You are on page 1of 2

Tamadun Mesir merupakan satu tamadun yang berkembang pada Zaman

Neolitik iaitu antara 10000 SM hingga 5000 SM. Pada zaman ini, orang-orang mencipta
kertas daripada pokok papyrus dan kertas tersebut digunakan untuk menyimpan
khazanah bangsa (penilisan) bagi menggantikan kepingan batu bata. Maka pokok
papyrus tersebut digunakan untuk mencatat teks matematik. Terdapat beberapa
papyrus yang dijumpai oleh ahli arkeologi dan salah satu teks matematik yang tertua
buat masa ini ialah Papirus Moscow, dimana ia merupakan sebahagian papirus
Kerajaan Pertengahan Mesir bertarikh 20001800 SM. Papyrus ini dipelihara di
muzium Negara British. Seperti teks matematik purba lain, ia mengandungi simbolsimbol yang menceritakan permasalahan perkataan atau cerita permasalahan, yang
digunakan sebagai hiburan. Papirus Rhind (1650 SM) merupakan salah satu teks
matematik utama dan penggunaan aplikasi pecahan dapat dikesan dalam papyrus
tersebut. Sir Alan Gardiner merupakan orang pertama yang mengkaji teks Papirus
Rhind. Berikut merupakan beberapa teks yang terdapat dalam papyrus tersebut.

--------gambar---

Terdapat beberapa pendapat daripada orang Greek terhadap sejarah matematik


yang berasaskan tamadun mesir. Herodotus ( pertengahan abad ke-5 SM) menyatakan
bahawa raja yang memerintah pada zaman mesir mengagihkan tanah kepada semua
rakyat dan mengumpul cukai daripada rakyatnya. Maka, apabila proses pengagihan
tanah dilakukan, raja akan mengukur dan mengagihkan tanah secara sama rata kepada
semua rakyatnya. Maka, beliau mempercayai bahawa orang-orang pada zaman Greek
mempelajari geometri daripada tamadun Babylon dan bukannya daripada tamadun
mesir. Namun begitu, Aristotle (falsafah yang berasal daripada Greek) menyatakan
bahawa ilmu matematik berasal daripada tamadun mesir. Beliau berpendapat demikian
kerana orang-orang pada zaman

telah dipecahkan kepada adat masing-masing.

Oang-orang akan meluangkan masa lapang mereka untuk menemukan ilmu-ilmu yang
diperlukan untuk kehidupan mereka.

Maka, beliau mempercayai bahawa hal

sedemikian akan menjadi untuk menjadikan tamadun mesir sebagai permulaan ilmu
matematik bagi tamadun lain.
Selain itu, Arnold Buffum Chace, falsah matematik menyatakan matematik pada
zaman mesir digunakan untuk menyelesaikan masalah harian. Beliau berpendapat
sedemikian berasaskan masalah ke 63, masalah ke-67 dan beberapa masalah lain
yang terdapat dalam Rhind Papyrus. Contohnya masalah ke-63 menceritakan tentang
pembahagian roti kepada 4 orang. Roti tersebut di bahagikan dalam bentuk pecahan.
Maka, Arnold mempercayai bahawa matematik zaman mesir digunakan dalam
kehidupan seharian mereka.

MATEMATIK BABYLON KUNO (1800 550 SM)

Matematik

Babylonia

merujuk

kepada

mana-mana

matematik

orang

Mesopotamia (Iraq kini) dari masa awal Sumer sehingga permulaan Zaman Yunani. Ia
dinamai sebagai matematik Babylonia kerana peranan utama Babylon sebagai sebuah
tempat pengajian. Semua ilmu matematik Babylon telah ditulis ke atas tanah liat yang
masih basah dan dikeringkan. Pelbagai ilmu matematik yang telah ditemui melalui
tanah liat tersebut. Antaranya adalah pecahan, algebra, persamaan kuadratik,
persamaan kuasa tiga, dan teorem pitagoras. Berbeza dengan orang Mesir, Yunani,
dan Rom, orang Babylonia mempunyai sistem nilai tempat, dan setiap angka yang
ditulis pada lajur kiri dimana ia mewakil nilai yang lebih besar, iaitu serupa dengan
sistem perpuluhan. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai titik perpuluhan dan oleh
itu, nilai tempat sesuatu simbol harus disimpul berdasarkan konteksnya.
Jran Friberg merupakan seoarng ahli matematik yang berasal daripada
Swedish. Beliau mempercayai bahawa ukiran ke atas Plimpton 322 (tanah liat) dibuat
oleh guru-guru pada zaman tersebut untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar.
Tambahan pula, beliau menyatakan guru-guru tersebut gemar untuk mengkaji dan
menyelesaikan soalan-soalan yang berbentuk segi tiga tepat dimana aplikasi teorem
pitagoras diperlukan.

You might also like