You are on page 1of 5

7546 ,

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM PERNU


75460 MELAKA

MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER SEKOLAH


BIL 1 / 2015

Tarikh

: 12 Februari 2015

Tempat

: Bilik Mesyuarat

Masa

: 3.00 Petang

KEHADIRAN
1. En. Saufi Bin Yusof
GPK 1
2. Pn. Hjh Izzah Binti Musa
GPK HEM
3. En. Mahfot Bin Rahmat
GPK KOKU
4. Pn. Norfamiza Binti Moktar
- Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
5. Cik Wan Nurul Ashikin Binti Mansor @ Mohd Penyelaras Perpustakaan
6. Pn. Bibi Fatimah Binti Roslan
7. En. Mohd Hatta Bin Abu Bakar
8. En. Muhammad Nor Amri Bin Mohd Nasir
9. Pn. Aznirawati Binti Mohd Azizi
10. Pn. Juliana Binti Siman
11. En. Nizam Bin Musiri
12. Pn. Normala Binti Muhamad
13. Pn. Norzaidah Binti Nordin
14. Pn. Nur Ayuni Binti Aiyub
15. En. Shahril Bin Roslan
16. Cik Syazana Binti Mansor
17. En. Zulfadzelie Bin Mahmad Saleh

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab

Al-Fatihah. Pn Norfamiza Binti

Moktar selaku Penyelaras Pusat Sumber Sekolah 2015 mengalu alukan

kehadiran guru ke dalam mesyuarat pada kali ini. Beliauberharap agar mesyuarat
kali ini berjalan dengan lancer dan mencapai objektifnya.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk
memegang jawatan sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah 2015 .

2. Ucapan Penasihat
2.1 En. Saufi Bin Yusof mengucapkan terima kasih di atas kesudian guru meluangkan
masa untuk hadir ke mesyuarat ini.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan kerana telah berjaya
menggalakkan murid ke PSS. Beliau berharap pss menjadi bilik darjah kedua yang
diminati oleh murid.
Tindakan: AJK
2.3 Menyatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah (Pss) ialah nadi sekolah dan mesti
diwujudkan di setiap sekolah. Perkembangan Pss semakin menunjukkan
peningkatan dan perubahan terutamanya dari segi bilangan buku dan kemudahankemudahan lain.
Tindakan : Makluman
3. Jawatankuasa Induk PSS
3.1 Pn. Norfamiza menyatakan bahawa perlantikan Jawatankuasa Induk PSS telah
dibuat dan senarai tugas telah diedarkan oleh penyelaras PSS.
Tindakan: Penyelaras PSS
3.2 Jawatankuasa Induk PSS melibatkan Semua Ketua Panitia mata pelajaran. Oleh
itu, semua aktiviti yang dijalankan oleh panitia mestilah melibatkan Pusat Sumber
Sekolah. Begitu juga dengan kertas kerja dan laporan aktiviti hendaklah di
serahkan kepada Pusat Sumber Sekolah satu salinan untuk simpanan PSS.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

3.3 Pn. Norfamiza mengedarkan senarai bidang tugas ketua panitia dan peranan
mereka dalam pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
Tindakan: Makluman

4. Perlantikan Pengawas PSS 2015


4.1 Pn. Norfamiza memaklumkan pelantikan pengawas PSS adalah seramai 24 orang
yang merangkumi murid tahun tiga hingga tahun enam. Mereka akan menjalankan
tugas mengikut jadual tugasan yang telah disediakan.
Tindakan : Makluman
5. Peraturan perpustakaan
5.1 Penggunaan perpustakaan oleh murid
Cik Wan Nurul Ashikin memaklumkan bahawa semua murid boleh menggunakan
perpustakaan sekolah pada waktu rehat dan waktu pulang sehingga jam 5.00
petang setiap hari Isnin hingga khamis. Manakala pada hari jumaat hingga jam 12
tengahari sahaja.
Tindakan : makluman
5.1.1

Beliau memaklumkan murid boleh membuat peminjaman buku mengikut hari


yang telah ditetapkan.
Tindakan : Makluman

5.2 Penggunaan perpustakaan semasa waktu P&P


5.2.1

En. Shahril Bin Roslan telah mencadangkan beberapa peraturan yang mesti
diikuti oleh semua pengguna Pusat sumber sekolah (Pss) saranan:
1.

Setiap

kelas

yang

ingin

menggunakan

perpustakaan

perlulah

memaklumkannya sehari sebelum digunakan serta menulis di dalam


buku rekod keluar masuk perpustakaan.
2.

Keputusan mesyuarat setuju.


Tindakan : Semua AJK

6.0 Aktiviti PSS bersama panitia


6.1 Pn. Norfmiza menyatakan bahawa aktiviti PSS 2015 akan dijalankan mengikut
perancangan aktiviti 2015 dan semua aktiviti tersebut akan di ubah cara mengikut
kesesuaian.
Tindakan : Semua AJK
6.2 Cik Wan Nurul Ashikin Binti Mansor mencadangkan agar diadakan program
membaca harian bersama panitia diadakan setiap hari selasa hingga khamis bagi
menyemarakan program NILAM di sekolah. Keputusan Mesyuarat bersetuju dengan
cadangan tersebut.
Tindakan : Semua AJK
7.0 Keceriaan
7.1 Pn. Norfamiza Binti Moktar meminta kerjasama dari semua panitia untuk
menceriakan pusat sumber sekolah dan perlu dijalankan dengan kadar segera.
Tindakan: Semua Panitia Mata Pelajaran
8.0 Unit BBM
8.1 Pn. Norfamiza memaklumkan peminjaman yang dibuat perlulah direkodkan.
Semua BBM yang di letakkan di bilik BBM hendaklah memaklumkan kepada
guru BBM supaya kerja kerja perekodan dibuat.
Tindakan : Semua Ajk
9.0 Nilam
9.1 Pn. Norfamiza berharap Program NILAM dapat di laksanakan dengan jayanya.
Selain itu, beliau juga berharap pelbagai aktiviti dapat dijalankan bagi menggalakkan
program NILAM di sekolah.
Tindakan : Semua AJK
10. 0 Hal Hal Lain
( Tiada )
PENUTUP

Pn. Norfamiza mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat
Jawatankuasa Induk PUsat Sumber Sekolah pada kali ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Di Sediakan Oleh,
Cik Wan Nurul Ashikin Binti Mansor @ Mohd
Penyelaras Perpustakaan
Sekolah Rendah Arab JAIM Pernu

You might also like