You are on page 1of 15

FALZIAH BINTI MOHAMAD

650828115006001

FAKULTI

: PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER / TAHUN

: SEPTEMBER / 2015

KOD KURSUS

: HBML 3403

TAJUK KURSUS

: LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NO.MATRIK

: 650828115006001

NO.KAD PENGENALAN

: 650828115006

NO.TELEFON

: 013-9522528

E-MEL

: falziahmohamad@gmail

PENSYARAH

: ENCIK SHAHNAM BIN ABD. RASHID

E-TUTOR

: ABDUL RAHIM BIN MD YASIN

PUSAT PEMBELAJARAN

: MENTAKAB LEARNING CENTRE

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 HURAIAN DEFINISI DAN KONSEP KAJIAN STILISTIK

2-3

3.0 HURAIAN DEFINISI DAN KONSEP GAYA BAHASA PERBANDINGAN,


GAYA BAHASA PERTENTANGAN DAN GAYA BAHASA PENYIRNAAN
4.0 HURAIAN ASPEK GAYA BAHASA METAFORA,PERSONIFIKASI,

4-8
9- 12

SIMILE, HIPERBOLA, ASONANSI DAN SINKOPE


5.0 KESIMPULAN
RUJUKAN

13

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

1.0 PENGENALAN:
Stilistik merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan gaya atau style yang terdapat pada
sesuatu bahasa dan dalam pengucapan yang menjadi kebiasaan masyarakat. Ilmu stilistik
juga merupakan kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis sesebuah karya sastera yang
berbeza antara satu sama lain. (Abdullah Yusof, 2014).
Menurut Abdullah Yusof (2014), stilistik berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris,
style yang bererti gaya dan daripada bahasa serapan linguistic yang membawa maksud
tatabahasa.
Kajian stilistik adalah ilmu yang mengkaji teknik penggunaan sesuatu bahasa dalam
penulisan yang berkaitan dengan disiplin linguistik. Stilistik juga mencakupi stail dan gaya
yang dihubungkan dengan pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan. Stilistik turut
memfokuskan aspek kebahasaan yang membentuk ilmu gaya iaitu gaya sastera dan gaya
bukan sastera. Dalam konteks yang lain, ilmu stilistik merupakan ilmu linguistik yang
diperluas dalam bidang sastera dengan menekankan kajian tentang bahasa. (Izwandy Asri,
2014).
Stilistik turut didefinisikan sebagai kajian teks sastera dan kod estetik yang menggunakan
kajian stilistik untuk mengkaji bahasa dalam teks sastera, di mana bahasa merupakan salah
satu elemen yang penting dalam kajian linguistik. (Aminuddin seperti dinyatakan dalam
Abdullah Yusof, 2014).
Berdasarkan

beberapa

definisi

stilistik

yang

dikemukakan,

Aminuddin

telah

mentakfrifkan stilistik sebagai kajian tentang cara atau gaya pengarang menggunakan sistem
tanda sejajar dengan gagasan yang ingin disampaikan kepada pembaca secara kompleks dan
berfokus pada sistem tanda untuk memahami ciri-ciri penggunaan dalam teks sastera. Bagi
memahami mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam teks sastera, pembaca perlu
memahami gambaran objek atau peristiwa, gagasan dan ideologi yang terkandung di dalam
karya sastera tersebut.
1

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

2.0 HURAIAN DEFINISI DAN KONSEP KAJIAN STILISTIK:

Menurut Kamus Linguistik Edisi Ketiga, stilistik membawa maksud ilmu yang mengkaji
bahasa yang digunakan dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat disiplin antara linguistik
dan kesusasteraan atau penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa. (Abdullah Yusof,
2014).
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mentakrifkan stilistik merupakan kajian tentang teknik
penggunaan bahasa yang berkesan dan bermakna dalam penulisan serta melibatkan gaya
terutamanya gaya bahasa. Di samping itu, stilistik juga merupakan satu disiplin ilmu yang
mengkaji ciri-ciri linguistik yang berbeza dalam kelompok sosial yang mempunyai diversiti
atau kepelbagaian dalam bidang pekerjaan atau perbezaan kelas.
Nik Hassan Basri dalam Abdullah Yusof (2014) menyatakan bahawa stilistik bertujuan
untuk menghuraikan serta menjelaskan perhubungan antara bentuk pengucapan dengan
makna yang terdapat pada bahasa-bahasa tulisan sama ada dalam karya deskriptif mahupun
karya kesusasteraan. Keindahan bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam karya
deskriptif dan karya kesusasteraan mempunyai makna yang tersirat yang perlu difahami oleh
pembaca.
Keris Mas pula mentakrifkan bahawa stilistik merupakan kajian stail yang mengkaji gaya
kesusasteraan untuk mendapatkan kefahaman tentang teks kesusasteraan tersebut. Setiap
hubungan yang menunjukkan kelainan dari sudut gaya bahasa serta sifat yang berkaitan
dengan perkembangan fikiran dan realiti hidup masyarakat dikaji dan dibuat perhubungan
melalui kajian stilistik ini. (Abdullah Yusof, 2014).
Dalam konteks tradisional, kajian stilistik terhadap teks sastera terhad kepada kajian
berkaitan kelainan dalam tatabahasa dan figuratif, misalnya melibatkan penggunaan
peribahasa, bahasa kiasan, sindiran, ungkapan dan sebagainya. (Abdullah Yusof, 2014).
Namun begitu, sejajar dengan perkembangan bahasa yang lebih moden, maka kajian stilistik
tradisional yang bersifat subjektif dan impresionis berubah menjadi lebih objektif dan
bersifat saintifik.

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

2
Dalam konteks yang moden pula, kajian tersebut bukan sahaja merangkumi kajian
terhadap gaya bahasa sahaja, malahan melibatkan sudut isi yang ingin disampaikan oleh
pengarang melalui penggunaan bahasa dalam teks sastera tersebut. Justeru, kajian stilistik
yang moden lebih dikenali sebagai kajian bentuk dan kajian isi, yang diandaikan sebagai apa
yang diperkatakan dan apa cara mengatakan ( bentuk atau bahasa ) (Abu Bakar, 2009).
Azmi Rahman dalam Abdullah Yusof (2014) menyatakan bahawa kajian stilistik dalam
bahasa puisi melibatkan unsur linguistik iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam
kajian stilistik, puisi dianggap sebagai bahasa kreatif yang melibatkan deviasi atau
penyimpangan secara implisit mahupun eksplisit.
Tuntasnya, berdasarkan pengertian kajian stilistik oleh tokoh-tokoh dan pengkaji bahasa,
maka dapat disimpulkan bahawa kajian stilistik merupakan satu kajian tentang sistem gaya
bahasa yang bersifat kontras pada zamannya dan mewakili kelompok sosial yang berbeza.
Kajian stilistik juga digunakan oleh para pengkaji bahasa untuk menilai dan memahami
sesebuah teks sastera yang dihasilkan oleh pengarang. Kajian stilistik dalam konteks yang
lebih moden telah berubah menjadi lebih objektif dan saintifik serta merupakan satu kajian
yang bersifat kuantitatif. Kajian stilistik ini juga memaparkan serta mewakili ciri
keperibadian seseorang pengarang di pemikiran dan perasaan mereka diungkapkan melalui
penggunaan gaya bahasa yang indah dan kreatif serta mempunyai nilai estetik yang tinggi.
Kajian stilistik ini juga merupakan bahasa kreatif untuk para pembaca mendapatkan
kefahaman tentang teks kesusasteraan dan teks deskriptif yang dihasilkan oleh pengarang
yang berbeza dari aspek sosial, emosi dan sebagainya secara individu.

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

3
3.0 HURAIAN DEFINISI DAN KONSEP GAYA BAHASA PERBANDINGAN, GAYA
BAHASA PERTENTANGAN DAN GAYA BAHASA PENYIRNAAN:
Stilistik merupakan kajian gaya atau bentuk yang boleh dibahagikan kepada dua perkara
iaitu kajian tentang bahasa yang mempunyai kelainan dari segi bentuk gaya bahasa pengulangan,
penyirnaan, perbandingan, pertautan, pertentangan, peribahasa, sindiran dan gaya retorik.
Perkara kedua ialah kajian yang melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik yang
terkandung dalam linguistik.
Secara umumnya, Kamus Linguistik (1997) mendefinisikan gaya bahasa sebagai
penggunaan bahasa seseorang dalam pertuturan atau penulisan dengan penggunaan ragam
tertentu dalam bahasa tulisan secara sengaja untuk menimbulkan kesan tertentu atau ciri
penggunaan bahasa penulis. Umar Junus (2010) menjelaskan bahawa gaya bahasa merupakan
cara seseorang menyatakan sesuatu yang lain daripada biasa tanpa kelainan makna. Maniyamin
Hj Ibrahim (2006) menjelaskan bahawa gaya bahasa merupakan usaha penulis untuk
memanipulasi bahasa yang sedia ada untuk mencari perkataan atau ungkapan atau frasa yang
sesuai dengan mesej di samping menghasilkan bunyi yang indah dalam karya penulis bagi
mewujudkan keberkesanan karya kepada pembaca atau pendengar.
Menurut Nik Hassan Basri (2006), secara umumnya gaya bahasa yang terdapat dalam
karya penulisan kreatif dan bukan kreatif dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu gaya bahasa
perbandingan, pertentangan, pengulangan, pertautan, dan penyirnaan. Kesemua gaya di atas
mempunyai konsep dan definisi serta ciri-ciri yang membezakan antara satu dengan yang lain.
Gaya bahasa ini memainkan peranan yang amat penting dan dianggap sebagai nadi yang
menghidupkan sesebuah karya kreatif.
Gaya bahasa perbandingan merupakan satu bentuk bahasa yang indah yang digunakan
untuk menambahkan kesan dan makna tertentu dengan cara membuat perbandingan antara
sesuatu perkara dengan perkara yang lain. (Nik Hassan Basri, 2006). Gaya bahasa ini lebih
berfokus kepada membuat perbandingan antara satu objek atau konsep lain secara langsung dan
bersifat eksplisit serta imaginatif. Bahasa perbandingan terbahagi kepada dua, iaitu bahasa
perbandingan yang menunjukkan persamaan atau pertentangan. (Abdullah Yusof, 2014).

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

4
Gaya bahasa perbandingan digunakan untuk menerangkan sesuatu secara berkias atau
tersirat supaya ia dapat menjaga perasaan terhadap sesuatu yang ingin disampaikan. Gaya bahasa
ini juga berfungsi untuk membuat persamaan terhadap sesuatu perkara dengan perkara yang lain.
Misalnya, metafora dapat membandingkan sesuatu yang bersifat konkrit dan abstrak yang
digabungkan menjadi satu makna yang dapat difahami oleh pembaca. (Abdullah Yusof, 2014).
Gaya bahasa perbandingan juga menjadikan ayat tersebut lebih indah dan graamatis untuk
dibaca. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai penggambaran watak yang dapat memberikan
pengajaran dan teladan kepada pembaca sama ada sesuatu perkara yang baik ataupun tidak.
Bagi gaya bahasa perbandingan, ia meliputi ciri-ciri seperti imejan, metafora,
personifikasi, pleonasme dan simile. Imejan merupakan penggunaan satu perkataan atau
beberapa patah perkataan yang memberi kesan melalui penggunaan pancaindera seperti
pendengaran, penglihatan atau perasaan. (Nik Hassan Basri, 2006). Imejan juga boleh mewakili
objek atau perbuatan dalam bentuk lambang, simbol atau kod untuk menjelaskan dan
menggambarkan sikap serta perasaan pengarang dalam karya kesusasteraan seperti kepahitan,
kesejukan dan penderitaan. Gaya bahasa imejan dalam sajak Tukang Gunting seperti di bawah:
Dengan sebilah gunting
Sebuah cermin sompek
Sebuah sisir rongak
Dan bangku kaki tiga
Ia ukir nafkah keluarganya.
(Kerusi, 2002: 14)
Gaya bahasa perbandingan seterusnya ialah Metafora, iaitu perbandingan secara
langsung, sama ada menggabungkan unsur konkrit dan abstrak atau perbandingan terus yang
tidak memerlukan kata-kata perbandingan seperti bagaikan, umpama, laksana, bagai dan
sebagainya untuk menjadi kiasan. Contoh metafora seperti :
a) Hari ini bapa menjadi singa.
b) Abang benar-benar harimau di dalam rumah.
c) Dinding hati

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

d) Kotak fikiran
(Abdullah Yusof, 2014)
Personifikasi merupakan pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, haiwan,
tumbuhan, keadaan, peristiwa, benda yang tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. (Nik
Hassan Basri, 2006). Kesannya, kita dapat melihat elemen-elemen alam tersebut seolah-olah
hidup seperti manusia. Contohnya:
a) Kelibat senyum matanya masih jua ramah (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003: 19)
b) Mentari terus meninggi sambil melemparkan sinarnya yang terik (Anak Bumi
Tercinta, 2002: 96)
Seterusnya, pleonasme juga merupakan salah satu aspek dalam gaya bahasa
perbandingan. Pleonasme merupakan penggunaan kata yang berlebih-lebihan dan tidak penting
serta tidak perlu dalam ayat. (Nik Hassan Basri, 2006). Perkataan tersebut tidak akan
menjejaskan makna ayat sekiranya ia dibuang. Ayat di bawah merupakan contoh yang
mengandungi pleonasme:
a) Dia menangkap budak jahat itu dengan tangannya sendiri.
b) Aku menendang bola itu dengan kaki.
Simile adalah salah satu gaya bahasa perbandingan yang menggunakan kata seperti,
bak, bagai, serupa, macam dan ibarat. Ia bertujuan untuk membuat perbandingan
secara esksplisit dan dijelaskan. (Abdullah Yusof, 2014). Berikut merupakan antara contoh
simile yang terdapat dalam teks komsas:

a)
b)

Seperti kebun berpagar duri. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003:7)


Macam membawa duit tak laku (Anak Laut, 2002: 8)
Selain gaya bahasa perbandingan, terdapat juga gaya bahasa pertentangan. Gaya

bahasa pertentangan bermaksud bentuk bahasa yang memberikan makna yang berlawanan
dengan makna yang sebenarnya. (Nik Hassan Basri, 2006). Gaya bahasa ini paling kerap
digunakan dalam karya kreatif. Gaya yang sering digunakan di dalam gaya bahasa pertentangan
ialah hiperbola, paradoks dan inversi atau anastof. (Abdullah Yusof, 2014).
6
Personifikasi merupakan pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, haiwan,
tumbuhan, keadaan, peristiwa, benda yang tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. (Nik
Hassan Basri, 2006). Kesannya, kita dapat melihat elemen-elemen alam tersebut seolah-olah
hidup seperti manusia. Contohnya:

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

c) Kelibat senyum matanya masih jua ramah (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003: 19)
d) Mentari terus meninggi sambil melemparkan sinarnya yang terik (Anak Bumi
Tercinta, 2002: 96)
Seterusnya, pleonasme juga merupakan salah satu aspek dalam gaya bahasa
perbandingan. Pleonasme merupakan penggunaan kata yang berlebih-lebihan dan tidak penting
serta tidak perlu dalam ayat. (Nik Hassan Basri, 2006). Perkataan tersebut tidak akan
menjejaskan makna ayat sekiranya ia dibuang. Ayat di bawah merupakan contoh yang
mengandungi pleonasme:
c) Dia menangkap budak jahat itu dengan tangannya sendiri.
d) Aku menendang bola itu dengan kaki.
Simile adalah salah satu gaya bahasa perbandingan yang menggunakan kata seperti,
bak, bagai, serupa, macam dan ibarat. Ia bertujuan untuk membuat perbandingan
secara esksplisit dan dijelaskan. (Abdullah Yusof, 2014). Berikut merupakan antara contoh
simile yang terdapat dalam teks komsas:

c)
d)

Seperti kebun berpagar duri. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003:7)


Macam membawa duit tak laku (Anak Laut, 2002: 8)

Selain gaya bahasa perbandingan, terdapat juga gaya bahasa pertentangan. Gaya bahasa
pertentangan bermaksud bentuk bahasa yang memberikan makna yang berlawanan dengan
makna yang sebenarnya. (Nik Hassan Basri, 2006). Gaya bahasa ini paling kerap digunakan
dalam karya kreatif. Gaya yang sering digunakan di dalam gaya bahasa pertentangan ialah
hiperbola, paradoks dan inversi atau anastof. (Abdullah Yusof, 2014).
7

Hiperbola ialah ungkapan tentang sesuatu perkara secara berlebih-lebihan daripada yang
sebenarnya. (Nik Hassan Basri, 2006). Contohnya:
.. . darah pun seperti hujan yang lebat turun ke bawah istana... (Anak Laut, 2002: 37)

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

Menurut Abdullah Yusof (2014), paradoks menunjukkan keadaan atau suasana yang
berlawanan. Namun, kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.
(Nik Hassan Basri, 2006). Contohnya, dalam kesepian di tengah ramai (Anak Bumi tercinta,
2003: 21)
Manakala inversi atau anastrof memfokuskan kepada pembalikan kata-kata yang berbeza
dari segi susunan ayat yang lazim. Contohnya seperti:
a) Sudah sekah tempat bergantung
b) Telah patah ternpat berpijak
(Kerusi, 2002: 3)
Gaya bahasa penyirnaan pula ialah bentuk bahasa yang mengalami pengguguran bunyi,
suku kata, kata, frasa atau bahagian ayat. (Abdullah Yusf, 2014). Sinkope merupakan satu contoh
gaya bahasa penyirnaan. Ia bermaksud pengguguran huruf sisipan atau suku kata sisip bagi
perkataan atau menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi perkataan. (Nik Hassan
Basri, 2006). Contohnya, tidak menjadi tak, tahu menjadi tau, aku menjadi ku,
dahulu menjadi dulu dan kamu menjadi mu sahaja.

8
4.0 HURAIAN ASPEK GAYA BAHASA METAFORA,PERSONIFIKASI, SIMILE,
HIPERBOLA, ASONANSI DAN SINKOPE:
Dalam Antologi Harga Remaja: Teks Komsas Tingkatan 4, terdapat puisi moden iaitu sajak serta
puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka yang menggunakan pelbagai gaya
bahasa. Antaranya ialah puisi moden karya Shafie Abu Bakar yang bertajuk Di Perpustakaan.
Secara ringkasnya, penyajak menerusi sajak Di Perpustakaan menggambarkan situasi tenang
di dalam salah sebuah perpustakaan yang dikunjunginya. Perpustakaan merupakan antara gedung
ilmu pusaka nenek moyang yang di dalamnya terkandung pelbagai khazanah peradaban insan.
Ilmu tersebut amat luas dan tidak dapat dituntut sepenuhnya oleh manusia walau sedalam

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

manapun usaha tersebut. Di samping itu juga, sajak ini turut membawa pengertian pencarian
ilmu yang tidak akan berkesudahan.
Di dalam sajak Di Perpustakaan, penyajak telah menggunakan beberapa gaya bahasa
yang bertujuan untuk menjadikan sajak tersebut lebih indah dan puitis di samping membantu
penyajak menyampaikan makna secara kreatif kepada para pembaca. Terdapat beberapa gaya
bahasa yang diguna pakai oleh penyajak dalam sajak tersebut, misalnya seperti gaya bahasa
Metafora, Personifikasi, Hiperbola, Asonansi dan Sinkope.
Gaya bahasa pertama yang boleh didapati daripada sajak Di Perpustakaan ini adalah
gaya bahasa Metafora. Metafora merupakan sejenis bahasa figuratif, iaitu bahasa kiasan atau
analogi yang membuat perbandingan secara terus tanpa menggunakan perkataan seperti,
umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya untuk melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain.
Gaya bahasa ini juga dianggap paling singkat, padat, dan tersusun. Abd Aziz (2012) pula
mendefinisikan metafora sebagai satu bahasa perbandingan secara tidak langsung yang
menggunakan kata konkrit dan kata abstrak yang digabungkan untuk memberi makna kepada
ayat tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), metafora bermaksud penggunaan
kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau
makna sebenar perkataan berkenaan (sebagai perbandingan atau kiasan). Metafora sering
digunakan dalam karya sastera.
9
Penggunaan gaya bahasa Metafora dalam sajak Di Perpustakaan adalah seperti dalam
rangkap kedua, baris ketiga iaitu terapung di laut ilmu. Laut ilmu membawa maksud
perpustakaan merupakan tempat yang mengandungi ilmu yang sangat banyak dan luas. Penyajak
membawa pembaca mengamati ruang koleksi buku di dalam perpustakaan. Dia berasakan
bahawa dirinya terlalu kerdil di situ kerana terlalu banyak buku di situ yang sesetengahnya telah
begitu lama disimpan dan dirujuk.
Seterusnya, dalam rangkap kedua baris ketujuh iaitu Bahtera ilmu di sini. Bahtera ilmu
dalam rangkap tersebut membawa maksud perpustakaan merupakan sebuah gedung ilmu yang
sangat luas dan mengandungi ilmu yang terlalu banyak sepertimana bahtera atau kapal yang
sangat besar.

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

Penggunaan gaya bahasa Metafora juga terdapat dalam ayat Di dada samudera iaitu pada
rangkap ketiga dan baris ketiga. Penyajak membandingkan samudera dengan perpustakaan.
Samudera di sini melambangkan atau menunjukkan sesuatu yang sangat luas. Dada samudera
dalam sajak ini merupakan bahagian tengah laut yang luas. Penyajak berasakan bahawa berada di
perpustakaan menjadikan dirinya seorang yang dahaga akan ilmu yang berada di gedung ilmu
yang begitu luas.
Seterusnya, gaya bahasa kedua yang boleh didapati dalam sajak ini ialah gaya bahasa
personifikasi. Gaya bahasa ini menjelaskan bahawa sesuatu objek itu diberikan sifat seperti
manusia, sama ada dari aspek watak, perbuatan atau perasaan. Dalam sajak ini, gaya bahasa
Personifikasi boleh dijumpai dalam rangkap pertama dan baris keempat iaitu Ke kedinginan
yang menerpa. Ayat tersebut membawa maksud kedinginan atau cuaca yang sejuk mendekati
atau menghampiri seseorang. Secara logiknya, kedinginan tidak boleh menghampiri manusia
tetapi manusia yang dapat merasai kedinginan tersebut. Walau bagaimanapun, pemberian sifat
manusia iaitu menerpa kepada perkataan kedinginan telah dapat mengubah struktur ayat ini
menjadi lebih indah namun tidak mengubah makna ayat yang ingin disampaikan.

10
Dalam rangkap ketiga dan baris ketiga iaitu ayat Di dada samudera, gaya bahasa
personifikasi juga telah diterapkan. Samudera atau laut yang luas tidak mempunyai dada seperti
manusia dan haiwan. Namun, penggunaan dada yang merupakan salah satu anggota pada badan
manusia kepada perkataan samudera menyebabkan wujudnya elemen personifikasi. Penyajak
ingin menyampaikan bahawasanya beliau ibarat seorang pelayar yang berada di tengah-tengah
laut yang begitu luas apabila berada di perpustakaan.
Simile juga merupakan salah satu aspek gaya bahasa. Simile merupakan bahasa
perbandingan yang sering digunakan dalam sesebuah teks kesusasteraan secara eksplisit dan
jelas. Simile dapat dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti, ibarat, bak,
bagaikan, umpama, laksana, penaka dan serupa. (Abdullah Yusof, 2014).

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

Penyajak juga menggunakan aspek gaya bahasa hiperbola untuk mengindahkan lagi
sajak Di Perpustakaan. Menurut Faridah Nazir (2013), hiperbola berasal daripada bahasa Yunani
yang

merupakan

gabungan

dua

perkataan

iaitu hyper yang

membawa

maksud melebihi dan ballien yang bermaksud meluahkan atau mengeluarkan. Hiperbola juga
bermaksud satu bahasa kiasan atau perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu
secara berlebih-lebihan, melampau dan keterlaluan daripada maksud yang sebenarnya. (Abd
Aziz, 2012).

Maka, dapat disimpulkan bahawa hiperbola bermaksud satu ungkapan atau

perbandingan yang melebih-lebihkan apa yang sebenarnya dimaksudkan daripada maksud


sebenarnya.
Penyajak menggunakan unsur hiperbola untuk menunjukkan sesuatu yang melampau
daripada aspek ideanya. Dalam sajak ini, aspek gaya bahasa hiperbola boleh dilihat pada rangkap
ketiga dan baris keenam iaitu dalam ayat Dahaga tak pernah langsai. Secara logiknya, dahaga
yang dirasai oleh seseorang akan hilang setelah meminum air. Namun, penyajak menyatakan
bahawa dahaga yang dirasai beliau tidak pernah berkesudahan dan tidak pernah hilang. Adalah
mustahil bagi perkara tersebut untuk berlaku dan inilah gaya bahasa hiperbola yang digunakan
oleh penyajak untuk menjelaskan bahawa walaupun banyak ilmu telah diperolehnya di
perpustakaan, tetapi keinginan beliau untuk terus meneroka ilmu di situ tidak akan berkesudahan.
11
Selain itu, gaya bahasa asonansi juga telah digunakan oleh penyajak dalam sajak ini. Hal
ini kerana unsur asonansi memang selalu digunakan di dalam penghuraian ayat. Asonansi yang
digunakan oleh penyajak berfokus kepada pengulangan bunyi vokal yang sama secara berturutan
dalam baris-baris sesebuah puisi. Antara ayat yang menggunakan unsur asonansi dalam sajak ini
ialah pada rangkap kedua, baris kedua belas iaitu Hanya sebiji dari mutiara. Ayat ini
mengandungi penggunaan vokal i yang berulang-ulang. Di samping itu, ayat dalam rangkap
ketiga dan baris keenam iaitu Dahaga tak pernah langsai pula melibatkan pengulangan vokal a.
Sementelahan itu, penyajak juga telah menggunakan aspek gaya bahasa sinkope dalam
menghasilkan sajak Di Perpustakaan. Sinkope bermaksud penyingkatan perkataan. (Abu Bakar,
2009). Unsur ini sering digunakan oleh pengarang dalam karya-karya kesusasteraan. Antara
sinkope yang digunakan ialah dalam rangkap pertama baris pertama sajak iaitu Melangkah ke

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

ruangmu di mana perkataan kamu disingkatkan menjadi mu, manakala perkataan aku
disingkatkan menjadi ku pada ayat Betapapun kulayari dalam rangkap kedua baris keenam dan
Yang akan kupetik dalam rangkap kedua baris kesebelas.
Secara deduksinya, berdasarkan hasil analisis dan perbincangan tentang sajak Di
Perpustakaan di atas, didapati bahawa sajak tersebut merupakan sajak yang kukuh dan kuat dari
aspek stilistik yang telah digarap oleh pengarang. Pengarang bijak memilih unsur gaya bahasa
yang sesuai untuk menjadikan sajak ini sebagai pilihan pembaca. Kajian terhadap aspek stilistik
dalam sajak ini mendapati bahawa terdapat beberapa jenis gaya bahasa yang telah digunakan
oleh pengarang untuk mengindahkan lagi sajak Di Perpustakaan. Penghuraian unsur stilistik
telah berjaya dilakukan oleh pengarang sehingga ia mempunyai nilai-nilai komersialnya yang
tersendiri. Sajak ini juga turut mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan mempunyai
keutuhan, kekuatan, pengajaran, nilai, gaya bahasa dan kesan yang positif kepada pembaca.
Maka, sajak ini boleh dianggap sebagai karya kreatif kerana ia mempunyai unsur yang sangat
baik dan sesuai dibaca dan difahami oleh seluruh lapisan masyarakat.

12
KESIMPULAN :
Tuntasnya, kajian stilistik memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan karya
yang indah dan bermutu. Tanpa gaya atau stail yang tertentu, sudah tentu karya tersebut tidak
akan dapat menarik hati pembaca dan tidak dapat diterapkan jauh ke dalam minda dan hati
pembaca. Gaya atau stail individu akan terlahir secara sendiri apabila seseorang pengarang sudah
terlatih menggunakan ciri-ciri pilihannya dalam setiap karya yang dihasilkan. Gaya bahasa yang
indah dan berbunga-bunga yang dipilih

telah dapat memberikan warna kepada karya

kesusasteraan. Semakin berbunga-bunga bahasa yang digunakan, semakin indahlah gaya bahasa
tersebut. Namun, harus diingat bahawa keindahan sesuatu bahasa bukan sahaja terletak pada
bunga-bunga bahasa namun turut mementingkan aspek keserasian bentuk dan isi serta memiliki
stilistik dalam bentuk yang tersendiri.

FALZIAH BINTI MOHAMAD


650828115006001

13

RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid (2002). Teknik pengajaran sastera meelayu sebagai komponen wajib
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dalam Haron Jafar, Abdul Halim Ali
(penyelenggara) Bahasa dan Kesusteraan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Sultan Idris.
Ariff bin Mohamad (2009), Analisis kesesuaian pemilihan bahan teks bagi genre cerpen dan
novel komponen sastera bahasa melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

You might also like