You are on page 1of 1

1.

0 Proses Menjahit
1.1 Fabrik yang diperlukan
Fabrik juga dikenali sebagai tekstil yang berasal daripada perkataan textilis yang
bermaksud tenunan. Secara amnya, perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik bertenun
tetapi juga untuk fabrik tanpa tenun seperti fabrik berkait dan fabrik yang dibina khas
iaitu fabrik terikat dan fabrik bernet. Fabrik terbahagi kepada dua iaitu fabrik asli dan
fabrik buatan.
Fabrik yang sesuai untuk membuat blaus ialah fabrik sederhana tebal bercorak
atau tanpa bercorak. Jenis fabrik yang digunakan untuk menghasilkan pakaian terpulang
kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabric yang digunakan ialah fabrik kapas
campuran. Corak pada fabrik yang dipilih juga perlu menepati citarasa pemakai.
Fabrik yang saya gunakan untuk membuat blaus ini ialah fabrik kapas yang
berwarna merah dan fabrik campuran warna bulatan . Cantuman kedua-dua fabrik ini
telah menghasilkan sehelai blaus yang menarik. Fabrik kapas campuran ini merupakan
gentian kapas yang dicampur dengan gentian lain seperti gentian

buatan manusia

untuk menghasilkan fabrik kapas campuran. Kelebihan menggunakan fabrik ini


termasuklah:

tahan lasak.
mudah dikendalikan.
tahan panas dan tidak mudah mengembang.
mudah dijahit.

You might also like