You are on page 1of 1

Laporan Kokurikulum Kelab Badminton

Tarikh: 03.02.2016
Masa: 2 ptg 330ptg
Oleh sebab guru penasihat Kelab Badminton, Puan Chia Siew Ming telah
mengambil cuti sakit selama sebulan, maka kami diminta untuk menggantikan guru
bagi mengetuai Kelab Badminton pada hari tersebut.
Oleh sebab perjumpaan ini merupakan perjumpaan kali pertama bagi kelab
tersebut, maka aktiviti telah dimulakan dengan pengambilan kedatangan dan
perlantikan ahli-ahli jawatankuasa. Murid-murid telah mencalonkan beberapa orang
rakan untuk dilantik. Selepas pengundian, murid-murid yang terpilih telah dilantik
sebagai ahli jawatankuasa.
Sebelum permainan dimulakan, kami telah mengetuai murid-murid untuk
menjalankan sesi pemanasan badan supaya mereka tidak terseliuh semasa
bermain. Selepas sesi pemanasan badan, murid-murid telah diajar cara membuat
servis oleh seorang murid Tahun 6 yang pernah mempelajari teknik-teknik bermain
badminton. Kemudiannya, murid-murid diberi peluang untuk berlatih cara membuat
servis secara berpasangan. Selepas mereka menguasai cara membuat servis,
mereka dibenarkan untuk bermain badminton dengan rakan.

Disediakan oleh
_______________
(Leong Shu Min)

You might also like