You are on page 1of 4

Semester 2, Sesi 2015/2016

PANDUAN ASAS MENULIS KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN


BAGI KURSUS KPD3026
(Kertas ini merupakan panduan menyediakan kertas cadangan kajian tindakan sebagai
sebahagian kerja kursus bagi kursus ini. Kertas cadangan ini digunakan bagi mengumpul dan
menganalisis data dan maklumat semasa sesi latihan mengajar semester tujuh kelak. Laporan
yang lengkap ini boleh dibentangkan semasa kursus seminar refleksi pada semester lapan kelak.
1. Latar Belakang Kajian/Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
a. Kenalpasti dan nyatakan dengan spesifik masalah/isu yang dihadapi oleh guru.
Kenalpasti fokus/bidang kajian spt. pengurusan bilik darjah, kaedah P&P, prestasi murid,
pentaksiran, disiplin murid, konten dsbnya.
b. Terangkan bagaimana masalah telah dapat dikesan spt. menerusi pemerhatian
semasa mengajar, keputusan ujian, jadual kedatangan, temubual dengan murid dan guru
dan pihak sekolah ,buku latihan, kedatangan, soal-selidik, maklumbalas dari rakan guru
dsbnya.
c.

Kenal pasti bukti/evidens dalam bentuk data dan maklumat bagi menyokong dan
mengukuhkan kewujudan masalah

d. Kenal pasti faktor-faktor penyebab yang mendorong kepada wujudnya masalah


e. Imbas kembali (merefleksidiri) pendekatan dan aktiviti yang guru telah cuba buat bagi
mengatasi masalah tersebut
2. Fokus Kajian/Isu Prihatinan/Permasalahan
a. Fokus kepada SATU isu/masalah yang spesifik yang sering/pernah dialami oleh guru spt.
murid kurang tumpuan, bising, ponteng kelas/sekolah, kurang faham, tidak minat, mudah
lupa, biadab.
b. Terangkan kenapa ia berlaku
c.

Jika masalah ini tidak ditangani, apakah kesan yang dijangka

d. Kaitkan isu/masalah dengan teori atau model yang berkaitan sebagai panduan.
e. Dapatkan hasil kajian yang berkaitan yang telah dibuat pengkaji terdahulu. Selain
daripada artikel jurnal, tesis kajian dan prosiding seminar di perpustakaan, Laman web
seperti Google Scholar, ProQuest, ERIC, Dissertation Abstract International (DAI) boleh
dirujuk.
3. Tujuan/Objektif am dan Objektif khusus
a. Tujuan/Objektif am spt. meningkatkan pencapaian pelajar dalam kerja amali
b. Objektif khusus boleh diukur spt .menunjukcara yang jelas; menerang prosedur dan
langkah penyediaan yang betul.;menyediakan alat dan bahan yang cukup dan sesuai;
mengadakan kumpulan yang kecil.
4. Kumpulan Sasaran
a. Latar belakang tentang kumpulan sasaran siapa, cirri-ciri, program/kelas, di mana,
bilangan spt. Seramai 5 orang pelajar Tahun Akhir Program Kemahiran Sains Pertanian
Sem.2 Sesi 2013/2014 yang mengikuti kursus KPD3026.
5. Perancangan Kajian

i. Menyediakan pelan tindakan kajian (sediakan jadual) dari mula hingga akhir
yang mengandungi antara lainnya langkah intervensi
ii. Menyatakan langkah penambahbaikan
iii. Penyelidik mengenal pasti rakan penyelidik seperti rakan, guru pembimbing,
murid sebagai penyelidik bersama
iv. Bincang dengan rakan penyelidik tentang masalah diri daripada refleksi yang
menjadi fokus kepada kajian
v. Pengkaji menyediakan sorotan literatur kajian
vi. Bincang dengan rakan penyelidik tentang langkah pelaksanaan seperti
1. Jadual kajian (masa dan tempoh)
2. Kumpulan sasaran terlibat
3. Fokus kajian
4. Pendekatan dan rekabentuk kajian
5. Penggunaan bahan dan alat untuk instruksi
6. Instrumen dan instrumentasi kajian yang diguna pakai
7. Persediaan dan perancangan kaedah PnP
6. Pelaksanaan Kajian
i. Penyelidik mengajar, mencerap seperti dirancang
ii. Penyelidik bersama rakan penyelidik membuat pencerapan serta mencatat
kekuatan dan kelemahan pengajaran berdasarkan instrumen/borang penilaian
yang disediakan
iii. Tuliskan semua aktiviti, pendekatan menyelesaikan masalah serta alatan dan
bahan yang disediakan.
iv. Huraikan apa yang anda alami dalam pemerhatian.
v. Penyelidik bersama rakan mengendalikan pemerhatian dan pencerapan
7. Memungut , menganalisis dan mentafsir
i. Penyelidik bersama rakan memungut, menganalisis data serta mentafsir
bagi membua trumusan da nkesimpulan
ii. Sediakan jadual dan rajah bagi mempamirkan data dan maklumat
iii. Laporkan dapatan kajian yang relevan untuk mengena pasti
punca/sebab, masalah dan kesan
iv. Huraikan penilaian pencapaian berasaskan data yang dianalisa
v. Terangkan perubahan tingkah laku, emosi
vi. Apakah perasaan guru terhadap tindakan yang telah dibuat.
8. Buat kesimpulan, kajian tindakan susulan dan refleksi
a. Buat rumusan dan kesimpulan daripada hasil dapatan kajian
b. Buat refleksi, berkongsi dan berkomunikasi dengan rakan penyelidik
c. Jika masalah masih ada, kendalikan kajian bagi pusingan kedua
d. Jika berjaya, boleh beri cadangan aspek lain atau aspek yang sama dengan
tindakan yang lain.
e. Buat laporan dan sebarluas dapatan menerusi pembentangan di seminar,
persidangan ataupun penulisan artikel dalam jurnal.

FORMAT PENYEDIAAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Isi Kandungan
Penghargaan
Abstrak
Latar Belakang Kajian/Refleksi PnP

Fokus Kajian/Isu Keprihatinan


Tujuan dan Objektif Khusus
Kumpulan Sasaran
Pelaksanaan Kajian
Pengumpulan, Analisis dan Tafsiran
Kesimpulan dan Cadangan Tindakan Susulan
Rujukan
Lampiran

Jadual Pelan KajianTindakan (contoh)

MINGGU

KANDUNGAN

AKTIVITI PROJEK

1-2

Pengenalan kursus dan


kajian kursus

3-4

Kuliah tentang kajian


tindakan

Syarahan, perbincangan kelas dan kumpulan

5-6

PengenalpastianTajuk
Kajian

7-8

Perancangan Kajian

9-10

Instrumentasi dan kaedah

Mengenal past fokus kajian, menentuk dan


mendefinasi tajuk spesifik, Buat refleksi,sorotan
literatur dan perbincangan
Membentuk pelan kajian tindakan, persolan
kajian, objektif, rangka dan format kertas
cadangan
Menyediakan instrumen dan kaedah kajian

11-12

Draf pertama kertas


cadangan

Menyediakan draf pertama kertas cadangan

13-14

Pembentangan kertas
cadangan

Membentang kertas cadangan dan menambah


baik dalam sesi kritik kelas

SEMESTER 7 LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH


Mencerap dan memerhati kelas P&P di sekolah

1-7

Pencerapan dan
Pemerhatian

8-14

Pengumpulan data

Mengumpul data

SEMESTER 8
1-5

Analisis data

Menganalisis data

6-10

Draf kertas kajian

Membentang dalam seminar refleksi bagi


penambahbaikan

11-14

Kertas kajian lengkap

Menyediakan kertas kajian lengkap

You might also like