You are on page 1of 57

TEORI SAKITDEMAM

PENGENALAN
Huraian sakit-demam oleh kebanyakan orang boleh

dibahagikan kepada empat aspek (i) pesakit (ii) alam


semula jadi (iii) alam sosial (iv) alam kuasa luar biasa.
Sakit-demam berpunca daripada gabungan peranan
faktor-faktor itu.
Bagi masyarakat Barat huraian mereka tentang sakitdemam tertumpu kepada aspek semula jadi, dan
beorientasikan pesakit.
Penekanannya adalah terhadap aspek-aspek berikut
antaranya;
ketidakseimbangan,
ketegangan,
kecederaan dan kemorosotan.
Bagi masyarakat bukan Barat huraian mereka tentang
sakit-demam memberatkan huraian yang berbentuk
sosial dan kuasa luar biasa (Foster, 1976; Murdoc,
1980), seperti mistik, animisma, dan magis.

Ini dapat dipecahkan kepada beberapa jenis,

iaitu nasib, kehilangan semangat, rasukan


hantu atau makhluk berkuasa luar biasa, sihir
dan perasaan yang tidak menyenangkan
(Murdock, 1980). Buku Theories of Illness: A
World Survey, George Peter Murdock.

ETIOLOGI SAKIT-DEMAM
Foster (1976) membahagikan etiologi sakit-demam

masyarakat yang bukan masyarakat barat kepada


dua, iaitu naturalistik (semula jadi) dan personalistik.
Personalistik bermaksud sakit-demam yang
berpunca daripada gangguan agen, yang mungkin
pertama, terdiri daripada manusia, yakni ahli shir;
kedua
bukan
manusia,
yakni
hantu
dan
seumpamanya, dan ketiga, terdiri daripada kuasakuasa luar biasa, misalnya Tuhan.
Ini berbeza dengan etiologi yang berbentuk
naturalistik yang melihat sakit-demam berpunca
daripada gangguan faktor alam seperti sejuk, panas,
angin
dan
lebih-lebih
lagi
gangguan
yang
menyebabkan keseimbangan unsur-unsur dalam
badan terganggu.

George

Murdock (1980) menerbitkan


soalselidik (survei) yang penting tentang
taburan penjenisan penyakit di kalangan
masyarakat di dunia ini dengan menggunakan
sampel sebanyak 139 buah masyarakat
daripada 6 kawasan berdasarkan gabungan
bahasa dan kawasan kedudukan geografi
berhampiran.
Ini termasuk Sub-Saharan Africa, Circum
Mediterranean (North Africa, Near East,
Europe), Asia (India, Pakistan, Tibet, Nepal,
Southeast Asia, China, Mongolia, Korea,
japan), Oceania (Australia, New Zealand, New
Guinea, Indonesia, Polynesia), North America
dan South America.

Walaupun

kajian rentas budaya menggunakan


etnografi lama ini dianggap out of fashion dalam
Antropologi Budaya, buku Murdock kekal sebagai
sumber maklumat tentang penjenisan/teori sakitdemam.
Sama seperti Foster Murdock juga membuat
pembahagian yang sama.
Menurut beliau fenomena sakit-demam boleh
dibahagikan kepada dua iaitu sebab natural
(semulajadi) dan personalistic (faktor ghaib).
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada
HRAF (Human Relation Area File) beliau telah
membuat
analisa
statistik
tentang
taburan
penjenisan natural dan ghaib dalam kalangan
masyarakat di dunia ini.

Faktor-faktor semulajadi
(natural)

Faktor-faktor Personalistik
(Ghaib)

1) Jangkitan

1) Mistikal: (nasib, pengalaman


sensasi luar biasa, retribusi
mistik)

2) Tekanan

2) Animistik : (Kehilangan
semangat dan gangguan kuasa
luar biasa)

3) Kemerosotan Organ

3) Magis: (sihir)

4) Kemalangan
Murdock,
G.P., 1980. Theories Of Illness,
5) Tindak Sumber:
tanduk agresif
manusia
University of Chicago Press, Chicago.

Bagi Murdock sebab-musabab natural ialah

mana-mana teori, sama ada saintifik atau pun


popular,
yang
menunjukkan
kesihatan
seseorang itu terganggu akibat gangguan
fisiologi.
Gangguan itu hendaklah munasabah dari segi
sains perubatan moden.
Yang tergolong sebagai faktor natural ialah
jangkitan (invasion by noxius organisms),
tekanan/tegangan
(stress;
exposure
to
physical and psychic strain), kemerosotan
organ (aging, organ failure, hereditary
defects), kemalangan (unintended physical
injury), dan tindak-tanduk agresif manusia
(willful infliction of bodily injuries on another

Manakala sebab-musabab personalistik (ghaib)

pula mengandungi 3 sub kategori.


1) Ia melibatkan teori yang berbentuk mistikal,
yakni mana-mana teori yang menghuraikan
gangguan kesihatan yang berpunca daripada
campur tangan kuasa luar biasa dengan 4 sebab:
i) Takdir (fate) ascription to astronomical
influences, individual predestination , or ill luck
ii) Petanda (ominous sensation) potent dream,
sounds, sights, etc.
Iii) Jangkitan (contagion) contact with polluted
object, substance or person.
Iv) Hukuman/balasan mistik (mystical retribution)
violation of taboo or moral injunction.

2) Animistik Teori yang menghuraikan fenomena sakit-demam


berpunca daripada tingkah laku kuasa-kuasa ghaib seperti hantu
dan juga roh atau semangat. Terdapat 2 sebab di bawah
Animistik:i) Kehilangan jiwa (soul loss) (Voluntary or involuntary
departure of the soul in the body)
ii) Ii) Tindak tanduk agresif spirit (Spirit aggression) (direct
hostile, arbitrary or punitive action of some malevolent or
affronted supernatural being)
3) Magis
- Menghuraikan fenomena sakit-demam ekoran
daripada perlakuan manusia yang dengki, yang menggunakan
ilmu hitam untuk menganiayai mangsanya. Ada 2 sebab
utama:i) Sorcery (aggressive use of magical techniques by a human
being either independently or with the assistance of a shaman)
ii) witchcraft (voluntary or involuntary action of person
believed to have a special power and propensity for evil).

Huraian sama ada berbentuk ghaib atau

natural terdapat dalam semua masyarakat.


Yang berbeza adalah penekanan yang diberi
dalam menghuraikan fenomena sakit-demam.
Ada masyarakat yang budayanya lebih
kepada huraian natural dan ada masyarakat
yang huraiannya lebih berbentuk ghaib.

FAKTOR NATURAL (SEMULA JADI)


1) Jangkitan (Pollution and contagion)
Pencemaran dan jangkitan adalah tema utama dlm

faktor semula jadi menyebabkan penyakit


Jangkitan bakteria, kuman boleh sebabkan
penyakit.
Berdekatan dengan mayat juga dianggap bahaya dan
mencemarkan.
Contoh:
Kaum
Navajo
akn
mengelakkan mayat, tanah perkuburan dan apa
sahaja yang berkaitan dengan kematian untuk
mengelakkan daripada ghost sickness.
Dalam kalangan kaum Hindu di India banyak benda
adalah sumber pencemaran kelahiran, kematian,
makanan, dan hubungan secara fizikal dengan kasta
untouchables dan memerlukan ritual penyucian.

2) Tekanan/stress
Tekanan boleh menyebabkan penyakit.
Tekanan/stress terlampau memikirkan sesuatu
perkara
Masalah pelajaran, keluarga, hubungan dengan
pasangan, kewangan, - boleh menyebabkan
tekanan.
Lama-kelamaan boleh menyebabkan penyakit
(darah tinggi dan sebagainya).

FAKTOR NATURAL (SEMULAJADI)


3) Kemerosotan organ
Faktor usia boleh mempengaruhi kesihatan seseorang.
Tubuh orang tua lebih sejuk berbanding orang yang muda
orang tua berada di peringkat akhir kehidupannya.
Lazimnya meningkat usia mereka akan berhadapan
dengan berbagai jenis penyakit yang biasa menyerang
mereka pada peringkat ini.
Semakin meningkat usia organ-organ dalam badan tidak
dapat berfungsi dengan lancar, berbanding di usia remaja.
Mereka berasa sengal-sengal tulang, sakit urat, dan gejala
nyanyuk, pelupa.
Lebih terdedah kepada penyakit sejuk seperti lenguh, sengal
tulang, batuk dan sakit dada.
Wanita yang meningkat usia - kekuatan fizikal tidak sama
seperti di awal remaja terutama selepas melahirkan anak.

4) Kemalangan
Kemalangan merupakan faktor semula jadi
yang boleh menggugat kesihatan seseorang.
Termasuk kemalangan jalan raya, jatuh
daripada pokok, tergelincir, terpijak benda
licin dan sebagainya.
Kemalangan boleh mendatangkan kesakitan
dan menyebabkan kesihatan terjejas.
Manusia perlu berwaspada dalam apa jua
perkara yang dilakukan.

5) Tindak tanduk agresif manusia


Tindak tanduk seseorang terhadap individu yang lain merupakan
juga sumber penyakit, kecederaan dan kematian.
Perlakuan agresif boleh secara fizikal (contoh; pergaduhan,
pembunuhan, pembunuhan seluruh bangsa), dan secara psikologi
(contoh; gossip, magis, sihir), atau kombinasi kedua-duanya.
Pada peringkat masyarakat dan perseorangan perbuatan jahat
dalam bentuk peperangan, pembunuhan, terrorism, penderaan, telah banyak berlaku di dunia sekarang.
Keganasan antara perseorangan telah menjadi sebahagian
daripada situasi manusia sekarang.
Manusia membunuh orang lain /sesama sendiri untuk banyak
sebab wang, harta, cinta, kehormatan, iri hati/dengki, benci,
balas dendam.
Banyak
hasil
karya,
movie,
program
televisyen

menayangkan/menghasilkan ke arah kes pembunuhan.


Menurut
laporan WHO tentang keganasan terdapat
pembunuhan setiap minit di seluruh dunia.

Ramai orang yang dibunuh daripada mati di

dalam peperangan (WHO, 2002b).


Gossip, fitnah, khabar angin digunakan oleh
manusia seluruh dunia untuk mendatangkan
kecederaan/keburukan pada orang lain.
Menjatuhkan kehormatan/maruah seseorang
melalui gossip /perlakuan seksual ditunjukkan
di dalam filem dan drama dan juga di dunia
sebenar (contoh; skandal Clinton-Lewinsky;
Prince Charles adultery)

6) Cuaca
Cuaca boleh mempengaruhi keseimbangan dalam badan.
Pendedahan- cuaca terlampau panas atau sejuk boleh
menjejaskan kesihatan individu yang badannya tidak dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan.
Panas badan terdedah kepada cahaya matahari yang
terik, mandi pada waktu tengah hari, makan makanan
panas secara berlebihan.
Cuca sejuk (musim tengkujuh) boleh menyebabkan
individu menghidap demam selsema, hidung tersumbat,
cirit-birit.
Tubuh boleh menjadi sejuk terdedah kepada udara sejuk
untuk jangka masa yang lama, berjalan di atas simen
tanpa memakai alas kaki, mandi pada waktu malam dan
makan makanan sejuk secara berlebihan.
Musim buah-buahan ramai orang jatuh sakit kerana
makan buah-buahan secara berlebihan.

7) Gigitan binatang berbisa (insects and parasites)


Gigitan binatang bisa (lipan, lebah, kala jengking,
ular, dll) boleh mendatangkan keuzuran kepada
seseorang.
Manusia perlu berwaspada untuk mengelakkan
diri daripada terkena gigitan binatang bisa.
Contoh; Di kampung orang yang menoreh getah
memakai stokin dan kasut tutup serta membawa
bersama ubat penyembur serangga untuk
menghalau pacat dan nyamuk.
Ular juga banyak terdapat di kawasan kebun
getah. Manusia takut dengan ular berbisa seperti
tedung, ular kapak, ular sawa yang boleh
membawa maut melalui gigitannya.

8) Emosi yang tidak terkawal (negatif)


Emosi negatif boleh membawa keburukan

mempengaruhi kesihatan seseorang.


i) Kemarahan Apabila seseorang iu marah
darah naik ke kepala jantung berdegup
kencang serta mata menjadi berpinarpinar- boleh menyebabkan gangguan pada
kesihatannya.
Selain itu perasaan terlampau benci,
cemburu, takut, sedih boleh membawa
kepada penyakit dan kematian.
Di Amerika Latin ibu yang menyusukan
anaknya jika dia terlampau marah boleh
menyebabkan susu menjadi masam dan boleh

Perasaan benci dan prejudis boleh menyebabkan penyakit dan

trauma (Holocaust (pembunuhan 6 juta Jews oleh regim Nazi),


pembersihan etnik di Rwanda, Bosnia, Croatia dan Sudan).
ii) Kesedihan
- Perasaan terlampau sedih juga dikatakan boleh menyebabkan

seseorang jatuh sakit.


Di dalam budaya Barat ada kepercayaan yang mengatakan
seseorang boleh mati disebabkan patah hati
iii) Takut
- Ketakutan yang tiba-tiba (sudden fright) yang dipanggil susto
di Amerika Latin boleh menyebabkan kehilangan jiwa, situasi
bahaya apabila jiwa terpisah daripada tubuh dan boleh
menyebabkan penyakit/kematian jika tidak diubati dengan ritual
yang sesuai yang dijalankan oleh curandero/perawat atau
shaman.

Ketakutan berterusan yang dihadapi oleh wanita yang

didera dan kanak-kanak boleh membawa kepada


masalah kesihatan mental selain daripada kecederaan
fizikal yang dihidapi mereka.
Iii) Iri hati dan Evil Eye.
- Perasaan iri hati yang terlampau boleh menggugat

kesihatan seseorang.
Evil Eye kepercayaan yg seseorang itu boleh
membahayakan orang lain, kanak-kanak, haiwan
ternakan dan tumbuh-tumbuhan dengan melihat ke
arah mereka dengan perasaan iri hati.
Di Amerika Latin kanak-kanak diajar supaya
berwaspada dengan evil eye. Hari ini evil eye
tersebar luas daripada India ke eropah di dalam IndoEuropean dan tradisi budaya Semitic.

Tangkal, azimat di pakai untuk mengelakkan

daripada evil eye.


(iv) Cinta dan cemburu
- Di dalam banyak budaya perasaan cinta
yang melampau dan cemburu buta dianggap
satu penyakit.
Muzik, opera, karya, novel, puisi
- selalu
menceritakan kisah cinta dan kehilangan cinta
yang
boleh
menyebabkan
(penyakit,
kematian, gila).
Magis dan sihir diamalkan di serata dunia
untuk mendapatkan cinta.
Ada yang menggunakan tangkal, mantera,
jampi, potions untuk menawan hati orang

8) Keseimbangan sejuk-panas
Masyarakat Melayu, India, Cina membahagikan unsurunsur alam semesta kepada sejuk dan panas.
Asas pembahagian bermula daripada teori humoral klasik Hippocrates dan Galen digunapakai sehingga kini.
Teori sejuk-panas dikaitkan dengan 4 unsur tanah, air, api
dan angin. yang tiap-tiap satunya saling berlawanan tetapi
saling bergantungan, mempengaruhi dan melengkapi.
Empat unsur ini mewakili unsur asas dalam badan manusia.
Tanah sejuk dan kering; api-panas dan kering; angin-panas
dan basah serta air sejuk dan basah.
Keseimbangan unsur-unsur ini perlu bagi tubuh yang sihat
Manakala- ketidakseimbangan unsur-unsur ini boleh
menyebabkan seseorang itu jatuh sakit.
Faktor yang boleh mempengaruhi makanan, umur, jantina,
cuaca dan gangguan makhluk halus.

FAKTOR PERSONALISTIK (GHAIB)


Penyakit dan kematian adalah dua aspek yang

tidak boleh dipisahkan dengan keadaan manusia


dunia /alam ghaib telah dipersalahkan untuk
penyakit dan musibah yang melanda manusia.
Penyakit dan tidak bernasib baik dikaitkan
dengan kuasa ghaib/spirit daripada Tuhan yang
berkuasa dan kuasa ghaib yang lain hidup di
muka bumi ini termasuk jin, hantu, bunian,
makhluk halus yan bermain dengan manusia ,
kadang kala menyebabkan
kecederaan/kemalanan .
1) MISTIKAL takdir, petanda, jangkitan,
hukuman/balasan mistik

i) Tuhan
Di dalam agama dunia yang utama penyakit selalu

dianggap sebagai hukuman.


Di zaman kuno Egypt, Greek dan Roman Tuhan
membuat musibah kepada mereka yang mengingkari
suruhannya.
Di dalam Christian, Judaism dan Islam
kemahuan/kehendak Tuhan dikatakan sebagai sebab
penting ke atas penyakit dan penderitaan.
Ia dianggap sebagai satu ujian keimanan apabla
mereka dilihat tidak mematuhi ajaran Tuhan ataupun
sebagai balasan ke atas dosa (contoh; Tsunami,
kehilangan MH370).
Kedua-dua Buddhism dan Hinduism menganggap nasib
tidak baik di dalam dunia ini adalah kerana perlakuan
yang buruk di dalam kehidupan yang lepas (bad karma).

2) Takdir, nasib dan bintang


Untuk beberapa lama manusia daripada

tempat yang berbeza di dunia telah


meletakkan nasib malang termasuk penyakit
kepada takdir.
Takdir kepercayaan yang merangkumi
pengaruh berdasarkan bintang dan planet
berdasarkan masa seseorang itu dilahirkan
(horoskop) dan astrologi.
Ahli astrologi telah dirujuk untuk melihat
personaliti seseorang termasuk ciri-ciri dan
kelemahan serta menentukan tarikh untuk
mengadakan majlis penting perkahwinan,
membuat
rumah,
membuat
keputusan
penting).
Contoh;
Feng
shui
dalam

Masa ini Astrologi masih penting di China

dan India dan merupakan perniagaan yang


maju di Eropah dan Amerika di mana horoskop
harian dipaparkan di surat khabar.
Seperti ahli Astrologi penilik nasib juga
sangat penting di dalam banyak budaya
(contoh; baca daun teh, kad tarot dan tapak
tangan).
Kedua-dua ahli astologi dan tukang tilik nasib
telah menasihati Raja, President dan orang
ramai yang mempercayainya.

2) Animistik
i) Kehilangan Jiwa
Kehilangan jiwa merupakan penerangan biasa tentang

penyakit di Asia barat dan Amerika.


Penyakit yang serius dikaitkan dengan kehilangan jiwa seseorang.
Di China dan juga Amerika Latin jiwa kanak-kanak kecil
dianggap renggang/longgar melekat di badannya dan boleh
ditanggalkan oleh hantu yang masuk ke dalam badan untuk
mencuri jiwanya (Foster and Anderson, 1978).
Di dalam kes kecurian jiwa spirit di hantar oleh shaman untuk
mencuri jiwa mangsa menyebabkan seseorang jatuh sakit.
Bomoh/shaman lain akan dipanggil untuk mengembalikan semula
jiwanya yang hilang dengan menyerang spirit dan shaman yang
pertama itu.
Ritual dilakukan untuk mencari dan mendapatkan semula jiwa,
memasukkan semula ke dalam badan mangsa dan
menyembuhkan kembali kesihatannya.

Kehilangan jiwa juga dikatakan perkara takdir ataupun nasib.


berada di tempat yang salah pada masa yang salah.
-Jiwa yang takut dikenali sebagai sindrom susto (sudden fright)
yang wujud di Amerika Latin.
Ketakutan yang disebabkan kemalangan atau melihat peristiwa
trauma (contoh; kematian seseorang yang disayangi, tengok
mayat) boleh menyebabkan jiwa terpisah daripada badan
tuannya dan menyebabkan penyakit dan penderitaan.
Individu dalam keadaan lemah (selalunya kanak-kanak, wanita,
orang tua) selalunya terkena susto.
Dalam sesetengah kes ketakutan berlaku di tempat spirit itu
tinggal contoh; di sungai, hutan, gunung dan spirit itu
dikatakan menyimpan jiwa seseorang dan menghalangnya
daripada kembali kepada tuannya.
Rawatan memerlukan bantuan shaman/curandero, santero,
spiritual healers yang akan memujuk spirit agar melepaskan
jiwa dan mengembalikannya kepada tuannya melalui beberapa
ritual untuk merayu dan memujuk spirit.

(ii) Penaklukan spirit (Spirit Possession)


Berbeza daripada kehilangan jiwa.
Spirit akan memasuki badan mangsa dan
merasuknya.
Boleh menyebabkan mangsa menjadi sakit
dan tidak bermaya.
Ada juga shaman/spiritual healer yang
menggunakan spirit untuk masuk ke dalam
badannya untuk mengubati pesakit.
Tradisi penyembuhan agama (Santeria,
Esperitismo) bergantung kepada penaklukan
spirit di dalam badan spiritual healer untuk
melakukan upacara rawatan.

3) Magis
i) Ilmu sihir /ilmu hitam
Ilmu hitam/sihir kaedah utama dalam melakukan
kecederaan/penyakit pada orang lain.
Ahli sihir melakukan perbuatannya melalui magis
berjangkit (contagious) dan sympathetic magic.
Di dalam contagious magic (Magis berjangkit) ahli sihir
menggunakan benda fizikal yang pernah mempunyai
hubungan/kontak dengan mangsa yang hendak
dikenakan sihir.
Contoh; segumpal rambut, pakaian, sikat).
Berdasarkan idea things which have once been
conjoined must remain afterwards, even when quite
dis-severed from each otherwhatever is done to the
other one must similarly affect the other.

Sympathetic magic berdasarkan that like

produces like, or that an effect resembles its


causethe magician infers that he can
produce any effect he desires simply by
imitating it. (Frazer, 1940:11).
Ahli sihir menggunakan objek fizikal yang
menyerupai objek/ orang yang ahli sihir mahu
kenakan. Ahli sihir menggunakan mantera ke
atas objek - menghantarnya kepada mangsa
sakit/mati.

TABURAN TEORI SAKIT-DEMAM


1980 George Murdock menerbitkan kajian survei yang

penting tentang taburan teori sakit-demam dengan


menggunakan sampel sebanyak 138 daripada 6
kawasan
berbeza.
(Sub-Sharan
Africa,
CircumMediterranean, Asia, Oceania, Amerika Utara dan
Amerika Selatan.
Murdock mendapati jenis/bentuk yang berbeza di
kawasan yang dikaji mengenai teori sakit-demam.
1) Sub-Saharan Africa
Masyarakat meletakkan

balasan mistik (mystical


retribution) sebagai sebab yang tertinggi (96%), diikuti
oleh tingkatlaku agresif spirit juga (96%), ilmu hitam
(s0rcery) 74%. Magis (witchcraft) adalah penting
kepada lebih 1/3 masyarakat Afrika.

Magis berjangkit digunakan untuk

menyebabkan penyakit.
Nenek-moyang (ancestors) tingkah-laku
agresif spirit, tetapi rasukan spirit jarang
berlaku.
Pelanggaran taboo dan violation of sex adalah
sebab penting yang menyebabkan hukuman
daripada kuasa luar biasa.
Satu atau lebih sebab natural (semulajadi)
penyakit dinyatakan oleh 71% masyarakat
Afrika,
2) Circum mediterranean
- Teori ilmu hitam berada dalam kedudukan

Evil Eye ditemui dalam 85% masyarakat di dalam

kawasan ini.
Tingkah laku agresif spirit adalah penyebab utama
penyakit di dalam 92% masyarakat , dan spirit di
kawasan ini terdiri daripada Tuhan-tuhan utama atau
deities daripada animistik spirit, roh nenek moyang
ataupun hantu.
Sorcery dan balasan mistik adalah rendah di kawasan
ini. Pelanggaran taboo tidak dianggap penting
sebagai sebab balasan mistik seperti di Afrika.
Takdir adalah dianggap sebab yang sederhana
penting.
Kebanyakan masyarakat di Circum Mediterranean
(68%) menyatakan satu atau lebih sebab narural
sebagai penyebab penyakit.

3) Asia
Setiap masyarakat di Asia melaporkan serangan agresif
spirit sebagai penyebab utama penyakit dan sebanyak 95%
menyatakn sihir sebagai penyebab penyakit.
Spirit /demons adalah penyerang utama berbanding
Tuhan/deities, yang dianggap tidak penting.
Ada beberapa masyarakat termasuk masyarakat Asia yang
menyatakan satu atau lebih sebab natural.
4) Kepulauan Pasifik
Serangan/tingkah laku agresif spirit sebab penting

penyakit.
Terdapat juga banyak peristiwa yang melibatkan sihir
melalui mantera dan magis berjangkit (rambut, kuku).
masyarakat di Kepulauan Pasifik menyatakan sebab
natural sebagai penyebab penyakit.

CULTURE BOUND SYNDROME (CBS)


Taburan teori sakit-demam tak akan lengkap tanpa

perbincangan tentang apa yang dipanggil CBS (Hughes,


1985; Simons & Hughes, 1985).
Ini adalah merupakan rangkaian sindrom yang ditemui oleh
ahli Antropologi dalam beberapa budaya.
Ia tidak berkaitan dengan penyakit dalam bio perubatan
ataupun sakit jiwa/kecelaruan jiwa.
Ia dikatakan oleh Hughes (1985) cara yang tidak menjadi
kebiasaan untuk menjadi gila.
Dalam versi terkini Diagnostic and Statistical manual of
Mental Disorders (DSM-IV) yang dikeluarkan oleh American
Psychiatric Association mendefinisikan CBS sebagai
recurrent, locality-specific pattern of aberrant behaviour
and troubling experience that may or may not be linked to a
particular DSM-IV diagnostic category.

Kebanyakan

bentuk ini dianggap sebagai penyakit


ataupun
sekurang-kurangnya
inflictiondan
kebanyakannya
mempunyai
nama
tempatan
(APA,
1994:844).
Hari ni ahli Antropologi memahaminya sebagai sindrom
yang didefinisikan mengikut budaya yang mencerminkan
cara menggambarkan, memahami dan menterjemahkan
siri simtom yang dikenali oleh orang tempatan (Scrimshaw,
2001).
Pendekatan terkini kepada kecelaruan budaya khusus ini di
dalam bio perubatan dan psikatri adalah untuk merawat
mereka sebagai kecelaruan mental (Contoh; pelbagai rasa
cemas, tertekan, somotoform, perlakuan untuk mengambil
perhataian (attention seeking behaviour), kecelaruan untuk
menyesuaikan diri dan feigning illness), yang mempunyai
huraian simtom dalam kalangan penduduk tempatan.

Menurut Simon terdapat local ways of

explaining any of a wide assortments of


misfortunes (Simon, 2001).
Selain dikenali oleh masyarakat tempatan
sebagai situasi psikatri, ia juga mewakili apa
yang ahli Antropologi gelar idioms of
distress.
Sindrom ini tidak terikat dengan budaya yang
tertentu, tetapi berkaitan dengan penekanan
istimewa sosio-budaya atau situasi tekanan
yang boleh berlaku di dalam pelbagai
masyarakat (Jilek, 2001:7).

CBS seringkali menimbulkan kekeliruan dan

kontoversi.
Kekeliruan timbul terdapat beberapa ciri
aneh yang terdapat pada fenomena itu yang
kalau ditinjau dari segi kategori diagnostik
psikiatri Barat merupakan satu cara halus
mengatakan seseorang itu gila.
CBS merupakan satu fenomena yang berada
dalam twilight zone.

CBS mendapat perhatian ahli antropologi dan psikologi

kerana CBS mendedahkan perhubungan di antara budaya dan


personaliti misalnya perlakuan dan sitasi yang mencetuskan
episod itu, huraian emik ataupun huraian tentang fenomena
itu dari sudut budaya tempatan dan prosedur untuk
menyembuh dan menguruskan individu tersebut.
CBS merupakan suatu bentuk perlakuan devians yang
khusus untuk sesuatu budaya tertentu.
Misalnya, CBS yang terdapat dalam masyarakat Melayu; latah
dan amuk. Masyarakat lain juga mempunyai CBS, misalnya
uqamairineq dan uqumanigianiq- paralisis tidur di dalam
masyarakat Eskimo.
Koro- yakni kehilangan kemaluan di kalangan masyarakat
Cina.
Susto sejenis perasaan takut di kalangan masyarakat
mexico.
Windigo kecenderungan makan daging manusia

Jenis CBS

Masyarakat/Budaya

Kejutan/latah

Melayu

Paralisis Tidur

Eskimo

Koro

Cina

Amuk

Melayu, Laos, Papua dan New


Guinea

Histeria

Terdapat dalam kebanyakan


masyarakat

Susto

Mexico

Saladera

Peru-Amazon

Lanti

Bisaya

Mogo

Laya di New GuineWindigoa

India Amerika Puak Algonkian

CBS boleh dibahagikan kepada beberapa jenis,


(i) Kejutan, misalnya latah, apabila seseorang itu terkejut dia

kan berperlakuan seperti orang yang hilang akal untuk


sementara waktu; (ii) paralisis tidur kelumpuhan sementara
yang dialami oleh seseorang individu pada awal atau
penghujung idurnya, yakni semasa berada dalam keadaan
sedar atau tidak.
(iii) Retraksi kemaluan (genital retraction), yakni seseorang itu
mengalami kerisauan akibat tanggapan bahawa kemaluannya,
khususnya lelaki, semakin kecil dan menghilang (koro)
(iv) amuk episod pembunuhan yang rawak oleh seseorang
atau beberapa individu yang hilang akal
(v) histeria letusan emosi yang sukar dikawal
(vi)Ketakutan seseorang itu mengalami gangguan kesihatan
mental akibat ketakutan yang keterlaluan
(vii) Kecenderungan karnibal memakan daging manusia akibat
kegagalan sesuatu tugas yang dilaksanakan, khususnya
berburu.(windigo)

- Simon dan Hughes, 1985 memberi beberapa contoh CBS yang


berlaku pada masyarakat/kawasan yang berbeza.
1) Africa
Di Afrika barat fenomena brain fag merupakan keadaan yang

dialami oleh pelajar. Simtom termasuk susah untuk fokus dan beri
perhatian, mengingati dan berfikir.
Ini termasuk sakit kepala dan tengkok, tekanan, ketat, kabur
penglihatan, dan perasaan terbakar dan panas terlampau.
Di Afrika Utara dan sesetengah tempat di Middle East ada
keadaan yang dipanggil zar- di mana mangsa percaya yang dia
dirasuk oleh spirit.
Simtom termasuk siri/episod yang tidak bersangkut paut dengan
ketawa, menjerit, hantuk kepala ke dinding, menyanyi atau
menangis.
Individual menunjukkan perasaan tidak peduli & pasif, menolak
untuk makan dan menjalankan tugas harian, atau
mungkinmengadakan hubungan yang lama/panjang dengan spirit
yang merasuknya.

2) The West (Barat)


Di Amerika Utara, Eropah dan Australia Aneroxia
Nervosa dan bulimia nervosa merupakan sindrom
budaya yang bertindan.
Aneroxia keadaan di mana mangsa akan
menghadkan makanan yang diambil kerana takut
menjadi gemuk dan merosakkan bentuk badan.
Senaman yang keterlaluan juga dilakukan untuk
menghilangkan berat badan.
Bulimia Nervosa Mangsa akan makan dan
kemudian mengeluarkan semula makanan dengan
memaksa diri untuk muntah, minum ubat cirit birit
atau melalui pengeluaran air kencing.
Pada masa kini aneroxia dan bulimia dilihat juga
berlaku di negara lain.

3) Middle East (Timur Tengah)


Nerfiza (nerves) merupakan kecelaruan
budaya yang berlaku/terdapat di negara
Egypt, Eropah Utara, Greece, Mexico dan
Amerika Tengah/Amerika Selatan.
Ia mempunyai ciri-ciri yang kebiasaanya
mengandungi episod kronik kesedihan yang
melampau atau perasaan cemas/gelisah yang
membawa kepada aduan tentang tubuh
badan seperti sakit kepala dan sendi, hilang
selera makan, rasa nausea, insomnia,
keletihan.
Ia selalunya kerap terjadi kepada wanita
berbanding lelaki dan dihubungkan dengan

4) Asia dan kepulauan Pacifik


Lokasi-lokasi ini mempunyai beberapa sindrom budaya
khususnya yang menonjol.
Amuk ditakrifkan sebagai letusan perlakuan ganas yang
melibatkan pembunuhan, dan individu yang terlibat seolaholah kehilangan akal.
Perlakuan ini lazimnya berlaku secara tiba-tiba , seseorang
itu kehilangan aka; dan mula berperlakuan yang
mengamncam orang lain.
Selepas mengamuk pengamuk akan keletihan.
Perlakuan ini unik bagi masyarakat Melayu yang terdapat di
rantau Asia Tenggara.
Ada perlakuan yang hampir-hampir sama wujud di kalangan
masyarakat lain di dunia misalnya Cathard di Polynesia,
Pseudonite di Sahara, Mal de Pelea di Puerto Rico; imu di
Jepun.

Di kalangan orang Melayu perlakuan mengamuk

dipercayai berasal daripad latihan kepahlawanan.


Melalui latihan ini mereka meniru perlakuan pahlawan
agung seperti yang diceritakan dalam hikayat Melayu.
Dengan keris terhunus di tangan pahlawan akan
melaungkan perkataan amuk dan membunuh sesiapa
sahaja di hadapan mereka.
Amuk merupakan saluran yang disediakan oleh
budaya bagi seseorang untuk menunjukkan protesnya
terhadap pemerintah yang telah menyalahgunakan
kuasa mereka.
Dalam zaman feudal- rakyat tidak berhak menentang
pemerintah.Mengamuk merupakan jalan terakhir bagi
seseorang individu untuk menunjukkan protesnya
terhadap pemerintah yang zalim.

Amuk merupakan episod kehidupan yang banyak

mendapat perhatian pengkaji.


Berbagai hujah dikemukakan
Dikatakan ada kaitan dengan keinginan membunuh
diri (Carr, 1978). Tidak dapat diterima kerana orang
Melayu Islam, dilarang keras membunuh diri.
Ada yang menghuraikan fenomena amuk dari sudut
budaya. Amuk dianggap perlakuan ganasyang
diiktiraf oleh budaya untuk menghadapi keadaan
tertentu.
(ii) Latah Satu lagi jenis CBS yang terdapat di
kalangan orang Melayu.
Seseorang individu yang mempunyai sindrom ini,
apabila terkejut akan secara spontan lazimnya
mengeluarkan perkataan yang tidak baik/mencarut.

Pelatah juga akan membaling apa sahaja yang ada di

tangannya semasa ia mula melatah.


Pelatah akan mengulangi kata-kata yang dituturkan oleh
mereka yang berada berhampirn dengannya.
Perlakuan yang menyerupai latah juga terdapat di kawasan
lain misalnya Bah-tsche di Thailand; Mali-mali di Filipina dan
Imu di kalangan masyarakat Ainu di jepun.
Dalam masyarakat Melayu memandangkan melatah
dianggap perlakuan yang melucukan maka pelatah menjadi
sasaran usikan individu yang nakal.
Lelaki dan perempuan boleh menjadipelatah. Tetapi, lazimnya
pelatah terdiri daripada perempuan terutama yang
pertengahan umur dan putus haid (menopous)
Orang Melayu percaya latah boleh diwarisi.
Latah tidak ada ubatnya. Kerana latah bukanlah fenomena
sakit-demam. Pelatah tidak mengalami kerencatan otak
ataupun psikosis.

Fenoemana latah banyak mendapat perhatian pengkaji.


Ada yang menghuraikannya dari segi ketertiban sosial misalnya

Geertz (1960) melihat fenomena latah dalam konteks sifat halus


dan kasar dari segi percakapan dan perlakuan.
Melanggar ketertiban sosial menjadikan seseorang itu kasar. Jadi,
seseorang itu berusaha menepati ketertiban sosial.
Mereka yang gagal berasa kecewa dan jalan keluarnya adalah
melatah.
Latah juga boleh dilihat dari segi marginaliti.
Latah mencerminkan kedudukan sosial yang kabur khususnya
perempuan yang telah putus haid. Perempuan yang telah putus
haid dianggap marginal dari segi kedudukan sosialnya kerana
dia tidak lagi memainkan peranan yang dijangkakan oleh
masyarakat.
Iaitu perananyang mengawal perhubungan antara lelaki dan
perempuan. Selepas putus haid kedudukan sosial perempuan itu
menjadi kabur kerana ia merupakan perempuan yang menyerupai
lelaki.
Jadi latah merupakan strategi untuk perempuan seumpama itu
untuk mendramakan masalah yang mereka hadapi.

(iii) Koro/jinjin/bemor/suk/yeong/suo-yang di
Asia Tenggara, Selatan China dan India
merupakan reaksi cemas ketakutan
kehilangan kemaluan.
Seorang yang diserangi koro mengalami
penarikan ke dalam kemaluannya- yakni ke
bahagian perut.
Di kalangan orang Cina penyakit ini dikenali
sebagai suk-yang.
Orang Cina mempercayai koro adalah akibat
daripada melakukan hubungan seks yang
berlebihan atau pun melancap (masturbate)
berlebihan.
Ini menyebabkan keseimbangan yin dan yang

(iv) Lanti
Sejenis sakit-demam yang berpunca daripada
perasaan takut , iaitu ketakutan yang secara
langsung atau tidak langsung dialami oleh seseorang
individu semasa ia sedar atau semasa ia tidur.
Terdapat dalam masyarakat Bisaya di Filipina
Seseorang yang menghidap lanti mempunyai gejala
berikut, demam kuat, rasa sejuk pada kaki dan
tangan, atas (lidah berselaput putih), habas (kulit
merekah di kelipatan tangan, kaki, ketiak dan
tengkuk)., degupan jantung yang kencang, sakit
perut, menjerit sewaktu tidur dan gementar.

Selalunya lanti tidak membahayakan seseorang

tetapi kalau dibiarkan bleh mengakibatkan keadaan


fizikal seseorang itu bertambah buruk, dan ini
memudahkan individu itu menghadapi kerumitankerumitan lain.lanti ini disebabkan oleh perasaan
takut.
Terdapat
beberapa
faktor
yang
menjadikan
seseorang itu takut.
Misalnya kanak-kanak mendapat lanti kerana
terperanjat
akan
binatang,
terdengar
anjing
menyalak,
melihat
orang
bergaduh
dan
seumpamanya yang boleh menyebabkan kanakkanak menjadi takut.
Upacara tertentu diadakan untuk memulihkan kanakkanak daripada lanti.

5) Amerika latin
Di kawasan ini susto/espanto (ketakutan) mempunyai siri
pelbagai aduan yang kronik yang dihubungkan dengan
kehilangan jiwa kerana ketakutan yang terlampau terhadap
kuasa asing/luar biasa.
Simtom termasuk aneroxia, insomnia, demam, cirit birit,
kecelaruan mental, tidak peduli, tertekan.
Di kalangan masyarakat Asli di Amerika Utara the Inuit,
yang tinggal di kawasan Arctic di Amerika Utara boleh
menghidap oenyakit pibloktoq (histeria arctic0 yang dicikan
dengan keletihan, tekanan, ataupun kekeliruan diikuti
dengan perlakuan yang terganggu seperti menanggalkan
pakaian, lari di dalam keadaan sejuk, berguling di atas salji,
pertuturan yang tidak difahami, autism (ulang perkataan
yang dituturkan oleh orang lain, mengikut pergerakan orang
lain.
Selepas itu mangsa akan tidak sedarkan diri, amnesia.

Berdasarkan contoh-contoh CBS yang

dikemukakan nyata bahawa faktor takut dan


resah merupakan faktor penting yang
mencetuskan perlakuan-perlakuan yang
dilabel sebagai CBS.
Daripada contoh yang diberikan terdapat
pelbagai perkara yang menyebabkan
seseorang itu ketakutan ataupun mengalami
keresahan.
Individu yang tidak dapat menyesuaikan diri
atau mengatasi ancaman-ancaman ini
terdedah kepada ancaman sindrom tersebut.
Sindrom itu merupakan jalan keluar yang
disedakan budaya untuk seseorang individu

You might also like