You are on page 1of 5

kekurangan bukti.

Sekiranya aktiviti ini terus berlaku, tidak mustahil sekiranya dalam beberapa tahun
lagi terumbu karang yang terdapat di negara khususnya di Sabah akan pupus. Kesan
paling besar daripada aktiviti penangkapan ikan tersebut tentunya kemusnahan terumbu
karang itu sendiri selain memberi kesan kepada pengguna bom ikan tersebut.

Gambar 1: Aktiviti pengeboman ikan


Gam
bar 2: Contoh bom
ikan

Gambar 3: Kesan aktiviti pengeboman Ikan.


Segmen 2: Isu Yang Berkaitan
Pelbagai cara telah dilakukan namun kegiatan pengeboman ikan masih berleluasa di
Sabah. Hal ini kerana ramai penduduk yang berdekatan dengan kawasan yang dijadikan
port atau kawasan pengeboman ikan tidak mahu bekerjasama dengan pihak berwajib.
Ini juga adalah disebabkan oleh sikap nelayan yang ingin mengaut keuntungan tanpa
memikirkan kesan yang akan timbul daripada aktiviti tersebut. Dalam Utusan Harian
bertarik 5 November 2000, melaporkan bahawa disebabkan pengeboman ikan ini,
hidupan laut sabah diancam kemusnahan jangka panjang.
Di Kota Kinabalu, Pulau Gaya misalnya merupakan tumpuan pembuatan serta
penjualan bom ikan yang diisi dalam botol. Menggunakan beberapa jenis campuran
bahan kimia termasuk ammonium nitrat (baja) dan sebatian karbon, adunan itu kemudian
dimasukkan ke dalam botol minuman keras yang kosong, dipasang sumbu dan terhasillah
bom. Bom-bom tersebut hanyalah perlu di nyalakan sumbunya dan dilemparkan ke
kawasan yang dikenalpasti merupakan tumpuan ikan-biasanya kawasan terumbu karang.
Hal ini menyebabkan bukan sahaja ikan tersebut menjadi sasaran namun turut

memusnahkan terumbu karang.

Berdasarkan kajian Pusat Pengajian Tinggi UMS, letupan bahan terlarang bom ikan
ini bom menyebabkan kesan kerosakan meliputi kawasan perairan laut antara 10-20
meter persegi. Satu kajian yang telah dilakukan oleh UMS bahawa 10 % ekosistem
terumbu karang dimusnahkan akibat letupan bom.
Menurut Mohammad Radzuan Mohd Ariff Ismail Ali dalam jurnalnya yang bertajuk
Nelayan Filipina dalam Aktiviti Pengeboman Ikan di Negeri Sabah, berdasarkan
pemerhatian yang dijalankan di lokasi pengeboman ikan di Perairan Pulau Gaya, kawasan
perairan Pulau Mengalum dan Pulau Banggi mendapati bahawa banyak terumbu karang
dan anak-anak ikan yang mempunyai nilai pasaran juga mati akibat pengeboman yang
dilakukan.
Kajian yang dilakukan oleh Nicholas Pilcher dan Dr. Steve Oakley di kawasan
perairan pantai timur Sabah di bawah projek yang dikenali sebagi Reef Check 1997
International Project mendapati bahawa 110 kilometer kawasan batu karang yang
diselidik, kira-kira 105 daripadanya mengalami kerosakan yang teruk akibat letupan bom
ikan. Hasil daripada kajian tersebut merumuskan bahawa batu karang yang terdapat di
sepanjang 2500 km kawasan perairan pantai timur negeri Sabah telah mengalami
kerosakan dan berada dalam keadaan yang membimbangkan. Aktiviti penangkapan ikan
menggunakan bahan letupan di Wilayah Persekutuan Labuan turut mendatangkan
kebimbangan.
Berdasarkan statistik dan rekod yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Sabah dan
Polis Marin menunjukkan bahawa hampir semua daerah yang menjadi pusat perikanan di
Sabah ada mencatatkan kes penggunaan bahan letupan. Antara tahun 1990 hingga tahun
1999, sebanyak 816 kes penggunaan bahan letupan telah dilaporkan berlaku di kawasan
perairan Sabah yang menyaksikan seramai 414 orang nelayan telah ditangkap dan
dikenakan kompaun berjumlah RM28,000.00 di bawah seksyen 26(1), Akta Perikanan

1985. Daripada jumlah tersebut, daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu
323 kes dan diikuti oleh daerah Sandakan (247 kes), Tawau (124 kes), Kunak dan Kudat
(28 kes) , dan Lahad Datu (17 kes).
Pembenterasan aktiviti mengebom ikan tidak dapat diatasi sekiranya banyak pihak
enggan mengambil peduli akan keadaan sumber marin yang kian hari semakin diancam
kemusnahan akibat ketamakkan sesetengah pihak dalam mengaut keuntungan tanpa
memikirkan kesan yang akan berlaku. Contohnya kesan terhadap pengguna bom itu
sendiri. Dapat dilihat daripada laporan akhbar-akhbar tempatan yang memuatkan tentang
kemalangan yang diakibatkan oleh bom ikan. Misalnya, dalam akhbar Daily Express
bertarikh 13 November 1981 telah melaporkan bahawa satu kes kemalangan yang
membabitkan bom ikan telah berlaku di Pulau Danawan, Semporna menyebabkan
seorang ibu dan anak perempuannya yang berumur lapan tahun terbunuh akibat enam biji
bom ikan yang tersimpan di rumah mereka meletup.

Gamb
ar 4: Kesan bom ikan

Gambar 5: Pertumbuhan dan pembiakan terumbu karang

Gambar
6:

Jenis-jenis

terumbu karang

You might also like