You are on page 1of 1

Dasar Pendidikan Kebangsaan diwujudkan atas kesedaran tentang pentingnya

mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan
bagi memenuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk
memenuhi keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang,
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang
berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam
jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan
terlatih.Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara
dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan
insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai
kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
Penyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KJBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang
menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 1989.
Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari
segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika
yang kukuh.
Perluasan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin serta menjadikan Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolahsekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Di samping itu,kokurikulum ini dibahagikan kepada tiga ketagori iaitu aktiviti
berpersatuan, unit beruniform dan sukan atau olahraga. Dengan cara ini usaha melahirkan
generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu padu akan mudah di
capai.Bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar boleh dikenali dan dapat diasah
untuk mecapai kecermalangan dalam bidang sukan.Hal ini secara tidak langsung boleh
mengharumkan nama negara di podium antarabangsa.

You might also like