You are on page 1of 8

Pendahuluan

Sebelum saya menghurai lebih lanjut mengenai topik kenikmatan dalam mencipta,
adalah lebih elok kita melihat lebih jelas dan teliti dasar pembentukan Nikmat Mencipta
agar kita lebih memahami nilai, norma dan etika dalam perkhidmatan kita. Terdapat
beberapa nilai utama yang perlu diamalkan oleh semua kakitangan antaranya ialah
Iman dan takwa, amanah dan maruah, ilmu, ikhlas, daya kreatif dan inovasi, berdisiplin,
adil, hormat menghormati, kasih sayang dan banyak lagi yang telah dikenal pasti dan
diterima sebagai resolusi Seminar Nilai dan Etika yang berlangsung pada 2 Mac 1992.
Kesemua nilai yang telah dibincang dalam seminar tersebut telah disusun
semula dengan menggunakan tajuk-tajuk mengikut susunan yang dikemukakan oleh Y.
Bhg. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid
didalam ucapan perasmian Seminar Nilai dan Etika pada 2 Mac 1992 di Hotel Pan
Pacific, Kuala Lumpur. Kesemua nilai dan etika ini terangkum dalam satu panduan asas
iaitu Tonggak Dua Belas. Istilah ini membawa maksud asas, dasar, panduan dan pokok
kepercayaan yang menjadi asas sesuatu tindakan. \Tonggak Dua Belas mengandungi
dua belas nilai utama yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan awam di
semua peringkat organisasi. Dua belas nilai yang terkandung dalamnya ialah
Menghargai Masa, Ketekunan Membawa Kejayaan, Keseronokan Bekerja, Kemuliaan
Kesederhanaan, Ketinggian Peribadi, Kekuatan Sifat Baikhati, Pengaruh Teladan,
Kewajipan Menjalankan Tugas, Kebijaksanaan Berkhidmat, Keutamaan Kesabaran,
Peningkatan Bakat dan Nikmat Mencipta.
Seterusnya perbincangan khusus berkaitan salah satu isi yang terkandung dalam
Tonggak Dua Belas iaitu Nikmat Mencipta iaitu nilai yang ke dua belas. Dalam Nikmat
Mencipta (The Joy of Originating), kepuasan ialah tujuan dan puncak segala usaha
manusia. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil
daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu
mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Kepuasan mencipta peralatan
baru atau teknik baru akan menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni rasa

pencapaian, rasa penaklukan dan rasa bangga kerana ia memanfaatkan orang ramai.
Apatah lagi jikalau bahan ciptaan itu dihasilkan secara baik dan indah, bukan sahaja
elok dipakai bahkan indah dipandang. Inilah manusia yang sebenarnya seorang
seniman. Menurut Sir Wilfred Grenfell, Real Joy comes not from ease or riches or
from the praise of men, but from doing something worthwhile.
4 AMALAN POSITIF DAN NEGATIF BAGI NIKMAT MENCIPTA.
BIL

AMALAN POSITIF

.
1.

Berasa puas kerana sesuatu idea atau


cadangan

dapat

dilaksanakan

dimanfaatkan.

AMALAN NEGATIF

dan

Berpuas hati dengan kedudukan yang


sedia ada.

2.

Gembira melihat wujudnya idea dan Takut menemui kegagalan.

3.

kaedah baru dalam pentadbiran.


Sentiasa berada dalam cabaran Memandang remeh usaha orang lain.

4.

intelektual.
Sentiasa mencari idea dan kaedah baru Pemikiran tidak dinamik.
dalam menyelesaikan masalah.

CONTOH BAGI AMALAN POSITIF


Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan
dimanfaatkan.
1. Idea mewujudkan pungutan hasil setempat di pejabat pos pada mulanya diragui dan
ditentang kerana ianya berbeza daripada cara yang biasa. Apabila dilaksanakan, cara
ini didapati sangat baik, memudahkan orang ramai membuat bayaran dan pungutan
hasil. Memetik ucapan Menteri pada ketika itu di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air dalam ucapan beliau pada 7 Oktober 2002, sempena Majlis perasmian
Pelancaran Program Minggu Bersama Pelanggan Pos Malaysia Berhad, beliau
memberi beberapa contoh iaitu Strategic Alliance dengan Suruhanjaya Pilihanraya,

rakyat di seluruh negara kini tidak perlu lagi pergi jauh untuk membuat pendaftaran
pengundi dan membuat pertukaran alamat bagi kawasan mengundi. Sebanyak 646
buah Pejabat Pos tersedia di seluruh negara untuk menyelesaikan urusan berkaitan.
2. Kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam pula membolehkan semua
peminjam wang Kerajaan dapat membuat bayaran kembali pinjaman tersebut di
Pejabat-pejabat Pos. Jalinan usaha tersebut adalah suatu sumbangan yang besar
kepada Kerajaan kerana ianya memudahkan komunikasi antara rakyat dengan
Kerajaan, dengan Pos Malaysia Berhad berfungsi sebagai pemudahcara yang
berkesan.
3. Konsep lanskap pejabat pada mulanya tidak meyakinkan, tetapi setelah dilaksanakan
bersungguh-sungguh dan mengikut perancangan, hasilnya akan menggembirakan
semua orang.
Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran.
1. Idea memainkan piped music di pejabat-pejabat pada mulanya dianggap canggung dan
mengganggu, tetapi apabila dilaksanakan dengan betul, boleh menghilangkan rasa
jemu bekerja atau jemu menunggu dan menimbulkan suasana gembira. Mengambil
contoh Pos Malaysia Berhad sebagai sebuah syarikat sudah tentu akan mempastikan
ianya diuruskan dengan baik dan berkesan atau jelasnya memperolehi keuntungan
untuk dinikmati bersama oleh pemegang-pemegang sahamnya. Kita sedia maklum Pos
Malaysia Berhad telah dan sedang membuat perancangan bagi mempertingkatkan
prasarananya untuk memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan.
Kalau dulu suasana di dalam Pejabat Pos adalah panas untuk dikunjungi, kini banyak
Pejabat-pejabat Pos baru yang dibina dan dipasangkan alat pendingin hawa, selain
disediakan kerusi menunggu dan tiket untuk berurusan (QMS). Di Pejabat-pejabat Pos
Besar pula dipasang set televisyen untuk tontonan pelanggan sambil menunggu
mendapatkan perkhidmatan.

2. Antara idea terbesar yang disumbangkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian


Persekutuan, FAMA, ialah Pameran MAHA Antarabangsa 2010 yang telah diadakan
pada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010 yang lepas merupakan acara
pameran pertanian dwitahunan yang terulung di adakan Malaysia. Idea ini adalah
berasaskan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah
tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi
terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti
perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar
negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di
Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat
pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Pada masa kini
MAHA adalah pameran pertanian terbesar Malaysia dan berjaya menarik minat 500,000
pengunjung tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan imejnya, MOA telah
memajukan 100 hektar Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), sebagai
lokasi kekal untuk pameran itu. MAEPS menawarkan kemudahan tempat perjumpaan,
insentif, konvensyen dan pameran. Dengan MAEPS sebagai lokasi tetap MAHA, ia
diharapkan dapat menyaingi pameran pertanian terkemuka yang lain seperti Pameran
Pertanian Diraja di England, yang telah dianjurkan sejak 100 tahun lepas.
3. Jambatan Sultan Ahmad Shah atau Jambatan Temerloh, Pahang. Dibina oleh
Jabatan Kerja Raya (JKR) Temerloh bermula pada tahun 1972 selepas kejadian banjir
besar pada 1971 dan siap pada tahun 1975 seterusnya dibuka kepada pengguna pada
tahun yang sama. Alam sekitar disesuaikan untuk mewujudkan pembinaan baru ini,
iaitu Jambatan Temerloh yang hanya menggunakan satu tiang besar sahaja untuk
mengelak daripada dirempuh kayu-kayu balak semasa banjir. Jambatan lama yang
mempunyai banyak tiang telah runtuh semasa banjir kerana sampah sarap terkumpul di
situ.
Sentiasa berada dalam cabaran intelektual
1. Mengatasi masalah pentadbiran dengan formula tertentu ataupun mengeluarkan
pekeliling khusus, contohnya, Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.

2. Penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat.


Kesedaran terhadap kepentingan ICT, mewujudkan banyak peluang dan ruang
komunikasi yang lebih cepat dan mudah disamping membantu meningkatkan prestasi
kerja individu mahupun sesebuah organisasi. Laman sesawang atau WEB, Blog,
makmal komputer, kemudahan wireless dan pelbagai lagi kemudahan ICT perlu diberi
perhatian sewajarnya.
Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah.
1. Pengenalan projek SMART adalah singkatan kepada Stormwater Management and
Road Tunnel dan ianya telah mula dibuka kepada umum pada 14 mac 2007.
Pembinaan projek Smart Tunnel ini telah bermula pada tahun 2003 dengan kos
sebanyak RM1.93 billion untuk menyiapkannya. Smart Tunnel ini juga merupakan
terowong pertama di dunia dilengkapi dengan laluan kenderaan dan saluran air untuk
menangani masalah banjir di Kuala Lumpur dan untuk mengurangkan kesesakan
lalulintas di laluan masuk ke kuala lumpur di sebelah Selatan berdekatan lapangan
terbang Sungai Besi.
CONTOH BAGI AMALAN NEGATIF
Memandang remeh usaha orang lain.
1. Sifat memandang remeh usaha orang lain timbul kerana perasaan hasad dengki dan
rendah budi pekerti. Dalam perkhidmatan awam, sikap individu yang memimpin
sesebuah organisasi yang kurang memberi penghargaan kepada pekerja bawahan
malah meremehkan usaha yang dilakukan oleh mereka.
2. Jika tidak sabar mencuba setiap yang baru, tidak akan lahir kejayaan dari pemikiran
baru. Terlalu banyak idea yang hendak dilaksanakan sehingga tugasan yang dilakukan
tertangguh. Perancangan yang teliti dan rapi diperlukan untuk menyelesaikan masalah
atau segala idea yang direncanakan. Oleh kerana sikap yang tidak sabar untuk melihat
hasil usaha yang dilakukan, akhirnya, segala yang dilakukan tidak membuahkan
kejayaan dan hanya sia-sia.

3. Pengurusan emosi yang tidak efektik mengakibatkan ketidakupayaan menangani


sebarang permasalahan yang timbul seterusnya melemahkan sesebuah organisasi dan
melambatkan proses kemajuan.
Takut menemui kegagalan.
1. Sifat takut menemui kegagalan akan melemahkan organisasi, menghalang
peningkatan produktiviti dan kualiti. Sesebuah organisasi tidak akan berkembang maju
dengan memiliki ahli yang bersifat sebegini iaitu sentiasa takut untuk mencuba sesuatu
tugasan

apatah

lagi

untuk

menerima

agenda

pembaharuan.

Mereka

sering

menyalahkan orang lain dan tidak berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan.
Akhirnya, sikap ini akan menghancurkan sesebuah organisasi yang pada dasarnya
mampu berdaya saing seiring dengan organisasi lain.
2. Aktiviti pengklonan yang dilakukan adalah baik bagi mendapatkan hasil yang baik
terutama dalam perindustrian, pertanian mahupun perubatan, tetapi aktiviti ini amat
bercanggah dengan hukum agama dan fitrah manusia apabila wujud percubaan
pengklonan manusia. Idea ini sangat melampau dan melanggar ketentuan Tuhan.
3. Berkira dalam pekerjaaan yang memberi kepentingan kepada umum.
Pemikiran tidak dinamik
1. Contoh pemikiran tidak dinamik ialah suka mengetepikan cadangan atau pemikiran
baru sebelum diteliti dengan sebaik-baiknya. Pemikiran seperti ini juga salah satu
penyumbang kepada kemunduran sesebuah organisasi. Ahli atau pemimpin tidak mahu
menerima cadangan atau idea perubahan yang baru malah bertindak mengambil satu
cadangan yang disangka terbaik tanpa melalui proses permuafakatan yang betul.
2. Hiburan melampau iaitu idea hedonisme yang tinggi yang mana membentuk
pemikiran masyarakat yang mengimpikan untuk menjadi seseorang yang terkenal
dalam hiburan seperti penyanyi, penari dan pelawak. Sehingga muncul idea-idea baru

yang menyumbang ke arah hiburan semata seperti Program Realitivi TV contohnya


Akademi Fantasia, So You Think You Can Dance, Malaysian Idol dan banyak lagi.
3. Suatu masa dahulu, terdapat satu percubaan untu menembak awan yang membawa
hujan bagi mengelakkan banjir, tetapi usaha ini bertentangan dengan kehendak alam
dan akibatnya boleh menimbulkan kemarau dan ini merupakan pemikiran yang tidak
rasional.
Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada.
1. Seseorang yang sudah selesa dengan kedudukan yang ada, tidak mahu menerima
pembaharuan yang dilakukan. Sikap ini seolah-olah menutup pintu perubahan dan
kemajuan diri mahupun organisasi.
2. Workholic atau

terlalu fanatik dengan

pekerjaan

sehingga

mengabaikan

tanggungjawab terhadap keluarga dan agama. Sikap ini memberi impak yang sangat
besar dalam pembentukan institusi kekeluargaan.
3. Fiqh Aulawiyyat, perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud mengeutamakan
perkara yang utama yang membawa kebaikan kepada umum. Justeru, sangat memberi
kesan apabila seseorang yang merasakan perkara yang kurang penting dianggap
sangat penting dan mengabaikan perkara yang sangat penting dan utama yang
membawa kemaslahatan manusia.

Penutup
Penerapan nilai etika dan pendedahan amalan positif yang mesti diamalkan oleh
setiap ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam sangat wajar diketengahkan.
Begitu juga, pendedahan khusus mengenai amalan negatif yang mesti dielakkan oleh
semua.
Pembelajaran sepanjang hayat oleh semua ahli, mestilah difahami dan
mengambil langkah melengkapkan diri dengan ilmu semasa dan menjadi panduan
hidup. Sentiasa melapangkan dada dan berfikiran terbuka terhadap sesuatu dan
merubah sikap ke arah yang lebih baik dan meyakinkan.
Kenikmatan dalam mencipta merupakan kenikmatan dalam kehidupan yang
membawa kepada sebuah tamadun manusia yang tinggi.

You might also like