You are on page 1of 1

Konsep dan Prinsip Asas Perakaunan

Konsep Huraian
Wang sebagai ukuran - semua urusniaga perniagaan direkodkan dalam unit wang iaitu RM
- hanya factor dalam ukuran wang sahaja direkodkan dan nilai matawang adalah malar
Prinsip Catatan Bergu - setiap urusniaga direkodkan dua kali iaitu satu akaun didebitkan dan
satu akaun dikreditkan dengan jumlah yang sama
- contoh: jual barangniaga secara kredit kepada Suffian maka Akaun Suffian didebit dan
Akaun Jualan dikreditkan
Entiti Berasingan - sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit yang tersendiri yang
terpisah daripada pemiliknya
- hanya urusniaga berkaitan perniagaan sahaja direkodkan dalam buku perniagaan
- akaun modal adan akaun ambilan dibuka untuk merekodkan urusniaga antara pemilik dan
perniagaannya
Tempoh perakaunan - konsep ini membahagikan jangkahayat perniagaan kepada tempoh
tertentu seperti sebulan, suku tahun, setengah tahun atau setahun bagi membolehkan
maklumat perakaunan dilaporkan pada tempoh tertentu
Konsep Kos Sejarah - perekodan urusniaga dalam buku akaun hendaklah dibuat berasaskan
kos belian pada tarikh tertentu
- kos sejarah tak akan berubah walaupun nilai pasarannya berubah
Usaha yang berterusan - sesebuah perniagaan diandaikan terus beroperasi untuk satu tempoh
masa yang tidak terbatas
- asset yang dimiliki akan terus digunakan untuk menghasilkan pendapatan
Asas Perakaunan Akruan - dalam menentukan keuntungan perniagaan , hasil yang diprolehi
hendaklah ditolak dengan perbelanjaan untuk memperolehi hasil tersebut dalam tempoh itu
- setiap perbelanjaan yang berlaku dlm tempoh itu mesti direkodkan walaupun belanja itu
belum dibayar
Ketekalan - penggunaan kaedah perakaunan tidak harus diubah dari satu tempoh perakaunan
kesatu tempoh perakaunan yang lain
- contohnya jika kaedah pengiraan susutnilai kenderaan adalah mengikut kaedah garislurus
maka kaedah yang sama digunakan untuk tempoh perakaunan akan datang
Materialiti - perbelanjaan boleh bersifat kebendaan (material) atau bukan kebendaan
(immaterial) bergantung kepada saiz firma dan pertimbangan kepada kepentingan
perbelanjaan tersebut
- segala yang dianggap material sahaja akan direkodkan dalam penyata kewangan kerana ia
memberi kesan kepada pembaca penyata kewangan
- contohnya mesin kira berharga RM30 direkod sebagai asset (material) bagi perniagaan kecil
, manakala bagi perniagaan besar dianggap tidak material dan ia tidak dimasukkan dalam
kunci kira-kira
Konservatisme - hanya jangkaan kerugian sahaja yang diambilkira sebagai belanja dalam
penyata pendapatan tetapi tidak bagi jangkaan keuntungan
- contoh jangkaan keuntungan RM100 juta dari satu projek pembinaan tidak boleh dilapor
dalam penyata kewangan sehingga ia benar-benar telah diperolehi
Pelaporan berasaskan nilai saksama - nilai dilaporkan dalam penyata kewangan perlu
diselaras mengikut harga semasa (dimana kos sejarah tidak tepat)
- Nilai saksama dalam Kunci Kira-kira memberikan gambaran lebih jelas dan terkini yang
berguna bagi pelabur untuk membuat penilaian

You might also like