You are on page 1of 4

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Kajian:
MENANGANI MASALAH PELAJAR PONTENG SEKOLAH BIASANYA
SEHARI SEBELUM CUTI UMUM KERAIAN ATAU AWAL CUTI PENGGAL
PERSEKOLAHAN.

Nama Pengkaji

Pn. Kamariah Binti Ibrahim

Nama Sekolah

SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN (INTEG)


1261 JALAN PAWANG
85000 SEGAMAT JOHOR

1.0

REFLEKSI KEADAAN YANG LALU

SKTAR ialah sekolah 2 sesi dimana sesi pagi Tahun 1,4,5 dan 6 manakala
Tahun 2 dan 3 di sebelah petang. Murid sesi petang seramai 144 orang
iaitu 5 kelas iaitu Tahun 3 sebanyak 3 kelas dan Tahun 2 sebanyak 2
kelas.

2.0

FOKUS KAJIAN
Kajian ini saya fokuskan untuk mengatasi masalah pelajar ponteng.
Biasanya kehadiran murid sesi petang akan merosot 40% sehari sebelum
cuti penggal, cuti umum atau cuti bersambung keraian Tahun Baru Cina,
Raya Puasa dan sebagainya.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN
3.1

Objektif Umum
Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa kehadiran pelajar amat
penting di waktu akhir penggal persekolahan kerana pada masa
itulah guru akan memberi kerja-kerja rumah atau pesanan.

3.2

Objektif Khusus
Kehadiran murid yang penuh setiap bulan boleh meningkatkan
prestasi pelajar kerana:

a) tidak ketinggalandalami mata pelajaran


b) dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh guru
c) tidak ketinggalan dalam apa-apa program diberi
oleh guru.

4.0

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan pelajar Tahun 3 dan Tahun 2 yang berada di sesi
petang bermula pada pukul 1.00 petang hingga 6.40 petang.

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN


5.1

Tinjauan awal masalah dilakukan melalui soal selidik kepada


pelajar-pelajar sebab-sebab mereka ponteng pada hari tersebut.

5.2

Jawapan yang diberi daripada pelajar ialah ibu bapa akan pulang
ke kampung sekeluarga pada petang Jumaat itu juga.
Ibu bapa tidak mengambil berat tentang kehadiran anak mereka
mungkin mood balik kampung atau sibuk menguruskan hal balik
kampung atau bercuti ke tempat yang lain.

5.3

Mengatasi masalah:

Guru cuba menasihatkan pelajar tentang tanggungjawab


untuk hadir ke sekolah penuh sebulan/setahun.

Guru kelas cuba mengingatkan pelajar pada hari sebelum


cuti bermula dan memberikan insentif kepada pelajar yang
kehadirannya penuh setahun.

Pihak sekolah menghantar surat kepada ibu bapa dan


memberi nasihat/kaunseling/motivasi kepada ibu bapa.

Pelajar dimotivasikan dengan memakai lencana ponteng


sifar kepada pelajar yang penuh kehadirannya.

Pihak sekolah memberi penghargaan kepada murid yang


kehadirannya penuh setahun.

Perkara ini juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Agung


PIBG.

5.4

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil
1.

AKTIVITI
Mengenalpasti masalah dan

Tempoh Pelaksanaan
Februari 2009

pengumpulan data
2.

Menulis proposal kajian

10 Mac 2009

Merancang tindakan yang dijalankan

15 Mac 2009

Melaksanakan tindakan aktiviti

23 Mac 2009

Membincangkan hasil yang didapati

25 Mac 2009

daripada tindakan aktiviti


6

Melaksanakan ujian pra dan ujian pos

1 Mac 2009

untuk mengesan pencapaian murid


7

Refleksi kajian

11 Mac 2009

Menulis laporan kajian

12 Mac 2009

Pembentangan dapatan kajian

27 Mac 2009

You might also like