You are on page 1of 21

KOKURIKULUM(AR201)

Index
PERKARA

MUKASURAT

PENGHARGAAN
PENGENALAN
SEJARAH TLDM
PERANAN TLDM
TANGGUNGJAWAB
MARKAS DAN
PANGKALAN UTAMA
ANGGOTA TLDM
ANGGOTA LAIN-LAIN
PANGKAT
LAMPIRAN
RUJUKAN

2
3
4-8
9
10

11-12
13-16
17-18
19

KOKURIKULUM(AR201)

Penghargaan
Saya Kogulan a/l Subramaniam, 05DPE10F1060 ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menyiapkan projek yang bertajuk Memahami Tentera Laut
Diraja Malaysia. Pertama sekali saya ingin memanjangkan kesyukuran saya kepada tuhan kerana telah mengurniakan
kebolehan dan semangat yang kental dalam menyiapkan kerja ini.
Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Mohd Hazry. Beliau
telah banyak memberi tunjuk ajar yang boleh dijadikan panduan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, idea dan
cadangan yang telah diberikan oleh beliau amatlah berguna dan dapat digunakan semasa membuat tugasan ini.
Selain pensyarah, saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada senior yang lupa untuk memberi
semangat dan sokongan positif.
Akhir sekali, ttidak lupa juga kepada rakan sekelas saya yang telah banyak membantu saya. Walaupun
mereka sangat sibuk dengan tugasan yang sama, tetapi mereka tetap sanggup menyumbangkan idea dan tenaga untuk
saya. Selain itu, mereka juga tidak pernah mengeluh apabila saya bertanya soalan kepada mereka.

Pengenalan

KOKURIKULUM(AR201)

Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM, merupakan salah satu
cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan
pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda
keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut utama negara seperti Selat
Melaka dan Selat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai
tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly.
Kehadiran TLDM dapat dilihat di peringkat antarabangsa dalam operasi konvoi yang berterusan di Teluk
Aden. Dari segi kekuatan kelengkapan dan keanggotaan, TLDM mempunyai keupayaan yang dikira setanding
dengan kebanyakkan negara-negara ASEAN dan mempunyai tentera laut yang ketiga terbesar di dalam gabungan
ini. Dengan kekuatan konvensional yang sederhana, TLDM masih masih memerlukan penambahan platform dan
kapal-kapal lain untuk beroperasi pada tahap terbaik. Hanya dengan pemodenan berterusan akan memastikan TLDM
terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi.

Penubuhan PLAS(TLDM)

PLAS (TLDM) adalah singkatan untuk PASUKAN LATIHAN ANGGOTA SIMPANAN TENTERA LAUT
DIRAJA MALAYSIA. Ia telah ditubuhkan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (dulu dikenali sebagai

KOKURIKULUM(AR201)
Politeknik Shah Alam) sejak Mei 1999 (intake 1). Ia adalah sub unit kepada Pasukan Simpanan Sukarela
(PSSTLDM) yang ditubuhkan melalui KD SRI KLANG.
Apa yang membanggakan ialah ianya merupakan yang pertama dalam sejarah penubuhan PLAS di politeknik
di seluruh Malaysia.Pengambilan dilakukan setahun sekali dan pengambilan adalah 40 pada satu-satu masa. Setiap
orang yang ingin menyertai pasukan ini mestilah melalui beberapa prosedur. Antaranya ialah menjalani latihan
fizikal (fitness)/ uji cergas (UC), pemeriksaan kesihatan (medical check up) dan temuduga (interview). Iklan dan
promosi pengambilan akan dilakukan di setiap jabatan di Politeknik Shah Alam dan juga laman web ini
(plaspsa.cjb.net).
Sehingga kini jumlah PLASTLDM PSA sudah melebihi dari 70 orang. Ianya adalah jumlah ahli dari
pengambilan ketiga (intake 3) dan keempat (intake 4).Apa yang diharapkan oleh pegawai latihan adalah komitmen
para ahli pasukan untuk menjayakan dan menyertai segala aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, diharap pasukan ini
bersatu dalam melakukan sebarang aktiviti tanpa mengira pangkat dan umur.

Sejarah PLAS

PLAS (TLDM) PSA telah ditubuhkan sejak bulan Mei tahun 1999 lagi. Pada masa itu pengambilan pertama
dilakukan seramai 40 orang. Kini, pengambilan sudah mencapai sehingga pengambilan yang kelima.
Memandangkan PLAS ialah satu unit yang baru dan ianya adalah sebahagian daripada PSS, maka politeknik hanya
memegang pangkat 'Lain-lain Pangkat' (LLP).

Terdapat

lagi

politeknik

yang

telah

menubuhkan

PLAS(TLDM) selepas PSA iaitu Politeknik Johor Bahru dan Politeknik Kuching. Politeknik Johor Bahru telah
menubuhkan PLAS pada tahun 2001, diikuti Politeknik Kuching pada tahun 2002. Selain itu IKM juga akan
4

KOKURIKULUM(AR201)
menubuhkan PLAS.Kemasukan pada setiap pengambilan adalah 40 orang yang layak selepas menjalani beberapa
prosedur pengambilan. Di Politeknik Shah Alam, pengambilan adalah terdiri daripada pelajar diploma. Ini adalah
kerana aktiviti yang dijalankan untuk menamatkan latihan mengambil masa lebih kurang 3 tahun.

Sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia


TENTERA LAUT SIMPANAN SUKARELAWAN NEGERI

Sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia boleh bermula dengan pembentukan Tentera Laut Simpanan
Sukarelawan Negeri Selat (TLSSNS) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British Negeri-negeri Selat pada
27 April 1934 di Singapura. TLSSNS ditubuhkan untuk membantuTentera Laut Diraja British mempertahankan
kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakan politik di Asia di mana Empayar
Jepun sedang meluaskan kuasa dan pengaruhnya. Pembentukan sebuah cawangan di Pulau Pinang menyaksikan
berkembangnya TLSSNS.
Pada 18 Januari 1935, pihak pentadbiran tertinggi (Admiralty) Royal Navy telah menghadiahkan TLSSNS
di Singapura dengan sebuah kapal korvet kelas Flower, HMS Laburnum untuk berkhidmat sebagai kapal utama dan
5

KOKURIKULUM(AR201)
kapal latihan TLSSNS. Kapal ini telah berlabuh di pangkalan di Telok Ayer Basin. HMS Laburnum malangnya telah
ditenggelamkan oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.
Apabila Perang Dunia Kedua meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan pengambilan rekrut bagi
mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan unit- unit Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah.
TLSSNS juga telah dikerahkan untuk perkhidmatan aktif sebagai unit dalam Royal Navy Malay Section, juga
dipanggil Royal Malay Navy ataupun Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Pasukan ini telah
menjalani latihan di HMS Pelandok, Sembawang,di Singapura. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat
kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.
Sepanjang Perang Dunia Kedua, Malay Navy berkhidmat di bawah tentera bersekutu dan ditugaskan bersama-sama
dibawah panji-panji Royal Navy.Laskar-laskar Malay Navy terlibat bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan
Hindi dan Lautan Pasifik dan sebilangan mereka terkorban ketika ini. Ramai juga yang telah berkhidmat dengan
cemerlang, antaranya ialah Able Seaman Ramli Mohd Said yang telah dianugerahkan pingat Pacific Star oleh
kerajaan British. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya sekitar 600 anggota
melapor diri semula. Pada tahun 1947, pasukan Malay Navy yang kecil ini telahpun dibubarkan akibat kemelesetan
ekonomi.

ERA SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA
Pada 24 Disember 1948, Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas komunis.
Menyedari kepentingan tentera laut bagi membendung ancaman komunis, pihak British mengaktifkan semula Malay
Navy dan kali ini digelar Malayan Naval Forces , MNF. Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan
penubuhan Malayan Naval Forces yang berpangkalan di HMS Malaya, Woodlands, Singapura.
Misi utama MNF ialah mengawasi pesisir pantai Tanah Melayu bagi menghalang pengganas komunis
daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga diberi tugas mengawal laluan ke
Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain.
Malayan Naval Forces dibekalkan dengan sebuah frigat kelas River HMS Test yang turut digunakan sebagai
kapal latihan. Pada tahun 1950 pula dengan sebuah kapal minelayer bekas tentera Jepun, juga dinamakan

KOKURIKULUM(AR201)
HMS Laburnum, sebuah LCT, HMS Pelandok, sebuah kapal penangkap ikan, HMS Panglima, sebuah kapal torpedo
HMS Simbang, dan beberapa kapal kecil lagi.
Pada bulan Ogos 1952, Ratu Elizabeth II telah mengurniakan gelaran Diraja kepada MNF, menjadikan
MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) di atas perkhidmatan MNF yang
cemerlang ketika Darurat. Kapal-kapal TLDM kini mempunyai imbuhan HMMS: Her Majesty's Malayan
Ship sebelum namanya.

ERA KEMERDEKAAN DAN SELEPAS


MERDEKA
Tentera Laut Diraja Malaya akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu pada 12 Julai 1958[1]. Penaikan panji Tentera Laut Persekutuan secara rasminya menandakan TLDM
memikul tanggungjawab untuk mempertahankan perairan persekutuan. TLDM memulakan tugasnya hanya dengan
sebuah pangkalan pusat di HMS Malaya dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah
kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas Ham, dan 7 buah kapal ronda.
Pada 16 September 1963, TLDM dinamakan sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (juga sebagai TLDM)
setelah pembentukan Malaysia.
Kekuatan TLDM bertambah secara beransur-ansur setelah Malaysia dibentuk. 18 buah bot ronda kelas Keris
telah ditempah dari firma Vosper, dan bot-bot ini membentuk kekuatan pengawasan TLDM untuk tahun-tahun akan
datang. Bot sepanjang 103 kaki ini berfungsi dengan enjin disel dengan kelajuan maksima 27 knot. Walau
bagaimanapun, bot kelas Keris hanya dihadkan sebagai bot peronda pesisir pantai kerana mempunyai ketahanan
operasi yang rendah.
Selepas itu, kekuatan berperang TLDM bertambah dengan pembelian bot serang laju kelas Brave dari firma Vosper
sebanyak 4 buah. Kapal ini juga dikenali sebagi kelas Perkasa dan dibina khas untuk TLDM dalam limbungan
Vosper Thorneycroft pada tahun 1967. Kapal serang laju Perkasa ini dilengkapkan dengan empat torpedo 21,
sebuah meriam Bofors 40mm, dan satu meriam 20mm di bahagian buritan. Perkasa mempunyai kelajuan sehingga
54 knots (100 km/jam).

KOKURIKULUM(AR201)
TLDM mendapat sebuah lagi kapal apabila Royal Navy memindahkan frigat kelas Loch HMS Loch
Insh (K433) kepada TLDM pada tahun 1964. Loch Insh dinamakan semula sebagai KD Hang Tuah(F433).
Semasa Konfrontasi,KD Hang Tuah mengambil alih tugas pengawalan di perairan Tawau, Sabah dari HMAS Yarra.
KD Hang Tuah berkhidmat dalam armada TLDM sehinggalah kapal ini dilucutkan tauliah pada tahun 1970 dan
dilupuskan.
Pada tahun 1977 pula TLDM memperoleh frigat HMS Mermaid dari Royal Navy bagi menggantikan Hang Tuah
yang tidak lagi berkhidmat. Kapal ini juga dinamakan Hang Tuah, (F72) KD Hang Tuah. Hang Tuah merupakan
sebuah frigat seberat 2,300 tan bersenjatakan meriam berkembar 102 mm. KD Hang Tuah masih berkhidmat kini
menjadi kapal latihan.
KD Rahmat (F24) menyertai armada TLDM pada tahun 1972. Kapal frigat ringan seberat 2,300 tan ini
merupakan antara model rekaan firma Yarrow untuk TLDM. Pada awalnya Rahmat dinamakan sebagai KD Hang
Jebat, namun disebabkan masalah sewaktu ujian pentauliahan, kapal ini dinamakan sebagai KD Rahmat. KD Rahmat
merupakan kapal perang pertama TLDM yang dilengkapi sistem misil anti udara iaitu Sea Cat, Rahmat telah
dilucutkan tauliah pada tahun 2004.
TLDM membeli lagi beberapa jenis bot serang laju peluru berpandu diantara tahun 70an-80an. Bot-bot ini
adalah 4 buah kelas Combattante II yang dibeli dari Perancis, dan 4 buah kelas Spica M dari Sweden. Kedua-dua
kelas ini dilengkapkan dengan misil Exocet MM38. TLDM turut memperoleh 2 buah Offshore Patrol Vessel (OPV)
kelas Musytari seberat 1,300 tan rekaan Korea Selatan.
Keperluan menghantar tentera dan peralatan melalui jalan laut (military sealift) turut dipenuhi apabila TLDM
membeli kapal-kapal Landing Ship Tank, LST dari Amerika Syarikat. Kapal- kapal yang dibeli adalah KD Sri
Banggi (A1501), bekas USS Henry County, KD Raja Jarom (A1502), bekas USS Sedgwick County, KD Sri
Inderapura (A1505), bekas USS Spartanburg County. Kebolehan tambahan turut diperoleh dan disediakan dengan 2
kapal sokongan pelbagai fungsi seberat 4,300 tan, 100 meter KD Sri Indera Sakti (A1503) dan KD
Mahawangsa (A1504).
Keupayaan menangani ancaman periuk api disediakan oleh 4 kapal minehunter kelas Mahamiru. Kapal-kapal
ini juga dikenali kapal penyapu ranjau kelas Lerici. Tugas hydrografi diserahkan kepada KD Perantau dan KD
Mutiara.Sejumlah kapal TLDM telah dilucutkan tauliah dan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM). APMM telah menerima 17 buah kapal dari armada TLDM dengan pemindahan secara hot

KOKURIKULUM(AR201)
transfer untuk perkhidmatan APMM. 6 buah kapal diserah kepada APMM pada Ogos 2005 dan 7 lagi pada Januari
2006.

PERMODENAN
Bermula dengan perolehan dua buah korvet kelas Kasturi, iaitu KD Kasturi dan KD Lekir pada tahun
1983/84 TLDM mengorak langkah menuju era pemodenannya. Kapal seberat 1,500 tan (1850 tan berat penuh) ini
asalnya bersenjatakan misil Exocet MM38 dan mampu menempatkan sebuah helikopter bersaiz sederhana. Kapalkapal ini bagaimanapun tidak dilengkapi hangar dan dan sistem anti udara yang berkemampuan tinggi. Seterusnya, 4
buah korvetkelas Laksamana telah dibeli dari Itali . Kapal ini pada asalnya dibina untuk Iraq sebagai korvet
kelas Assad, namun ia tidak diserahkan atas sekatan antarabangsa ke atasnya selepas Perang Teluk.
Penambahan aset seterusnya kepada armada TLDM ialah dua buah frigat kelas Lekiu yang berdasarkan
rekaan model Yarrow F2000, yang telah dibina di Scotstoun, Glasgow dan diserahkan pada tahun 1994/95. Ketika
dilancarkan, kapal-kapal ini dianggap yang termoden di Asia. Kapal frigat seberat 2,270 tan (berat penuh)ini
bersenjatakan peluru berpandu permukaan ke permukaan, (SSM) Exocet MM40 Block II dan peluru berpandu anti
udara Sea Wolf sistem lancaran tegak (VLS). Bagi tugas anti kapal selam torpedo Whitehead 324mm mampu
dilancarkan dari sistem B515. Kapal-kapal kelas ini juga berupaya membawa dan menyokong operasi sebuah
helikopter Super Lynx 300.

KOKURIKULUM(AR201)

ASET UDARA TLDM

Walaupun tidak seperti Tentera Laut Diraja Thailand, mempunyai dan mengoperasikan kapal pengangkut
pesawat,

namun

TLDM

tetap

memerlukan

cawangan

udaranya

sendiri.

TLDM

telah

membeli

buah helikopter Westland Super Lynx untuk kapal-kapal utama dalam armadanya dan beroperasi sebagai Skuadron
501. Helikopter AS 555 Fennecs beroperasi sebagai Skuadron 502. Manakala helikopter Wasp Westland tidak lagi
berkhidmat dalam pasukan udara TLDM.
Tempahan 6 buah helikopter Augusta Westland Super Lynx 300 dijangka memenuhi keperluan helikopter
dalam pasukan udara TLDM. Helikopter jenis Super Lynx juga ditugaskan bersama skuadron frigat iaitu KD Jebat
(29) dan KD Lekiu (30).Panglima Tentera Laut yang baru Datuk Abdul Aziz Jaafar, secara terbuka memaklumkan
hasrat TLDM untuk memperolehi 6 buah lagi helikopter khusus untuk peranan anti kapal selam. Beliau berkata
dalam temubual pada bulan April 2008, helikopter merupakan alternatif yang lebih kos efektif berbanding pembelian

10

KOKURIKULUM(AR201)
kapal permukaan. Beliau juga tidak menolak ianya dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) nanti.

PERANAN TLDM
Peranan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, pada masa aman dan
juga di masa darurat, dan juga masa peperangan. Pertama sekali saya akan membincangkan tentang peranan TLDM
di masa aman. Mereka berperanan untuk menyediakan kenaikan di laut dalam gerak dekat untuk pasukan
keselamatan menjalankan tugas-tugas operasi. Selain itu, di masa aman mereka juga berperanan untuk menyekat
kemasukan bot-bot nelayan secara haram di kawasan perairan Malaysia. Pasukan TLDM juga akan menyelidik dan
menjalankan singkatan laut di kawasan Malaysia. Mereka juga akan memberi bantuan kepada anggota awam
terutama sekali penduduk di pulau-pulau seperti prubatan, keselamatan, makanan, dan lain-lain lagi. Peranan mereka
yang paling penting adalah untuk mengawal keselamatan kawasan perairan sekitar Malaysia dan laluan masuk ke
Negara kita daripada ancaman lanun.

11

KOKURIKULUM(AR201)
Di masa darurat pula, peranan-peranan TLDM, mereka berperanan untuk mencegah kemasukan senjatasenjata haram yang dibawa dari luar negeri serta menghapuskan anasir-anasir subversif. Selain itu, mereka juga
bertanggungjawab dalam membuat pertahanan dan serangan yang boleh mengancam keamanan Negara dari kawasan
perairan. Mereka juga harus memastikan peraturan pecahan dan undang-undang laut berjalan dengan lancer.
Antara peraturan yang menjadi keutamaan tentera-tentara laut ialah, mencegah kemasukkan bot-bot
penyeludupan dan menjaga keselamatan perahu nelayan. Selain itu peraturan lain yang harus menjadi keutaman
ialah, mencegah kemasukkan warganegara asing secara haram dan menjalankan awasan di laut semasa perintah
kawasan hitam diisytiharkan. Tambahan pula mereka juga berperanan untuk menyediakan kenaikan di laut dalam
gerak dekat untuk pasukan keselamatan menjalankan tugas-tugas operasi. Mereka juga akan member bantuan kepada
kapal penyarang untuk menyarang sesuatu kawasan dan juga member latihan ketenteraan untuk menambahkan
pengecaman semua bahagian.
Semasa berlaku peperangan mereka bertanggungjawab untuk membuat rondaan mencegah penyerapan dan
menjalankan tugas-tugas menangkis periuk api. Tambahan pula, mereka juga akan memberi perlindungan kepada
kapal dagang dan juga bersedia untuk memberi bantuan bedilan dari laut untuk pasukan di darat. Mereka juga
berperanan sebagai satu gerakan melawan musuh dari atas dan bawah air. Akhirnya, mereka juga menjalankan
serangan mengejut terhadap pantai musuh dan melakukan kerja-kerja sabotaj di bawah air.

TANGGUNGJAWAB MARKAS ATAU PANGKALAN


UTAMA
Markas Tentera Laut, Kementah, Kuala Lumpur.
Markas ini bertanggungjawab dalam aspek kecekapan, moral dan tatatertib, rancangan latihan-latihan
mengawal gerakan tentera laut dan menentukan keselamatan yang kukuh dalam tentera laut. Department ini,
juga bertanggungjawab dalam memelihara petahanan yang mengadakan rancangan keselamatan dalam
Negara, rancangan kerjaya, pertukaran, kenaikan pangkat untuk anggota-anggota, menentukan kelicinan
pentadbiran, penilaian pengutamaan kelengkapan TLDM, membuat syor berkaitan pakaian seragam dan lainlain perkara ,mengikut arahan Majlis Angkatan Tentera.

Markas Panglima Armada TLDM, Lumut, Perak

12

KOKURIKULUM(AR201)
Markas ini pula bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Laut dalam pengendalian Markas
Wilayah Laut Satu dan Markas Laut Wilayah Dua, merancang dan menyelaras latihan ke lautan untk kapalkapal TLDM, menentukan pangkalan dibawah naungan sentiasa mencapai kecekapan dalam semua aspek
melalui pemeriksaan dan penilaian serta memberi bantuan material dalam semua aspek teknikal.

Markas Panglima Material Armanda, Lumut. Perak


Markas ini berperanan melaksanakan dasar- dasar yang disalurkan melalui Department Tentera Laut
dan bertaggungjawab terhadap perancangan program bantuan material. Unit ini juga menentukan organisasiorganisasi bantuan material yang diwujudkan dibawah pemerintahan dan kawalan teknikal Panglima Material
Armanda memberi bantuan yang berkesan. Beberapa unit telah ditubuhkan dibawah pemerintahannya.

Markas Panglima Wilayah Laut 1 (Pahang) & Markas Panglima Wilayah 2 (Labuan)

Bertanggungjawab dalam menentukan kecekapan operasi, latihan dan pentadbiran yang licin bagi kapal- kapal
TLDM yang berada dibawah naungannya. Markas ini juga menentukan peralatan untuk kapal- kapal yang
beroperasi.

PANGKAT TENTERA LAUT DIRAJA


MALAYSIA
PANGKAT
LAKSAMANA

LENCANA

LAKSAMANA MADYA

LAKSAMANA MUDA

13

KOKURIKULUM(AR201)

LAKSAMANA PERTAMA

KAPTEN TLDM

KOMANDER TLDM

LEFTENAN KOMANDER
TLDM
LEFTENAN TLDM

LEFTENAN DYA TLDM

LEFTENAN MUDA TLDM

14

KOKURIKULUM(AR201)

ANGGOTA LAIN-LAIN
PANGKAT

TLDM

TDM

TUDM

Pegawai Waran 1
(warrant officer 1)
Pegawai Waran 2
(Warrant Officer 2)
Bintara Kanan
(chief Petty Officer)
Bintara Muda
(Petty Officer)
Laksar Kanan
(Leading Rate)
Laksar Kelas 1
( Able Rate)
Laksar Kelas 2
(Junior Able Rate)
Laksar Muda
(Ordinary-COD)
Rekrut

Pegawai Waran 1

Pegawai Waran 1

Pegawai Waran 2

Pegawai Waran 2

Staff Sarjan

Flight Sarjan

Sarjan

Sarjan (U)

Kopral

Kopral (U)

Lans kopral

Laksar Kanan(U)

Laksar Udara 1

Prebet

Laksar Udara 2

Rekrut

Rekrut

15

KOKURIKULUM(AR201)

PEGAWAI LAIN-LAIN
PANGKAT

PEGAWAI
PEGAWAI WARAN 1

LENCANA

PEGAWAI WARAN 2

16

KOKURIKULUM(AR201)
BINTARA KANAN

BINTARA MUDA

LAKSAR KANAN

LAKSAR KELAS 1

17

KOKURIKULUM(AR201)
LAKSAR KELAS 2

18

KOKURIKULUM(AR201)
LAKSAR MUDA

Lampiran
Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM)

Panji (Ensign) TLDM

Aktif

27 April 1934

19

KOKURIKULUM(AR201)
Negara

Malaysia

Kesetiaan

SPB Yang di-Pertuan Agong

Jenis

Tentera laut

Keanggotaan

14,000 anggota

Sebahagian dari

Angkatan Tentera Malaysia

Markas/Ibu pejabat

Markas Tentera Laut,


Kementerian Pertahanan
Markas Armada, Lumut

Motto

Sedia Berkorban

Ulang tahun

27 April

Perang/pertempuran

Perang Dunia Kedua


Darurat
Konfrontasi IndonesiaMalaysia
Komander

Panglima Tentera Laut

Laksamana Tan Sri Abdul


Aziz Jaafar

Timbalan Panglima
Tentera Laut

Laksamana Madya Dato' Wira


Haji Mohammed Noordin Ali

Panglima Armada

Laksamana Madya Dato'


Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Badaruddin

Tanda kebesaran
Simbol
identifikasi

20

KOKURIKULUM(AR201)

KD Perak, kapal ketiga dalam kelas Kedah

Model bac Kedua NGPV ketika pameran


LIMA 2009

Helikopter Fennec skuadron 502

RUJUKAN

www.wikipedia.com/sejarahtldm

www.Royal Malaysia Navy.mil.my

Nota kokurikulum

21

You might also like