You are on page 1of 3

PANDUAN PENJADUALAN WAKTU TAHUN SATU BAGI GURU-GURU

SEKOLAH-SEKOLAH PROGRAM j-QAF

1.

TUJUAN
Membimbing Guru Penolong Kanan untuk menyediakan jadual waktu
Guru-Guru j-QAF

2.

PELAKSANAAN
Sebanyak 6058 buah sekolah Kebangsaan akan terlibat dalam
pelaksanaan program j-QAF sehingga tahun 2010. Program ini bermula
dengan kelas tahun satu mulai tahun 2005. Beberapa perubahan berlaku
terutamanya dalam pengagihan waktu Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam di Tahun Satu.

2.1

Waktu yang diperuntukkan untuk melaksanakan Model 6 Bulan


Khatam al-Quran bagi tahun 1 bagi 6 bulan pertama iaitu mulai
Januari hingga Jun ialah 4 waktu (120 minit) seminggu. Manakala
2 waktu selebihnya (60 minit) diperuntukan untuk matapelajaran
Jawi Enam Bulan dan Pemulihan Jawi di bawah program j-QAF.

2.2

Untuk tempoh enam bulan kedua mulai Jun hingga Disember


waktu yang diperuntukan untuk Tilawah al-Quran ialah tiga waktu
(90 minit), Ulum Syariah 2 waktu (60 minit) dan Jawi 1 waktu (30
minit) seminggu.

2.3

Untuk matapelajaran Bahasa Arab waktu yang diperuntukkan


adalah seperti yang tercatat dalam pekeliling iaitu 2 waktu (60
minit) seminggu dan dilaksanakan dalam waktu jadual rasmi
sekolah.

3. AGIHAN WAKTU UNTUK GURU j-QAF PADA 6 BULAN PERTAMA


(JAN-JUN) TAHUN SATU

3.1

Guru j-QAF dikehendaki bersama dengan GPI Tahun Satu setiap kali
menjalankan P&P Model 6 Bulan Khatam al-Quran.

3.2

Untuk Model Pemulihan Jawi hanya seorang Guru j-QAF terlibat


dalam menguruskan aktiviti pemulihan jawi mengikut modul yang
telah ditetapkan.

3.3

Bagi Model Bahasa Arab hanya seorang Guru Bahasa Arab saja yang
menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

3.4

Semua Guru j-QAF terlibat secara lansung dalam program tasmik


sebagai pembimbing kepada murid-murid dengan peruntukan waktu
seperti yang dicadangkan dijadual taburan waktu/kelas Guru j-QAF.
Pihak pentadbir sekolah bertanggungjawab dalam menentukan
kelancaran pelaksanaannya seperti pembahagian jadual, masa,
tempat dan makluman kepada ibubapa. Pihak sekolah boleh
melibatkan GPI dan guru-guru lain di sekolah tersebut yang
mempunyai kemahiran bacaan al-Quran yang baik.

4. AGIHAN WAKTU UNTUK GURU j-QAF PADA 6 BULAN KEDUA


(JULAI-DIS) TAHUN SATU

4.1

Guru j-QAF dicadangkan untuk bersama dengan guru GPI Tahun


Satu menjalankan P&P Tilawah al-Quran yang merangkumi ayat
kefahaman

dan

hafazan.

Guru

j-QAF

boleh

menggunakan

sebahagian waktu al-Quran untuk mentasmik bacaan murid yang


cemerlang.
4.2

Untuk Model Pemulihan Jawi hanya seorang Guru j-QAF terlibat


dalam menguruskan aktiviti pemulihan jawi mengikut modul yang
telah ditetapkan.

4.3

Bagi Model Bahasa Arab dikehendaki hanya seorang Guru Bahasa


Arab saja yang menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

4.4

Semua Guru j-QAF dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ulum


Syariah mengikut waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

4.5

Semua Guru j-QAF terlibat secara langsung dalam program Tasmik


sebagai pembimbing kepada murid-murid dengan peruntukan waktu
seperti yang dicadangkan dijadual taburan waktu/kelas Guru j-QAF.
Perkiraan masa membimbing murid Tasmik adalah berdasarkan
andaian bilangan murid bagi satu kelas ialah 40 orang. Setiap murid
dibimbing secara talaqi dan musyafahah selama sekurang-kurangnya
5

minit. Pihak pengurusan

sekolah bertanggungjawab dalam

menentukan pelaksanaannya seperti pembahagian masa, tempat dan


pemakluman kepada ibubapa. Pihak sekolah boleh melibatkan guruguru lain di sekolah tersebut yang mempunyai kemahiran al-Quran
yang baik.

You might also like