaannya. Kemajuan yang dirakamkan telah membuktikan bahawa dalam jangka masa
yang pendek ini, pendidikan di Malaya telah mencapai kemajuan yang begitu. pesat sekali,
yang belum pernah dialaminya sebelum ini.

Bibliografi

Senarai Buku dan penulis.

1. Wong Hoy Kee, Francis and Ee Tiang Hong: op. cit., m.s. 68.

2. Report of the Committee on Malay Education: op. cit., m.s. 73.

3. Report of the Education Review Committee, 1960: m.s. 31, perenggan: 174 dan 185.
4. Untuk perbincangan lanjut tentang sistem peperiksaan, Uhat m.s. 97-8.

5. Doh joon Sue: The Estimated Student Population of the University of the Malaya
19626. 1968, Universiti Malaya, m.s. 129.

7. Reference Papers on the Federation ofMalaya, Teachers Training and Higher


Education,
8. 196 1: m.s. 3.

9. Report ofEducation Review Committee, 1960: op. cit., m.s. 46.

You might also like