You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU

Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako, 93050 Kuching.


Tel : 082 311670
No.Faks : 082-312721
________________________________________________________________________________
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:
Tarikh :12 Januari 2014
Pengetua,
SMK Demak Baru,
Jalan Diplomatik,
Off Jalan Bako,
93050 Kuching.
Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB EKONOMI RUMAH TANGGA
Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, Jamayah Bt Zakaria berdasarkan
Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait
dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan
KELAB EKONOMI RUMAH TANGGA SMK DEMAK BARU, mulai 12 hb.Januari , 2014.
2.

Bersama-sama ini disertakan :


2.1
2.2
2.3

Draf Perlembagaan.
Draf Aktiviti Asas.
Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

3.
Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
..
( Jamayah Binti Zakaria )
Guru Pemimpin Kelab Ekonomi Rumah Tangga,
SMK Demak Baru,
,
s.k.

PK Kokurikulum
S/U Kokurikulum
Fail Pengakap

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU


Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako, 93050 Kuching.
Tel : 082 311670
No.Faks : 082-312721
________________________________________________________________________________
SMK Demak Baru,
Jalan Diplomatik,
Off Jalan Bako,
93050 Kuching,
SARAWAK.

Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:
Tarikh: 12 Januari 2014

Tuan,
KELULUSAN PENUBUHAN KELAB EKONOMI RUMAH TANGGA
Merujuk surat tuan bertarikh 12 Januari 2014 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang
diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub
dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita
dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan KELAB EKONOMI RUMAH TANGGA
SMK DEMAK BARU,KUCHING adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai 12 Januari
2014.
2.

Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

..
( HAJAH FATIMAH HAMID )
)
Pengetua,
SMK Demak Baru,
93050 Kuching, SARAWAK.
Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH
s.k.

1.
2.
3.
4.

Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


GPK Kokurikulum
S/U Kokurikulum
Fail

You might also like